The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-MAJALAH PENCEMARAN ALAM SEMIFINAL.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by humairah00adnan, 2021-05-23 13:04:35

E-MAJALAH PENCEMARAN ALAM SEMIFINAL.docx

E-MAJALAH PENCEMARAN ALAM SEMIFINAL.docx

EDISI 1/MEI 2021

SENASKAH RINTIHAN
DERITA

ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PUNCA SIAPAKAH SEMUA INI ?

“FAKTOR SEMULA JADI ATAU
TANGAN-TANGAN MANUSIA
TERJADINYA PENCEMARAN ALAM”

“PENCEMARAN ALAM SEKITAR
MENJEJASKAN KESIHATAN
MANUSIA”

“ ATASI ISU PENCEMARAN

ALAM SEKITAR

MEMERLUKAN KERJASAMA DARI

SEMUA PIHAK “

SIDANG RIDAKSI

SIDANG RIDAKSIISI KANDUNGAN

PENASIHAT :

ENCIK BORHANUDDIN BIN YA
“Sesungguhnya keindahan Alam adalah
bukti kekuasaanNya.”

KETUA EDITOR :

SITI NORHUMAIRAH BINTI ADNAN
"Tanam satu pohon dan kamu akan
menyelamatkan ribuan manusia."

EDITOR :

PUTRI ALIA NADIRA BINTI SAYFUDIN

"Pencemaran alam sekitar adalah penyakit yang
tidak dapat disembuhkan. Hanya dapat dicegah."

JURU BAHASA :

SITI NURAIDA BINTI ROHANIZI

“Berinteraksi, mengenali, dan menikmati keindahan
alam semula jadi, menyedarkan kita bagaimana untuk
melindungi dan memeliharanya.”

JURU ARTIKEL :

IMAN NUR QISTINA BINTI MOHD LOK PI
"Mari kita menjaga alam semula jadi agar kita
dapat memiliki masa depan yang lebih baik."

1

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
1. SIDANG REDAKSI 2
3
2. ISI KANDUNGAN 4
5
3. PENGHARGAAN 6

4. PENGENALAN/DEFINISI 7-14
15-18
5. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR
19
6. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR 20-21
22-24
7. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
25
8. LANGKAH-LANGKAH ATASI PENCEMARAN 26
27
9. SLOT SELOKA

10. ISU SEMASA

11. GALERI ALBUM

12. PENUTUP

13. SUMBER RUJUKAN

14. KULIT MAJALAH/DISEDIAKAN OLEH

2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah

kurniaanNya dapat kita saksikan sebuah penerbitan majalah
yang penuh manfaat, iaitu Majalah Senaskah Rintihan Derita Alam
edisi pertama. Sekalung penghargaan dan penghormatan diberikan
kepada Pensyarah Penasihat iaitu Encik Borhanuddin bin Ya dan Ahli Sidang
Redaksi yang lain atas berkat usaha yang tidak mengenal erti penat dan jemu
dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh masyarakat.

Penghargaan yang tidak terhingga juga dihulurkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan sehingga
majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya.Tujuan majalah ini dihasilkan adalah
untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang alam sekitar.

Akhir sekali, saya mewakili Ahli Sidang Redaksi ingin memohon maaf jika
terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini. Sesungguhnya,
kami telah memerah kudrat agar Majalah Senaskah Rintikan Derita Alam akan
memberi mafaat buat semua.
Sekian, terima kasih.

3

PENGENALAN

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu
perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh
menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Pelbagai projek sosio
ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf
pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap
alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.
Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak
dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama
negara. Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara
meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan
kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk
masyarakat. Bak kata pepatah di telan mati emak di luah mati
bapa".

Ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan
harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.
Mendepani alam arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan
kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset
pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan
alam sekitar. Isu-isu tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam
surat khabar dan televisyen.Terdapat beberapa jenis pencemaran
yang sering berlaku di negara kita antaranya ialah pencemaran air,
pencemaran udara, dan pencemaran bunyi. Jadi, isu pencemaran
alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

4

 Terdapat pelbagai cara pencemaran ini yang boleh berlaku.
Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. PENCEMARAN YANG DISEBABKAN FAKTOR SEMULAJADI
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi adalah pencemaran yang berlaku
dengan sendirinya setelah berlakunya bercana alam seperti letusan gunung berapi,
dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya.

