The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazimah, 2023-02-10 02:43:00

BUKU ATURCARA UNTUK GURU

BUKU ATURCARA UNTUK GURU

“SK Bugaya No. 1” “SK Bugaya No. 1” DIRASMIKAN OLEH : YB. DATUK HJ. RAMLEE BIN MARAHABAN ADUN N54 Bugaya, Merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah SEKOLAH KEBANGSAAN BUGAYA, SEMPORNA


“SK Bugaya No. 1” Ucapan Perasmi 1 Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna 2 Ucapan Guru Besar SK Bugaya 3 Trivia Majlis Graduasi 4 Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku 6 Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi 2016 7 Aturcara Majlis 11 Senarai Nama Penerima Anugerah - Prasekolah - Pendidikan Khas - Tahun Enam 12 Penghargaan 20 Pelan Lantai Majlis Graduasi 21 “SK Bugaya No. 1” PETUNJUK : - - - - - - Laluan Murid Laluan VVIP TANGGA BLOK B


“SK Bugaya No. 1” GURU BESAR DAN SELURUH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS GRADUASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUGAYA KALI KE-5 TAHUN 2016 DENGAN SUKACITANYA MERAKAMKAN SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA : YB DATUK HJ RAMLEE BIN HJ MARAHABAN Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah Merangkap Adun N.54 Bugaya PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA GURU - GURU BESAR YANG DIPERTUA PIBG DAN AJK PIBG SK BUGAYA SERTA PARA IBU BAPA MURID PENERIMA ANUGERAH, SEMUA GURU, KAKITANGAN, MURID - MURID DAN WARGA SK BUGAYA, JUGA KEPADA SETIAP INDIVIDU DAN PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS GRADUASI KALI KE-5 PADA TAHUN 2016 INI. “SK Bugaya No. 1” PERASMI YB. DATUK HJ. RAMLEE BIN MARAHABAN Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru dan barisan AJK Pelaksana Majlis Graduasi 2016, Pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan. Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang akan diceburi, malah diharapkan mengukir kenangan manis dalam lipatan sejarah para graduan. Semoga majlis ini juga dapat membuatkan para pelajar tidak melupakan jasa barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bugaya. Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘Memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan bernama guru yang ibarat lilin yang membakar diri, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Saya menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Bidang pendidikan pada abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, yang mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis. Justeru, dengan iringan doa dan harapan daripada ibu bapa dan guruguru serta rakan-rakan, saya yakin para pelajar yang berada di hadapan saya ini akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan, sejajar dengan matlamat sekolah dan aspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama demi kesejahteraan negara. Sekali lagi saya mengambil peluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada barisan jawatankuasa yang telah berjaya melaksanakan majlis ini untuk tahun 2016. Perancangan yang teliti dengan pelaksanaan yang jitu pasti akan membuahkan hasil yang optimum sepertimana yang kita lihat hari ini. Pengorbanan tuan-tuan amat saya hargai. Akhir kata, Dengan lafaz yang mulia Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya merasmikan Majlis Graduasi bagi sesi 2016. Sekian terima kasih Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh


“SK Bugaya No. 1” PEGAWAI PELNDIDIKAN DAERAH SEMPORNA ENCIK DZULKIFLI BIN HJ. ALI BASHA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana masih meminjamkan masa dan waktu, serta melanjutkan lagi usia kita, agar berkesempatan sekali lagi untuk berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Majlis Graduasi Sekolah bagi kali yang ke-5. Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga, berkorban masa dan waktu bersama keluarga, demi untuk menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Kepada penolong – penolong kanan, ahli – ahli jawatankuasa kerja dan seluruh warga sekolah, jasa baik dan pengorbanan tuan – tuan dan puan – puan hanya Allah SWT yang akan membalasnya. Majlis yang gemilang ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar – pelajar Tahun 6 yang telah berjaya melaksanakan tempoh persekolahan selama 6 tahun di sekolah ini. Pelajar – pelajar ini akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pada tahun hadapan, setelah menimba banyak ilmu dan pengalaman di sekolah ini. Banyak yang telah dicurahkan oleh guru – guru untuk menjadikan mereka pelajar yang cemerlang dan bersahsiah. Diharapkan pada mereka ini akan membawa bersama nama baik dan kecemerlangan sekolah ini walau di mana pun mereka berada kelak. Majlis ini juga turut memberikan pengiktirafan kepada pelajar – pelajar Prasekolah dan Pendidikan Khas. Pengiktirafan awal yang diberikan oleh pihak sekolah diharap akan dapat menyuntik semangat para pelajar ini untuk melangkah lebih jauh dalam bidang pendidikan. Saya berharap perjuangan anak – anak sekalian tidak terhenti di pertengahan jalan atau sekadar melepas batuk di tangga, berusahalah sehingga ke penghujungnya, bak kata orang tua – tua, “Genggam bara api biar sampai jadi arang”, kerana sesungguhnya perjuangan anak – anak baru saja bermula. Persiapkan diri dari segi fizikal, mental, mahupun emosi untuk menghadapi setiap cabaran. Semoga anak – anak ini akan menjadi warga yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa. Kepada anak – anak prasekolah, selamat datang ke dunia pendidikan yang sebenar di Tahun Satu. Akhir kata, semoga majlis ini berjalan lancar dan memberikan seribu satu makna kepada kita semua. Kepada para pelajar Tahun Enam yang bakal meninggalkan sekolah ini, terimalah pengiktirafan ini dan sematkanlah perkara – perkara yang baik dari sekolah ini di hati anak – anak semua. Kepada seluruh warga sekolah, teruskan komitmen anda kerana daya usaha andalah maka lahirnya graduan – graduan pada hari ini. Sekian, terima kasih. “SK Bugaya No. 1” Kelas : Tahun 6 Nilam Guru kelas : En. Sudirman b. Hj. Paisal Bilangan murid : 19 orang 1. AHMAD RIDUAN SHAH BIN ABDUL RAMAN 2. ASIZAM BIN MOHAMMAD 3. HAYKAL BIN MOHD ADNAN 4. IZZMAN BIN DHALAN 5. KHAIRIL RIZWAN BIN SHAIFULIZAM 6. MOHAMAD SHAFIE BIN ZAINI 7. MOHAMMAD FADZLI BIN MORBI 8. MOHAMMAD KHUSAIRY BIN AHMAD 9. MOHAMMAD SHAFIQ IQBAL BIN ISHAK 10. MUHAMMAD IMRAN BIN MULPI 11. NASRULLAH BIN TECANG 12. NORMAN BIN MD GULAM 13. NUR EDAHWATI BINTI HADIN 14. NURUL AIN BINTI ROSMAN 15. SAIPAH BINTI YUSSOF 16. SITTI ANINA BINTI BALLI 17. SUHARMIN BIN AMIR SHAH 18. SULIHA BINTI INBSUNG 19. ZAILANI BIN MIDZFAR


