The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikmal602, 2021-10-22 22:01:50

Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Pasar 1 kali ke 47

Mesyuarat Agung Kali ke 47

BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46
2. Agenda Mesyuarat 3
3. Borang Penyataan Usul Mesyuarat PIBG kali ke 47 5

(Google Form) 6

3. Aturcara Majlis 8
4. Carta Organisasi PIBG 9
5. Minit Mesyuarat Agung Kali ke 46 10
6. Senarai Kehadiran Mesyuarat 14
7. Laporan Setiausaha 15
8. Laporan Kewangan 16

9. Laporan Biro 18

10. Usul-usul yang diterima 24
25
11. Jawatan-jawatan yang akan dilantik
26
• Yang DiPertua
• Naib yang Dipertua
• Setiausaha
• Naib Setiausaha
• Bendahari
• AJK ( 5 orang ibu bapa dan 5 orang guru )
• Juru Audit ( 1orang ibu bapa dan 1 orang guru )

12. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 47

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR ( 1 )

JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR
TEL. & FAKS : 03-92218019

No. Pendaftaran PIBG (JPWP/PIBG/351)
___________________________________________________________________

No Ruj : SKJP 1. 100-13/1/4 ( )
Tarikh : 23 Oktober 2021

Kepada

Ibu Bapa / Penjaga dan Guru

SK Jalan Pasar 1

55100 Kuala Lumpur

Tuan,
MESYUARAT AGUNG PIBG SK JALAN PASAR 1 KALI KE-47

Dengan segala hormatnya perkara tersebut adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG dengan besar hati ingin menjemput tuan/puan

menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke- yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Oktober 2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Lokasi masing-masing (Google meet)

3. Sehubungan itu, adalah diharapkan dengan kehadiran dan kerjasama tuan/puan akan
dapat menyumbang kepada kecemerlangan dan kesejahteraan murid-murid di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR ( 1 )

JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR
TEL. & FAKS : 03-92218019

No. Pendaftaran PIBG (JPWP/PIBG/351)
____________________________________________________________________

Kepada
Ibu bapa / Penjaga dan Guru
SK Jalan Pasar 1
55100 Kuala Lumpur

Tuan,
MESYUARAT AGUNG PIBG SKJP1 KALI KE-47

Dengan segalanya perkara tersebut adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG dengan besar hati ingin menjemput tuan/puan
menyertai Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 47 yang akan diadakan pada 23 Oktober 2021 secara
atas talian. Bersama-sama ini disertakan Agenda Mesyuarat untuk rujukan tuan.
Ketetapan majlis adalah seperti berikut :

2.1 Ucapan Pengerusi PIBG
2.2 Ucapan Penasihat PIBG
2.3 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.4 Perkara Berbangkit
2.5 Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan
2.6 Pembentangan Usul
2.7 Pembuburan AJK 2019/2021 dan Pemilihan AJK 2021/2023
2.8 Ucapan Penangguhan

3. Sekiranya tuan/puan mempunyai usul yang hendak dibawa ke Mesyuarat Agung, sila
isi Borang Usul dalam pautan Google Form selewat-lewatnya pada 8 Oktober 2021 .

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2019/2020 DAN 2020/2021

8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
(LINK GOOGLE MEET)

8.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa

9.00 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG SKJP1
Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKJP1
En Muhammad Sobri bin Omar

9.20 pagi : Mesyuarat bermula ( Agenda Mesyuarat )
Mengesahkan Minit Mesyuarat ke-45
Pembentangan Laporan Jawatankuasa
Pembentangan Penyata Kewangan

10.00 pagi : Membahas dan menerima usul-usul

10.20 pagi : Ucapan Penangguhan

10.40 pagi : Mesyuarat bermula bagi sesi 2020/2021 (Agenda
Mesyuarat )
Mengesahkan Minit Mesyuarat ke-46
Pembentangan Laporan Jawatankuasa
Pembentangan Penyata Kewangan

11.30 pagi : Pembuburan AJK 2019/2021
Melantik Pengerusi Mesyuarat Sementara
Pemilihan AJK yang dicalonkan untuk tahun 2021/2023

12.00 Tengah hari : Membahas dan menerima usul-usul

12,20 Tengah hari : Ucapan Penangguhan

BORANG PENYATAAN USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47

SK JALAN PASAR 1

CARTA ORGANISASI PIBG 2019/2021

GURU BESAR
EN MUHAMMAD SOBRI BIN OMAR

YANG DIPERTUA PIBG
UST MUHAMMAD HATTA BIN ABDUL RAHMAN

NAIB YANG DIPERTUA PIBG
AHMAD FARHAN BIN HUSSIN

SETIAUSAHA
PN MAHERAN BINTI MAT HUSSAIN

BENDAHARI
PN NORHANA BINTI MOHAMED BAHARIN

AJK GURU AJK IBU BAPA

1. PN SYARIFAH SALFINAZ BT SYED 1. EN AZMAN B. IBRAHIM
HOOD BARAKBAH 2. PN PUTI MAZURA BT. MASHUDI
3. EN SALAHUDIN BIN ABDULLAH
2. PN NUR HILAL BINTI ABDULLAH 4. PN NELLY ANAK LAKIN
3. PN NOOR HALIZA BINTI YUNOS 5. PN NUR HADIBAH BINTI ABD

