The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smkdptmasai, 2021-09-24 13:41:12

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 & MAJLIS ANUGERAH PENGGAWA GEMILANG STPM & SPM 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG & ANUGERAH PENGGAWA GEMILANG 2021

Keywords: PIBG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat
berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Penggawa
Gemilang tahun 2021. Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan majlis ini
dilakukan secara bersemuka. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan
bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.

Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan
yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak
pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh
antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini,
pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan
dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya.

Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-
pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para
ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan
mereka. Untuk pengetahuan semua, dalam peperiksaan SPM 2020, SMK Dato’ Penggawa Timur telah mencapai kejayaan
yang cemerlang di mana seramai 34 orang murid telah mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran dengan
pencapaian 100% lulus dan GPS 1.82. Pencapaian ini sekali lagi telah meletakkan SMK Dato’ Penggawa Timur berada pada
tempat pertama sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang. Tidak lupa juga bagi peperiksaan STPM, anak-anak Dato’ turut
mengukir kejayaan yang cemerlang dengan pencapaian GPK 2.62. Ini semua merupakan suatu kejayaan yang manis dan
sangat dibangggakan oleh seluruh warga sekolah.

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru
semata-mata. Guru-guru hanyalah sekadar pemudahcara dalam membantu anak-anak untuk memahami sesuatu ilmu. Selain
insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan
anak-anak mereka. Pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa
mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga
syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan majlis yang bermakna ini. Bagi anak-anak yang bakal
menduduki peperiksaan pada tahun ini, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa mengiringi langkah-langkah
perjalanan kita dalam menuju matlamat yang lebih jauh dan lebih besar iaitu mendapat redha dan rahmat dari Allah.
Mudah-mudahan usaha yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran atau hasil tuaian yang baik sedikit masa
lagi insyaAllah.

Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan sekali lagi bagi pihak warga SMK Dato’ Penggawa Timur atas kehadiran
Encik Muhammad Fadli Lee Bin Abdullah YDP PIBG SMKDPT begitu juga dengan guru-guru, ibu bapa, para penerima
anugerah dan anak-anak pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
kelancaran majlis ini. Kepada ibu bapa dan seluruh warga pendidik, iringilah perjuangan anak-anak kita menempuh
peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita harap-harapkan akan membuahkan hasil.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul pada hari yang indah ini untuk meneruskan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 SMK Dato’ Penggawa Timur. Saya amat berbesar hati
dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada tahun
ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat
kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan
agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan baik dalam bidang
pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya me-
lahirkan modal insan berminda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk
bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG walau-
pun kita masih pandemik.

Perjalanan persatuan adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. Ahli jawatankuasa yang diamanahkan melalui
pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua
ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan
bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah
fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah asset yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua daripada kita
mempunyai peranan masing masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang
diperkenalkan oleh Kementenan Pendidikan Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep
permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak
kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam
memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi
kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan
akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan
ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan
generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
Kali ke-47 SMK Dato’ Penggawa Timur. Saya berharap AJK PIBG Sesi 2021/2022 yang telah dipilih dan dilantik dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu
bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada
PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.

Sekian. Terima kasih.

Muhammad Fadli Lee bin Abdullah
YDP PIBG
SMK Dato’ Penggawa Timur
Sesi 2021/2022

8.15 pagi : Kata Alu-aluan Pembukaan Majlis oleh Pengacara Majlis
8.20 pagi : Nyanyian Lagu
8.30 pagi
8.35 pagi - Bangsa Johor
- NegaraKu
9.00 pagi : Bacaan Doa
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47
9.10 pagi Dipengerusikan oleh Encik Muhammad Fadli Lee Bin Abdullah
9.15 pagi Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur Sesi 2020/2021
Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG
9.45 pagi Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan oleh Setiausaha PIBG
9.50 pagi Pembentangan Laporan Kewangan bagi Tahun 2021 oleh Bendahari PIBG
Pembentangan Usul oleh Setiausaha PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tamat

: Majlis Anugerah Penggawa Gemilang SPM dan STPM 2020
Kata Alu-aluan Pembukaan Majlis oleh Pengacara Majlis
Tayangan montaj
Ucapan Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur
Puan Hajah Hasnah binti Yussoff

: Ucapan Perasmian Majlis Anugerah Penggawa Gemilang SPM dan STPM 2020
Encik Muhammad Fadli Lee Bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur Sesi 2020/2021

