Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim
35900 Tanjong Malim, Perak.
Buku Skrap
SEJARAH
Tahun 6
PERAYAAN
MASYARAKAT DI
MALAYSIA
MALAYSIA :
Malaysia terkenal dengan negara yang
mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
Kaum Melayu, Cina dan India merupakan kaum
utama.
Kewujudan kaum dan agama yang berbilang
menyebabkan wujudnya pelbagai budaya dan
perayaan di Malaysia.
BIODATA
Nama : Imran Firdaus Bin Ariff
Kelas : 6 Inovasi
Nama Sekolah : SK Tanjong Malim
Tarikh Lahir : 19 April 2009
Tempat Lahir : Hospital Slim River, Perak
Hobi : Berenang & Menyanyi
Cita-cita : Doktor Pakar Ortodontik
PENDAHULUAN
Tajuk ini memberi penjelasan tentang
masyarakat pelbagai kaum dan etnik di
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat
Melayu, Cina, India, orang Asli, bumiputera
Sarawak, dan Sabah. Murid didedahkan
dengan budaya masyarakat yang memfokuskan
aspek agama dan kepercayaan, perayaan,
kesenian dan kebudayaan. Oleh yang demikian,
murid dapat memahami kepelbagaian budaya
masyarakat Malaysia yang boleh
menyumbang ke arah integrasi nasional. Setiap
perayaan di Malaysia akan disambut dengan
gembira,ceria dan meriah. Saya membuat folia
ini dengan pertolongan dari Ibu Bapa saya
serta rakan-rakan saya secara Online untuk
mengekang penularan Covid -19 di Malaysia.
PERAYAAN UTAMA
DI MALAYSIA
HARI RAYA DEEPAVALI
AIDILFITRTI
HARI Tahun
KRISMAS Baru Cina
HARI TADAU
GAWAI KAAMATAN
PERAYAAN
KEAGAMAAN DI
MALAYSIA
HARI HARI
RAYA EASTER
AIDILADHA
THAIPUSAM HARI
WESAK
VAISAKHI
PERAYAAN
KEBUDAYAAN DI
MALAYSIA
CHAP GOH MEI PONGGAL
-KAUM CINA- -KAUM INDIA-
LOY KRATHONG SAN PEDRO
-SIAM- -MASYARAKAT
PROTUGIS-
JIS PAI
(TAHUN BARU)
-ORANG ASLI-
PERAYAAN
UTAMA DI
MALAYSIA
Hari Raya
Aidilfitri
i. Hari Raya Aidilfitri
Disambut oleh golongan masyarakat
beragama Islam tidak kira bangsa Arab,
Inggeris, Melayu, India –muslim, Cina –
muslim dan lain-lain bangsa di seluruh
dunia yang beragama islam.
Juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.
Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah,
setelah anak bulan dapat dilihat pada
penghujung bulan Ramadhan.
Amalan kunjung-mengunjung dan rumah
terbuka dapat mengeratkan hubungan
masyarakat tanpa mengira bangsa.
Pelbagai juadah tradisional disediakan
seperti ketupat palas, ketupat nasi,
lemang, nasi himpit dan sebagainya.
Amalan tradisi yang sentiasa diamalkan
pada hari raya adalah memberi duit raya
kepada kanak-kanak dan amalan
bermaaf-maafan.
DEEPAVALI
ii. Deepavali
Disambut oleh masyarakat Hindu dan
dirayakan pada bulan gelap Aippasi.
Mandi dengan minyak sebagai tanda
menyucikan tubuh.
Memasang pelita (vilakku) di hadapan
rumah.
Melukis ‘Ranggali’ di hadapan rumah
dengan menggunakan beras.
Menandakan kemenangan oleh kuasa
kebaikan terhadap kuasa kejahatan.
Bersembahyang di kuil dan berkunjung ke
rumah keluarga dengan membawa
manisan.
Pantun:
Pagi Deepavali meminta restu,
Mandi minyak amalan tradisi;
Di laman rumah kolam bersatu,
Tanda perayaan jiwa terisi.