RAZAK

JURU AUDIT

1. EN IKMAL BIN IBRAHIM (GURU)

2. PN. ZAINON BINTI AWANG HAMAT
(IBU BAPA)

1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR ( 1 )

JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR
TEL. & FAKS : 03-92218019

No. Pendaftaran PIBG (JPWP/PIBG/351)

Tarikh : MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Hari SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1
Masa KALI KE-46 (2020/2021)
Tempat
: 23 Oktober 2021
: Sabtu
: 8.00 pagi -10.30 Pagi
: Lokasi masing-masing (Google meet)

Kehadiran :
1. Muhammad Sobri Bin Omar
2. Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya
3. Rozaini binti Yaakob
4. Norlia Bt Nain
5. Farah binti Rosli
6. Nur Adibah binti Roslin
7. Noor Haliza binti Yunos
8. Maheran binti Mat Hussain
9. Nur Hilal Bt Abdullah
10. Norazlina binti Mohd Noor
11. Ahmad Amin bin Soip
12. Muhammad Ikmal bin Ibrahim
13. Muhammad Faruqhi bin Azmi
14. Muhamad Aiman bin Zulkifli
15. Roszi Haili binti Mohd Kamil
16. Sharifah Salfinaz binti Syed Hood Barakbah
17. Mohammad Haironizam Bin Hashim
18. Muhammad Hatta Bin Abd ul Rahman
19. Ahmad Farhan Bin Hussin
20. Salahudin Bin Abdullah
21. Siti Maesaroh

2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1

22. Rohana
23. Foyez udin
24. Mohd Hasnin
25. Nor Sutarmi
26. Hisham Madihi
27. Muhd Kasmal
28. Mohd Zaidan Zaid
29. Nur Azma
30. Nur Hadibah
31. Sulaiman
32. Siti Fatimah
33. Nor Suhaili
34. Masmizah
35. Ibu Safra
36. Nisa Musa
37. Radzma Fatehana
38. Sophina Sarie
39. Al Bathli Amin
40. Azlina Lin
41. Siti Haida
42. Herawati Kadiran
43. Ibu Liyana
44. Ibu Az Zahra

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (En.Muhammad Hatta Bin Abd Rahman- Yang DiPertua PIBG )

1.1. Pengerusi melafazkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
PIBG dan ibu bapa kerana dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-46 sesi 2020/2021.

1.2. Beliau memaklumkan ekoran pandemik covid 19, banyak program sekolah untuk
tahun 2020 telah tergendala dan tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka.

3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1

1.3. Ustaz Hatta menyatakan program tahunan yang diadakan secara atas talian kali ini
diharap dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah melalui
Sarana yang telah disediakan dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan anak-
anak SKJP1.

1.4. Beliau juga berharap agar ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini dapat
bekerjasama dan mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan dengan pihak
sekolah.

1.5. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK ibu bapa dan guru-guru
atas usaha dan kerjasama dalam menganjurkan semua program sekolah sepanjang
Tahun 2019. Beliau berharap agar komitmen ahli jawatankuasa sentiasa berterusan
demi menjaga kebajikan dan prestasi anak-anak di sekolah.

1.6. Ustaz Hatta memaklumkan Mesyuarat Kali ke-46 tiada pembubaran AJK dan AJK
sedia ada dikekalkan.

1.7. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada semua
pihak sekiranyanya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang pengurusan
Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021.

2.0 Ucapan Guru Besar SK Jalan Pasar 1 (En. Muhammad Sobri Bin Omar)
2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz
Muhammad Hatta serta para ibu bapa yang sudi meluangkan masa
menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 ini.

2.2 Beliau menyatakan walaupun pandemik covid 19, pihak sekolah sering
menerima bantuan dan kunjung bantu daripada Pihak PIBG untuk membantu
murid murid yang terkesan dengan Covid 19.

2.3 Beliau memaklumkan Program Gerobok Rezeki bergerak aktif hasil sumbangan
Pihak PIBG yang sering membantu sekolah dengan menyediakan barangan
bantuan keperluan asas untuk diagihkan kepada ibu bapa dan murid yang
memerlukan bantuan.

4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1

2.4 Guru Besar merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan ibu
bapa yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 46.