: Penyampaian Anugerah Penggawa Gemilang
Anugerah Panitia Cemerlang STPM 2020
Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2020
Anugerah Pengurusan Panitia Terbaik STPM 2020
Anugerah Pengurusan Panitia Terbaik SPM 2020
Anugerah Pengurusan Am Terbaik 2020
Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2020
Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020

Tayangan Video Ucapan Penghargaan daripada Wakil Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2020
: Nyanyian Lagu Sekolah

: Majlis Bersurai

Ex Officio : Puan Hajah Hasnah binti Yussoff

Yang Dipertua : Encik Muhammad Fadli Lee bin Abdullah

Naib Yang Dipertua : Encik Redza bin Datuk Abdul Malik

Setiausaha : Encik Rafishah bin Rozaimie

Naib Setiausaha : Puan Norliza binti Ensa

Bendahari : Puan Nordilaila binti Roslan

Naib Bendahari : Puan Rosnah binti Misnan

Ahli Jawatankuasa

Tugas-tugas Khas

dan Biro Kebajikan : Puan Sainah Teena binti Mohamad

Puan Maria binti Othman

Biro Keselamatan : Encik Ahmad Shaiful bin Abdul Jalil

Biro Pendidikan : Encik Cheng Wui Kiang

Puan Noriza binti Milan

Biro Ekonomi : Puan Yong Jee Mei

Encik Nik Mazliehafizan bin Nik Hassan

Biro Kerohanian : Encik Kumarasen A/L Manivasahan

Puan Siti Mashitah binti Ibrahim

Biro Keceriaan : Puan Thahinah binti Mohamed

Puan Intan Nor Farinie binti Abdul Majid

Pemegang Amanah : Puan Raja Nur Fa’aeza binti Raja Ahmad Shah

Pemeriksa Kira-kira : Puan Aw Guat Mooi

KSIB : Puan Nurul Hasmah binti Harun

8.30 pagi : Bacaan doa

8.35 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur
Encik Muhammad Fadli Lee bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur
Sesi 2020/2021

Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46

Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2020/2021

Pembentangan Laporan Penyata Kewangan PIBG
Sesi 2020/2021 yang Berakhir pada 31 Disember 2020

Pembentangan Usul

Hal—hal lain

Penutup

9.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tamat





MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 SESI 2020/2021

Tarikh/ Hari : 12 Januari 2020 (Ahad)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Penggawa SMK Dato’ Penggawa Timur

Kehadiran : 215 orang (Rujuk Buku Kehadiran Mesyuarat)

Agenda

1.0 Ucapan Penasihat (Puan Hajah Hasnah binti Yussoff)

Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG.
Bertepatan dengan hasrat PPPM dan KPM pengetua menyeru pelibatan ibu bapa secara aktif dan menyeluruh
menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka membantu pihak sekolah dalam semua aspek. Hal ini
demikian kerana KPM amat berbangga dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang masuk tahun kelima menyaksikan perubahan telah berlaku pada setiap peringkat, daripada
penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksana sekolah.Warga pendidikan sentiasa sedar untuk menyediakan
anak-anak untuk masa lapang yang lebih gemilang. Tuan Pengetua juga menyatakan KPM amat menekankan
kesimbangan ilmu dan akhlak sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk menerap nilai dan akhlak
generasi muda.

Makluman: Semua ahli PIBG

2.0 Ucapan Aluan Pengerusi (Encik Muhammad Fadli Lee bin Abdullah)

Pengerusi mengucapkan, tahniah, terima kasih dan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ibu bapa,
penjaga dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur kali ke-46 ini adalah untuk
menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Beliau berharap mesyuarat akan dapat berjalan dengan lancar
mengikut ketetapan yang termaktub dalam perlembagaan PIBG.

Makluman: semua ahli PIBG

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-45.

3.1 Cikgu Rafishah bin Rozaimei selaku Setiausaha PIBG sesi 2019/2020 membentangkan Minit Mesyuarat
Agung yang lepas.

3.2 Puan Sainah Tina binti Mohamad mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh
Encik Redza bin Datuk Abdul Malek.

Tindakan: Setiausaha

4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020.

4.1 Cikgu Rafishah bin Rozaimei membentangkan Laporan Tahunan untuk dibahas dan diterima.

4.2 Cikgu Surieyani binti Samsudin mencadangkan Laporan Tahunan tersebut diterima dan disokong oleh
Puan Raja Nur Fa’aezah binti Raja Ahmad Shah.

Tindakan: Setiausaha

5.0 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir pada 31/12/2019.
5.1 Cikgu Nordilaila binti Roslan selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi sesi
2019/2020 untuk dibahas dan diterima.