“SK Bugaya No. 1” Kelas : Tahun 6 Mutiara Guru kelas : Pn. Nor Khairani bt. Mohamad Pembantu Guru Kelas : En. Muhammad Haziq b. Saharuddin Bilangan murid : 36 orang 1. ABDUL AZIZ 19. MOHAMMAD RAZMAN BIN HASSAN 2. ABDUL YAZID BIN NOR 20. MOHD EZAD HAQIEMY BIN ABDILLAH 3. AHMAD BORHAN BIN ROSLEY 21. MUHAMMAD NAZIR BIN MATHADIR 4. AMAL SYAHMI BIN ADNAN 22. MUHAMMAD SALAHUDIN BIN ABDUL JALIL 5. AMIR BIN MOHD HIAH 23. MUHAMMAD SHAHDI BIN EMPATHARI 6. ANASATIA BINTI AB RAZIS 24. NORSHALIZA BINTI HUSEN 7. FAZLI BIN JEFLYN 25. NUR DALIMA NASYWA BINTI MAD HAINAL 8. HAYATI BINTI NORSHAN 26. NURAZNAH BINTI AYUB 9. ISMA LIANA BINTI SAMPANG 27. NURAZNIL BIN AYUB 10. MAZREENAH BINTI MASSERAL 28. NURLAILAHALIYA BINTI ROSLE 11. MAZREETAH BINTI MASSIRUL 29. NURLAILASARI BINTI ARSHAD 12. MOHAMAD SHAHRIEZAN BIN ABDULLAH 30. NURUL SAHFIKA BINTI ROSLI 13. MOHAMMAD AZIEQ IKHWAN BIN AYUB 31. NURUL SHAZYRAH BINTI TUNYA 14. MOHAMMAD FIRUZ BIN ABU BAKAR 32. OMAR SYAMSUL BIN JIFFRIN 15. MOHAMMAD HAFIZAN BIN MOHD LIZAM 33. RAHFIS BIN IDRIS 16. MOHAMMAD NASHRULLAH NABIL BIN HARUN 34. RANI BINTI MOHD ASLI 17. MOHAMMAD NOOR YAHABIB BIN YAHIYA 35. SARIAH BINTI SUPERMAN 18. MOHAMMAD RAFLY BIN JUDDIN 36. SARIZAN BIN MUNDING “SK Bugaya No. 1” GURU BESAR SK BUGAYA, SEMPORNA PUAN HJH RUSIZAH BINTI BASIRAN Yang dihormati, Datuk Hj. Ramlee bin Hj. Marahaban Adun N54 Bugaya merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Tuan Dzulkifli bin Haji Ali Basha Pegawai Pendidikan Daerah Semporna kerana dapat meluangkan masa untuk majlis yang penuh bermakna ini. Buah pauh di tengah bendang, Jadi dagangan di tengah laman; Tuan puan datang bertandang Barisan ajk alu-alukan. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara… Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan para pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini juga diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu. hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang. Menyingkap kembali sejarah 2015, kegemilangan UPSR SK. Bugaya amat membanggakan. Alhamdulillah, tahun 2016 ini Sk. Bugaya sekali lagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR dengan GPS 2.88 dan berada dalam kedudukan ke tiga daerah. Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara.. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan negara pada masa hadapan. Insya’Allah. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Graduasi 2016 Sekolah Kebangsaan Bugaya pada hari ini. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.