2.5 Terima kasih kepada ibu bapa murid Prasekolah yang cakna dan memberi
kerjasama dengan memastikan kehadiran murid Prasekolah hadir ke sekolah
bermula 18 Oktober 2021 dan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

2.6 Sekolah akan dibuka kepada Murid Tahap 1 pada 1 November 20201 dan
Tahap 2 pada 8 November 2021 secara penggiliran. Segala perubahan akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.

3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 Sesi 2019/2020
3.1 Minit Mesyuarat tersebut telah dicadangkan untuk :
3.1.1 Disahkan oleh Muhammad Ikmal Bin Ibrahim
3.1.2 Disokong oleh Nur Adibah Bt Roslin

4.0 Perkara Berbangkit
4.1 Tiada

5.0 Membentang dan Meluluskan Laporan Tahunan 2019
(Puan Maheran Bt Mat Hussain – Setiausaha)

5.1 Puan Maheran (Setiausaha PIBG) membentangkan Laporan PIBG Tahunan
2019.
(Sila rujuk Lampiran muka surat 17)

4.2 Pengesahan Laporan PIBG Tahunan 2019 telah dicadangkan untuk:
4.2.1 Disahkan oleh: Mohd Haironizam Bin Hashim
4.2.2 Disokong oleh: Norazlina Bt Mohd Noor

4.3 Pembentangan Unit / Biro

5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1

4.3.1 Unit Kurikulum (Encik Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya – PK Pentadbiran)

4.3.1.1 Encik Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya membentangkan Laporan
Biro Kurikulum Tahunan 2019.
(Sila rujuk Lampiran muka surat 22)

4.3.2 Unit Hal Ehwal Murid (Puan Rozaini Bt Yaakob – PK Hal Ehwal Murid)

4.3.2.1 Puan Rozaini Bt Yaakob (PK HEM) membentangkan Laporan
Biro Hal Ehwal Murid Tahunan 2019.
(Sila rujuk lampiran muka surat 25)

4.3.3 Unit Kokurikulum (Puan Norlia Bt Nain – PK Kokurikulum)

4.3.3.1 Puan Norlia Bt Nain (PK Kokurikulum) membentangkan Laporan
Biro Kokurikulum Tahunan 2019 bagi mewakili mantan PK
Kokurikulum yang telah berpindah ke SK Sungai Besi.
(Sila rujuk muka surat 30)

5

6.0 Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Tahun 2019
(Pn.Noor Haliza Bt Yunos - Bendahari)

6.1 Pn.Noor Haliza (Bendahari PIBG) membentangkan Penyata Kewangan Tahun
2019 yang bertarikh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.
(Sila rujuk muka surat 19)

5.2 Pengesahan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2019 dicadangkan untuk :
5.2.1 Disahkan oleh: En.Ahmad Amin Bin Soip
5.2.2 Disokong oleh: Pn.Roszi Haili Bt Mohd Kamil

6.0 Membentang dan Membahaskan Usul

6.1 Usul : KELAS TAMBAHAN TAHAP 1
Mengadakan kelas tambahan bagi kelas tahun 1 hingga 6 di SK Jalan
Pasar bagi membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran.

6

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1

Pembawa usul: Pn Juliana binti Sulaiman
Jawapan : Untuk mengadakan kelas tambahan sekolah kekurangan tenaga
pengajar, pihak sekolah hanya menyediakan kelas tambahan bagi tahun 6
sahaja bagi membantu murid-murid untuk menghadapi ujian UPSR.

6.2 Usul : Menyediakan Tempat Letak Topi Keledar Murid
Minta jasa baik pihak sekolah menyediakan satu tempat khas bagi topi keledar
murid.
Pembawa usul: Pn. Noor Fadliyatul bt Mohd Yunus
Jawapan : Pihak sekolah telah menyediakan satu tempat khas bagi murid-
murid untuk meletakan topi keledar.

6.3 Usul : Kedai Buku Sekolah
Minta pihak sekolah memantau penjualan peralatan mainan yang dijual
dikedai buku sekolah
Pembawa usul : En Sulaiman bin Mustafa
Jawapan : Pihak sekolah telah memaklumkan kepada pihak kedai buku
supaya peralatan permainan tidak boleh dijual.

10.0 Hal-hal Lain
10.1 Tiada

11.0 Ucapan penangguhan
11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.40 pagi.

Disediakan oleh: __________________________
_________________

7

(NUR HILAL BINTI ABDULLAH) SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1
Pencatat 1
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 (En Muhammad Aiman bin Zulkifli)
SK Jalan Pasar (1), Pencatat 2
55100 Kuala Lumpur. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Jalan Pasar (1),
55100 Kuala Lumpur.

_____________________ Disahkan oleh:
(ROSZI HAILI BT MOHD KAMIL)
Pencatat 3
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45
SK Jalan Pasar (1)
55100 Kuala Lumpur
Disemak oleh:

_______________________________________ ____________________________

(MUHAMMAD HATTA BIN ABDUL RAHMAN) ( MUHAMMAD SOBRI BIN OMAR )
Yang DiPertua PIBG, Guru Besar
SK Jalan Pasar (1), SK Jalan Pasar (1),
55100 Kuala Lumpur. 55100 Kuala Lumpur.