HARI
KRISMAS
iii. Hari Krismas
Perayaan terbesar untuk penganut agama
Kristian disambut setiap tahun
memperingati kelahiran Yesus dari
Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Perayaan Krismas pada lazimnya
dirayakan banyak aliran dan mazhab
gereja setiap 25 Disember, namun
beberapa gereja menyambutnya pada 7
Januari disebabkan pengikutan sistem
takwim yang berlainan.
Adat resam moden perayaan ini
termasuk pemberian hadiah,
sambutan keagamaan di gereja,
dan peragaan pelbagai hiasan,
termasuk pokok Krismas, lampu
hiasan, daun mistletoe, holi atau
lakonan semula kelahiran Yesus
(Anunciation).
Santa Claus merupakan tokoh
mitos terkenal yang sering dikaitkan
dengan adat memberi hadiah sempena
Hari Krismas.
TAHUN BARU
CINA
iv. Tahun Baru Cina
Disambut oleh masyarakat Cina.
Menandakan kedatangan Tahun Baru
mengikut kalendar Cina (terdapat 12
binatang yang menaungi kalendar
mereka).
Pakaian Samfu dan Cheongsam.
Aktiviti Makan Besar diadakan pada
malam Tahun Baru untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
Pemberian ‘Angpao’ kepada keluarga dan
sahabat yang belum berkahwin.
Juadah di Hari Tahun Baru adalah kuih
bakul dan buah limau mandarin.
Tarian Singa adalah untuk mendapatkan
keberkatan.
Pantun:
Makan besar amalan tradisi,
Dua belas haiwan calendar cina;
Sampul merah angpau diberi,
Tanda meriah Tahun Baru Cina.
HARI GAWAI
v. Hari Gawai
Disambut oleh peribumi Sarawak,
terutama Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Merupakan hari menyambut tahun baru
yang menandakan telah berakhirnya
musim menuai padi dan bermulalah
musim menanam padi yang baru.
Mengadakan upacara Ranyai sebagai
tanda kesyukuran.
Memakai pakaian tradisional iaitu
Tandak Ngajat.
Menghidangkan makanan
tradisional dan air tuak.
Mengadakan pertandingan
Kumang dan Keling
(pertandingan perempuan
cantik dan lelaki perkasa.
Hari Gawai telah
diwartakan sebagai cuti
umum bagi memaklumkan
pembentukan Persekutuan Malaysia.
Perayaan ini disambut sebagai hari
kesyukuran atas hasil tuaian yang
melimpah-ruah dan masa untuk
merancang musim penanaman yang baru.
TADAU
KAAMATAN
vi. Tadau Kaamatan
Disambut oleh peribumi Sabah terutama
oleh kaum Kadazan Dusun
Mengadakan upacara “Magavau” yang
memuja semangat padi iaitu “Bambazon”
sebagai tanda kesyukuran dan diadakan
selepas selesai menuai padi
Menjamu makanan tradisional dan air
tapai (kinomol)
Mengadakan Tarian Sumazau dengan
memakai pakaian tradisional dan
pertandingan “Unduk Ngadau”
Telah diluluskan oleh Majlis Undangan
Kerajaan Koloni sebagai cuti umum
Sabah sejak tahun 1960
Pantun :
Selesai sudah menuai padi,
Tibalah masa untuk bergembira;
Tadau Kaamatan bersama dirai,
Bersyukur atas rezeki diterima.
PERAYAAN
KEAGAMAAN
DI MALAYSIA
HARI RAYA
AIDILADHA
i. Hari Raya Aidiladha
Disambut oleh umat Islam di seluruh
dunia.
Perayaan terbesar di dalam Islam selain
Aidilfitri yang disambut pada setiap 1
Syawal.
Disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan
ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan
Takbir Aidiladha
pada malam 10
Zulhijjah, diikuti
dengan solat sunat
Aidiladha serta
khutbah Aidiladha
di pagi 10
Zulhijjah.
Ibadah korban yang boleh dilakukan
sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13
Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari
Tasyrik.
