PEMBANGUNAN
MALAYSIA
NAMA:ANIS FIRZANAH
KELAS:6 BAIDURI
Penghargaan
Menara Berkembar Petronas
Putrajaya
Merdeka PNB 118
Melaka Gateway
Kereta Api Berkelajuan
Tinggi dari KL ke Singapura
Kesimpulan
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah SWT
kerana dapat menyiapkan buku
skrap sempena bulan kemerdekaan
ini.Saya juga berterima kasih kepada
ibubapa saya yang memberi
dorongan dan semangat kepada saya
untuk menyiapkan buku skrap ini.
Kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu
Raizul yang tidak pernah jemu
mengajar kami,saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
atas sokongan yang diberikan.
Saya memilih tajuk Pembangunan
Malaysia untuk kerja kursus sejarah
tahun 6.
KEMERDEKAAN
Merdeka bermaksud bebas daripada
cengkaman kuasa asing dan bebas
menentuka pemerintahan dan hala
tuju negara sendiri.
Takrif kemerdekaan pula adalah
bebas dari penjajahan,kurungan atau
naungan.Negara merdeka bererti
negara yang berdaulat iaitu
mempunyai kuasa tertinggi.
Malaysia telah mencapai
kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos
1957.Ini bermakna negara kita telah
mencapai kemerdekaan selama 65
tahun.
MENARA BERKEMBAR
PETRONAS
Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat yang
turut dikenali dengan nama KLCC merupakan menara
berkembar tertinggi di dunia. Diinspirasi dari bentuk
geometri yang ditemui dalam senibina Islam,
bangunan mega ini direka oleh arkitek berbangsa
Argentina-Amerika, Cesar Pelli. Terhampar di sebelah
bangunan mega ini ialah taman cantik dan luas yang
diberi nama Taman KLCC. Tarikan lain di KLCC ialah
Kompleks Beli-Belah Suria, Dewan Philharmonic
Petronas, Petrosains, Galeri Seni Petronas dan Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur di mana terletaknya
Aquaria Oceanarium.
Men
ara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di
dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada tahun 2004, seperti
yang diukur hingga ke atas komponen strukturnya
(kemuncak, bukan antena). Puncak dianggap sebagai
bahagian penting dalam reka bina bangunan, dan jika
diubah boleh banyak mengubah rupa dan reka bina
bangunan, manakala antena boleh dipasang atau dicabut
tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara
Berkembar Petronas masih merupakan bangunan
berkembar tertinggi di dunia.
Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada
konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli
dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian
Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu
lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah
keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el
Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk
memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara 1 dibina
oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama
Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua
kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan
Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula
disiapkan oleh Kukdong.
Apa yang boleh dirumuskan di sini, Menara
Berkembar Petronas (KLCC) mempunyai
banyak sejarah dan latar belakang yang
menarik di sebalik pembinaannya. motif seni
bina Islam yang ditonjolkan menara tersebut
jga memberi gambaran bahawa kebanyakan
bangunan ternama di dunia mempunyai
hubung kait dengan Islam. Bangunan ini
boleh dijadikan sebagai mercu tanda
kemajuan sesebuah negara dalam berlumba
untuk mencapai kemajuan.
PUTRAJAYA
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan
Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala
Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran
Malaysia.Putrajaya adalah sebuah kota pintar dalam
taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur
merupakan sebuah bandaraya futuristik yang
menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan.Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di
Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan
nama Prang Besar,kawasan ini melonjak
membangun dengan nama Putrajaya mulai 12
Oktober 1994.Berbanding dangan Kuala
Lumpur,sebuah bandar tinggalan penjajah,Putrajaya
dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan
bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan
menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).
Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala
Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi
Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan
Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya
telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan
membersihkan aliran permukaan yang tercemar
sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya
di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya
menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk
bersama-sama mencapai matlamat dari segi
rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor
Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini
dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion
mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial,
kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana
Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya
menjadi penanda aras kepada pembangunan dan
pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat
dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km
selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat
pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah
dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999,
akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala
Lumpur. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur kekal
sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja
dan Parlimen, termasuk juga pusat perdagangan
dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah
Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala
Lumpur dan Labuan.
MERDEKA PNB 118
Terletak di Bukit Petaling dan berketinggian 644 meter
terdiri daripada 118 tingkat,ia bakal menjadi bangunan
tertinggi di Malaysia,dan ketiga tertinggi di dunia.
Dahulunya dikenali sebagai KL118 atau Warisan
Merdeka,projek ini dibiayai oleh Permodalan Nasional
Berhad.Mula dibina pada 2016,ia dijangkakan siap
dibina pada 2024 dan menelan kos sebanyak RM7
billion.