2. PENCEMARAN YANG DISEBABKAN OLEH FAKTOR MANUSIA
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh
manusia samaada sengaja atau tidak disengajakan. Antaranya adalah :

PENCEMARAN UDARA
Contohnya, gas – gas beracun, zarah – zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.

PENCEMARAN AIR
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, pembuangan sampah dan
sebagainya.

PENCEMARAN TANAH
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan dan pembuangan sisa-sisa kimia.

PENCEMARAN BUNYI
Contohnya, bunyi-bunyi yang kuat dan mengganggu seperti di kawasan pembinaan.

PENCEMARAN SISA PEPEJAL
Contohnya, peningkatan jumlah pelancong di sesebuah kawasan mendorong kepada
penghasilan sisa pepejal yang lebih banyak.

5

PENCEMARAN UDARA

 Aktiviti pembangunan dan perindustrian
 Kenderaan motor seperti, kereta, motor,

lori, kapal terbang dan sebagainya
 Pembakaran terbuka
 Aktiviti harian manusia

PENCEMARAN AIR

Punca pencemaran air dapat dikategorikan sebagai :

 Keracunan atau ketoksikan
 Kemanisan atau kemasinan
 Keasidan atau asiditi
 Kekeruhan atau turbidity
 Pendeoksigenan ( deoxygenation )

PENCEMARAN TANAH

 Pembuangan sampah yang tidak terkawal
 Pembuangan sisa toksik dan nuklear
 Kegiatan perlombongan
 Pembalakan

PENCEMARAN BUNYI
 Perindustrian

 Kenderaan
 Kawasan binaan dari kuari

PENCEMARAN SISA PEPEJAL
 Proses pembandaran dan perindustrian yang pesat
 Sikap masyarakat
 Kekangan sumber kewangan

6

PENCEMARAN UDARA

i. KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem
pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni
sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan
tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan
seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan
mengurangkan fungsi paru-paru.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan
sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

ii. TUMBUHAN
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan
nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan
pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada
penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang
akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan itu
akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

7

iii. HAIWAN
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran
udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-
paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan
akan tercemar oleh pencemaran udara.

iv. BAHAN
Bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada
pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran
pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini
berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.

v. PENIPISAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan
global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi
bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari
yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di
bahagian kutub bumi.

8

PENCEMARAN AIR

i. KESAN TERHADAP KESIHATAN MANUSIA
Kesan pencemaran air kepada manusia ialah boleh mendapat
penyakit seperti taun, penyakit gatal-gatal (alahan), dan jangkitan
kuman. Contohnya yang berlaku di teluk Minamata,
Jepun,pencemaran toksik menyebabkan manusia menjadi sakit
kepala, kebas-kebas dan jarak penglihatan menjadi kabur.
Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga
menggalakkan bakteria dan beracun.

ii. KESAN KEPADA KUALITI AIR
Kualiti air akan terjejas apabila sisa kumbahan dan sisa toksik
terkumpul di permukaan air. Manakala, terampai di air tawar
menyebabkan kualiti air manusia dan hidupan air semakin terjejas
dan mengurangkan jumlah cahaya matahari menembusi air.
Akibatnya ia mengganggu pertumbuhan fotosintesis dan mikro-
organisma.
Tambahan lagi dengan hadirnya zarah Sulfat dari hujan asid boleh
menyebabkan menjejaskan kesihatan hidupan laut di sungai-
sungai dan tasik yang boleh menyebabkan kematian dan
kepupusan.

