The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suna318.am, 2023-12-05 03:59:00

SUZANA_MPU2101D_BUKU LOG

SUZANA_MPU2101D_BUKU LOG

51 BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Salam Pandu Puteri • Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. • Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. • Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. • Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. • Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. • Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. • Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. • Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Termasuk untuk berjabat tangan • Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


52 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI


53 ISTIADAT LADAM KUDA • Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). • Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. • Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan beruniform yang lain. • Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: ➢ Cara 1 : Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) ➢ Cara 2 : Untuk Pasukan besar 2 cara pembentukan Ladam Kuda ISTIADAT MENAIKKAN PANJI-PANJI Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan


54 seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hitmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat serta memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. • Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, ketua Pasukan perlu menentukan 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji, 1 orang Pembaca Doa dan 1 orang Pembaca Doa dan I orang Penyampai Kata-kata Hikmat sebelum Pembentukan Ladam Kuda. Ladam kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS Linkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (Kakak Setia/Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadar ini iala Lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng PP Tunas. • Lagu Pandu Puteri Tunas : Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan • Lagu Ahli Baharu : Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas Lagu Kumpulan


55 ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN (ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS) Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengahtengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagu kumpulan “na na na na….”’ ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambal menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan”.


56 Setelah selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS • Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengan penant dan duduk bertinggung. • Setelah selesai, semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambal skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka. • Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. PENUTUPAN PERJUMPAAN MINGGUAN Di akhir perjumpaan, semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli kelaur baris boleh dibuat juga secara rekaan.


57 ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan • Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. • Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. • Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari). • Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Pow semua ahli boleh berdiri dan bersurai. ISTIADAT HORMAT BESAR Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak di bawah dagu seperti sekuntum bunga yang belum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan dibawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransuransur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap “selamat datang”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut “selamat datang”. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman. Ahli boleh menyanyikan lagu “Selamat Datang”.


58 ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU PANDU PUTERI Istiadat ini adalah suatu istiadat khas untuk menyambut atau mengalu-alukan tetamu seperti: 1. Pesuruhjaya dan pemimpin. 2. Ahli baru yang telah dilantik. 3. Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana Cara Menyambut Tetamu Pandu Puteri: 1) Seorang pelajar akan mengucapkan selamat pagi kepada tetamu dan menyatakan : “Selamat pagi puan, saya akan membawa puan ke lingkungan hormat besar, dipersilakan.” 2) Selepas itu, semua ahli pandu puteri akan berdiri dalam lingkungan pandu puteri dengan meletakkan tangan dalam bentuk kuntum bunga yang tertutup.


59 3) Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri dan dibawa ke dalam lingkungan besar. 4) Selepas tetamu berada di tengah lingkungan Pandu Puteri akan beraksi seperti bunga berkembang besar. 5) Kemudiannya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 6) Seterusnya, semua pandu puteri tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 7) Setelah itu, pandu puteri tunas akan menyanyi lagu iaitu: Selamat datang puan, selamat datang puan, datang kerana pandu puteri, selamat datang puan (2x). 8) Semua ahli pandu puteri akan memberi hormat kepada tetamu dan membawa masuk tetamu ke tempat yang disediakan dalam lingkungan. Contoh Istiadat Menyambut Tetamu http://www.youtube.com/watch?v=aZe_1P6kOMQ ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU 1. Ahli baru akan dilantik menjadi seorang PPT selepas dia lulus semua ujian prapesetiaan. Pakaian seragam lengkap dipakainya pada hari perlantikan ini 2. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan PPT. 3. Kemudian, pasukan akan memberi “Hormat Besar” kepada PPT baru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat kepada pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya.


60 ISTIADAT MENGAMBIL KEDATANGAN Pasukan ! Ketua, masuk baris ! Ketua, bilang ! Ketua, ke kiri pusing ! Ketua bilang (Mula dengan 0) Dua Langkah ke hadapan, gerak ! Pasukan, masuk baris ! Pasukan, sedia ! Ke kanan, lurus! Pandang depan !


