1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN Email: [email protected] Tel:04-4220805 / Fax: 04-4214967 Pendaftaran PIBG : JPK 03-07/3200 (302)
2 09.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga dan Guru 09.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan / Nyanyian lagu “Negaraku” : Bacaan Doa : Persembahan Pembukaan (Kelab Kebudayaan) : Ucapan Encik Mohamad Fauzai bin Ahmad Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman Intan, 08000 Sungai Petani, Kedah. : Ucapan Encik Badrul Aisham bin Chik Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Intan, 08000 Sungai Petani, Kedah. : Ucapan Perasmian Yang Berbahagia Dato Hajah Shahanim Binti Mohamad Yusoff DSDK, SDK, AMK, BKM, BCM, JP Penaung Persatuan Kebajikan Peserta Pasar Tani, Daerah Kuala Muda. : Penyampaian Sijil / Cenderahati - AJK PIBG Sesi 2022/2023 - Perasmi : Jamuan VVIP / Rehat : Perkongsian Ilmiah oleh Jas Vision : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 bermula : Cabutan Bertuah : Majlis bersurai ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN KALI KE - 20
3 1. PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT 4. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 (MEI 2022 HINGGA MEI 2023) 5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 6. MEMBAHASKAN USUL-USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 7. PENETAPAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2023 8. HAL-HAL LAIN 9. UCAPAN PENANGGUHAN 10.CABUTAN BERTUAH 11.MAJLIS BERSURAI AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN KALI KE - 20
4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN KALI KE-19 / TAHUN 2022 Tarikh : 14 MEI 2022 Hari : Sabtu Masa : 9.30 Pg Tempat : Dewan SK Taman Intan. Hadir : 44 orang Ibu bapa dan waris dan 26 orang guru I. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1. Ucapan aluan selamat datang kepada Dato’ Hajah Shahanim binti Mohamad Yusoff, Ketua UMNO Bahagian Sg Petani, Pn. Roshadah Bt Yusoff, Guru Besar SK Taman Intan, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan waris yang hadir. 2. Ucapan selamat datang kepada semua yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19/2022 . 3. Beliau juga mengucapkan terima kasih serta bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat bermesyuarat secara bersemuka semula pada tahun ini, setelah dilanda pandemik sejak Tahun 2019. 4. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. 5. Secara amnya, tujuan utama berkumpul pada tahun ini adalah untuk berkongsi pendapat dan buah fikiran kerana beliau tahu setiap waris mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing. 6. Sumbangan tuan-tuan dan puan-tuan amat penting demi kemenjadian anakanak murid di sini dan sekaligus kepada Sekolah Kebangsaan Taman Intan. 7. Beliau berharap agar ahli jawatankuasa baharu yang akan dilantik pada sesi 2022/2023 dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. 8. Beliau juga menyentuh beberapa perkara : a) Kepentingan PIBG - pemudahcara dan membantu ibu bapa dan guru bertukar pandangan dan maklumat, membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti. b) Peranan ibu bapa - sekolah perlukan sokongan daripada ibubapa. Pihak ibubapa amat penting dalam setiap aspek berkaitan pendidikan anak-anak. c) Memohon Ibubapa melibatkan diri sebagai menunjukkan tanda sokongan kepada pihak sekolah dan anak masing-masing. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Tel: 04-4220805/Fak: 04-421967 Email: [email protected] Pendaftaran PIBG : JPK 03-07/3200 (302)