Disediakan oleh: __________________________

_________________ (En Muhammad Aiman bin Zulkifli)
Pencatat 2
(NUR HILAL BINTI ABDULLAH) Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
Pencatat 1 SK Jalan Pasar (1),
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 55100 Kuala Lumpur.
SK Jalan Pasar (1),
55100 Kuala Lumpur.

_____________________ Disahkan oleh:
(ROSZI HAILI BT MOHD KAMIL)
Pencatat 3
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46
SK Jalan Pasar (1)
55100 Kuala Lumpur
Disemak oleh:

_______________________________________ ____________________________

(MUHAMMAD HATTA BIN ABDUL RAHMAN) ( MUHAMMAD SOBRI BIN OMAR )
Yang DiPertua PIBG, Guru Besar
SK Jalan Pasar (1), SK Jalan Pasar (1),
55100 Kuala Lumpur. 55100 Kuala Lumpur.

SENARAI KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2019/2021
SK JALAN PASAR 1

Bilangan mesyuarat

Nama 1 2 3 4 5 6 Jumlah

1. MUHAMMAD HATTA BIN ABDUL RAHMAN / / / / / / 6/6

2. EN AHMAD FARHAN B. HUSSIN / X / / / / 5/6

3. PN MAHERAN BINTI MAT HUSSAIN / / / / / / 6/6

4. PN NORHANA BINTI MOHAMED BAHARIN / / / / - - 4/4

5. PN NUR HILAL BINTI ABDULLAH / / / / / / 6/6

6. PN SHARIFAH SALFINAZ BT SYED HOOD BARAKBAH / / / / / / 6/6

7. PN NOOR HALIZA BINTI YUNOS / / / / / / 6/6

8. EN AZMAN B. IBRAHIM / X / / / X 4/6

9. PN PUTI MAZURA BT MASHUDI / / X X / / 4/6

10. PN NELLY ANAK LAKIN / / X X / X 3/6

11. EN SALAHUDIN BIN ABDULLAH / / / / / X 5/6

12. PN NUR HADIBAH BT ABDUL RAZAK X X X X X X 0/6

13. EN KAMARUL / - - - - - 1/1

14 EN MUHAMMAD SOBRI BIN OMAR - / / / / X 4/5

15 EN SYUKLI NOOR AZMIN BIN MIOR YAHYA X / X X X / 2/6

16 PN ROZAINI BINTI YAAKOB / / / / / / 6/6

17 PN ERNY KAMALEAH BT MOHD ESA X / / / - - 3/4

18 PN NORLIA BT NAIN - - - - / / 2/2

LAPORAN SETIAUSAHA PIBG SK JALAN PASAR 1 2020/2021

PIBG adalah tunjang kepada kemajuan sekolah dalam menyokong dan membantu
meningkatkan imej sekolah. Komitmen padu bermula daripada Guru Besar, guru-guru, barisan AJK PIBG,
ibu bapa, murid-murid dan masyarakat sekitar yang telah menyumbangkan tenaga dan sumber
kewangan mereka dari semasa ke semasa telah banyak membantu memenuhi kehendak dan keperluan
sekolah dalam merealisasikan kemajuan sekolah pada tahun 2020. Berbagai inisiatif dan pembangunan
di SK Jalan Pasar 1 telah dibantu dengan penglibatan dan sokongan padu daripada PIBG.

PIBG sekolah yang aktif sentiasa memastikan murid-murid mendapat faedah maksimum daripada
prasarana-prasarana pendidikan yang disediakan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab PIBG dan
sekolah untuk menyediakan segala kemudahan tersebut. Maka dengan itu, PIBG mengambil inisiatif untuk
turut sama terlibat dalam aktiviti Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum agar sesuatu yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tahun 2020 Pendemik covid-19 melanda negara,banyak aktiviti ditanguhkan. Antara aktiviti yang
dapat dijalankan adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH

1. Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6 dan Penetapan Target UPSR 2020 31 Januari 2020

2. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Fasa 1 17-19 Februari 2020

3. Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke 72/2020 23 Februari 2020

4. Lawatan Sambil Belajar CENDANA,Petrosains dan Galeri Petronas 4 Mac 2020

5. Lawatan Seni Sambil Belajar CENDANA,Pusat Sains & Muzium Diraja 11 Mac 2020

Kerjasama dan sumbangan PIBG yang amat baik telah memungkinkan pihak sekolah
merancang serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dalam membantu
melahirkan insan yang seimbang dan generasi berwawasan.