5.2 Puan Thahinah binti Mohamed mencadangkan Laporan Penyata Kewangan tersebut diterima dan disokong
oleh Encik Kumarasen a/l Manivasahan.

Makluman: Semua Ahli PIBG
6.0 Perkara-perkara berbangkit.

Tiada.

7.0 Pembentangan Usul:
7.1 Pengerusi membuka sidang mesyuarat untuk agenda pembentangan usul.

7.2 En. Mail Waganam a/l Rumasamy:

Beliau mengusulkan agar pihak sekolah menambah pelbagai pilihan makanan di kantin.
Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur menjelaskan pihak sekolah akan mengambil perhatian dan mengubah
mengikuti ketetapan yang sesuai. Pengetua menyatakan bahawa makanan ringan seperti biskut, roti dan air
kotak tidak baik untuk kesihatan sebalik menggalakkan ibu bapa menyediakan air masak dan makanan yang
berkhasiat dari rumah.

7.3 En. Kamarudian bin Hussain:
Beliau memberi cadangan supaya pihak sekolah menyediakan parkir kereta untuk pelajar tingkatan 6 secara
sewa bulanan. Hasil sewaan tersebut boleh disumbangkan dalam tabung PERTINA.

Pengetua menjelaskan bahawa sekolah ini tidak cukup ruang untuk menyediakan parkir tersebut. Pihak sekolah
cuba mencari inisiatif lain seperti merobohkan rumah guru di tepi blok tingkatan 6 supaya ada ruang untuk
sediakan parkir pelajar.

Makluman kepada semua ahli PIBG

8.0 Agenda lain:

8.1 Encik Muhammad Fadli Lee selaku YDP PIBG mencadangkan keputusan untuk memohon sumbangan ibu
bapa/penjaga bagi menjalankan Program Motivasi yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahun lalu
sebanyak RM100.00 setiap murid kelas-kelas peperiksaan dan RM50.00 setiap murid bukan kelas peperiksaan
untuk membantu pihak sekolah menampung kos menjalankan pelbagai aktiviti kecemerlangan murid-murid.
Selain itu, sumbangan PIBG sebanyak RM100.00 setiap keluarga dikekalkan seperti tahun lepas. Sementelah
itu, bayaran majalah sekolah RM 20.00 perlu dikutip bagi setiap keluarga.

Cadangan ini telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh oleh ahli PIBG. En. Muhammad Fadli Lee bin
Abdullah mengucapkan terima kasih atas cadangan dan sokongan ahli mesyuarat untuk menerima usul ini dan
surat siaran mengenai ketetapan ini akan dikeluarkan oleh pihak sekolah setelah mendapat kelulusan daripada
Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPNJ, sementara bayaran boleh dibuat mulai 01 Julai 2020 melalui guru-
guru kelas anak-anak jagaan kita sebelum akhir bulan Julai 2020.

Tindakan: Setiausaha/Bendahari / Makluman semua ahli PIBG

9.0 Hal-hal lain
9.1 En. Redza Abdul Malek mencadangkan supaya ibu bapa mengambil bahagian dalam apa jua pembangunan
sekolah dan fikir cara untuk menaik taraf bilik-bilik khas seperti perpustakaan, bukannya mengharapkan PIBG
semata-mata. Beliau menjelaskan lagi bahawa ibu bapa mampu membantu pihak sekolah demi meningkatkan
produktiviti sekolah.

9.2 En. Shamsul Rizal bin Shamsudin mencadangkan supaya semua ibu bapa menjadi ahli PIBG dan Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Penglibatan ibu bapa dapat membantu pembangunan sekolah.

9.3 Pn. Dewi Afyanti memohon PIBG membantu dari segi dana untuk setiap program sekolah seperti Program
Ziarah Cakna. Beliau juga merupakan wakil KSIB dan menyatakan bahawa pihak KSIB boleh membantu pihak
sekolah dari pelbagai segi tetapi memerlukan suntikan dana daripada pihak PIBG.
10.0 Ucapan Penangguhan:
En. Muhammad Fadli Lee selaku YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, ibu
bapa serta seluruh warga SMDPT atas kepercayaan yang diberi dan berharap semua ibu bapa dapat
menyumbang idea, sokongan dan tenaga untuk membantu pihak sekolah mengekalkan kecemerlangan pada
tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.
Disediakan oleh,

(RAFISHAH BIN ROZAIMEI)