Bangunan ini mempunyai 100 tingkat untuk disewa
manakala 80 daripadanya adalah ruangan pejabat.60
tingkat daripada 80 tersebut pula merupakan pejabat
bagi Permodalan Nasional Berhad.
Selain itu,sebanyak 12 tingkat bakal dibina bilik-
bilik hotel,5 tingkat kediaman hotel dan pusat
perniagaan runcit.Fasiliti-fasiliti lain termasuklah
ruangan parkir yang mampu memuatkan 5,000
buah kereta.
Walaupun bakal menjadi mercu tanda baru bagi
Malaysia,namun projek ini tak lari daripada
kritikan orang ramai yang berpendapat bahawa
ia merupakan satu pembaziran dan wang
tersebut boleh digunakan ke arah lebih baik
seperti kesihatan dan pendidikan.Namun
menurut Perdana Menteri,ia bukanlah satu
pembaziran tetapi bakal memberi banyak
faedah dengan menjana peluang ekonomi.
MELAKA GATEWAY
Add a little bit of body text
Melaka Gateway merupakan sebuah pembangunan
luar pantai yang terletak di atas tanah tambun yang
menjadi pulau tiruan, di Klebang, Melaka.
Projek yang dilancarkan pada Februari 2014 ini
diinspirasikan oleh warisan melaka yang kaya,dan
terdiri daripada 12 presint termasuklah elemen
keidaman,komersial,kebudayaan,hiburan dan juga
gaya hidup.
12 Gateway tersebut adalah:-
1~ Gateway Entertainment Precinct
2~ Malacca Marina & Cruise Centre
3~ Malacca Historical Walk
4~ Gateway Maritime Arena & Beacon
5~ Branded Fashion District
6~ International Theme Park
7~ Malacca Cultural Walk
8~ Waterfront Marina Villas
9~ Gateway Wellness & Lifestyle Precinct
10~ Malacca Skyline Apartments
11~ Lohas Park & Residence
12~ Eco Isle Resorts
Fasa pertama projek 609 ekar ini dijangkakan bakal
menarik 900,000 pengunjung pada tahun pertama
operasi,termasuklah penumpang kapal persiaran
antarabangsa.Kos pembinaan terminal marina
sahaja adalah sebanyak RM600 juta dan mampu
mengendalikan 3 kapal persiaran serentak.
Melaka Gateway dijangkakan dibuka kepada
pengunjung bermula 2018 dan siap sepenuhnya
menjelang 2025.
KERETA API BERKELAJUAN
TINGGI DARI KL KE
SINGAPURA
Idea mengenai projek ini telah lama dicadangkan
iaitu pada hujung tahun 1990-an, namun
disebabkan kos yang tinggi, ia telah
ditangguhkan.Namun pada September 2010,
Perdana Menteri Dato Seri Najib telah
mengumumkan tentang projek Kereta Api
Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang
menghubungkan ibu negara Malaysia dan Johor
Bahru dengan negara jiran.
Ia dipersetujui oleh kedua-dua buah negara ini pada
Februari 2013,dan mula dibina pada tahun
2018.Dijangka akan siap pada tahun 2025 dan mula
beroperasi pada Disember 2026,laluan kereta api ini
mempunyai 8 stesen yang mana setiap satunya
mempunyai rekabentuk budaya Malaysia yang sangat
unik.
Antara hentian-hentian tersebut adalah:-
1~ Stesen Bandar Malaysia
2~ Stesen Bangi-Putrajaya
3~ Stesen Seremban
4~ Stesen Melaka
5~ Stesen Muar
6~ Stesen Batu Pahat
7~ Stesen Iskandar Puteri
Kelajuan operasi kereta api tersebut adalah 320
kilometer sejam,dan bagi setiap 30 minit.Anggaran
KDNK adalah sebanyak RM21 billion dan jumlah peluang
pekerjaan yang ada menjelang 2069 adalah sebanyak
442,000 .
Perjalanan menggunakan kereta dari Kuala Lumpur ke
Singapura yang memakan masa hampir 4 jam bakal
menjadi 90 minit menaiki kereta api ini tanpa
henti.Penumpang yang menaiki keretapi ini akan melalui
proses imigresen Singapura terlebih dahulu di Stesen
Bandar Malaysia.
KESIMPULAN
Sesungguhnya dalam masa saya
menyiapkan buku skrap kerja kursus
sejarah ini,saya mendapat banyak
pengetahuan mengenai Pembangunan
Malaysia.
Saya dapat mengetahui bahawa negara
kita Malaysia telah banyak mencapai
kemajuan.Saya berasa sangat berbangga
terhadap pembangunan yang dicapai
setakat ini.
Saya juga berbangga menjadi rakyat
Malaysia dan berterima kasih kepada
semua pemimpin negara yang
menyediakan kemudahan kepada rakyat
di negara ini.