“PIBG PRIHATIN MENJANA MURID BERKUALITI”

Laporan disediakan oleh,

LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020

Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Baki kewangan PIBG tahun 2019
2. Penerimaan Tunai Bank

1. Kutipan sumbangan PIBG 175.35 4,096.51
a. Tahun 2019 (3 keluarga)
b. Tahun 2020 Jumlah 150.00
Jumlah -
2. Sumbangan luar 150.00
a. Pn. Puti Mazura
b. CENDANA 1,400.00
c. Masjid Jamek Bandaraya 4,922.80
d. Masjid Jamek Azzubair 1,000.00
e. Masjid Jamek As-Syakirin
f. Datuk Norhayati 500.00
g. Individu A 3,000.00
h. Baitulmal 19,500.00
i. Masjid Saidina Abu Bakar
j. Individu B 200.00
k. Individu C 18,000.00
l. Individu D
m. Individu E 500.00
5,000.00
3. Lain-lain
300.00
200.00
200.00
54,722.80

2,750.00

175.35 61,719.31
Jumlah keseluruhan

Bil Perkara Jumlah (RM)
3. Pembayaran
Tunai Bank

a1. Unit Kurikulum 600.00
a. Makan kelas tambahan UPSR 200.00
b. Bengkel UPSR 700.00
c. Program Akhir Tahun 6 1,500.00

Jumlah

d2. Unit Kokurikulum Jumlah 1,000.00
a. Hari Sukan Jumlah
540.00
3. Program Agama -Baitulmal 8,000.00
a. Kem Cemerlang Jawi 1
b. Wakalah Surau 500.00
c. Program Bubur Asyura 9,040.00

4. Kebajikan – Dana Datuk Norhayati 5,025.00
a. Bantuan Makanan Murid 1,500.00
b. Peralatan Sanitasi
c. Program Tahun 6 860.00
7,385.00
5. Lain- lain
7,672.80

6. GST, Bayaran proses cek. 16.50
- 24191.50
Jumlah keseluruhan
175.35 35,105.01
4. Baki kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020
(Jumlah keseluruhan Penerimaan – Jumlah
keseluruhan Pembayaran)

Disemak oleh,

(ZAINON BINTI AWANG HAMAT)
Juruaudit PIBG,
SK Jalan Pasar (1),
Jalan Rusa, 55100 Kuala Lumpur

LAPORAN UNIT KURIKULUM 2020

KETUA BIRO
EN. SYUKLI NOOR AZMIN BIN MIOR YAHYA

1. Majlis Perjumpaan Waris Murid Tahun 6 dan Penetapan Target UPSR

Majlis Perjumpaan Waris Murid Tahun 6 dan Penetapan Target UPSR 2020 telah diadakan
pada 31 Januari 2020. Program ini merupakan perjumpaan ibu bapa / penjaga murid-
murid tahun 6 dengan guru-guru tahun 6 mata pelajaran UPSR. Tujuan majlis ini diadakan
adalah untuk berbincang dengan ibu bapa /penjaga murid-murid tahun 6, tentang
penetapan target yang ingin dicapai oleh anak mereka bagi setiap mata pelajaran
UPSR. Ibu bapa /penjaga perlu memantau, membimbing dan memberi galakan
kepada anak mereka untuk mencapai target yang telah disasarkan.

2. Kelas Lanjutan Selepas Waktu Persekolahan.

Kelas lanjutan selepas waktu persekolahan telah dijalankan pada setiap hari Isnin,
Selasa dan Khamis untuk murid-murid tahun 6. Kelas ini telah dimulakan pada minggu
kedua bulan Januari 2020 bermula pukul 1.45 petang hingga pukul 2.30 petang. Tujuan
diadakan kelas lanjutan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
mata pelajaran teras UPSR murid-murid dan mengulangkaji kemahiran-kemahiran tahun
4 dan tahun 5.

3. Kelas Tambahan Hari Sabtu dan Cuti Persekolahan

Kelas tambahan hari Sabtu dan cuti persekolahan telah dijalankan untuk murid-murid
tahun 6. Kelas tambahan ini juga telah dimulakan pada minggu kedua bulan Januari
2020 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. Objektif kelas
tambahan ini adalah untuk memberi banyak latih tubi dan meningkatkan penguasaan
dan pencapaian setiap mata pelajaran UPSR serta membiasakan murid-murid dengan
contoh-contoh soalan sebenar UPSR.

4. Akhbar DIDIK

Unit Kurikulum telah menerima sumbangan Akhbar DIDIK dari YDP PIBG, Ustaz
Muhammad Hatta untuk semua murid Tahun 4, 5 & 6. Akhbar DIDIK ini telah digunakan
sepanjang kelas tambahan yang diadakan pada hari Sabtu dan cuti persekolahan.
Melalui latihan daripada akhbar DIDIK ini, murid-murid dapat membuat banyak latihan
dan dapat mengetahui cara-cara untuk menulis jawapan yang tepat. Guru-guru juga
boleh mengajar murid-murid teknik menjawab yang betul untuk mendapatkan markah.