Perayaan yang istimewa kerana ia
merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah
Allah dan kesabaran anaknya Nabi
Ismail a.s. dalam memenuhi perintah
Allah SWT.
HARI EASTER
ii. Hari Easter
Perayaan penganut agama Kristian yang
memperingati kejadian Yesus Kristus
dihidupkan kembali.
Disambut antara akhir bulan Mac dan
akhir bulan April setiap tahun.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci
("Holy Week") disambut oleh mereka.
Pada Jumaat sebelum
Easter dikenali sebagai
Jumaat Suci iaitu hari
Yesus telah disalib.
Pada Ahad Palma
("Palm Sunday") yang
menandakan permulaan
Minggu Suci, setiap penganut akan
diberikan daun palma yang telah diurapi
oleh para paderi.
Terkenal dengan pemberian telur
berwarna-warni yang berisikan coklat.
THAIPUSAM
iii. Thaipusam
Disambut oleh mereka yang beragama
Hindu di seluruh dunia bagi menghormati
dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Dirayakan pada bulan 'Thai' bulan
kesepuluh dalam kalendar Tamil.
Hari menunaikan nazar dan menebus dosa
atau memohon ampun di atas dosa-dosa
yang telah dilakukan selama ini.
Nazar ialah memohon
sesuatu hajat kepada
Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan,
maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda
kesyukuran.
Membawa susu yang
berwarna putih kerana susu itu dianggap
paling suci .
Belanga berisi susu ini akan dihias
dengan pelbagai corak , warna , daun dan
benang serta akan dijunjung di atas
kepala dari luar kuil hinggalah ke
dalam kuil.
HARI WESAK
iv. Hari Wesak
hari terpenting diraikan penganut agama
Buddha memperingati hidup pengasas
ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama
Buddha dalam peringkat-peringkat
penting beliau.
Disambut luas serata Asia Selatan,
Tenggara dan Timur antara bulan April
hingga selewat Jun, tetapi khususnya
pada bulan Mei.
Penganut ajaran Buddha akan
mengunjungi kuil atau vihara Buddha
pada waktu pagi untuk memberikan
penghormatan.
Para pengunjung
mempersembahkan
pemberian ringkas
seperti bunga, lilin dan
colok dan di kaki
patung-patung Guru
Agung mereka.
Penganut Buddha akan
bersembahyang dan melepaskan burung
merpati.
VAISAKHI
v. Vaisakhi
Salah satu pesta menuai kuno di Punjab,
yang juga menandakan bermulanya
tahun suria baru dan musim menuai baru.
Membawa kepentingan keagamaan bagi
penganut agama Sikh.
Jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh
dalam kalendar Nanakshahi suria,
bersamaan dengan 14 April dalam
kalendar Gregory.
Disambut sebagai bermulanya tahun baru
oleh bangsa India di Bengal Barat,
Kerala, dan sesetengah rantau lain di
India.
Juga dipanggil sebagai Baisakhi.
para penganut berkumpul di gurdwara
atau tempat ibadah Sikh bagi menyambut
perayaan.
Perarakan sekitar bandar juga satu
kebiasaan Vaisakhi merupakan hari
kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan
para penganut Sikh diberi identiti yang
jelas.
PERAYAAN
KEBUDAYAAN
DI MALAYSIA
CHAP GOH MEI
-KAUM CINA-
i. Chap Goh Mei – Kaum Cina-
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina
merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina.
Disambut dengan mengadakan upacara
sembahyang secara besar-besaran, di
mana colok besar akan dibakar dan juga
diadakan makan besar bersama keluarga.
Dianggap sebagai malam mencari
pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi
wat untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secucuk.
Persembahan kebudayaan Cina akan
diadakan
pada waktu
malam bagi
menandakan
perayaan
Chap Goh Mei
seperti
perarakan
tanglung, tarian naga atau singa, opera
Cina, dan mengimbang bendera besar
"Chingay".
PONGGAL
-KAUM INDIA-
ii. Ponggal –Kaum India-
Disambut oleh Kaum India.
