2.1 APA ITU SEL?
• Sel adalah unit asas bagi
semua benda hidup
• Sel adalah sangat kecil dan
halus.
• Ianya hanya boleh dilihat
dengan menggunakan
Mikroskop
2.1 APA ITU SEL?
Pada 1665, Robert Hooke menjadi
orang yang pertama yang mengkaji sel
dengan menggunakan mikroskop. Dia
mendapati gabus terdiri daripada
unit-unit kecil yang dinamakan sel.
BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN
MIKROSKOP
1) Letakkan mikroskop di atas meja dengan
bahagian lengan mikroskop menghala ke arah
anda.
2) Putarkan kanta objek kuasa rendah sehingga
anda mendengar bunyi “klik”. Pastikan kanta
objek itu berada betul-betul di atas lubang
pada pentas.
3) Laraskan diafragma dan cermin supaya jumlah
cahaya yang masuk adalah maksimum
4) Letakkan slaid yang mengandungi spesimen di
atas pentas mikroskop dan kepitkan dengan
klip mikroskop.
5) Putarkan pelaras kasar supaya kanta objek
kuasa rendah itu diturunkan secara perlahan-
lahan sehingga menghampiri slaid kaca.
6) Sambil melihat spesimen pada slaid kanta
mata, putarkan pelaras kasar untuk menaikkan
kanta objek supaya spesimen pada slaid kaca
dapat dilihat dengan lebih jelas.
7) Putarkan pelaras halus bagi mendapatkan imej
yang lebih tajam.
8) Apabila imej spesimen sudah dapat dilihat
melalui kanta mata, tukarkan kanta objek
kuasa rendah daripada 4x ke 10x dan
seterusnya ke 40x untuk memperbesarkan
saiz imej.
Bahagian Fungsi bahagian mikroskop
Kanta mata
Fungsi
Pelaras kasar Membesarkan imej yang telah dibesarkan oleh kanta
objek
Memfokuskan imej spesimen
Pelaras halus Memfokus dan menajamkan imej spesimen
Kanta objek Membesarkan imej spesimen
Pentas Untuk menempatkan slaid
Diafragma Mengawal kuantiti cahaya yang sampai ke spisemen
Cermin Memantulkan cahaya ke atas diafragma
Tapak Menstabilkan mikroskop
Langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan
mikroskop
1) Gunakan kedua-dua belah tangan semasa
memegang mikroskop. Sebelah tangan memegang
pemegang mikroskop dan sebelah tangan lagi
menyokong tapaknya.
2) Letakkan mikroskop dengan keadaan menegak
3) Sentiasa memutar pelaras kasar mengikut lawan jam
4) Kanta kuasa rendah digunakan terlebih dahulu
5) Buka kedua-dua mata semasa melihat melalui
mikroskop
Menyediakan Slaid Sel Bawang
Potong dan keluarkan satu bahagian segiempat sama
pada bawang.
Kupaskan selapis nipis lapisan epidermis bawang. Satu bahagian pada bawang
Letakkan lapisan epidermis di atas slaid. Penutup
Tambah setitis air dan kemudian setitis Slaid yang disediakan
larutan iodin pada sel bawang.
Kertas turas
Tutup sel bawang dengan Larutan iodin
menggunakan penutup.
Bawang
Serap larutan iodin berlebihan pada sel bawang
dengan menggunakan kertas turas.
Perhatikan sel bawang di bawah
mikroskop.
Sturktur umum sel haiwan
Sel haiwan Membran sel
Sitoplasma
Nukleus
Sturktur umum sel tumbuhan
Sel tumbuhan Dinding sel
Membran sel
Sitoplasma Vakuol
Nukleus
Kloroplas
Sel pipi
Sel epidermis
bawang
Sel epidermis
bawang
Struktur Fungsi
Nukleus Pusat kawalan aktiviti sel
Membran Mengawal masuk dan keluar bahan
sel dari sel
Sitoplasma Menyimpan bahan terlarut
Kroloplas Mengandungi klofil
Vakuol Mengandungi air, glukosa dan garam
mineral
Dinding sel Mengekalkan bentuk sel
Perbandingan Antara Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan
Persamaan Sel adalah unit asas sel haiwan dan sel tumbuhan
Sel tumbuhan Kedua-duanya mempunyai sel membran,
Sel daun sitoplasma dan nukleus (protoplasma)
Tetap Perbezaan Sel haiwan
Mempunyai dinding sel
Contoh Sel kulit manusia
Kloroplas mengandungi klorofil
Bentuk Tidak tetap
Vakuol yang besar
Dinding sel Tiada
Kloroplas Tiada
Vakuol Tiada kecuali haiwan kelas bawah