5 d) Beliau mengajak ibubapa dan waris bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membentuk masa depan anakanak serta meletakkan nama Sekolah Kebangsaan Taman Intan setanding dengan nama sekolah-sekolah yang lain. 9. Akhir kata beliau mengucapkan tahniah dan berharap setiap ibu bapa dapat memberi kerjasama yang baik. II.UCAPAN ALUAN GURU BESAR 10. Ucapan aluan kepada pengerusi majlis, Dato’ Hajah Shahanim binti Mohamad Yusoff, Ketua UMNO Bahagian Sg Petani, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Intan, barisan pentadbir, guru-guru dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian. 11. Terima kasih kepada semua tetamu kerana hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19. 12. Beliau sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada para waris kerana sudi hadir dan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Intan sebagai menempatkan persekolahan anak tuan-tuan dan puan-puan. 13. Memaklumkan guru-guru yang berada di Sekolah Kebangsaan Taman Intan merupakan guru-guru yang berpengalaman dan kelengkapan fizikal sekolah juga amat baik. Maka, tidak salah pilihan tuan-tuan dan puan-puan memilih sekolah ini. 14. Guru Besar membentangkan enrolmen guru dan staf, murid dan kejayaan sekolah sepanjang tahun seperti : a) Anugerah Audit cemerlang 2019 dan 2020 dua tahun berturut-turut daripada JPN Kedah. b) Kejayaan anak-anak murid SK Taman Intan dalam bidang kokurikulum iaitu : - Mendapat naib johan di peringkat kebangsaan dalam pertandingan Infografik kerjaya seorang juruterbang. - Mendapat naib johan dalam hafazan di peringkat daerah. - Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan catur peringkat daerah. 15. Guru besar menerangkan tentang pentaksiran berasaskan sekolah iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk murid tahun 1 hingga 6, PAJSK untuk murid Tahap 2 dan Ujian Psikometrik untuk murid Tahun 6. 16. Guru Besar memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Intan telah terpilih sebagai sekolah transformasi (TS25) yang memfokuskan kepimpinan berterusan, naik taraf bilik darjah dan sebagainya. 17. Guru besar juga memaklumkan bahawa telah terdapat bilik PAK-21 yang memfokuskan kepada aktiviti dalam pembelajaran murid. 18. Sekolah Kebangsaan Taman Intan juga telah menjadi penanda aras kepada peserta kursus bakal-bakal guru besar dan menjadi lawatan dari sekolahsekolah sekitar Sungai Petani. 19. Guru besar mewakili pihak sekolah dan AJK PIBG mengharap kerjasama dan sokongan guru-guru, waris dan komuniti dalam menjayakan sekolah dari segi idea dan modal untuk terus bersemangat merealisasikan agenda KPM. 20. Beliau juga memohon para waris memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengurus sekolah dan anak-anak serta saling bantu membantu sekiranya pihak sekolah memerlukan bantuan.
6 21. Guru besar juga berharap para waris dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah setiap hari dan memantau pelajaran anak-anak supaya mereka dapat belajar dengan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti. 22. Memaklumkan tujuan bermesyuarat pada hari ini adalah untuk mencari satu titik persamaan dan berusaha membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak. 23. Akhir ucapan beliau menegaskan kecemerlangan anak-anak adalah menyeluruh merangkumi bidang akademik dan sahsiah. III. UCAPAN PERASMIAN DATO’ HAJAH SHAHANIM BINTI MOHAMAD YUSOFF, KETUA UMNO CAWANGAN SUNGAI PETANI. 24. Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG dan sekolah yang sudi menjemput beliau untuk perasmian majlis. 25. Yang Berbahagia Dato’ memaklumkan bahawa, beliau telah memohon pembinaan jalan alternatif ke Pantai Merdeka melalui Kampung Lintang ke Kota Kuala Muda dan juga memohon pembinaan Kolej Profesional Mara (KPM) yang lokasi pembinaannya di Berapit. Alhamdulillah kedua-dua permohonan tersebut telah mendapat kelulusan. 26. Yang Berbahagia Dato’ memaklumkan tentang rayuan terakhir kemasukan ke MRSM. Kemasukan ke MRSM memberi keutamaan kepada golongan B40- 80%, golongan M40- 10% dan T20 – 10%. 27. Yang Berbahagia Dato’ juga menekankan kepada ibu bapa agar sama-sama berusaha untuk mendidik anak-anak sehingga berjaya, kerana kata beliau dengan kejayaan anak-anak dalam pelajaran akan dapat mengubah kehidupan keluarga yang susah menjadi lebih senang dan selesa. 28. Sebagai mengakhiri ucapan,Yang Berbahagia Dato’ telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19 dengan lafaz ”Bismillahir rahmanirrahim”. Secara peribadi beliau menyumbang sebanyak RM1000 untuk kelas Kafa dan RM2000 untuk PIBG sekolah. 29. Sekali lagi beliau berharap agar ibu bapa murid-murid SK Taman Intan dapat mendidik anak-anak dengan sempurna sehingga berjaya.
