The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anuar1967, 2022-05-24 09:29:18

Ujian Sumatif Perniagaan T4 2021

Ujian Sumatif Perniagaan T4 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU AFZAN, KUANTAN
PENTAKSIRAN SUMATIF TAHUN 2021
PERNIAGAAN TINGKATAN 4
2 JAM

NAMA :………………………………………….

JAWAB SEMUA SOALAN

BAHAGIAN A (30 Markah)
Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan

1 Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?
A Menjadikan keluarga usahawan terkenal
B Melambangkan imej perniagaan
C Melancong ke seluruh dunia
D Memiliki kereta mewah

2 Rajah 1 menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagan.

KEDAI RUNCIT PASAR MINI
KAK TON KAK TON dan YATIE

Rajah1

Mengapakah Kak Ton mengambil tindakan seperti di atas ?
I Menanggung liabiliti terhad
II Dapat berkongsi kepakaran
III Risiko dapat disebarkan
IV Perniagaan berterusan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1

3 Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah
perniagaan ?
A Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang
B Tidak dibenarkan membuka cawangan
C Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja
D Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

4 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.

• Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.
• Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.
• Membuat bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut ?
A Milikan tunggal
B Perkongsian
C Usaha sama
D Francais

5. Penyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
A Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
D Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

6. Apakah itu milikan tunggal?
I Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu tetapi dikawal oleh
beberapa orang
IV Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang
individu
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2

7. Pihak manakah yang terlibat dalam sektor primer?
A Encik John ialah peniaga runcit
B Puan Rima ialah pemilik kilang roti
C Encik Sam ialah penoreh getah
D Encik John menyediakan perkhidmatan pengangkutan

8. Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...
A Antara penduduk luar negara
B Antara satu negara dengan negara yang lain
C Antara penduduk dalam negara
D Dalam sempadan sesebuah negara

9. Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?
A Komunikasi kurang berkesan
B Sukar menyediakan latihan
C Kurang daya saing
D Kekurangan modal

10. Pernyataan di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan.
X

• Mengekstrakkan sumber semula jadi
• Mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua

Apakah X ?
A Sektor asli
B Sektor utama
C Sektor kedua
D Sektor ketiga

3

11. Pernyataan manakah menerangkan tentang taraf perintis?
A Potongan cukai kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan.
B Pelepasan cukai kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC)dan
berasaskan bahan mentah tempatan.
C Pengecualian cukai selama lima tahun kepada syarikat yang menyertai sektoryang
dipromosi oleh kerajaan.
D Pelepasan cukai kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan,pembinaan
jalan dan pembelian aset modal

12. Apakah kesan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan?
A Penduduk akan kehilangan pekerjaan
B Penduduk meningkatkan pembelian barang mewah
C Kuasa beli isi rumah menjadi semakin baik dan meningkat
D Perkembangan aktiviti sesebuah perniagaan menjadi semakin pesat

13. Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada
para peniaga?
A MARA
B MARDI
C FELDA
D SIRIM

14. Maklumat yang berikut berkaitan denagan satu faktor luaran yang mempengaruhi
perniagaan.
Kerajaan telah memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan SST pada 1
September 2018
Apakah faktor luaran yang berkaitan?
A Politik dan perundangan
B Ekonomi
C Sosiobudaya
D Teknologi

4

15. Maklumat di bawah ini menunjukkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
• Majlis Perbandaran Kuantan
• Majlis Daerah Machang

Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa pihak pihak di atas?
I Menggubal undang undang kecil berkaitan perniagaan
II Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan
III Merangka dan melaksanakan dasar dasar pembangunan setempat
IV Menguatkuasa semua undang undang jalan raya di sesuatu kawasan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16. Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan
semakin menurun.
Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?
A Pekerja kurang bermotivasi
B Keadaan ekonomi semakin lembab
C Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D Kos pengeluaran semakin meningkat

17. Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran?
I Pembangunan dalam teknologi
II Kadar pengangguran berkurang
III Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi
IV Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5

18. Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangansesuatu
perniagaan?
A Keadaan politik yang stabil
B Aktiviti pemasaran yang berkesan
C Perkembangan ekonomi yang pesat
D Penggunaan peralatan teknologi baharu

19. Maklumat berikut berkaitan dengan gaya pengurusan.
Encik Lim merupakan seorang majikan di Syarikat NAS Sdn. Bhd. Beliau telah
mewujudkan suasana kerja yang kondusif, sentiasa menjaga hubungan baik dan
bertoleransi dengan pekerjanya.

Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Encik Lim?
A Gaya pengurusan autokratik
B Gaya pengurusan sokongan
C Gaya pengurusan sederhana
D Gaya pengurusan demokratik
20. Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk dicapai.Apakah ciri
objektif tersebut?
A Spesifik (Specific)
B Munasabah (Realistic)
C Boleh dicapai (Attainable)
D Boleh diukur (Measurable)

21. Pilih penyataan yang berkaitan dengan konsep visi
A Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan
B Satu penyataan tentang tujuan kewujudan organisasi
C Visi seharusnya dapat dicapai dalam masa kurang daripada lima tahun
D Objektif perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi

6

22. Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa persoalan yang diajukan semasa
membuat perancangan strategik
• Apakah perniagaan yang sedang dijalankan?
• Siapakah pelanggan perniagaan tersebut?
• Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?
Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?
A Visi
B Misi
C Objektif
D Strategi

23. Syarikat Encik Tony Teh akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta
penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal kuasa tinggi pada tahun hadapan.
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Tony Teh?
A Boleh diukur (Measurable)
B Munasabah (Realistic)
C Boleh dicapai (Attainable)
D Jangka masa (Time frame)

24. Apakah maksud titik pulang modal (TPM)?
A Kaedah yang digunakan untuk menentukan keuntungan yang diperolehiperniagaan
B Kaedah yang digunakan untuk menentukan penggunaan bahan mentah untuksatu
tempoh pengeluaran
C Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah penggunaan kos tetap dankos
berubah sesuatu pengeluaran
D Kaedah yang digunakan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperolehibersamaan
dengan jumlah kos yang terlibat.

7

25. Maklumat yang berikut diperoleh daripada kilang membuat kasut.

Kos tetap RM
Kos berubah seunit 90 000
Harga seunit
65
110

Berapakah titik pulang modal bagi pengeluaran kasut tersebut?A 2000 unit
B 1385 unit
C 818 unit
D 514 unit

26. Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian pengeluaran bertanggungjawab kepada
kawalan semasa?
A Memastikan semua input berada dalam keadaan baik
B Memeriksa kualiti produk supaya berada pada standard yang betul
C Memastikan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan mencukupi.
D Melaksanakan kawalan pengeluaran, kawalan utiliti mesin dan kawalan staf

27. Rajah 2 adalah sejenis saluran agihan pengguna
Pengeluar ejen peruncit

Rajah 2
Apakah jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran ini?

A Barang yang tidak tahan lama
B Barang yang berjenama, buku dan majalah
C Barang kosmetik, tayar , alat elektrik dan pakaian
D Barang keperluan harian seperti gula, beras dan barang dapur

28. Pernyataan manakah menjelaskan tentang pasaran baharu?
A Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran baharu
B Mencari pasaran baharu untuk memasarkan produk yang sedia ada

C Memasarkan produk yang baharu dikeluarkan di pasaran sedia ada
D Menambah kuantiti produk untuk menampung pertambahan pengguna

8

29. Rajah 3 merupakan langkah proses komunikasi.

Penghantar Enkod X Dekod Penerima

Apakah langkah X dan Y? Y
X
Rajah 3
A Saluran
B Gangguan Y
C Maklum balas Gangguan
D Saluran Maklum balas
Saluran
Maklum balas

30. Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi,
kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas dan tekanan kerja.

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam kontekstersebut?
A Prestasi pasukan
B Latihan peningkatan kemahiran
C Pemantapan budaya profesional
D Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

9

BAHAGIAN B (20 Markah)
Jawab semua soalan pada kertas jawapanan yang disediakan.

1 a) Gambar 1 berkaitan dengan bentuk lain pemilikan perniagaan.

Gambar 1

(i) Apakah jenis pemilikan tersebut. [1 markah]
(ii) Jelaskan kelebihan pemilikan perniagaan di 1 (a) (i) [4 markah]

b) Senaraikan dua tahap pasaran antarabangsa dan tiga tahap pasaran domestik
yang boleh dimasuki oleh seseorang usahawan yang menjalankan perniagaan.

[5 markah]

2 a) Jadual berikut berkaitan dengan saiz perniagaan berasaskan pengilangan bagi dua buah
perniagaan.

Faktor Perniagaan S Perniagaan T

Jumlah Jualan Tahunan RM300 000 hingga kurang Melebihi RM50 juta

daripada RM15 juta

Bilangan PekerjaTetap 5 hingga kurang 75 orang 200 orang ke atas

Berdasarkan maklumat di atas : [2 markah]
i). Tentukan saiz perniagaan S dan T [4 markah]
ii). Jelaskan kelebihan saiz perniagaan S berbanding dengan saiz perniagaan T

10

b) Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pengangguran di Malaysia .