5. Makanan Kelas Tambahan Hari Sabtu

Ibu bapa kepada seorang murid SK Jalan Pasar 1 telah bermurah hati untuk memasak
dan menyediakan makanan dan minuman pada setiap hari Sabtu untuk murid-murid
tahun 6 yang hadir kelas tambahan pada pukul 10.00 pagi.

6. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Fasa 1

Bengkel teknik menjawab soalan UPSR Fasa 1 telah diadakan pada 17 sehingga 19
Februari 2020 YPC Jalan Peel. Bengkel ini telah ditaja oleh, Yayasan Pendidikan Mara
dan melibatkan beberapa buah sekolah di zon Pudu. Tujuan program ini diadakan
adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR
yang betul dan berkesan serta memberi keyakinan untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh guru-guru yang menanda kertas
UPSR.

LAPORAN BIRO KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL MURID 2020
KETUA BIRO: PN ROZAINI BT YAAKOB

1.PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1

Program Orientasi Tahun 1 sesi 2020 telah dilaksanakan pada 27/12/2019 untuk murid baru
Tahun 1dan Prasekolah. Ada juga yang takut dan menangis kerana tidak dapat menyesuaikan
diri dengan sekolah , rakan sebaya dan guru-guru .Pihak sekolah dan guru bertanggungjawab
menyediakan persekitaran yang mampu membantu murid-murid untuk bersedia dengan alam
persekolahan. Justeru itu, sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Orientasi
Tahun 1 dan Pra-Sekolah supaya kanak-kanak dapat berkenalan dengan warga sekolah.

2. KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Kursus ini dijalankan dalam usaha untuk memantapkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas agar dapat
menjalankan tugas-tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Mereka adalah pemimpin
masa hadapan negara dan memerlukan disiplin yang tinggi di dalam diri mereka. Mewujudkan
integrasi dalam kalangan murid-murid bagi melahirkan murid yang muafakat, bekerjasama
dan berdedikasi dalam menjalankan tugas-tugas yang di amanahkan. Kem dijalankan pada
bulan Januari di sekolah pada setiap tahun.

3. RAWATAN KESIHATAN MURID

Program adalah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia akan turun ke sekolah
bagi melahirkan generasi sihat bebas dari wabak penyakit. Rawatan pergigian pada bulan
Januari diwajibkan oleh semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Klinik Pergigian dari
Kampung Pandan akan tiba disekolah bagi merawat gigi murid-murid. Kes cabutan dan
tampalan akan dilakukan sekiranya ada kerosakan gigi murid-murid. Seterusnya pada bulan
Februari pula bagi rawatan kesihatan murid Pra-Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 6. Tahun 1 telah
diberi suntikan dan rawatan kesihatan serta ceramah kesihatan. Manakala Tahun 6 dan Pra-
Sekolah pula diberi pemeriksaan tulang belakang dan ceramah kesihatan.Suntikan adalah
perkara yang amat penting bagi mengelak dari penyakit.Tahun 1 disarankan agar mengambil
suntikan yang lengkap dari klinik kesihatan.

4. BANTUAN KEBAJIKAN

Bantuan yang ditawarkan kepada murid-murid yang layak ialah KWAMP, RMT,
BAITULMAL,BANTUAN RM100, ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS, BANTUAN MAKANAN
TENGAHARI. AJK Bantuan akan mengenal pasti murid yang berkelayakan sahaja bagi
menerima bantuan pada setiap tahun. Hasil dari bantuan yang diberikan murid-murid dapat
belajar dengan cemerlang di sekolah. Bantuan pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut
sekolah, pakaian sukan sekolah, seluar trek dan kelengkapan buku tulis dan alatan tulis juga
dibekalkan bagi memastikan semua murid dapat datang ke sekolah belajar seperti murid
lain.Murid mendapat keselesaan dengan bantuan yang diterima. Semoga pada tahun ini rezeki

melimpah-ruah juga agar dapat membantu murid-murid yang kurang mampu.Usaha murni ini
semoga mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan.

5.PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG 2020

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG telah mengadakan pelbagai aktiviti
sebagai menarik minat murid rajin datang ke sekolah. Pada setiap bulan kelahiran murid-murid
akan menerima hadiah dari sekolah. Kek juga dibeli bagi meraikan majlis hari jadi mereka.
Walaubagaimana pun harga kek yang mahal agak sukar juga sekolah untuk membelanjakan
pada setiap bulan kelahiran. Sekolah juga mengalu-alukan sumbangan kek bagi melancarkan
sambutan hari jadi murid.Murid berasa mereka dihargai dengan program sekolah penyayang.