7 MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN KALI KE-19/2022 I. UCAPAN ALUAN DARIPADA YDP PIBG EN. MOHAMAD FAUZAI BIN AHMAD 1. Ucapan terima kasih di atas kehadiran para waris yang hadir ke mesyuarat. 2. Makluman hari Isnin 16 Mei 2022 akan diadakan Sambutan Hari Guru dan sambutan Hari Raya serta menjemput semua AJK PIBG yang lama dan baru ke majlis tersebut, masa dari 10.00pagi hingga 12.45 tengah hari. II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-18 3. Puan Robita binti Yakup selaku setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18. 4. Encik Muhamad Husaini Bin Abdul Manap mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 disahkan dan disokong oleh Puan Noor Anismaliza Bt Abd Malik. III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5. Tiada isu atau perkara berbangkit IV. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2020/2021 6. Dibentangkan oleh Puan Robita binti Yakup (Rujuk muka surat 9 di dalam Buku Program) 7. Aktiviti nombor 9 iaitu pembelian cat kuning untuk parkir tempat menurunkan dan menunggu di luar pagar ditangguhkan pada sesi lepas, akan diteruskan pada sesi akan datang. 8. Pengerusi meminta agar ibu bapa terus memandu ke laluan hadapan untuk membuat “U-turn” setelah menurunkan dan mengambil anak-anak bagi mengelakkan kesesakan atau kemalangan daripada berlaku. Kenderaan waris juga tidak dibenarkan berhenti di kawasan cat kuning iaitu laluan masuk murid. V. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 30 APRIL 2022 9. Puan Ruhaiza binti Hussin selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan yang bermula pada 1 Januari 2020 dan berakhir pada 30 April 2022 yang berjumlah RM 14,149.10. (Ringgit Malaysia Empat Belas Ribu Seratus Empat Puluh Sembilan dan Sepuluh Sen) 10. Puan Ruhaiza meminta waris meneliti dan merujuk Penyata Kewangan pada muka surat 12 dalam Buku Program. 11. Puan Juaini binti Jamaludin mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Encik Shamsul Izal bin Zulkifli.
8 VI. MEMBAHAS USUL-USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19 12. Usul 1 : ➢ Puan Fadzilah Bt Abd Halim mencadangkan agar dapat mewujudkan kelas KAFA untuk anak-anak Tahun 1 dan 2. ➢ Jawapan : Guru Besar menjelaskan bahawa peruntukan guru-guru KAFA disediakan oleh Pejabat Agama Negeri Kedah. Hanya Tahun 3, 4 dan 5 yang menyertai kelas KAFA disebabkan kekurangan guru KAFA. Masalah ini akan dirujuk semula kepada Pejabat Agama Islam. Sebarang maklumat terkini yang berkaitan kelas KAFA akan dimaklumkan kepada waris. 13. Usul 2 : ➢ Puan Fadzilah Bt Abd Halim mencadangkan Bacaan surah Yassin diadakan sebelum waktu PdP setiap pagi. ➢ Jawapan : Bacaan Yassin Perdana dan Pembestarian Solat sememangnya diadakan setiap pagi pada hari Khamis setiap minggu bermula 7.30 pagi. Sekiranya Bacaan surah Yassin diadakan setiap pagi, ia akan mengganggu waktu pembelajaran kerana kekangan masa. 14. Usul 3 : ➢ Cadangan Penambahbaikan jalan utama masuk ke sekolah. ➢ Jawapan : Tidak dibincangkan kerana pencadang tidak menghadirkan diri. 15. Usul 4 : ➢ En. Mohamad Fauzai Bin Ahmad mencadangkan untuk memohon geran perkapita sebanyak RM30 kepada kerajaan bagi setiap murid sebagai menampung keperluan Dana PIBG. ➢ Jawapan : Pihak ibu bapa menyokong dan bersetuju dengan usul yang dicadangkan oleh YDP dengan sebulat suara. 16. Usul 5 : ➢ Puan Robita Bt Yakup mencadangkan untuk memasang penapis air untuk kegunaan murid. Antara sebabnya ialah murid kurang membawa air kosong ke sekolah. Selain itu, pemasangan penapis air dapat membawa banyak manfaat di masa depan seperti menampung keperluan air bagi kegunaan murid di sekolah terutamanya semasa aktiviti Kokurikulum dijalankan. Guru Besar meminta sokongan atau bantahan daripada pihak para waris. Terdapat 2 kaedah iaitu pembelian tunai atau secara ansuran. ➢ Jawapan : Puan Rusilah Bt Hassan waris kepada Siti Aisyah Bt Abdul Razak murid Tahun 4 Arked bersetuju untuk menyumbangkan sebuah penapis air untuk kegunaan murid-murid dengan pembelian secara tunai. 17. Usul 6 : ➢ Puan Noor Anismaliza Bt Abd Malik mencadangkan untuk memasang cermin besar di persimpangan jalan masuk ke sekolah. Pengerusi YDP meminta pandangan para waris berkenaan pemasangan cermin besar di persimpangan jalan masuk ke skolah.