Setiausaha Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46

Tarikh : 13 Januari 2020

KELAS TING. TING. TING. TING. TING.
123 45
BERLIAN 2 10 9 24 13
INTAN 5 2 3 10 12
ZAMRUD 88 1 75
BAIDURI 4 1 3 3 13
DELIMA 9 2 6 2 11
NILAM 5 3 - 1 16
JUMLAH 33 26 22 47 70

KELAS TING.6
6 BK1A 1
6 BK2A 0
6 BK3A 9
6 BK4A 6
6 BK5A 1
JUMLAH 17
KESELURUHAN
215

PIBG MOTIVASI KERTAS JUMLAH

A. PENERIMAAN 20,891.52 29,420.30 -3,525.06 46,786.76
BAKI AWAL: 13,980.00 750.00
10,454.94
Bank 86,250.00
69,660.00
Sumbangan individu 250.00 500.00 13,980.00

Kutipan Sumbangan PIBG 86,250.00 111.78
180.00
Kutipan Motivasi 69,660.00 217,718.54

Kutipan Kertas dan Keceriaan

Dividen 111.78

Projek Nasi Ambeng 180.00

JUMLAH PENERIMAAN 107,683.30 99,580.30

B. PERBELANJAAN 1,550.00 1,550.00
Sewa Bulanan Streamyx 616.00 616.00
Rentokil 450.00 450.00
Elauan Pemantauan Premis 1,800.00 1,800.00
Elaun Keselamatan Lalu 3,634.00 3,634.00
Lintas 1,428.00 1,428.00
Mesyuarat Agong PIBG 16.00 16.00
Jamuan
Penyata Bank 6.00 6.00
Caj Pemprosesan Cek 560.00 560.00
Perbelanjaan Makanan Hari
Pendaftaran 1,998.30 1,998.30
Hadiah Guru Berpindah &

Bersara

Majlis Anugerah Cemerlang 34.00 3,912.00 3,912.00
Rubber stamp 3,200.00 34.00
Kejohanan Olahraga Kali Ke-50 2,578.00 720.00
Sarwa Karya Network (PA sistem) 1,800.00 3,200.00
Bilik Kesihatan 720.00 2,578.00
Deposit Tempahan Dewan Taman 350.00 2,690.00 1,800.00
Mawar 250.00 9,898.60
Drama Mahkamah 2,103.00 360.00 720.00
Drama Mahkamah (Pinjaman) 730.00 4,750.00
Aksesori PISPA 3,011.07 350.00
Lampu Limpah Blok G 6,125.00 100.00 250.00
Richest Design (Backdrop Headcount) 2,103.00
Program Motivasi Ting. 6 Bawah 1,000.00 99.00 730.00
Cerdik Ilmu Bakti (Covid 19) 720.00
Majlis Anugerah Penggawa Gemilang 4,800.00 2,690.00
Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi 8.25 6,125.00
Ting 5 9,898.60
Kem Kecemerlangan SPM 2020 360.00
Modul Kecemerlangan SPM 4,750.00
Kabel LCD kelas 3,011.07
Program Sharing is Caring Ekonomi 1,000.00
Program Kecemerlangan Ekonomi 100.00
Baik Pulih Stor Sukan & Galeri Seni 99.00
Ting. 6
G-Dex (pos cek) 4,800.00

8.25

Champion Training & Consultancy (Ting.4) 2,312.00 2,312.00
8,092.00 8,092.00
Smart Skill Resources (Ting. 1,2 & 3) 4,740.00 4,740.00
MakCik Kantin Enterprise (Motivasi Ting. 4,500.00
1,2 3 & 4) 4,500.00 1,197.00
Anis Ct Enterprise (Latihan & Peperiksaan) 1,197.00
Cerdik Ilmu Bakti (Unit Peperiksaan Ting.
6)

JUMLAH PEMBAYARAN 35,036.55 41,404.67 5,697.00 82,138.22
LEBIHAN/KURANGAN (A - B) 72,646.75 58,175.63 4,757.94 135,580.32

DISEMAK OLEH : _________________________
THAHINAH BINTI MOHAMED
________________________ PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

AW GUAT MOOI DISAHKAN OLEH:
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1

DISEDIAKAN OLEH:

__________________________ ___________________________

(NORDILAILA BINTI ROSLAN) (MUHAMMAD FADLI LEE BIN
BENDAHARI ABDULLAH)

YANG DIPERTUA PIBG









1. MAJLIS SANTUN KASIH, MENANDATANGANI PERJANJIAN DAN
PERASMIAN ANJUNG SERI PENGGAWA

PERASMI TUAN HAJI KUSWANDI BIN TAYEN
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG)