6.PROGRAM 3K( KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN )

Unit Kesihatan akan membuat pemantauan ke atas semua pelajar bagi memastikan kuku
bersih dan pendek semasa di sekolah serta murid tiada kutu di kepala. Aktiviti ini dijalankan 4
kali setahun agar murid menjaga kesihatan diri bebas dari kuman. Tahun lepas murid-murid
dikehendaki mencuci tangan dengan sabun Dettol. Pelbagai penyakit berjangkit di Malaysia
kerana kurangnya amalan penjagaan kesihatan yang baik.Pelajar diminta membawa air ke
sekolah pada setiap-hari. Ibubapa diminta supaya menjaga kebersihan pakaian murid dengan
kemas.Murid perlu memakai pakaian mengikut jadual waktu mereka.Masih terdapat ibubapa
yang tidak menjahit lencana sekolah pada pakaian seragam sekolah yang menjadi identiti
sesebuah sekolah.

7.PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG

Program dilaksanakan bagi memberi hadiah galakkan kepada murid supaya sentiasa
berakhlak mulia di sekolah.Anugerah Ultimate bagi individu yang mencapai akademik yang
baik. Anugerah Butterfly bagi murid yang berubah sikap dari nakal menjadi baik.Anugerah The
Ants bagi murid yang mempunyai ciri-ciri murid yang rajin membantu guru dan rakan
sebaya.Anugerah dipilih dan diberi hadiah pada Hari Anugerah Cemerlang atau Hari Kanak-
Kanak.

8.SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Sambutan Hari Kanak-Kanak bagi tahun 2020 tidak dapat dijalankan seperti kebiasaan
berikutan penularan pandemic COVID-19. Namun pihqk sekolah telah mengiktiraf pencapaian
murid Tahun 6 yang dipilih sebagai Tokoh Hari Kanak-Kanak tahun 2020. Murid yang dipilih telah
menerima hadiah dan sijil penghargaan.

9.PROGRAM MOTIVASI SAHSIAH MURID

Program motivasi sahsiah murid diadakan secara dalaman sahaja pada tahun 2020. Murid-
murid tidak mempunyai banyak masalah sahsiah yang salah laku berat. Program ini bagi
melahirkan sahsiah murid yang baik agar mereka tahu menghormati dan menyayangi kawan
mereka . Pembentukkan akhlak dan sahsiah yang murni dapat melahirkan insan yang mulia.
Murid-murid yang tidak dapat mengawal emosi akan melakukan pelbagai perkara yang tidak
diingini seperti buli kawan dan tidak menghormati guru di sekolah.

10.PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

Pertandingan keceriaan kelas diadakan pada setiap tahun. Pertandingan bermula pada bulan
Februari hingga bulan Oktober. Pada setiap hari Isnin Johan dan Naib Johan akan menerima
sijil dan piala untuk kelas. Hadiah Hamper akan diberikan 2 kali setahun iaitu semester satu dan
semester dua bagi meraikan kelas yang paling ceria dan cantik. Guru kelas banyak berkorban
mengecat dinding bilik darjah, membuat langsir baru dan menghias kerusi meja bilik darjah
pada awal tahun. Sekolah amat mengalu-alukan bantuan dari ibu bapa agar dapat
membantu guru kelas menghias kelas anak-anak.

LAPORAN BIRO KOKURIKULUM PIBG SK JALAN PASAR 1

KETUA BIRO: PN ERNY KAMALEAH BT MOHAMED ESA

1. KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE 72/ 2020

Kejohanan Sukan dan Olahraga SKJP1 kali ke 72 telah diadakan dengan jayanya pada
23 Februari 2020 (Ahad). Kejohanan ini telah menjadi satu platform untuk murid-murid
menunjukkan bakat dalam bidang sukan. Kejohanan ini turut mendapat sokongan dan
bantuan daripada AJK PIBG yang turut bertugas sebagai pegawai kejohanan. Di
samping itu, ibu bapa juga turut memeriahkan kejohanan dengan memberi sokongan
kepada atlet yang bertanding.

2. LAWATAN SENI SAMBIL BELAJAR CENDANA, PETROSAINS DAN GALERI PETRONAS

Pada 4 Mac 2020, satu lawatan seni sambil belajar ke Galeri Petronas KLCC dan
Petrosains telah diadakan. Lawatan ini melibatkan murid-murid tahun 3 sehingga tahun
6. Lawatan ini telah menerima sumbangan daripada The Cultural Economy
Development Agency (CENDANA) bertujuan memberi pendedahan kepada murid-
murid tentang pengetahuan seni dan sains. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
melawat Pameran Seni MASTERY, demostrasi karya seni “Salt Painting” dan penerokaan
sains. Murid-murid menimba ilmu berkenaan pelbagai jenis seni ekspresi dan juga
pengetahuan STEM. Aktiviti ini memberi pengalaman yang menarik dan berharga bagi
murid-murid.

