The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zaidatul Fazira, 2022-12-08 20:23:53

Autisme

Autisme

AUTISME

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme
Dan

Implikasi Mereka Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 PENDAHULUAN
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek
iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup
dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan
istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang
menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan
yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil
kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk
“Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan
penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to
communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation
pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of
language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not
fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan
ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan
sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”,
kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang
berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara,
kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya
mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
2.1 Komunikasi dan Bahasa
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi.
Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya
mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang
lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi
dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal
untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

2.2 Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam
perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006)
dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal.
Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.

2.3 Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka
dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka
kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika
mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan
sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan
orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa
sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan
mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

2.4 Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak

seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang
munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka
gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia
yang agresif.

2.5 Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan
sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap
menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang
asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang.
Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru
perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk
mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka
akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan
sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-
sungguh terhadap sesuatu perkara.

2.6 Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap
cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka
menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan
menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan
mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka
dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan
pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak
atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

3.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana
kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami
masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka,
bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read
menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan
dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar
dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti
“Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya
bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang
berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk
autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material.
Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran
visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan
pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai

contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan
mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun
adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan
masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang
atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam
mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi
tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

4.0 PENUTUP
Penyakit kecacatan pada mental yang memberi kesan sepanjang hidup ini terlalu sukar untuk dipulihkan.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya guru-guru dalam mengenal
pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak autisme ini supaya dapat berhadapan dengan mereka dengan bijak dan
menggunakan segala kemahiran yang ada dalam membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak
yang lain. Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak autisme ini kerana
tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur
hidup mereka.

5.0 RUJUKAN
5.1 Rujukan Utama
5.2 Judarwanto, D. W. (n.d.). Pencegahan Autis Pada Anak. Phycology , 1-11.
5.3 Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov. (2006). Does Television Cause Autism?

Psycology , 1-44.
5.4 Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. Psychology , 54-61.


Click to View FlipBook Version