(18 APRIL 2021)

2. PERASMIAN ANJUNG SERI PENGGAWA
(18 APRIL 2021)

3. SUMBANGAN CERMIN MATA
(18 APRIL 2021)

4. SESI PENGAGIHAN KURMA KEPADA MURID
(18 APRIL 2021)

TAHUN 2020

Perbelanjaan Makanan Hari Pendaftaran
Hadiah Guru Berpindah dan Bersara

Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46
Kejohanan Olahraga Kali ke-50
Bilik Kesihatan

Sarwa Karya Network (PA Sistem)
Drama Mahkamah

Program Kecemerlangan
Lampu Limpah Blok G

Membaik Pulih Stor Sukan, Surau Lama dan Galeri Seni Tingkatan 6

Aksesori PISPA
Cerdik Ilmu Bakti (Covid –19)

Kabel LCD
Bayaran Bulanan Rentokil
Bayaran Bulanan Streamyx
Bayaran Bulanan Elaun Pemantauan Premis

TAHUN 2021

Penggambaran Graduasi SPM & STPM
Modul Intervensi Akademik Tingkatan 6

Pembinaan Anjung Seri Penggawa
Membaik Pulih Surau Lelaki
Cenderahati Sekolah

Program Santun KasiH - Toms Optical - Cermin Mata
Membaik Pulih Pendingin Hawa Bilik Guru
Membaik Pulih Blok G
Cenderahati Hari Guru
Hadiah Guru Berpindah
Kem Kecemerlangan SPM
Kem Kecemerlangan STPM

Pengerusi : Cikgu Hjh Hasnah binti Yussoff (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Cikgu Hjh Azhariah binti Abdul Aziz (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Siti Khairaani binti Nordin (Penolong Kanan Pentadbiran Tingkatan 6)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Mohd Zulyadain bin Hj Idris (Penolong Kanan HEM)
Penyelaras : Cikgu Norhayati binti Md Salleh (Setiausaha Kurikulum)

Bendahari Cikgu Rafishah bin Rozaimei (Setiausaha PIBG)
Pengurus Acara / : Cikgu Nordilaila binti Roslan (Bendahari PIBG)
AJK Teknikal : Cikgu Wan Juwairiah binti Wan Yussoff

Cikgu Lieu Ai Lin

Ketua Penyelaras 1: Cikgu Azizah Binti Abdullah
(Guru Kanan Matapelajaran Bahasa)

AJK Pengacara Majlis AJK Teks Ucapan Pengetua dan
Ucapan Perasmian YDP PIBG
Cikgu Intan Nor Farinie binti Abdul Majid
Cikgu Norliza binti Ensa Cikgu Rahimah binti Aspan
Cikgu Wan Farhana binti Wan Mohd Baharudin
AJK Bacaan Doa
Ustaz Muhammad Khairul Najmin bin Shamsudin

Ketua Penyelaras 2: Cikgu Nor Heryanti binti Hashim
(Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional)

AJK ICT/ Protokol/ Teknikal/ Backdrop AJK Kehadiran Tetamu
Cikgu Kavitah A/P Balan
Cikgu Lieu Ai Lin (K)
Cikgu Wan Juwairiah binti Wan Yussof
Cikgu Nurul Huda binti Danari
Cikgu Erma Sazreen binti Mohd Yusak
Cikgu Mohammad Safani bin Mat Zin
Cikgu Norhidayah binti Aziz

Ketua Penyelaras 3: Cikgu Maizura binti Adnan
(Guru Kanan Matapelajaran Sains Kemasyarakatan)

AJK Penerima & Sijil Anugerah

SPM STPM

Cikgu Rugayah binti Paidin Cikgu Nor Afzan binti Mohd Tahir
Cikgu Nurul Hasmah binti Harun Cikgu Noraien binti Songib

Ketua Penyelaras 4: Cikgu Hajah Roazita binti Mohamad
(Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik)

AJK Jemputan AJK Dokumentasi dan Fotografi
Cikgu Anizah binti Ahmad
Cikgu Rugayah binti Paidin– SPM AJK Sijil Jawatankuasa
Cikgu Nor Afzan binti Mohd Tahir– STPM Cikgu Norhayati binti Md Salleh
Cikgu Norhayati binti Md Salleh– Guru
Cikgu Rafishah bin Rozaimei –Perasmi &
AJK PIBG