“SK Bugaya No. 1” Penekanan bagi menambah baik pencapaian, keupayaan dan kemampuan murid adalah tanggungjawab para pendidik di sekolah hari ini semakin penting, kecekapan organisasi pendidikan khususnya sekolah dan kepimpinan bukan sahaja dilihat sebagai tuntutan utama dalam menyelesaikan masalah makro peringkat komuniti dan negara, malahan dinamik menghadapi keperluan era mendatang. Penekanan terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang efisien dan berintegriti supaya meningkatkan prestasi serta pencapaian murid menyebabkan beban tugas pendidik peringkat sekolah relatifnya semakin bertambah. Pemimpin dan guru-guru sekolah yang berusaha mentransformasikan kepimpinan, sebenarnya membangunkan kedinamikan dan keberkesanan pengurusan organisasi pengajaran dan pembelajaran yang ditadbirnya. Demi untuk mencapai dan merealisasikan keperluan ini Hamparan Majlis Graduasi SK Bugaya diwujudkan adalah platform meraikan gagasan bermakna pendidikan yang berasimilasi dengan aliran pemikiran baru untuk menyahut cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang berusaha mentransformasikan sistem pendidikan agar masih relevan dengan keperluan semasa. Menjunjung aspirasi ini, SK Bugaya mengharapkan sokongan para ibu bapa untuk melengkapkan anak masing—masing dengan pelbagai keperluan ilmu bagi mengharungi dunia pendidikan yang sentiasa mengalami transformasi yang berterusan. “SK Bugaya No. 1” Kelas : Tahun 6 Berlian Guru kelas : Pn. Siti Rubiah bt. Abdul Hamid Pembantu Guru Kelas : En. Hapsan b. Mohd. Johani Bilangan murid : 36 orang 1. HAMZAH BIN AZMAN 19. MUHAMMAD SHAUFI BIN ASGAR 2. KHAIRUNISHAH AZALENA BINTI MOH JADI 20. NOOR AMIRA BINTI SAM 3. MASTURA BINTI BANDI 21. NORAIN BINTI ZEFFRI 4. MOHAMMAD ARZAM BIN ABDUL RAHMAN 22. NUR AZIEYAN ADIBAH BINTI ABDULLAH 5. MOHAMMAD ASHNUR AKHMAL BIN SULAIMAN 23. NUR RANIYAH JUMDAIYAH BINTI YAHYA 6. MOHAMMAD HAL FITRI BIN KIBTIANI 24. NUR RODIATUL 7. MOHAMMAD JIM BIN NURSALLEH 25. NUR SUFIAH BINTI AMALUL 8. MOHAMMAD JOHAN BIN JOHARI 26. NUR SYUHADAH BINTI RATAG 9. MOHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD AHIL 27. NURFARA AIN RABIATUL BINTI RAHAM 10. MOHAMMAD SAMSUL BIN HAJI @ ALFAH 28. NURIZZATUL SHANIZA BINTI ABDUL HAMID 11. MOHAMMAD SHARIL BIN MOHD SALAWAT 29. NURUL FARISAH HIDAYU BINTI SHAMSUDIN 12. MOHAMMAD YUSRIE HAKIM BIN SALLEH MAUDUDI 30. NURUL NABILAH BINTI NAHIN 13. MOHD FAZLIE BIN SAID 31. NURUL NAZIRAH BINTI NASIR 14. MUHAMAD ESMANSHAH BIN ESNIN 32. SAFINA BINTI MOSTAPA 15. MUHAMMAD GHAZALI BIN NORDIN 33. SHARIFAH SHAHIRAH BINTI TATING 16. MUHAMMAD HAIKAL BIN JEFRI 34. SITI SHILMALIN BINTI ALLING 17. MUHAMMAD IQBAR BIN NASIR 35. SITTI FARAIN BINTI ISMAEL 18. MUHAMMAD IRFAAN BIN JALIL 36. ZAINAB BINTI LAWISAU