3. LAWATAN SENI SAMBIL BELAJAR CENDANA, PUSAT SAINS & MUZIUM DIRAJA

Pada 11 Mac 2020, lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara dan Muzium Diraja
telah diadakan melibatkan murid tahun 3 sehingga tahun 6. Lawatan ini juga mendapat
sumbangan daripada The Cultural Economy Development Agency (CENDANA). Murid
telah dibawa melawat sekitar Pusat Sains Negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
eksperimen sains kanak-kanak, sesi reka cipta dan eksplorasi sains. Murid sangat
gembira dan teruja melihat pelbagai tarikan menarik di sana. Pada sebelah petang,
murid melawat Muzium Diraja. Murid dibawa melihat pelbagai koleksi diraja dan
Balairung Seri. Murid juga belajar mengenai sejarah kesultanan Melayu dan institusi
diraja.

USUL-USUL YANG DITERIMA

1. KELAS KAFA
- Memohon agar sekolah mengadakan kelas KAFA bagi kelas tahun 1 hingga 6 di

SK Jalan Pasar bagi membolehkan murid-murid mengikuti kelas agama.

1. En Muhammad Hafiz bin Harun (Hanifah Safra)
2. EN Muhammas Al- Bathli (As Sayyid)

Jawapan : Permohonan pembukaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ( KAFA)diI SK Jalan
Pasar 1 telah dibuat ke Jabatan Agama Islam (JAWI) pada tahun 2019 dan belum ada
jawapan.Permohanan baru akan dibuat semula pada tahun 2022 nanti.

2. MENYEDIAKAN TEMPAT MENUNGGU ANAK-ANAK DI LUAR PAGAR SEKOLAH
- Minta jasa baik pihak sekolah menyediakan satu tempat khas bagi ibubapa

menunggu anak d iluar pagar sekolah

( En Sulaiman bin Mustapa )

Jawapan : Pihak sekolah mengambil maklum perkara ini. Pihak sekolah akan
berhubung dengan pihak DBKL kerana ia diluar permis sekolah.

JAWATANKUASA PIBG
SEK. KEB. JALAN PASAR 1 SESI 2021/2023

Penasihat : Encik Muhammad Sobri bin Omar
(Guru Besar SK Jalan Pasar 1)

Yang Dipertua : ____________________________________________________
(dicadang oleh __________________________________)

Naib Yg Dipertua : ____________________________________________________
(dicadang oleh ___________________________________)

Setiausaha : Puan Maheran Bt. Mat Hussain

Naib Setiausaha : Encik Muhammad Hakimi Bin Harun

Bendahari : Puan Noor Haliza Bt. Yunos

Ahli Jawatankuasa: 1. Puan Sharifah Salfinaz Bt. Syed Hood Barakbah
(Guru) 2. Puan Nur Hilal Bt. Abdullah
3. Encik Mohd Haironizam Bin Hashim

Ahli Jawatankuasa: 1. __________________________________________________
(Ibu Bapa) 2. __________________________________________________
3. __________________________________________________
4. __________________________________________________
5. __________________________________________________

Juruaudit Dalaman : 1. Encik Muhammad Ikmal Bin Ibrahim
2. _________________________________________

SENARAI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47

Penasihat : En Muhammad Sobri bin Omar
Pengerusi : Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman
Setiausaha : Pn Maheran binti Mat Hussain
Bendahari : Puan Noor Haliza binti Yunos
Penyediaan Buku Laporan
: Pn Maheran binti Mat Hussain
Pendaftaran Pn Nur Adibah binti Roslin
En Azrin b Othman
Juru Acara
Bacaan Doa : En Muhammad Ikmal bin Ibrahim
Cenderahati dan Sijil Pn Sharifah Salfinaz bt Syed Hood Barakbah

Dokumentasi : Pn Nur Adibah binti Roslin

Juru Foto : En Muhammad Faruqhi bin Azmi
Teknikal GM
: Pn Sharifah Salfinaz bt Syed Hood Barakbah
Pn Nur Hilal Bt. Abdullah

: Pn Maheran binti Mat Hussain
Pn Nur Adibah binti Roslin

: En Wan Abd Rahim B. Abd Rahman

: Pn Sharifah Salfinaz bt Syed Hood Barakbah
En Muhammad Ikmal bin Ibrahim

Pencatat Minit : Pn Farah binti Rosli (2021)
Pengiraan Undi Pn Norazlina binti Mohd Nor (2021)
Usul
AJK ICT : En Ahmad Amin bin Soip
En Haironizam bin Hashim
AJK Makanan
: En Muhd Hakimi bin Harun

: En Muhammad Faruqhi bin Azmi
En Muhammad Ikmal bin Ibrahim
En Muhd Hakimi BIN Harun

: Pn Maheran Bt Mat Hussain
Pn Nur Adibah Bt Roslin

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih kepada
semua guru, ibu bapa dan staff

pentadbiran sekolah diatas
kerjasama dan sokongan yang

diberikan.


Click to View FlipBook Version