PANITIA YANG MENCAPAI PENINGKATAN GPMP
PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN
PANITIA EKONOMI
PANITIA FIZIK
PANITIA MUET

PANITIA YANG MENCAPAI PENINGKATAN PERATUS
3 TAHUN BERTURUT-TURUT

PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN
PANITIA FIZIK
PANITIA MUET

PANITIA YANG MENCAPAI PENINGKATAN GPMP

PANITIA BAHASA MELAYU
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PANITIA BAHASA CINA
PANITIA PERTANIAN
PANITIA GEOGRAFI

PANITIA PENDIDIKAN MORAL
PANITIA BAHASA TAMIL
PANITIA BIOLOGI

PANITIA YANG MENCAPAI PENINGKATAN GPMP
3 TAHUN BERTURUT-TURUT

PANITIA BAHASA MELAYU
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PANITIA BAHASA CINA
PANITIA PERTANIAN
PANITIA GEOGRAFI

PENGURUSAN PANITIA TERBAIK STPM 2020
PANITIA MUET

PENGURUSAN PANITIA TERBAIK SPM 2020
BIDANG BAHASA

PANITIA BAHASA MELAYU

BIDANG SAINS & MATEMATIK
PANITIA SAINS

BIDANG SAINS SOSIAL
PANITIA PENDIDIKAN MORAL

BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
PANITIA SAINS KOMPUTER

PENGURUSAN AM TERBAIK 2020

PENGURUSAN AM SEKOLAH
UNIT PENGURUSAN DATA SEKOLAH

KURIKULUM
UNIT PEPERIKSAAN ALIRAN PERDANA

DAN TINGKATAN 6

HEM
UNIT KESIHATAN

KOKURIKULUM
KELAB/ PERSATUAN

ANUGERAH KHAS
‘HERO TEACHER’
PUAN ERMA SAZREEN BINTI MOHD YUSAK

GRED PURATA SEKOLAH
2.62

PERATUS LULUS
99.1%

PELAJAR DENGAN PNGK 4.00
1 ORANG

PELAJAR CEMERLANG
33 ORANG

MATA Calon GPMP
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D
BIL F TH Bil % Lulus GPMP BEZA
Lulus
. PELAJARAN Ambil
2020
4 3.67 3.33 3 2.67 2.33 2 1.67 1.33 1 0 2019

1 PENGAJIAN 108 5 12 17 22 12 12 15 9 3 1 0 0 95 88.0% 2.75 2.76 -0.01

AM

2 MATEMATIK 26 0 1 2 27 42 2 2 0 4 0 18 69.2% 2.09 2.93 -0.84
T

3 KIMIA 26 0 1 4 5 8 3 3 2 0 0 0 0 24 92.3% 2.68 2.89 -0.21

4 BIOLOGI 17 0 0 0 2 4 1 5 3 1 1 0 0 12 70.6% 2.14 2.92 -0.78

5 FIZIK 9 0 1 1 0 2 1 2 1 0 1 0 0 7 77.8% 2.37 2.36 0.01

6 PENGAJIAN 82 13 14 8 17 11 16 3 0 0 0 0 0 82 100% 3.09 2.67 0.42
PERNIAGAAN

7 EKONOMI 81 4 4 3 7 7 17 12 14 5 4 4 0 54 66.7% 2.20 2.12 0.08

8 SEJARAH 82 5 6 7 9 13 15 11 2 4 6 4 0 66 80.5% 2.42 2.68 -0.26

9 SENI 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 00 0 0.00
0.00
10 BAHASA 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 00 0
CINA