9 ➢ Jawapan : 1. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau, tidak pasti ingin memohon kepada pihak mana kerana sebelum ini beliau pernah memohon kepada pihak OIB tetapi tiada maklum balas. 2. Puan Rusilah memberi cadangan agar meletakkan papan tanda dan membina garisan kuning bagi menggantikan cermin besar. 3. Pengerusi menjelaskan pihak sekolah akan berusaha menyelesaikan isu tersebut. 4. Pengerusi akan memohon untuk membina bonggol kepada pihak berkenaan iaitu JKR@MPSP sebagai inisiatif dalam usaha memperlahankan had laju kenderaan ketika keluar dan masuk ke laluan menuju sekolah. Cadangan dipersetujui sebulat suara. 18. Usul 7 : ➢ Cadangan YDP PIBG agar mewujudkan tabung di sekolah untuk memupuk budaya bersedekah dalam kalangan murid-murid. ➢ Jawapan : Guru Besar menyatakan telah wujud tabung sedekah di sekolah dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk bersedekah di tabung tersebut. 19. Usul 8 : ➢ Puan Noradila Bt Hashim mencadangkan agar pihak sekolah membenarkan murid-murid perempuan Tahap 1 boleh memakai tudung sekolah satu lapis supaya murid lebih selesa. ➢ Jawapan : Guru Besar memberi kelonggaran pemakaian tudung satu lapis kepada murid perempuan Tahun 1 dan 2. Namun beliau menjelaskan bahawa murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 perlu memakai tudung yang dua lapis. Murid digalakkan untuk mengikut tatacara pemakaian pakaian seragam sekolah yang sepatutnya. VII. PENETAPAN SUMBANGAN PIBG 20. Pengerusi memohon persetujuan ibu bapa tentang penetapan sumbangan PIBG seperti sebelumnya iaitu berjumlah RM50 untuk satu keluarga, sama ada dikekalkan atau ada perubahan. Majoriti waris bersetuju dengan wang sumbangan PIBG yang berjumlah RM50 dikekalkan. 21. Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan kepada Dana PIBG ini adalah untuk kegunaan sekolah menampung aktiviti bagi meningkatkan potensi murid-murid dalam pelbagai bidang seperti bidang kurikulum dan kokurikulum. Beliau juga menyatakan bahawa peruntukkan kewangan daripada pihak kerajaan sememangnya ada untuk setiap tahun. Namun jumlah yang disalurkan adalah bergantung kepada perkapita iaitu bilangan murid. Jika bilangan murid kurang, maka dana dari kerajaan juga kurang. Maka jumlah tersebut tidak mencukupi. 22. Guru Besar meminta para waris memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk bersama-sama menjayakan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