Pongal dalam bahasa Tamil bererti
"melimpah-ruah."
Susu lembu yang melimpah apabila
dipanaskan dalam periuk belanga tanah
liat melambangkan kekayaan yang
melimpah ruah.
Dirayakan ketika masa menuai, secara
tradisi bertujuan berterima kasih kepada
Dewa Matahari (Suryabagawan) dan
ternakan ladang yang membantu
menghasilkan kekayaan harta benda.
Dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam
kalender Gregorian.
Ponggal dirayakan selama tiga hari.
Hari pertama merupakan hari untuk
berterima kasih kepada Dewa Matahari
yang mana tanpanya, semua benda hidup
tidak dapat berfungsi.
Hari kedua adalah untuk berterima kasih
kepada ternakan lembu yang membantu
dalam proses pertanian padi dan juga
berkongsi susunya dengan manusia.
Hari ketiga dikhaskan kepada gadis-
gadis yang belum berkahwin kerana pada
ketika ini mereka tidak ke sawah.
LOY
KRATHONG
-SIAM-
iii. Loy Krathong -Siam-
Disambut oleh penganut agama Buddha
Siam yang disambut semasa bulan
purnama pada bulan 12 takwim qamari
Thai.
Dikenali sebagai Loy Krathong di mana
Loy bererti mengapung dan Krathong
bererti bekas daun pisang berbentuk
teratai.
Menunjukkan rasa
berterima kasih
kepada Dewi Air
dengan melancarkan
beribu-ribu bekas
berbentuk bunga
teratai yang dihiasi
dengan bunga, duit
syiling, lilin dan colok.
Penganut Buddha percaya bahawa
Krathong mampu menghanyutkan dosa,
nasib malang, dan penderitaan apabila
dibebaskan ke dalam laut.
Di Malaysia, perayaan Loy Krathong di
sambut di Kuil Wat Chaiya Mangalaram
(Buddha berbaring), Pulau Pinang.
SAN PEDRO
-MASYARAKAT
PORTUGIS-
iv. San Pedro -Masyarakat Portugis-
Salah satu peninggalan Portugis di
Malaysia.
Perayaan menyambut hari jadi San Pedro,
penaung kepada nelayan.
Disambut meriah oleh masyarakat
berketurunan Portugis yang tinggal di
Melaka.
Diraikan antara 24 Jun - 26 Jun setiap
tahun.
Kapal nelayan yang dihiasi indah
bersempena pesta ini akan diberi restu dan
didoakan agar mendapat hasil yang
lebih lumayan pada musim menangkap
ikan pada masa akan datang.
Pantun:
Perayaan San Pedro nama disebut,
Penaung nelayan itulah jasa;
Bulan Jun perayaan disambut,
Tinggalan Portugis hanya di Melaka.
JIS PAI
(TAHUN BARU)
-ORANG ASLI-
v. Jis Pai -Orang Asli-
Sambutan Jis Pai atau dahulu nya di
panggil Jis Genggulang, merupakan hari
yang paling istimewa bagi masyarakat
orang asli suku kaum semai di Perak, ini
kerana pada hari tersebut orang asli
semai akan meraikan Jis Pai dengan
penuh meriah sekali.
Orang Asli merayakan hari perayaan
mereka ini secara serdahana tetapi penuh
muhibah.
Apabila menjelang tiba tahun baru,
dimana seisi keluarga Orang Asli
menghias serta membersih rumah dan
kawasan sekeliling rumah.
PENUTUP
Setiap kaum mempunyai perayaan yang
tersendiri. Oleh yang demikian, kita hendaklah
menghormati bagi setiap perayaan. Selain itu,
kita juga haruslah bersifat tolong - menolong
antara satu sama lain tidak kira bangsa dan
agama. Dengan kepelbagaian kaum
menyebabkan wujudnya pelbagai perayaan di
Malaysia. Seterusnya, Kita dapat memupuk
nilai-nilai murni dan saling menghormati
antara satu sama lain. Akhir sekali, kita dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum yang
menjadi tunjang keamanan negara kita.