61 Ketua, ambil kedatangan ! Kumpulan bunga……. Senang diri ! Pasukan, sedia ! Pasukan ke kanan, pusing ! Ketua, lapor ! Pasukan ke bentuk ladam lkuda, cepat jalan ! ISTIADAT BENDERA Seiring dengan namanya “Istiadat’ beberapa perkara perlu dipatuhi; • Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera. • Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda. • Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam. Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan. Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkan semula. • Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus. Naik/Turun Bendera Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut). Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: - Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) - 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji - 1 orang pembaca doa - 1 orang penyampai kata-kata hikmat’ Cara Melipat Bendera


62 Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan. Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian. Penjagaan Bendera • Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunukannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. • Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu. • Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. • Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. • Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat. Pelupusan Bendera Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah


63 sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-tempat awam. ISYARAT WISEL 1. Satu tiupan pendek - JAGA SEDIA 2. Satu tiupan Panjang - DIAM @ BERHENTI 3. Banyak tiupan pendek - SELAMAT DATANG @ LEKAS 4. Tiupan pendek-pendek-panjang - BERSEDIA @ AMARAN 5. Tiupan pendek-pendek-pendek panjang - KETUA KUMPULAN, DATANG SINI 6. Tiupan Panjang-panjang-panjang - PERGI DARI SINI


64 SIMPULAN


65 SIMPULAN DAN IKATAN SIMPULAN: Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. IKATAN: Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaanya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. JENIS-JENIS SIMPULAN Terdapat enam simpulan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelat, antaranya ialah: 1) Simpul Buku Sila / Reef Knot 2) Simpul Bunga Geti / Common Bend 3) Simpul Tindih Kasih / Bowline 4) Simpul Manuk / Clove Hitch 5) Simpul Balak 6) Simpul Belit


66 IKATAN SIMPUL MANUK ❖ Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. ❖ Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan Ketika mula mengikat pada kayu dan sebagainya. ❖ Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. ❖ Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet (permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi. ❖ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. TEKNIK SIMPUL MANUK ❖ Mulakan simpul pada kayu. ❖ Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. ❖ Tarik hujung tali.


67 SIMPULAN BUKU SILA ❖ Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. ❖ Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. ❖ Ia digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh dan mengikat khemah yang dilipat. ❖ Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. ❖ Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. TEKNIK SIMPUL BUKU SILA ❖ Letakkan hujungA di atas hujung B. ❖ Masukkan hujung A di bawah B. ❖ Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.


68 SIMPULAN TINDIH KASIH ❖ Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. ❖ Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang, menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. TEKNIK SIMPUL TINDIH KASIH ❖ Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. ❖ Kemudian, amsukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. ❖ Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan tersebut.


69 BUNGA GETI ❖ Simpul bunga geti digunakan untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Contohnya, menyambung tali perahu dengan tali kapal. ❖ Digunakan untuk sambung tali penarik bendera dalam flag break. TEKNIK SIMPUL BUNGA GETI ❖ Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. ❖ Kemudian tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul. SIMPUL BALAK


70 ❖ Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. ❖ Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik. ❖ Permulaan kepada ikatan serong (ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk) TEKNIK SIMPUL BALAK ❖ Menggunakan tali mengelilingi kayu. ❖ Tarik bahagian tali yang Panjang supaya menjadi kemas. BELIT


71 ❖ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal ikatannya. TEKNIK SIMPUL BELIT ❖ Menggunakan tali mengelilingi kayu. ❖ Tarik bahagian tali yang Panjang supaya menjadi kemas.


72 JENIS – JENIS IKATAN


73 JENIS-JENIS IKATAN Terdapat tiga jenis ikatan asas yang biasa diguna pakai antaranya ialah: 1) Ikatan Seraya 2) Ikatan Serong 3) Ikatan lilit Kacang JENIS IKATAN HURAIAN GAMBAR IKATAN SERAYA • Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gejet, menara, tiang, bendera dan lain-lain. • Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (lihat gambar no. 1) • Kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk IKATAN SERONG • Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang IKATAN LILIT KACANG • Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu projek • Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga


74 PERKHEMAHAN


75 KONSEP PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Ia merupakan aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada. Berkhemah bermakna seseorang akan menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan dan minuman, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran luar. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai. Tujuan perkhemahan adalah dapat meningkatkan kecekapan dan kendiri, menghayati maksud batasan kehidupan, memupuk semangat keberanian dan kreativiti dan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Ia berkait rapat dengan ikhtiae hidup secara individu atau berkumpulan. Kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan unit beruniform. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji tahap kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti ini juga dapat menguji kesanggupan seseorang ketika menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan. Oleh itu, pengurusan perkhemahan terdiri daripada tiga kategori iaitu, sebelum, semasa dan selapas. OBJEKTIF PERKHEMAHAN • Melatih kadet untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba kekurangan. • Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. • Memberi pendedahan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. • Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet. • Menanam sikap bekerjasama dalam kadet. • Memberi peluang kepada pelajar dalam mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka.