10 VIII. PEMBUBARAN AJK 2020/2021 OLEH YDP PIBG EN. MOHAMAD FAUZAI BIN AHMAD DAN PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 23. Encik Mohamad Fauzai bin Ahmad selaku YDP PIBG SK Taman Intan, dengan rasminya telah membubarkan barisan AJK PIBG Sesi 2020/2021. 24. Sebagai Pengerusi sementara, Encik Fauzai bin Ahmad membuka pencalonan bagi jawatan-jawatan yang akan membentuk AJK PIBG baharu Sesi 2022/2023. YANG DI PERTUA EN. MOHAMAD FAUZAI BIN AHMAD NAIB YANG DI PERTUA EN. HAMZAH BIN HASIM (PUTERI ANA MARISSA 2B) SETIAUSAHA PN. ROBITA BT YAKUP (5A) BENDAHARI PN. RUHAIZA BT HUSSIN (6A) AJK 1. PN. JUAINI BT JAMALUDIN (AHMAD FIRDAUS 2B) 2. PN. SITI NURAINI BT ABDUL RAHIM (MOHD HARRAZ 1A) 3. PN. NOORADILA BT HASHIM (FATEH NAUFAL 2A) 4. EN. MOHD TAUFIQ BIN JAMALUDIN (ADRISH HILMAN 1A) 5. EN. MUNZIR BIN YAACOB (UMAIR 6A, AMANI 4A, UWAIS 2A) 6. EN. SHAMSUL IZAL BIN ZULKIFLI (AISYAH SOFIA 1A) 7. EN. MOHAMAD IDRUS BIN MOHD RASDI – AJK GURU 8. USTAZ RUSNI BIN AHMAD – AJK GURU 9. USTAZAH SORYANI BIN MOHAMMAD – AJK GURU 10. PN. NOR RAWAIDA BT AZIZAN – AJK GURU PEMERIKSA KIRA-KIRA PN NOOR ANISMALIZA BT ABD MALIK (AFRINA QAISARA 6A) PN FAIZAH BINTI FAUZI – PEMERIKSA KIRA-KIRA IX. HAL-HAL LAIN 25. Ustaz Rusni bin Ahmad memaklumkan bahawa setiap tahun pihak sekolah telah mengadakan Program Kem Bestari Solat dan Kem Cemerlang Jawi iaitu sebanyak dua kali untuk setiap program. Beliau meminta persetujuan daripada pihak PIBG untuk meneruskan kutipan sebanyak RM15 bagi tahun 2022 sebagai dana untuk menjayakan program-program tersebut. Pihak PIBG bersetuju untuk meneruskan pengutipan dana berjumlah RM15.00 itu. 26. Ustaz Rusni Bin Ahmad meminta agar AJK Sesi 2022/2023 berbincang berkaitan ‘parkir’ masuk dan keluar para waris semasa menghantar dan mengambil anakanak di sekolah. Beliau juga memohon kepada para waris supaya mengikut aturan laluan keluar dan masuk ketika menghantar atau mengambil anak-anak pada waktu pagi dan waktu balik sekolah. 27. Ustaz Rusni Bin Ahmad juga meminta bantuan daripada para waris yang mempunyai kemahiran dalam sukan dan permainan bola tampar, bola jaring dan bola baling untuk turut serta membantu para guru semasa latihan pasukan sekolah kerana sekolah kekurangan juru latih untuk Latihan pasukan sekolah terutama di kalangan lelaki.
11 X. UCAPAN PENANGGUHAN 28. Pengerusi menangguhkan mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19 pada jam 1.08 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ................................... ........................................................ ROBITA BINTI YAKUP MOHAMAD FAUZAI BIN AHMAD Setiausaha Pengerusi PIBG SK Taman Intan. PIBG SK Taman Intan, Sungai Petani. Sungai Petani.