9

iii) Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut
Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri
pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik
contohnya nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-
sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko
pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai
atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian
organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen
terlarut (BOD).

iv) Sistem Air Bawah Tanah Tercemar
Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membuang sisa-
sisa kilang secara haram dan tidak mengikut prosuder yang betul.
Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan
terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika
sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di
dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.
Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam
sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar. Kedua dua masalah tersebut akan merosakkan
dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

10

v) Menjejaskan Keindahan Alam

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia
pada masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan
sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang.
Keadaan air laut atau pun sungai yang berbau busuk akibat
daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang
dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang
tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

vi) Banjir
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang
berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku
disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya
mengalirkan air ke laut atau pun sungai. Apabila sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut, banjir kilat mudah berlaku dan
menyebabkan persekitaran kotor selepas banjir. Kesannya adalah
kemusnahan kediaman, tapak pembiakan rantai makanan, dan
juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan,
dan kos meningkat.

11

PENCEMARAN TANAH

i. PENYEBARAN KUMAN DAN PENYAKIT
Haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat akan
berkerumun di kawasan tanah yang tercemar seterusnya
menyebarkan kuman dan penyakit ke tempat lain. Sekiranya
makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas seterusnya
dimakan oleh manusia tanpa sengaja, maka manusia akan mudah
diserang keracunan makanan. Hal ini dapat mengakibatkan
individu tersebut diserang penyakit yang serius.

ii. KUALITI TANAH MERUDUM
Antara kesan lain yang akan timbul apabila terjadinya
pencemaran tanah adalah penurunan kualiti tanah atau
kerosakan tanah. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada
kilang atau kenderaan motor akan menjadikan tanah rosak dan
kualitinya merudum. Tanah yang rendah kualiti menyebabkan
tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak dapat
hidup dengan baik dan menjadi kurang subur.

iii. BERLAKU HAKISAN TANAH
Hakisan tanah merupakan suatu kejadian yang sering berlaku di
seluruh negara. Antara aktiviti manusia yang dapat
mengakibatkan hakisan tanah adalah penggondolan bukit dan
pembalakan yang menyebabkan tiada akar tumbuhan yang dapat
mencengkam tanah daripada runtuh. Kesan daripada hakisan
tanah seperti bencana tanah runtuh bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi malah ia juga mengancam
keselamatan dan nyawa masyarakat.

12

PENCEMARAN BUNYI

i. KENDERAAN
Salah satu pencemaran bunyi terhasil daripada kenderaan
seperti kapal terbang yang hendak berlepas atau mendarat akan
mengeluarkan bunyi yang bising dan mengganggu mereka yang
tinggal di kawasan persekitaran tersebut
Selain itu lalu lintas jalan dari kenderaan bermotor juga dapat
menghasilkan bunyi bising. Terutamanya mereka yang tinggal di
tepi jalan utama atau lebuh raya.

ii. PERKAKAS RUMAH
Pencemaran bunyi juga boleh disebabkan oleh rumah kita sendiri.
Sesetengah perkakas rumah akan menghasilkan bunyi yang kuat
seperti mesin vakum, mesin basuh, pengering rambut, penghawa
dingin, pemotong rumput, alat muzik dan sebagainya.

iii. AKTIVITI SOSIAL
Aktiviti sosial seperti majlis dan sambutan perayaan yang
melibatkan bunga api, mercun, atau pembesar suara boleh
berlakunya pencemaran bunyi.

Kesan buruk dari pencemaran bunyi ialah boleh mengakibatkan
sakit kepala yang berpanjangan, darah tinggi sekira tidak dapat
tidur dan mengalami tekanan.

13

PENCEMARAN SISA PEPEJAL

i. BANJIR
Sistem saliran seperti longkang yang dipenuhi dengan sampah-
sarap serta perangkap sampah yang tidak diselenggara menyekat
aliran air dan menyebabkan air bertakung. Hal ini akan membawa
kepada fenomena banjir.

ii. KESAN TERHADAP KESIHATAN
Pencemaran sisa pepejal akan menyebabkan penyebaran
penyakit. Sisa pepejal yang tidak terurus menarik perhatian
vektor pembawa penyakit seperti haiwan dan serangga, la
menjadi tempat atau kawasan pembiakan serangga dan haiwan
pembawa penyakit ini seperti nyamuk aedes, tikus dan lipas.
Akibatnya, penyakit dan virus seperti dengi, leptospirosis,
salmonella dan poliomyelitis boleh tersebar.

iii. BAHAYAKAN HIDUPAN LAUT
Selain itu, sisa pepejal yang dibuang ke dalam laut akan
membahayakan hidupan laut. Sebagai contohnya, perairan di
terengganu ekoran daripada pembuangan sisa domestik ke dalam
laut menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik.

