The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL TATABAHASA TAHUN 3-
MUHAMMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ
BAHASA MELAYU 9

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arif aziz, 2024-03-24 11:52:07

MODUL TATABAHASA TAHUN 3- arif aziz

MODUL TATABAHASA TAHUN 3-
MUHAMMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ
BAHASA MELAYU 9

MODUL TATABAHASA TAHUN 3 Larana Printing Sdn. Bhd. Education Book BAHASA MELAYU EDISI TERKINI TERKINI laranaprinting.com For Education NAMA: KELAS: Mengikut silibus terkini Diluluskan oleh KPM


Isi Kandungan 1.Nota kata nama am 2.Latihan kata nama am 3.Nota kata nama khas 4.Latihan kata nama khas 5.Nota kata ganti nama diri 6.Latihan kata ganti nama diri 7.Skema jawapan


Kata nama am tumbuhtumbuhan: Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh- tumbuhan dan sebagainya secara umum. Kata Nama Am Kata nama am manusia: ibu abang guru Kata nama am binatang: kucing tikus arnab rumput anggur pokok


Kata nama am benda: Di awal ayat: Kata nama am mestilah ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada awal ayat. Contoh penggunaan kata nama am dalam ayat: Kata Nama Am Kata nama am tempat: beg pensel kereta hospital sekolah rumah 1.Ibu saya sangat cantik. 1.Dia ke sekolah menaiki basikal.


Latihan 1 Padankan kata nama am berikut dengan kategori yang sesuai. guru harimau pejabat jam tangan pisang manusia haiwan buah/ tumbuhan tempat benda Hari:_____________ Tarikh:_____________ 10


Tarikh:_____________ Latihan 2 Tulis kata nama am yang sesuai dengan gambar-gambar di bawah. Hari:_____________ 10 arnab kasut sekolah askar ular guru meja tikus masjid polis hospital buku


Latihan 3 Bina ayat yang sesuai menggunakan kata nama am yang disediakan di bawah. Hari:_____________ Tarikh:_____________ 8 1. nenek ___________________________________________________ 2. kasut ___________________________________________________ 3. penyu ___________________________________________________


Kata Nama Khas Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Huruf pertama perkataan kata nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contoh penggunaan kata nama khas dalam ayat: 1.Cikgu Ahmad sangat rajin. 2.Kereta mewah itu kepunyaan Doktor Zaki.


Latihan 1 Padankan kata nama khas hidup berikut dengan kategori yang sesuai. Si Comel Doktor Amin Pak Belang Sang Kancil Cikgu Manap Hari:_____________ Tarikh:_____________ 10 manusia bukan manusia


Kata nama khas hidup Kata nama khas tak hidup Tarikh:_____________ Latihan 2 Kelaskan kata nama khas di bawah pada ruangan yang betul. Hari:_____________ 10 Proton Persona Si Tompok Hospital Sultan Salleh Doktor Ali Ah Hong Adam Cikgu Salmah Singapura SK Sri Aman Encik Zamri Perodua Bezza Kedah


Latihan 3 Bina ayat yang sesuai menggunakan kata nama khas yang diberikan. Hari:_____________ Tarikh:_____________ 6 1. Cikgu Razali ___________________________________________________ 2. Si Tompok ___________________________________________________ 3. Encik Musa ___________________________________________________


Kata Ganti Nama Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu: Kata ganti nama diri pertama Kata ganti nama diri kedua Kata ganti nama diri ketiga


Kata ganti nama diri pertama Penggunaan Contoh Aku Digunakan apabila bercakap dengan Tuhan atau kawan. Aku tidak sanggup berdepan dengan semua ini. Saya Digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau formal. Saya berasal dari Kedah. Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat. Beta bangga akan keberanian kamu. Patik Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. Patik menjunjung perintah tuanku. Kami Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang. Kami hendak ke sana. Kita Digunakan kepada diri sendiri serta orang lain. Kita harus memenangi perlawanan ini. Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama. Kata ganti nama diri pertama


Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua Kata ganti nama diri kedua Penggunaan Contoh Anda Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya. Pastikan anda menjaga barang-barang berharga. Awak Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat. Awak kelihatan sangat cantik hari ini. Engkau Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan. Engkau tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Kamu Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita. Kamu sangat berbakat dalam bidang ini. Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. Patik menjunjung perintah Tuanku. Kalian Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap. Kalian harus hadir lebih awal esok.


Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yangdicakapkan atau yang diperkatakan. Kata ganti nama diri ketiga Kata ganti nama diri ketiga Penggunaan Contoh Baginda Digunakan untuk raja atau sultan. Baginda sedang beradu. Beliau Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati. Beliau merupakan guru di sekolah agama. Dia Digunakan untuk orang ketiga yang umum. Dia sering tidur di dalam kelas. Ia Digunakan untuk tulisan orang ketiga. Ia sangat comel dan manja. Mereka Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang. Mereka datang jauh dari Melaka.


engkau saya beta kamu patik tuanku aku kami Latihan 1 Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul. Hari:_____________ Tarikh:_____________ 8 “Ibu, ________ mungkin pulang lewat hari ini, ” kata Adam kepada ibunya. 1. “__________ berasa bangga dengan rakyat Malaysia”. 2. 3.“Ya tuhan, ___________ ampunilah dosaku ini”. “__________ hendak ke mana?” tanya Cikgu Ali kepada Umar. 4. ________ akan pergi berkelah pada minggu hadapan. 5. “Baiklah tuanku, ________ akan segera ke sana”’ kata Hang Tuah kepada sultan. 6. 7.“Ampun _________”. “_______ memohon perlindungan daripadamu Ya Tuhan”. 8.


Latihan 2 Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat. Hari:_____________ Tarikh:_____________ 1.“_______ hendak ke mana”’ tanya Cikgu kepada muridmuridnya. A. kamu B. awak c. kalian D. engkau 2. “_______ mesti menang dalam perlawanan ini”’ kata ketua kumpulan kepada ahli pasukan. A. aku B. kita C. kami D. kamu 3. Adam dan Muiz berkawan baik. ________ sering ke sekolah bersama-sama. A. dia B. beliau C. kaian D. mereka


Hari:_____________ Tarikh:_____________ 5 4. Cikgu Hana seorang guru yang sayang rajin. ________ perlu menjadi contoh kepada guru lain. A. dia B. baginda C. beliau D. kamu 5. Kamal seorang murid yang baik. ________ selalu menolong guru dan rakan-rakannya di sekolah. A. dia B. beliau C. kamu D. mereka


Latihan 3 Bina ayat yang sesuai menggunakan kata ganti nama yang diberikan. Hari:_____________ Tarikh:_____________ 6 1. saya ___________________________________________________ 2. beta ___________________________________________________ 3. kita ___________________________________________________


Skema jawapan Kata nama am Latihan 1: pejabat=tempat guru=manusia harimau=haiwan jam tangan=benda pisang=buah/tumbuhan Latihan 2: polis, sekolah, ular, buku tikus, masjid, askar, hospital kasut, meja, guru, arnab Latihan 3 1.Nenek suka berkebun. 2.Saya memakai kasut baharu pada hari ini. 3.Kami teruja melihat penyu itu.


Skema jawapan Kata nama khas Latihan 1: manusia= Doktor Amin, Cikgu Manap bukan manusia= Pak Belang, Si Comel, Sang Kancil Latihan 2: kata nama khas hidup: Cikgu Salmah, Ah Hong, Adam, Doktor Ali, Encik Zamri, Si Tompok. kata nama khas tak hidup: Hospital Sultan Salleh, Singapura, Proton Persona, Kedah, Sk Sri Aman, Perodua Bezza. Latihan 3 1.Cikgu Razali sangat baik. 2.Si Tompok sangat buas. 3.Kereta mewah itu kepunyaan Encik Musa.


Skema jawapan Kata nama ganti nama diri Latihan 1: 1.saya 2.beta 3.engkau 4.kamu 5.kami 6.patik 7.tuanku 8.aku Latihan 2: 1.A, 2.B, 3.D, 4.C, 5.A Latihan 3 1.Saya akan sertai perlawanan itu. 2.Beta hendak beradu. 3.Kita perlu beredar sekarang.


Click to View FlipBook Version