12 Sepanjang Tahun 2022 , PIBG telah bersama-sama pihak sekolah bagi menjayakan beberapa aktiviti:- 1. Mesyuarat Agung Kali ke-19 2. Sambutan Hari Guru 3. Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa PIBG 4. Pembelian PA Sistem Sekolah 5. Naik Taraf Keceriaan Sekolah 6. Pembinaan Pakir Kenderaan Di Tempat Menurunkan dan Menunggu 7. Program Masih Ada Yang Sayang (MAYSa) 8. Sumbangan Kepakaran :- a) Kontigen Perbarisan Ke Peringkat Zon - Encik Hamzah bin Hasim ( Kolonel Bersara ) b) Pasukan Bola Jaring & Bola Tampar - Puan Noor Anismaliza binti Abd Malek - Encik Mohd Zahari Laporan aktiviti / sumbangan pibg SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN
13 BIL NAMA JAWATAN TARIKH MESYUARAT 29.05.2022 25.05.2023 1 En. Mohamad Fauzai bin Ahmad Yang Di Pertua S / 2 En. Hamzah bin Hasim Naib Yang Di Pertua / / 3 Pn. Robita binti Yakup Setiausaha / / 4 Pn. Ruhaiza binti Hussin Bendahari / / 5 Pn. Juaini binti Jamaludin Ahli Jawatankuasa Ibubapa / S 6 Pn. Nor Anismaliza bt Abd Malik Pemeriksa Kira-kira Ibubapa / / 7 En. Munzir bin Yaacob Ahli Jawatankuasa Ibubapa / / 8 En. Mohd Taufiq bin Jamaludin Ahli Jawatankuasa Ibubapa / S 9 En. Shamsul Izal bin Zulkifli Ahli Jawatankuasa Ibubapa S S 10 En. Mohamad Idrus bin Mohd Rasdi Ahli Jawatankuasa Guru / / REKOD KEHADIRAN MESYUARAT ajk pibg 2022/2021
14 / - HADIR S – TIDAK HADIR DENGAN SEBAB BIL NAMA JAWATAN TARIKH MESYUARAT 29.05.2022 25.05.2023 11 En. Rusni bin Ahmad Ahli Jawatankuasa Guru / S 12 Pn. Soryani binti Mohammad Ahli Jawatankuasa Guru / / 13 Pn. Nor Rawaida bt Azizan Ahli Jawatankuasa Guru / / 14 Pn. Faizah binti Ab Hamid @ Fauzi Pemeriksa kira-kira Guru / / 15 Pn. Siti Nuraini binti Abdul Rahim Ahli Jawatankuasa Ibubapa / / 16. Pn. Nooradila binti Hashim Ahli Jawatankuasa Ibubapa S /
15
16
17 Berikut adalah cenarai usul /cadangan yang diterima untuk dibentangkan:- 1. Mengubah aliran trafik bagi “drop area” menghantar dan mengambil anakanak sekolah supaya tidak berlaku kesesakan lalulintas di situ. (Rujuk Lampiran ) ( Encik Syazwan bin Ismail ) 2. Tidak memberhentikan kenderaan di tengah jalan semasa menghantar dan mengambil anak. Boleh menyebabkan kesesakan dan kemungkinan kemalangan boleh berlaku. ( Encik Azwan bin Abu Bakar ) 3. Menghadkan jumlah kerja rumah pada hari Kelas KAFA (Ahad, Isnin, Selasa) kepada anak-anak Tahun 3, 4 dan 5. Masa kelas KAFA ialah 2.30 petang hingga 5.30 petang, jadi masa untuk menyiapkan kerja rumah pada waktu malam amat padat. ( Puan Umi Najwa binti Zakaria) 4. Mewujudkan satu sudut dalam bilik darjah agar anak-anak boleh meletakkan buku teks. Terdapat hari di mana beg terlalu berat. ( Puan Norhayati binti Kamarudin ) 5. Meminta supaya pihak kantin menyediakan makanan sampingan seperti mee atau bihun goreng untuk anak-anak yang kurang berselera makan hidangan nasi. ( Puan Nooraqlima binti Fazil ) USUL-USUL / CADANGAN
18 6. Mencadangkan agar RMT bagi murid-murid PPKI dikekalkan pada waktu rehat kerana terdapat anak-anak yang tidak dapat memerima makanan pada awal pagi contohnya anak saya akan termuntah apabila terpaksa makan pada awal pagi. Ini juga mungkin berlaku pada murid-murid PPKI yang lain. ( Puan Nurazmila binti Jamsari) 7. Memohon guru setiap mata pelajaran memastikan murid (Tahun 1) membawa balik buku atau bahan untuk murid menyiapkan kerja di rumah, supaya buku atau bahan tersebut tidak tertinggal disekolah. (Encik Hisyamuddin bin Abd Latib) 8. Memohon pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dapat membina sekurangkurangnya sebuah tandas duduk di Tandas Lelaki dan Tandas Perempuan untuk kegunaan murid. Terdapat murid yang kurang pandai dan tidak selesa menggunakan tandas cangkung. Kemudahan ini juga perlu jika terdapat murid yang memerlukan disebabkan masalah kesihatan. ( Puan Robita biti Yakup)