14

“ LANGKAH ATASI
PNCEMARAN

ALAM SEKITAR”

PENCEMARAN UDARA
i. Menghijaukan kawasan seperti
menanam pokok-pokok hiasan atau
tumbuhan hijau.
ii. Mengurangkan penggunaan petrol
dengan cara menggunakan kenderaan
awam atau berkongsi kenderaan.

PENCEMARAN AIR
i. Menubuhan sebuah yayasan
atau kelab pencinta sungai
perlu dimulakan.
ii. Menggubal undang-undang
melarang sesiapa daripada
melakukan kegiatan yang
boleh mencemarkan sungai.

15

"Keindahan alam,
yang diberikan Tuhan
wajib kita syukuri,
dengan menjaganya."

PENCEMARAN TANAH

i. Letakkan tembok batu atau simen di lereng-
lereng bukit bagi mengelakkan tanah runtuh.

ii. Mengawal aktiviti pembalakkan terutama
sekali aktiviti pembalakan haram.

iii. Menanam semula pokok-pokok baru untuk
menguatkan cengkaman tanah.

PENCEMARAN BUNYI

i. Kawalan oleh manusia dengan memupuk sikap

bertimbangrasa dan tidak mementingkan diri

sendiri.

ii. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak

Kerajaan terhadap sesiapa sahaja yang

menyumbang ke arah pencemaran bunyi.

iii. Pihak berwajib harus menjalankan pemantauan

secara berleluasa bagi kenderaan yang

mengubah suai kenderaan untuk menghasilkan

bunyi yang kuat. 16

PENCEMARAN SISA PEPEJAL
i. Penguatkuasaan undang-undang agar pengurusan sisa dapat
dikendalikan dengan lebih baik.
ii. Operasi pengurusan sisa pepejal
harus ditambahbaik.
iii. Adakan aktiviti gotong royong.

17

“LANGKAH-LANGKAH LAIN
YANG BOLEH DIAMBIL”

Peranan Media Massa
Media massa memainkan peranan penting dalam
menangani isu pencemaran alam sekitar. Umum
mengetahui bahawa pada era serba moden ini,
media masa mudah untuk mempengaruhi dan
memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif
yang dapat diambil bagi mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar seperti Kempen Sahabat
Alam. Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.

Pendidikan alam sekitar
Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif
dalam diri dan menjadikan seseorang itu lebih
memahami perihal pencemaran alam sekitar.
Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam
tentang pencemaran termasuk punca dan akibat hasil
pencemaran yang berlaku, seseorang individu akan
lebih menghargai alam sekitar.

18

SAJAK: “RINTIHAN ALAM”

Indahnya ciptaanmu tuhan,
Alam anugerahmu terindah,
Sayang tangan-tangan rakus manusia,
Memusnahkan segala kenikmatan,
Air, udara dan daratan merintis kepiluan.

Hutan - hutan ditebang tanpa ada batasan,

Diceroboh seluruh pelusuk alam, Derita alam tiada tepian,

Demi kemewahan mereka berhati syaitan, Terluah juga lepaskan geram,

Wang ringgit menjadi pilihan. Lantaran diundang banjir menyerang,

Jerebu pula berpanjangan,

Prihatin manusia juga ditelan dek arus zaman, Al nino juga menyumbang peranan,

Sampah, sisa toksik dibuang sewenang wenang, Nah terimalah jangan sekali keluh

parit sungai dan laut menjadi tadahan, menyesal.

tanpa kerelaan terpaksa dihadam.