“SK Bugaya No. 1” Kelas : Tahun 6 Delima Guru kelas : Cik Norhannan binti Ramli Pembantu Guru Kelas : En. Abdul Hafidz bin Abdul Hamid Bilangan murid : 34 orang 1. AFDAM DANIEL BIN HALID 18.. MUHAMMAD SAHAR BIN MUHAMMAD 2. AFIFAH ZULAIKA BINTI MD SALLEH 19.. NOOR FAZLIAH BINTI ABDUL MUTALIB 3. AHMAD SYAZWAN BIN ROSLEE 20. NOOR HUDAH BINTI OSMAN 4. ALYA JASLINA BINTI JEFRI 21. NOR AZWAN BIN SAPPAN 5. ANA SHAKIRA BINTI MOHAMMAD SHAKIR 22. NORHUDA BINTI BARTASAN 6. EMILIZAH BINTI AB SANI 23. NUR FAZILAWATI BINTI SASTRI @ ABDUL KADIR 7. ERRA FAZLINAH BINTI NAMHING 24. NUR SANTI BINTI ABDULLAH 8. HALIMATUN NADIAH BINTI MALAYA 25. NURAINNA SYUHADAH BINTI HUSSIN 9. IZZ AKIF IQBAL BIN ARZAT 26. NURIZYANSYAZWANI BINTI MOHD JAFFERI 10. MOHAMAD YUSRI SAFWAN BIN LYATINYA 27. NURUL FATHIRAH BINTI AB KATA 11. MOHAMMAD FIRIDHAUS BIN ALI BABA 28. NURUL MASHA BINTI BENZALD 12. MOHAMMAD NAZIF BIN ABDUL HIMA 29. NURZATKARAN BIN ZAINAL 13. MOHAMMAD RUSDI BIN NULHAKIM 30. PUTERI DIYANA MAYSARAH BINTI HAGUAN 14. MOHAMMAD TAJUL ARIFFIN BIN MOHD RIDZUAN 31. SAADIAH ABDULLAH 15. MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN BARA 32. SHARLYENE BINTI ABDUL SHARIF 16. MUHAMMAD IKMAL BIN IKSANI 33. SITI AISYAH BINTI ALIANAFIAN 17. MUHAMMAD IRFAN YAZID BIN ABDUL JALIL 34. SITI NURHAFIZA BINTI ALI MARASAN “SK Bugaya No. 1” SK Bugaya adalah institusi pendidikan rendah bantuan penuh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dibuka pada tahun 1963. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama NVS Senang hati dan lokasinya terletak berhampiran dengan sungai Labuan Senang. Pada ketika itu, SK Bugaya telah ditadbir oleh seorang guru besar iaitu Tuan Hj. Sarail Asali bersama lima orang guru dan 60 orang murid sahaja yang belajar di sebuah pondok beratapkan nipah. NVS Senang Hati telah berpindah ke tapak baru seperti pada hari ini dan namanya diubah kepada Sekolah Kebangsaan Bugaya. Sejak penubuhannya, SK Bugaya telah melahirkan ramai ahli akademik dan usahawan yang berjaya. Selain itu, SK Bugaya tidak lekang menempa nama dan memperoleh pelbagai anugerah dalam apa jua pertandingan yang disertai. Kini, SK Bugaya ditadbir oleh Puan Hajjah Rusizah binti Basiran dan dibantu oleh empat orang Guru Penolong Kanan (GPK), 69 orang guru, 12 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan 883 murid termasuk murid - murid prasekolah dan pendidikan khas. Sekolah ini juga merupakan sekolah perintis yang menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran untuk murid - murid berkeperluan khas sejak tahun 1993 lagi. Sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di daerah Semporna, SK Bugaya bertuah kerana telah terpilih menjadi ‘Sekolah Angkat’ kepada YB Datuk Hj. Ramlee Marahaban yang juga merupakan ADUN N54 Bugaya. Sejak itu, beliau telah banyak memberi sumbangan sama ada dalam bentuk material mahupun buah fikiran, bagi memacu sekolah ini ke mercu kejayaan. Diharap agar sekolah ini akan dapat meneruskan tradisi kecemerlangannya sebagai salah sebuah sekolah terbaik di daerah Semporna dan seterusnya di mata dunia.


“SK Bugaya No. 1” Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Sabah tanah airku Negeri kita yang tercinta Pemuda pemudi semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama Serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka “SK Bugaya No. 1” Kelas : Tahun 6 Zamrud Guru kelas : Pn. Rafeah bt. Hj. Ali Besar Pembantu Guru Kelas : En. Iddris b. Hj. Heddak Bilangan murid : 31 orang 1. AQILAH ZAWANA BINTI MOHD ZUFRI 17. NORSAINI BINTI IKID 2. DANG ANUM BINTI MAD SULIMAN 18. NUR AISYAH BINTI ALI HUSSIN 3. EVANATASHA BINTI MOHD SAKIR @ MOHD NASIR 19. NUR ARINIE NADIRAH BINTI MOHD ARIFFIN 4. FARAH BINTI HABIBOL MUDSIDIN 20. NUR ASHA BALQIS BINTI AZMAN 5. FATIHANA ZULAIKHA BINTI JAFREY 21. NUR IZZATUL INSYIRAH BINTI NAZRI 6. KHAIRUN NIKMA BINTI MOKTAR 22. NUR SHAYIDATUL SHAYIRAH BINTI SAMSUN 7. KHIRFITRI BIN ABDUL HALIM 23. NURANISAH BINTI MOHD. AMIN 8. MOHAMAD SALAHUDDIN BIN MOHD YUNUS 24. NUREEN NAZIRAH BINTI IDDRIS 9. MOHAMMAD HANIF IZZUDDIN BIN ABDUL HALIM 25. NURUL ANA BINTI ABDULLAH 10. MOHAMMAD IMADUDDIN BIN AHMAT 26. SAFINA BINTI HASSAN 11. MOHAMMAD SARKHAWI BIN HJ. SALLEH 27. SAPURAH BINTI BASIR 12. MOHAMMAD SHAFRIZAN ASNOR BIN ASMUNLI 28. SHARNI BINTI ABDUL RAHIM 13. MOHD FAIZ HAZIQ BIN HJ IBRAHIM 29. YASMIN SOFFEA ANISA BINTI AB SARIP 14. NAJLA KHAIRANI BINTI ABDUL NASIR 30. YUSNIZATUL YUSNIZAH BINTI MOHD YAMIN 15. NORAASWIDAH BINTI MOHD NASIR 31. ZAKIRAH BINTI ZULKIFLEE @ LAURCAL 16. NORATIQAH HAZWANI BINTI MOHAMMAD HATTA