19 TARIKH : 24 MEI 2023 / SABTU MASA : 09.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN JAWATANKUASA INDUK Penasihat Cikgu Badrul Aisham bin Chik (Guru Besar) Pengerusi En. Mohd Fauzai bin Ahmad (YDP) Timbalan Pengerusi En. Hamzah bin Hasim Kolonel Bersara (NYDP) Setiausaha Cikgu Robita binti Yakup Bendahari Cikgu Ruhaiza binti Hussin AJK 1. Cikgu Nor Rawaida binti Azizan 2. Ustazah Soryani binti Mohamad 3. Ustaz Rusni bin Ahmad 4. Cikgu Mohamad Idrus bin Md Rasdi 5. En Munzir bin Yaacob 6. En Mohd Taufiq bin Jamaludin 7. Pn Nooradila binti Hashim 8. Pn Noor Anismaliza binti Abdul Malik 9. En Shamsul Izal bin Zulkifli 10. Pn Siti Nuraini binti Abd Rahim 11. Pn Juaini binti Jamaludin 12. Cikgu Faizah binti Ab Hamid @ Fauzi JAWATANKUASA INDUK & JAWATANKUASA kerja MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN
20 JAWATANKUASA PELAKSANA Jemputan & Sambutan En Badrul Aisham bin Chik (Guru Besar) En Mohd Fauzai bin Ahmad (YDP) En Hamzah bin Hasim Kolonel Bersara (NYDP) En Ahmad Shukri bin Md Daud (PK Kokurikulum) En Harun bin Awaludin (PK Pentadbiran) Pn Ernie Masliza binti Zolkeply (PK HEM) Pn Norisma binti Ismail (PK Pendidikan Khas) Pendaftaran Pn Maimunah binti Mohamed Pn Che Ku Nurshaira binti Che Ku Nordin Bacaan Doa En Rusni bin Ahmad Persiapan Tempat En Mohamad Idrus bin Md Rasdi En Salman bin Shaidan Semua pekerja lelaki Persiapan Pentas/ Latar pentas/ hiasan/Banner Pn Nur Fadzilah binti Muhamad Akir Pn Siti Fadzillah binti Che Omar Pn Robita binti Yakup Pn Norizah binti Salleh Pn Mariani binti Ahmad Pn Nor Adilah binti Ahmad Cik Intan Symimi binti Hamir Hamzah Pn Noor Anismaliza binti Abd Malik Juruacara Pn Nor Rawaida binti Azizan Siaraya/Audio En Nasruddin bin Ahmad En Mohd Shukri Aiman bin Abdullah Buku Program Pn Fatin binti Abdul Razak Pn Norharianti binti Ariffin
21 Dokumentasi /Juru gambar En Muhammad Fathurrahman bin Muhd Pn Halimah binti Mohamad Fazil Pencatat Minit Pn Nor Zahirah binti Zakaria Pn Solehah binti Ishak Pn Siti Natrah binti Baharom Jamuan VIP Pn Khamariah binti Azizan Pn Soryani binti Mohamad Pn Rosmaliza binti Jamil Pn Siti Nuraini binti Abdul Rahim Jamuan Ibubapa dan Guru Pn Rozilawati binti Ismail Pn Yati binti Romli Pn Rohana binti Che Lah Pn Noor Hasni binti Abu Bakar Pn Juaini binti Jamaludin Hadiah Cabutan Bertuah / Sijil Pn Ruhaiza binti Hussin Pn Faizah binti Fauzi Pn Nooradila binti Hashim En Mohd Taufiq bin Jamaludin En Munzir bin Yaacob En Shamsul Izal bin Zulkifli Persembahan Pn Wahidah binti Muhamad Pn Nor Rawaida binti Azizan
22 SEKALUNG BUDI... Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Intan Ingin Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Ibu Bapa dan Waris Murid-Murid Sekolah KebangsaanTaman Intan, Guru-Guru Dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Intan Serta Semua Pihak Yang Telah Menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Intan Kali Ke-20 Tahun 2023.