11 BAHASA 18 0 1 2 1 2 6 2 1 2 1 0 0 14 77.8% 2.33 2.83 -0.50
TAMIL

GRED PURATA SEKOLAH
1.82

% LAYAK MENDAPAT SIJIL
100%

BILANGAN PELAJAR CEMERLANG
34 ORANG

PELAJAR STRAIGHT ‘A’+ (11A+)
1 ORANG

BILANGAN NEAR MISS CEMERLANG
24 ORANG

KEDUDUKAN PENCAPAIAN SPM
KEENAM DALAM NEGERI JOHOR

PERTAMA DALAM DAERAH PASIR GUDANG

TOV TRIAL ETR SPM BEZA
2020 2020 SPM 2020 2020 SPM – ETR

CALON DAFTAR 142 142 142 142 0
CALON AMBIL 142 142 142 142 0
CALON LULUS 139 142 142 142 0

CALON SEMUA ‘A’ 6 22 66 34 - 32

GPS 3.53 2.63 1.58 1.82 - 0.24
NEARMISS
CEMERLANG 6 12 0 24 -24

TH SATU SUBJEK - - - - -

TH SEMUA SUBJEK - - - - -

ALIRAN SAINS 3.59
1 SANJAY A/L SHARAVANAN 3.25
2 SHARON TEY YE QIAN 3.17
3 WEE MAO PHIN 3.17
4 LOOI KAI QIN 3.08
5 LEE JIA CONG 3.00
6 THUSEERAN A/L MANICKAM 3.00
7 CHEW CHEN YEE
4.00
ALIRAN KEMANUSIAAN 3.92
1 KHONG XIN QI 3.84
2 NURHANI MASTURA BINTI ZUKARNAIN 3.84
3 NUR SAFINA BINTI AZIM 3.75
4 ARIF HUSAINI BIN MOHAMMAD ROHIMI 3.75
5 NUR ERFANA BINTI HAWAFI 3.67
6 NURAIN BINTI MOHD NORRIZAN 3.67
7 MUHAMMAD AZIZUL HELMY BIN ROSLAN 3.58
8 JANANI A/P SHANKAR 3.50
9 MOHAMMAD SHAFIK 3.50
10 NURIN JAZLINA BINTI ABDUL AZIZ 3.42
11 THIBALAKSHMI A/P SURESH
12 NURUL AMINAH BINTI KAMARUDIN

ALIRAN KEMANUSIAAN 3.42
3.42
13 SALMILAH BINTI HERRY 3.25
14 NUR SYAZA BINTI DANURI 3.25
15 KESHAVARTTHINI A/P BALA SUBRAMANI 3.25
16 LISHALINI A/P MURUGAN 3.25
17 SITI ZAKIAH BINTI ABDUL AZIZ 3.25
18 AINA KIRANA BINTI KHAIDI 3.25
19 LEE JAS MIN 3.17
20 EVIE SHERWINAH BINTI ROLANDO 3.09
21 ISQIE QAISARA ZULAIKHA BINTI JALANI 3.09
22 NOOR SYAFIKA BINTI P SARMAN 3.00
23 MUHAMMAD SAID TAJUDIN BIN ZALALUDIN 3.00
24 MUHAMAD SHAIREZA BIN JAAFAR
25 VISALINI A/P BALA MURUGAN

1 SANAKIAN A/L BALA SUBRAMANIAM 11[A+] 0.00
9[A+] 2[A] 0.18
2 VASANTH A/L RAMESH 8[A+] 2[A] 0.20
3 CHAN QIAN HUI 8[A+] 3[A] 0.27
4 KEERTHANA SHRI A/P KALAI VANAN 6[A+] 4[A] 0.40
5 KEK JESSLYN 5[A+] 4[A] 0.44
6 SITI NURAISYAH SOLIHAH BINTI ISHAK 6[A+] 3[A] 1[A-] 0.50
7 THIM JIA XIN 5[A+] 6[A] 0.55

8 BERNICE LIM JING XUAN 5[A+] 6[A] 0.55
5[A+] 3[A] 1[A-] 0.56
9 VIENIETHA A/P S GANESAN 5[A+] 4[A] 1[A-] 0.60
10 UMMI ARDINI HANANI BINTI MOHMMAD 5[A+] 4[A] 1[A-] 0.60
11 EMMY AFILA BINTI TUMIN 4[A+] 5[A] 1[A-] 0.70
12 TEE JING YUAN 4[A+] 5[A] 1[A-] 0.70
13 SHE HUI SHI 4[A+] 2[A] 2[A-] 0.75
14 ANG CHUAN XI 4[A+] 2[A] 2[A-] 0.75
15 SHYRA A/P B SHAJI 3[A+] 4[A] 1[A-] 0.75
16 SYAFIQAH AQILAH BINTI MUZANI 3[A+] 4[A] 1[A-] 0.75
17 HAIDAH MALIYANAH BINTI HISHAM
4[A+] 3[A] 2[A-] 0.78
18 VRISHEEN NAIR A/L MURALI 4[A+] 3[A] 2[A-] 0.78