“SK Bugaya No. 1” Kelas : Pendidikan Khas Guru kelas : En. Mohd Asri bin Hj. Addang Bilangan murid : 7 orang 1. ELWAN BIN KENTONG 2. MOHAMMAD IRFAN BIN BASRI 3. MOHAMMAD SAFI BIN HAMDAN 4. MUHAMMAD ASYIF BIN HAMDAN 5. NORAISYAH BIN YAHYA 6. NURUL IZZAH SHAKINAH BINTI RAHIM 7. HANAPI BIN JAKARAIN “SK Bugaya No. 1” PENAUNG Datuk Hajah Maimunah binti Hj. Suhaibul (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah) PENASIHAT Encik Dzulkifli bin Hj. Ali Basha (Pegawai Pendidikan Daerah Semporna) PENGERUSI Puan Hjh. Rusizah binti Basiran (Guru Besar SK Bugaya) TIMBALAN PENGERUSI En. Serajudeen bin SNS Bukhari (Guru Penolong Kanan Kurikulum) NAIB TIMBALAN PENGERUSI Puan Emilian binti David (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Tuan Hj. Abd. Aziz bin Momen (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Puan Lim Siu Eng@ Nurul Liza Abdullah (Guru Penolong Kanan Petang) Puan Sufinah binti Wajuddin (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas) SETIAUSAHA Puan Anang Sinto binti Manado Puan Noraidah binti Hj. Abbas BENDAHARI Puan Hjh. Norlela binti Sandamuddin