76 TUJUAN PERKHEMAHAN • Berkhemah sebagai cara pendidikan • Berkhemah sebagai cara ibadat. • Perkhemahan untuk orientasi sosial. • Berkhemah untuk rekreasi. • Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan. • Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. • Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH • Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. • Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang / tiang khemah berada dalam keadaan baik. • Sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggi. • Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. • Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk dibuka. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang / pancang.


77 JENIS-JENIS KHEMAH Ridge Tent Dome Tent Frame Tent Bell Tent A-Frame


78 Hoop Khemah Awan Wedge


79 Pyramid PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN Tapak atau tanah rata. Berhampiran punca air. Tapak lebih tinggi daripada punca air tidak terlalu hampir dengan punca air. Mudah mendapat bahan bakar. Keselamatan kawasan. Sesuai dengan bilangan peserta. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika perlu. Jauh daripada dahan mati. Terlindung daripada angin. Pandangan persekitaran menarik. Mendapat sumber cahaya matahari. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi tujuan kecemasan.


80 KEMUDAHAN KECEMASAN Khemah yang sesuai. Beg galas. Dapur. Pelita. Bahan penyala api. Kotak pertolongan cermas. Lain-lain.


81 GAJET PERKHEMAHAN


82 GAJET-GAJET PERKHEMAHAN • Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berperngakap. • Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. • Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan. • Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali pengikat bagi menggantikan perabot rumah semasa di tapak perkhemahan PRINSIP MEMBUAT GAJET • Gunakan bahan semula jadi dan ikatan yang betul dan kukuh • Gajet boleh digunakan atau berfungsi dan bukan untuk pameran • Mulakan dengan membuar gajet yang mudah dahulu. • Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh FAEDAH MEMBUAT GAJET • Mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan • Memahami habitat dan alam semula jadi • Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya • Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanya


83 TUJUAN MEMBUAT GAJET • Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan • Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. • Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. • Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. • Semangat pertandingan yang sihat. • Dapat melahirkan idea-idea yang baru. • “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. • Meninggikan mutu perkhemahan. • Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet-gajet yang berfaedah.


84 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA Gajet perkhemahan tunas puteri BIL JENIS GAJET LAMPIRAN 1. Gajet Kawasan Pintu 2. Gajet tempat kasut 3. Gajet ampaian pakaian


85 4. Gajet tiang bendera 5. Gajet papan kenyataan 6. Gajet makanan 7. Rak pinggan GAJET KAWASAN PINTU • Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:


86 ✓ Bahagian pintu hadapan (pilihan) ✓ Bahagian pagar ✓ Bahagian pintu belakang • Jenis kepelbagaian pintu hadapan o Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan ✓ Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type) ✓ Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. • Bahagian Pagar ✓ Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. ✓ Pelbagai jenis pagar boleh dibuat ✓ Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang-batang kayu. • Bahagian pintu belakang ✓ Mewujudkan sempadan ✓ Kawasan mempunyai perlindungan GAJET KAWASAN DAPUR • Buat dari bahan semula jadi • Selain membuat gejet-gejet dapur juga gejet sampingan di dapur seperti: ✓ Rak pinggan mangkuk Rak atasan tajam seperti pisau, parang dan kapak ✓ Meja makan Penyangkut cawan / gelas ✓ Rak menyimpan kayu api / tong gas ✓ Gadjet gerobok (camp larder) ✓ Gadjet lubang basah dan kering


87 GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH • Gajet tempat meletak besen air. • Gajet tempat menyimpan alat pergigian. • Gajet tempat menyipan sabun. • Gajet mengantung tuala mandi. • Gajet kawasan tempat basuhan GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL • Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / susunan dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. • Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, ➢ Penyangkut baju ➢ meja tulis ➢ kerusi ➢ gadjet katil ➢ papan kenyataan ➢ buaian ➢ penyangkut lampu ➢ penyapu ➢ tempat letak beg ➢ tempat ampaian ➢ tiang bendera dan lain-lain. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN • Ampaian yang kekal tidak boleh digerek dibina di kawasan tempat membasuh.