Jul 14 2020, PUTRAJAYA - Kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 5.3
peratus pada Mei tahun ini yang mencatatkan 826,100 penganggur, menurut Jabatan
Perangkaan.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata “berikutan pengesanan
peningkatan kluster koronavirus (Covid-19) dalam kalangan pekerja asing oleh pihak
berkuasa kesihatan, penurunan pekerja yang ketara turut berlaku dalam sektor pembinaan.
Berikutan fasa PKP bersyarat masih tidak membolehkan perniagaan beroperasi seperti
biasa, kumpulan pekerja ini telah dan berisiko tinggi untuk kehilangan pekerjaan dan
pendapatan,”

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/92162pengangguran-di-Malaysia-

i) Apakah jenis pengangguran tersebut [1 markah]
ii). Jelaskan pengangguran di 2 (b) (i) [3 markah]

11

BAHAGIAN C (30 markah)
Jawab semua soalan pada kertas jawapanan yang disediakan.

3 a. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan PharmaVc Pvt. Ltd.
PharmaVc Pvt. Ltd. , UK merupakan sebuah syarikat di United Kingdom. Syarikat ini
berjaya mencipta teknologi baharu dalam penghasilan vitamin daripada buah kelapa
sawit. Syarikat DeHerbs Behrang Sendirian Berhad ialah sebuah syarikat tempatan
yang menghasilkan pelbagai vitamin menggunakan hasil herba tempatan. Kedua-dua
syarikat bersetuju untuk memperbadankan satu syarikat baharu yang dikenali sebagai
DePharma Sendirian Berhad dengan pejabat dan kilang di Kawasan Perindustrian
Behrang 2020, Tg. Malim, Perak. Syarikat DeHerbs Behrang Sendirian Berhad
mengeluarkan modal untuk membina kilang, menyediakan tenaga kerja dan
mendapatkan bahan mentah. Sementara itu, PharmaVc Pvt. Ltd., UK akan
menyumbangkan teknologi dan tenaga pakar dalam penyelidikan dan pembangunan.
Untung rugi yang diperoleh oleh DePharma Sendirian Berhad akan dikongsi pada kadar
nisbah 55:45 antara Syarikat DeHerbs Behrang Sendirian Berhad dan PharmaVc Pvt.
Ltd., UK masing-masing.

Apakah bentuk usaha niaga berkenaan? Pada pendapat anda, apakah kelebihan usaha niaga

berkenaan? [7 markah]

b. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan gaya pengurusan.

Syarikat Jubinz Sendirian Berhad merupakan pengeluar jubin kualiti tinggi berjenama
Jubinz. Pejabat dan kilang syarikat terletak di Kawasan perindustrian Tasek, Ipoh.
Encik Raymond merupakan pengurus besar syarikat. Beliau menyediakan jadual
tugas untuk hampir semua pekerjanya dan beliau memastikan pekerjanya melakukan
kerja mengikut jadual tersebut. Beliau sendiri akan memantau segala kerja yang
dilakukan oleh setiap pekerja. Falsafah beliau ialah pihak pengurusan tahu segala-
galanya dan pekerja tidak boleh diberikan kepercayaan terutama dalam hal-hal
membuat keputusan. Encik Raymond mengambil tindakan disiplin yang tegas seperti
memberi surat amaran kepada pekerja yang mempersoalkan kewibawaan pihak
pengurusan. Malah, ada pekerja yang dibuang kerja kerana cuba memberi pendapat
dan idea.

Jelaskan gaya pengurusan yang diamalkan Encik Raymond. [8 markah]
12

4 a)

i. Apakah situasi tersebut ? [1 markah]
ii. Terangkan peranan pihak kerajaan mengatasi situasi tersebut? [4 markah]

b) Situasi berikut berkaitan dengan keadaan ekonomi sesebuah Negara

XY

Satu fenomena kenaikan harga barang dan Satu fenomena kejatuhan harga barang dan

perkhidmatan secara berterusan perkhidmatan secara berterusan

(a) Apakah situasi X? (1 markah)
(b) Nyatakan faktor yang menyebabkan berlakunya situasi X? (2 markah)
(c) Nyatakan kesan situasi X kepada Negara (3 markah)
(d) Terangkan peranan kerajaan dalam menangani masalah situasi (4 markah)

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

13


Click to View FlipBook Version