“SK Bugaya No. 1” PROTOKOL SAMBUTAN MAJLIS Semua pentadbir dan dibantu oleh Kerani Sekolah KOORDINATOR MAJLIS En. Sudirman bin Hj. Paisal Pn. Rafeah binti Hj. Ali Besar En. Awang Noraszmi bin Nordin JEMPUTAN VIP & IBU BAPA Pn. Nor Khairani binti Mohamad Pn. Noraidah binti Hj. Abbas En. Mohd. Hanif bin Burin En. Mohd Asri bin Hj. Addang PENYAMBUT TETAMU IBU BAPA Pn. Jumaatia binti Onggong En. Absal bin Madjarhara Pn. Noor Norijah bte Alpaka En. Mubin bin Hj. Abbas Pn. Norisah binti Saijuan Pn. Hjh. Siti Asiah Hj. Angoh Murid - murid Tahun 5 Zamrud PENDAFTARAN PENERIMA SIJIL GRADUASI Pn. Rafeah Hj. Ali Besar Cik Norhannan Ramli Pn. Siti Rubiah Abd Hamid Pn. Nor Khairani Mohamad En. Mohd Hanif Burin Cik Ellychia Ason Pn. Saadiah Hj. Saurin PENGURUS PENERIMA SIJIL GRADUASI Pn. Siti Rubiah binti Abd. Hamid En. Abd. Hafidz bin Abd. Hamid En. Mohd Azman bin Osman Pn. Noranizan binti Mohamad Pn. Siti Asmah binti Jaladi Pn. Khadriah binti Abd. Hamid BUKU ATURCARA Cik Norhannan binti Ramli Cik Nurhafizah binti Ahmad Cik Norhidayu binti Rosman Cik Zuraida binti Che Pa SIJIL GRADUASI En. Mohd Hanif bin Burin Pn. Suriah binti Hj. Abd. Samad Pn. Linda binti Safaruddin Cik Ellychia Ason Cik Herlina binti Alimuddin TAYANGAN DOKUMENTASI PENERIMA SIJIL En. Muhammadd Haziq bin Saharuddin En. Abd. Manaf bin Ahmad Bustaman PENYEDIAAN PA SISTEM/MUZIK GAMELAN En. Iddris bin Hj. Heddak En. Hairul bin Hj. Tahajuddin Ustaz Azman bin Mansor “SK Bugaya No. 1” Kelas : Prasekolah Jed Guru kelas : Cik Ellychia Ason PPM : Pn. Siti Asmah bt. Jaladi Bilangan murid : 19 orang 1. ANIS ZULAIKHA BT MUHAMMAD ARIF 2. MOHAMMAD AQIL HAMIZAN B ROSLEE 3. MOHAMMAD HUSNAH FARHANSAH B SHARUDDIN 4. MOHAMMAD RISZUAN B SYED AZHAR 5. MUHAMMAD AZMIN B SUFFIAN 6. MUHAMMAD DANIEL B JULAMRI 7. MUHAMMAD DANISH B JULAMRI 8. MUHAMMAD RAZIQ HAKIMI B BARA 9. MUHAMMAD SHAFIE B MAD HAINAL 10. NOR FAIQAH AFIYAH BT IBRAHIM 11. NORAISYAH BT KAMAL 12. NUR AININ AZWEENA BT ABDUL HUSSIN 13. NUR ATIQAH BT MOHD SALLEH 14. DURRATUN NAFISAH SAAIAH BT ABDUL SAMAN 15. NUR SAIDATUL BT ZULKIFLE 16. NURUL IZZAZI IZMA BT ISKANDAR 17. NURUL SYAKIRA BT NORMIN 18. RIZLYN BT ARIF 19. SYAKIR B SAMID


“SK Bugaya No. 1” Kelas : Prasekolah Kristal Guru kelas : Cik Permata binti Jalbi PPM : Pn. Khadriah bt. Abd Hamid Bilangan murid : 20 orang 1. ASLINDAH BT MOHAMMAD 2. KHATERIN NORR BT JUHARI 3. MOHAMAD NAJIB B ALI BABA 4. MOHAMMAD FUAD B MORBI 5. SIMIR B SUNARDI 6. MUHAMMAD FAIRIZ B MOHD FAIZAL 7. MUHAMMAD RAQWAN HADIF B MOHD TAHIR 8. MUHAMMAD SYAFRIEL SYAHRIN B MOHD SAFFRY 9. MUHAMMAD TAHFIZ DANIAL B MOHAMAD THERMIZY 10. NORAATASYRIAH BT MOHD NASIR 11. NURSYAFINAH BT MOHAMMAD SAFRI 12. NURSYAFIRAH BT MOHAMMAD SAFRI 13. NUR AIRA ZULAIKAH BT ALGABRA 14. NUR ALISA BT MOHD ASLI 15. NUR ARISSA HUMAIRAH BT AZMAN 16. NUR MOHAMMAD AZLAN SHAH B MOHD RAZLAN 17. NUR QURRATU AINI AMANI BT MOHD DARWIS 18. NURUL ALIMATUL BT AHMAD 19. ROSMILAH BT SAHIDAL 20. ZAIDI HAKIMI B ABDUL MASDI “SK Bugaya No. 1” DOKUMENTASI RAKAMAN & JURUGAMBAR Pn. Helmah binti Hj. Hajih En. Yusuf bin Turuki KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN MURID En. Hapsan bin Hj. Johani En. Ahmad Juni Pn. Esah binti Abdul Basa Pn. Satimi binti Sidan Pn. Julia binti Hj. Masal Pn. Khadriah binti Abd Hamid PERSEDIAAN TEMPAT/PERABOT i) Meja Pendaftaran En. Usbah bin Hj. Abd. Hamid En. Yusuf bint Turuki Ii) Perabot Pentas En. Muhammad Sari bin Hawani Tn. Hj. Jefry bin Saihie Iii) Perabot dalam Dewan - Kerusi VIP, Ibu Bapa & Murid Ustaz Azman bin Mansor En. Jakarta bin Juljalaha En. Samli bin Jawani Bahagian Pembersihan Sekolah HIASAN PENTAS/BACK DROP Pn. Norah binti Marisin Cik Hernawati binti Kadir Pn. Normaziah binti Ibrahim Pn. Nor Azarina binti Nordin Pn. Normah binti Edris En. Mohd Azman bin Othman En. Muhammad Haziq bin Saharuddin KEBERSIHAN, KESELAMATAN & DISIPLIN En. Hapsan bin Mohd Johani En. Hajirul bin Tahajuddin En. Mohd Jamaah bin Madjakala PEMBERSIHAN En. Jusipal Pn. Farrah binti Ladjahundu Pn. Norain binti Abu Salam PENGAWAL KESELAMATAN En. Mohd Sofian bin Abdul Maana KESELAMATAN JUBAH GURU & MURID Pn. Rafeah binti Hj. Ali Besar En. Hapsan bin Mohd Johani Pn. Maimun binti Hj. Lisani Pn. Siti Asmah binti Jaladi Pn. Norain binti Abu Salam Semua guru kelas Tahun 6 KOMPANG En. Alion@Jeffery bin Imam Lana En. Mohd Azman bin Osman HADIAH DAN CENDERAMATA Pn. Suriah binti Hj. Abd. Samad Pn. Masnoura Hj. Mohamad Pn. Madiana binti Mohd Yahya KELENGKAPAN PERALATAN MAJLIS GRADUASI En. Banua@Azmi bin Hj. Siratal En. Muhammad Sari bin Hawani Pn. Sitti Almah binti Kolleng@Bakar Pn. Anang Sinto binti Manado