19 MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS BIN
ZULKARNAINE

20 MOHAMAD SYARIF LUQMAN BIN IBRAHIM

21 AQILAH NADZIRAH BINTI IMAM SOLIKIN 4[A+] 4[A] 2[A-] 0.80

22 NUR FILDZA IWANI BINTI MOHAMED JUWADI 3[A+] 3[A] 2[A-] 0.88
23 MUHAMMAD IZZUL ISYRAQ BIN MOHD HALID 0.89
24 TAN JING YING 3[A+] 4[A] 2[A-] 0.90
25 PANG YOKE HANG 1.00
26 ANIS SYAFIAH BINTI ABDUL RAHMAN 3[A+] 5[A] 2[A-] 1.10
27 SARVIILAN A/L GANESEN 1.10
28 SEAN LEONG WEN KAH 2[A+] 7[A] 2[A-] 1.10
29 WONG SIANG YEE 1.11
30 MUHAMMAD AMIRUL ADZLAN BIN ADNAN 3[A+] 3[A] 4[A-] 1.13
31 ATIQAH NUR SABRINA BINTI SANUSI 1.13
32 SARIP MARINA BINTI SARIP ABU BAKAR 2[A+] 5[A] 3[A-] 1.29
33 ALFIE QUSYAIRI BIN OMAR 1[A+] 7[A] 2[A-] 1.38
34 LAI JING EN 1.50
35 NUREEN NABILA BINTI NAZRUL EMZIE 2[A+] 4[A] 3[A-] 0.56
36 HISYAMUDDIN FIRDAUS BIN HAMZAH 0.70
37 NUR SYAHIRAH BINTI SAHRAN 1[A+] 5[A] 2[A-] 0.88
38 CALEB GARY CHIA 0.89
1[A+] 5[A] 2[A-]
39 TAN JUN YUAN 5[A] 2[A-] 0.90
1.10
40 NUR FATIN MAISARAH BINTI FAIRUL HISYAM 1[A+] 3[A] 4[A-]

1[A+] 3[A] 6[A-]

6[A+] 2[A] 1[B+]

5[A+] 4[A] 1[B+]
3[A+] 4[A] 1[B+]
4[A+] 3[A] 1[A-] 1

[B+]
4[A+] 4[A] 1[A-] 1

[B+]
3[A+] 4[A] 2[A-] 1

[B+]

41 YAASHWINA A/P SARAWANAN 3[A+] 4[A] 2[A-] 1 1.10
42 NUR AFIQAH ADILA BINTI ADI [B+] 1.11
43 AQILAH BINTI ABDUL RAHMAN 1.13
44 LAW SHI JING 3[A+] 4[A] 1[A-] 1[B] 1.20
45 JOANNA A/P ALAGARSAMY 1.20
46 FARHAH AYRA BINTI ABDUL RAHIM 2[A+] 4[A] 1[A-] 1[B+] 1.22
47 NUR ARFAH NIZA BINTI ABDUL HALIM 1.22
48 NURFARAHIN BINTI ABU BAKAR 4[A+] 1[A] 4[A-] 1[B+] 1.25
49 RAUDAH ADLEEN BINTI MOHAMMAD RIDUAN LEE 1.33
50 MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN SYAHRULNIZAM 3[A+] 4[A] 2[A-] 1[B] 1.33
51 NUR ATHIRAH BINTI MOHD ALI 1.40
52 NUR ARINNA BINTI MOHD YUSOF 2[A+] 5[A] 1[A-] 1[B] 1.43
53 MUHAMMAD SYAHMI HAZMAN BIN MD JOHA 1.44
54 CHIN SUNG WEI 2[A+] 5[A] 1[A-] 1[B] 1.45
55 NUR SYAFIKA ANIRA BINTI SAAHRUL 2[A+] 3[A] 2[A-] 1 1.57
56 MUHAMMAD HAQIM BIN ABDUL WAHAB [B+] 1.71
57 MUHAMMAD NAJMI BIN MOHD RAHMAD 1.71
58 LUQMAN HAKIM BIN MOHAMAD 2[A+] 5[A] 1[A-] 1[C+] 2.00

3[A+] 1[A] 4[A-] 1[B+]
2[A+] 3[A] 4[A-] 1
[B+]

1[A+] 3[A] 2[A-] 1[B+]
2[A+] 4[A] 2[A-] 1
[C+]
2[A+] 3[A] 5[A-] 1
[B+]

1[A+] 2[A] 3[A-] 1[B+]

3[A] 3[A-] 1[B+]

6[A] 1[C]

2[A] 4[A-] 1[B]

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

TIDAK TERHINGGA KEPADA:

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang,
Para Tetamu Kehormat,
AJK PIBG,

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB),
Guru-guru,
Ibu Bapa,

Anak-anak Dato’,
dan

semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung

dalam memberikan kerjasama,
sumbangan, sokongan moral dan idea

bagi menjayakan majlis ini




Click to View FlipBook Version