Udara yang segar dulu kini turut tercemar, 5f5
Lantaran tiada sikap kesedaran,
Kilang pula gah keluarkan asab hitam,
Pembakaran terbuka disengajakan,
Walau kempen sudah dicanang,
tapi kesedaran tak kunjung datang.

Nukilan : HUMAIRA1H9 ADNAN

20

Penyu mati tertelan 104 plastik
21

GALERI ALBUM

MEMBINCANGKAN
TOPIK DAN ISU

PEMBAHAGIAN
TUGAS

PERBINCANGAN
BERSAMA PENASIHAT

MENCADANGKAN
NAMA MAJALAH

PROSES
MENGUMPUL
BAHAN DAN ARTIKEL

22

PERBINCANGAN
MELALUI GOOGLE MEET

PERBINCANGAN
MELALUI VIDEO CALL

PERBINCANGAN
MELALUI GOOGLE MEET

PERBINCANGAN
MELALUI VIDEO CALL

23

PROSES KERJA
EDITOR

PROSES KERJA
KETUA EDITOR

LAWATAN LUAR
BERKAITAN ISU

SEMAKAN AKHIR
E-MAJALAH

PROSES KERJA

24

PENUTUP

Harapan kami adalah dengan penghasilan Majalah Rintihan Derita Alam
ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Hal ini
kerana, pencemaran semakin berleluasa dan telah menjadi norma dalam
kalangan masyarakat dan salah satu puncanya adalah rakyat kurang kesedaran.
Oleh hal yang demikian pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut
yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.

Cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang boleh
diambil oleh pihak yang berkenaan dalam memastikan alam sekitar di jaga dan
tidak dicemarkan sewenang wenangnya. Selaras dengan pepatah ‘melentur
buluh biarlah dari rebungnya’, Ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan
anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk mencintai dan menghargai alam
sekitar sejak dari kecil. Ibu bapa hendaklah mendedahkan tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Disamping itu, masyarakat perlulah
mempratikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang
dikenal sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. Ini merupakan usaha untuk
mengurangkan pencemaran alam.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar supaya generasi
dihadapan dapat menikmatinya. Ini sudah cukup membuktikan bahawa alam
sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga. Mendepani arus
globalisasi, setiap daripada kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik
dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap
kepentingan alam sekitar.

25

SUMBER RUJUKAN

HANANI ( 25 OCTOBER 2016 ) Retrieved from
https://hananicom.wordpress.com/2016/10/25/punca-punca-pencemaran-alam-sekitar/
NABILA ( 3 JULAI 2019 ) Retrieved from
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
SYAHINAZ NORIZAM ( 11 JANUARY 2020 ) Retrieved from
https://anyflip.com/pjlru/utbm/basic
NURUL ( 27 APRIL 2021 ) Retrieved from
https://www.flipsnack.com/nrl27/e-majalah-isu-pencemaran-alam-sekitar.html
KHAIRIAH KHALID ( 9 OCTOBER 2018 ) Retrieved from
https://voize.my/pencemaran-alam-sekitar/
TCY88 ( 23 AUGUST 2010 ) Retrieved from
https://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/23/pencemaran-alam-sekitar/
ALAM SEKITAR ( 14 AUGUST 2010 ) Retrieved from
http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html
RIAWAN SWANDARU ( 4 OCTOBER 2014 ) Retrieved from
https://www.kompasiana.com/riawan.thedoy49/54f96538a3331100448b5270/faktor-
pencemaran-alam-sekitar-dan-langkah-mengatasinya
FADZILAH YAHAYA ( APRIL 2015 ) Retrieved from
http://fadzilahyahaya.blogspot.com/p/keburukan-dan-kesan-tidak-menjaga-alam.html

26

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NORHUMAIRAH BINTI ADNAN-18DHF20F2030
PUTRI ALIA NADIRA BINTI SAYFUDIN-18DHF20F2022
IMAN NUR QISTINA BINTI MOHD LOK PI-18DHF20F2028
SITI NURAIDA BINTI ROHANIZI -18DHF20F2034

KELAS : DHF1A PROGRAM: DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN
AMALAN HALAL

27


Click to View FlipBook Version