“SK Bugaya No. 1” BACAAN DOA Ustaz Azman b. Mansor PENGACARA MAJLIS En. Ag. Noraszmi bin Nordin Pn. Norah binti Marisin PUBLISITI DAN SIARAYA En. Mohd Asri bin Hj. Addang Ustaz Ahmad Sukri bin Abdul Rahman PNEYEDIAAN TEKS UCAPAN GURU BESAR DAN PERASMI Pn. Siti Rubiah binti Abd Hamid Cik Permata binti Jalbi PENYEDIAAN TEKS PEMASYHURAN GRADUASI Pn. Siti Rubiah binti Abd Hamid Pn. Helmah binti Hj. Hajih JAMUAN VIP, IBU BAPA & GURU Pn. Hjh. Dahaliah binti Hj. Sahari Pn. Hjh Sitti Asiah binti Hj. Angoh Pn. Halimah Enggong Pn. Polmariah binti Ajirul Pn. Normah binti Edris JAMUAN MURID En. Iddris bin Heddak Pn. Anysuhastiana binti Sutarji Pn. Zayati binti Mohd Pn. Noraimah binti Labatan “SK Bugaya No. 1” 6.30 pagi : Ketibaan semua warga SK Bugaya 6.40 pagi : Ketibaan murid - murid 7.00 pagi : Pendaftaran murid - murid : Ketibaan ibu bapa/penjaga 8.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat 8.10 pagi : Ketibaan Perasmi (YB Datuk Hj Ramlee b. Hj. Marahaban) : Perarakan Akademik masuk ke dalam dewan : Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” : Bacaan Doa (Ustaz Azman b. Mansor) : Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna (Encik Dzulkifli bin Hj. Ali Basa) : Ucapan Perasmi (YB Datuk Hj Ramlee b Hj. Marahaban) : Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi : Penyampaian Sijil kepada murid - murid - Prasekolah - Pendidikan Khas - Tahun Enam : Penyampaian Cenderakenangan : Pengisytiharan Penangguhan Majlis Graduasi 2016 : Perarakan keluar : Jamuan : Sesi bergambar 12.00 tengah hari: Majlis bersurai


Click to View FlipBook Version