88 GEJET-GEJET LAIN Buatlah gadjet lain yang mastahak seperti ; Tiang bendera Menara memerhati Gendang / Kantung kem Gejet pembawa barang (Indian Travois) Gejet pondok lalang (tempat berteduh) GAJET PERTOLONGAN CERMAS Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan: 1) Plaster – berbagai saiz dan bentuk 2) Dressing sterill – berbagai saiz 3) Kapas 4) Kasa sterill serta swab kasa 5) Dressing khas untuk kes terbakar 6) Bandage 3 segi 7) Bandage crepe penggulung 8) Pita lekat 9) Pad mata 10) Thermometer 11) Gunting hujung tumpul 12) Penyepit 13) Pin penyelamat PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN • Tidak jauh dari tempat memasuki hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. • Berhampirandapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet degobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.


89 • Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat. KRAF GAJET • Bahan yang Diperlukan Semasa Membina Gajet • Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdirid aripada bahanbahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan. • Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan sebagainya. • Kita juga memerlukan alatan yangs esuai untuk memotong, membelah dan meraut bahanbahan di atas. • Antaranya ialah parang, gergaji dan penggali. • Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut. • Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk emncantumkan bahan-bahan semula jadi tersebut menjadi gajet. BAHAN-BAHAN SEMULA JADI Alatan Untuk Memotong, Membelah dan Meraut


90 Bahan Pengikat SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET • Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlukan ketat dan kuat. • Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telah diikat. • Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong. • Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. • Ikatan ‘Figure of eight lashing) – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. • Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. • Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong. • Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. • Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. • Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.


91 PERMAINAN PANDU PUTERI


92 PERMAINAN PANDU PUTERI PERMAINAN LUAS Cara pelaksanaan : ❖ Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental ❖ Aktiviti permaian berstesen (Station Game) ❖ Mengandungi jalan cerita yang menarik ❖ Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan Kebaikan : ❖ Mempelajari ilmu yang bahariu - Meningkatkan pengetahuan Pandu Puteri ❖ Mengeratkan hubungan antara satu sama lain. PERMAINAN KIM Asal Usul Permaian Kim berasal daripada nama seorang pengkap terkenal bernama Kimball O’Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia. Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendegaran, deria rasa dan deria bau. Cara-cara Permainan Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang-barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.


93 Stesen Dua : Deria Sentuh Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Tiga : Deria Rasa Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Empat : Deria Bau Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jeni dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan menginagat daun-daun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu simint tadi. Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.


94 NYANYIAN


95


96


97 LAGU DI SINI DI SINI KITA BERKUMPUL Melayu : Di sini di sini kita berkumpul Di sini di sini kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam Hoi! Inggeris : Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello Hoi! Cina : Cai celi cai celi who men cai celi Cai celi cai celi who men cai celi How ma, how ma, how ma, how ma, how ma Hoi! India : Enggeye, enggeye, engeli porengeh Enggeye, enggeye, engeli porengeh Vanika, vanikam, vanikam, vanikam, vanikam Hoi! Arab : Nengkene, nengkene ketemu mering Nengkene, nengkene ketemu mering Kabare, kabare, kabare, kabare,


98 LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Lagu Kumpulan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bersama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Bunga Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Lagu Ahli Baharu Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas Lagu Loceng Pandu Puteri Tunas Oh Tuhanku seruan hambamu Beri kami nikmat sepanjang hayat Selamat tinggal / Mala (3x)


99 IKHTIAR HIDUP


100 Kemahiran Ikhtiar Hidup Ikhtiar hidup atau lebih dikenali dengan survival dalam terjemahan bahasa inggeris yang membawa maksud the will to live, to outlive, state of continuing to live. Bagi makna lain dalam bahasa Melayu ia juga memberi makna kemampuan atau keupayaan sesuatu itu untuk terus hidup berasaskan keadaan persekitaran di mana sesuatu berada. Kemahiran ikhtiar hidup juga adalah satu usaha atau ikhtiar yang hendaklah dilakukan oleh seseorang supaya boleh hidup Ketika menghadapi sesuatu masalah bekalan makanan atau sesuatu ancaman. Terutamanya kemahiran ikhtiar hidup ini perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Situasi Ikhtiar hidup Terdapat beberapa situasi yang perlu dihadapi ketika melakukan kegiatan luar seperti pengembaraan meredah hutan Punca Situasi Ikhitar hidup Terjadi atas kelalaian manusia itu sendiri yang terdiri daripada : Puncanya terjadi oleh kerana kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran merupakan kelemahan yang sepatutnya terjadi sekiranya ingin melakukan kegiatan luar. Bencana Alam Ancaman binatang buas Faktor Kesihatan Kurang teliti dalam perancanga Tersesat peringkat perancangan peringkat persiapan peringkat perlaksanaan aktiviti


Click to View FlipBook Version