The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nainnngg, 2022-04-15 00:06:42

TUGASAN BMMB1134

TUGASAN BMMB1134

BMMB1134

KOMUNIKASI
DALAM

KETERAMPILAN

PENSYARAH: DR YUSFARINA BINTI
MOHD YUSSOF
PELAJAR: NURUL AIN BINTI HASNUL
IZHAN

Isi Kandungan

1) PENGENALAN

2)ELEMEN KOMUNIKASI

3) PROSES KOMUNIKASI

4) PERSOALAN DAN ISU

KOMUNIKASI

5) HALANGAN DALAM

KOMUNIKASI

6) PENUTUP

PENGENALAN

Komunikasi merangkumi proses mendengar dan
bertutur. Secara umumnya, komunikasi antara
manusia terdiri daripada seorang pengirim
maklumat yang hendak menyampaikan sesuatu
maklumat atau pendapatnya kepada seorang
penerima maklumat.
Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa
Latin iaitu communiatus yang membawa
maksud berkongsi sesuatu. Menurut Sillars
(1988), komunikasi merupakan proses
penghantaran, penerimaan serta pertukaran
maklumat dan idea sama ada dalam bentuk
tulisan, perbualan ataupun imej agar komunikasi
dapat dijalankan dengan berkesan.
Berdasarkan kepelbagaian definisi, komunikasi
boleh ditafsirkan sebagai suatu bentuk
perkongsian maklumat kepada penerima dalam
bentuk idea, pendapat bagi mencapai tujuannya
kepada penerima melalui saluran-saluran
tertentu.

ELEMEN KOMUNIKASI

1) PENYAMPAI

Penyampai merupakan orang yang bertanggungjawab
dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Penyampai
boleh terdiri daripada kumpulan, perseorangan atau
sesebuah organisasi.

2) PENERIMA

Penerima merupakan elemen utama kepada
penyampai kerana penerima berperanan dalam
menjadi sasaran kepada penerimaa maklumat.

3) MESEJ

Mesej merupakan sebuah maklumat atau pendaoat
yang hendak disampaikan oleh penyampai kepada
penerima. Ia boleh disampaikan dalam bentuk tulisan,
gambar atau bahasa badan.

4) SALURAN @ MEDIA

Ia dikenali sebagai sebuah medium untuk
menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada
penerima. Media saluran terbahagi kepad Media
Umum, Media Massa dan Media Khusus.

5) MAKLUM BALAS

Ia dikenali sebagai reaksi atau respon penerima mesej
selepas mesej disampaikan. Maklum balas positif
bermaksud mesej disampaikan dengan berkesan
manakala negatif bermakna terdapat gangguan dalam
penyampaian mesej.

6) GANGGUAN

Apa sahaja yang berbentuk halangan terhadap mesej
yang disampaikan. Mesej akan mendapat maklum
balas negatif apabila terdapat gangguan dalam proses
komunikasi

PROSES KOMUNIKASI

SUMBER MAKLUMAT PENERIMA

Proses komunikasi antara dua orang akan
melibatkan perhubungan di antara sumber,

mesej, penerima dan maklumbalas.

KPeormsouanlaiknasdian Isu

Persolan dan isu komunikasi
merangkumi:
-Isu Bahasa
-Isu Budaya
-Isu Media Sosial

Ketidaksampaian mesej kepada
penerima
Kandungan media yang tidak
seimbang
Tiada kefahaman terhadap
mesej yang disampaikan
Mesej tersebut tidak bersesuaian
dengan situasi
Terlalu banyak maklumat yang
disampaikan
Tidak peka dalam etika
komunikasi

Halangan dalam Komunikasi

Maklum balas
Komunikasi sehala
Gangguan saraf penerima
Penyampaian menerusi
saluran kedua
Gangguan emosi
Gangguan luaran

Keadaan fizikal yang membezakan penyampai
dan penerima dari sudut pendidikan, latar
belakang, pemahaman, tahap intelektual dan
sebagainya merupakan halangan yang sangat
ketara dalam komunikasi. Ada orang yang biasa
menggunakan cara komunikasi yang agak kasar
dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya
menjadi halangan fizikal yang ketara apabila
kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga
individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak
kecil
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan
bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi
berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas,
laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang
digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran
perkataan yang digunakan dan nada suara.
Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas
seperti menggunakan perkataan yang susah
disebut dan difahami juga menjadi penyebab
maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat.
Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang
berbeza antara individu dengan individu yang
lain

Sikap penghantar yang sering memerintah,
mengarah, mengancam, memberi amaran dan
menghakimi menyebabkan kesan kepada
penerima dimana mereka akan menjadi
pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini
juga menjadi halangan yang besar kerana
komunikasi akan didorong dengan emosi dan
pemikiran yang negatif. Penampilan orang yang
ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat
penting dalam memberi keyakinan penerima
untuk mendengar apa yang ingin disampaikan.
Sikap penghantar yang kerap menasihat atau
menyiasat dan bertanya secara terperinci akan
menjadikan penerima merasa tidak selesa dan
seolah-olah telah melakukan kesalahan yang
besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada
komunikasi
Sikap prejudis, konflik antara penerima dan
pengirim, persepsi terhadap mesej yanghendak
disampaikan. Ada penerima yang telah
mengetahui maklumat yang ingin disampaikan
oleh penghantar akan menganggap komunikasi
itu membosankan dan mula memberi perhatian
terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak
dapat menerima maklumat baru kerana
menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar
dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan
lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang
kerja,sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja
akan sukar mempercayai apa yang didengar dan
menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya
kenyataan atau maklumat yang diterima
bercanggah dengan apa yang disangka lebih
awal akan menghalang individu untuk terus
mendengar dan menerima mesej.

Penutup

Komunikasi merupakan satu bentuk yang
sangat penting dalam proses kehidupan
seharian. Perkembangan komunikasi
merupakan sebuah usaha dalam
memartabatkan tamadun manusia ke arah
yang lebih baik. Interaksi yang baik akan
menjadikan proses komunikasi tersebut
berkesan serta maklumat atau mesej dapat
difahami dengan baik.

STEEKRIIMANA, KASIH


Click to View FlipBook Version