The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danishfathullah6, 2022-10-13 05:42:04

SEKOLAH VERNAKULAR

SEKOLAH VERNAKULAR

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

MPU23052

SEKOLAH VERNAKULAR

NURHIDAYU BINTI MUHAMMAD IDRAKI BIN ABD RAHMAN
SALLEH 16DKM20F1050

DANISH FATULLAH BIN MOHD NAZRI
16DKM20F1059

MUHAMMAD DARWISH BIN RAZAK
16DKM20F1047

MUHAMMAD HAFIZUL BIN FAZLI
16DKM20F1075

Isi kandungan m/s

isi kandungan 1
prakata 2
pengenalan 3-7
faktor 8
kesan 9
langkah mengatasi 10-
komen
11 12
kesimpulan 13
rujukan

PRAKATA

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kehendak kami dapat
menyiapkan efolio penghayatan etika dan peradaban unit pendidikan
islam dan moral POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH mengikut

perancangan yang telah ditetapkan.



Tanpa sokongan dan bantuan daripada ahli kumpulan ini
sememangnya tidak akan dapat disiapkan mengikut ketetapan . justeru

itu ribuan terimakasih diucapkan pada ahli kumpulan yang terlibat
dalam merancang dan melaksanakan untuk menjilidkan efolio ini.



Di harap dengan terlibatnya efolio penuh ini, segala urusan
penyimpanan .semakan maklumat dan rujukan pada masa akan

datang dapat dilakukan dengan lebih baik.



Segala kekurangan yang dilihat sepanjang efolio ini harap dapat terima
dan kami sedia menerima pandangan untuk menambah baik lagi
laporan kami pada masa akan datang.







1

pengenalan

pendidikan dan bahasa adalah elemen yang sangat penting dalam sesebuah
negara. ini kerana, pendidikan dan bahasa merupakan salah satu faktor yang
boleh membawa kemajuan kepada sesebuah negara, sebab itu pendidikan
dan bahasa bukan sahaja diberi ditekankan di negara Malaysia malah seluruh
negara di dunia banyak memberi penekanan kepada aspek pendidikan.
negara Malaysia dipenuhi oleh masyarakat majmuk yang berbilang kaum,
bangsa dan adat resam. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan, sekolah dan
para pendidik mengelami cabaran kerana dengan negara yang mempunyai
pelbagai bangsa menyebabkan berlakunya tidak persefahaman.



sekolah vernakular ini merupakan sekolah yang menggunakan sistem
pendidikan yang menggunkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa
penghantar. Sekolah vernakular ini bermula apabila Brithis kembali semula ke
Tanah Melayu dengan membawa sistem pendidikan yang diperbaharui
semula mengikut budaya pendidikan zaman inggeris. brithis telah
memperkenalkan sistem pedidikan dimana terbentuknya lima bentuk
persekolahan iatu sekolah vernakular melayu, sekolah vernakular cina ,
sekolah vernakular india dan sekolah agama. Sistem pendidikan yang
diperkenalkan oleh Brithis ini sebenarnya lebih bersifat kepada unsur-unsur
perkauman kecuali sekolah inggeris. Disebabkan sekolah vernakular ini
berorientasikan kaum, ia menyebabkan sekolah ini menggunakan bahasa
ibunda masing- masing untuk dijadikan bahasa penghantar. Selain itu,
kekurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-
masing . Bukan itu sahaja, sukatan pelajaran dan buku teks diambil dari
negara asal malah para pendidik juga diambil dari negara asal.

2

FAKTOR

Disebabkan oleh sistem pendidikan yang berbeza-beza
inilah maka wujudnya jurang di antara kaum. Perbezaannya

bukan sahaja dari segi bahasa pengantar, tetapi juga
terdapat perbezaan sukatan pelajaran antara sekolah
Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil.
Ini jelaslah menunjukkan bahawa system pendidikan pada
zaman sebelum merdeka memainkan peranan dalam
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik di
samping mewujudkan dua golongan terdidik. Golongan ini
ialah golongan yang berpelajaran Inggeris dan berpelajaran
vernakular yang mempunyai pandangan dunia (world view)
yang berbeza. Ini menjadi satu cabaran yang amat besar
kepada pemimpin ketika itu untuk mewujudkan perpaduan

di antara kaum di negara kita.












3

sekolah vernakular Melayu

pihak British kurang mengambil berat terhadap sekolah vernakular
Melayu kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika pihak
rakyat tempatan mendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini
diwujudkan hanya untuk memenuhi keperluan politik penjajah di
samping mengambil hati pembesar Melayu. Pendidikan bagi
masyarakat Melayu hanya sekadar menjadi tanaga buruh atau

petani. Antara mata pelajaran yang diajar ialah bacaan, mengarang,
ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Pemilihan

bahan Kurikulum adalah tidak penting terutamanya buku.
penerimaan orang Melayu terhadap sekolah vernakular adalah
dingin pada permulaannya Namun, pihak British telah mengambil
langkah memberi arahan memaksa anak-anak Melayu ke sekolah
berdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat bumiputera bagi
kepentingan kemajuan sekolah Melayu, mengenakan denda kepada
ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah, mendapatkan
bantuan ketua-ketua masyarakat dan memberi hadiah kepada

murid yang rajin ke sekolah.




4

 sekolah vernakular Cina

sekolah vernakular Cina pula dibuka oleh mubaligh, individu
Cina, persatuan Cina ataupun persatuan suku kaum. Biasanya
sekolah vernakular Cina mengimport guru-guru mereka dari
negara China. Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular

Cina ialah hafalan klasik lama, ilmu hisab, lukisan, nyanyian,
latihan jasmani, sejarah, ilmu alam dan moral. Kerajaan Manchu

mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan orang
Cina di Tanah Melayu untuk menyebarkan ideologi kepada
pelajar-pelajar. Pada tahun 1919, redormasi di negera China

telah memberi pengaruh kepada pentadbiran sekolah-sekolah
vernakular Cina. Pelajarnya diajar mata pelajaran etika, lukisan,
geografi, sejarah dan pendidikan jasmani. Pihak British berasa
bimbang lalu meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada

1920 untuk membendung penyebaran ideologi ini. Tujuannya
adalah untuk memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran untuk

menutup sekolah yang tidak menurut syarat.




5

 sekolah vernakular Tamil

sekolah vernakular Tamil mula dibina di estet-estet
dan setiap estet yang mempunyai sekurang-

kurangnya 10 orang kanak-kanak yang berusia di
antara 7 hingga 10 tahun diwajibkan untuk

menyediakan sekolah dan guru (Kod Buruh 1952).
Sekolah-sekolah ini juga dibina oleh mubaligh dan
orang perseorangan. Seperti sekolah vernakular

Cina, sekolah vernakular Tamil juga mendapat
kurikulum dan guru dari India. Sekolah vernakular
Tamil juga menggunakan bahasa Tamil, Gujerat,

Hindi dan Malayalam. Pihak British telah
mengarahkan seorang nazir sekolah Tamil yang
berbangsa Eropah dilantik pada tahun 1930 untuk

mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah
bvernakular Tamil. Kaedah ini telah dimansuhkan
pada tahun 1932 tetapi diwujudkan semula pada

tahun 1938.




6

 Sekolah Inggeris

Sekolah Inggeris mempunyai dua jenis iaitu free school
dan sekolah Inggeris separa bantuan. Sekolah Inggeris
biasanya mempunyai kemudahan yang lebih baik kerana
mendapat sokongan kewangan daripada pihak gereja
dan bantuan pemerintah. Tidak ramai anak Melayu yang
berkesempatan untuk belajar di sekolah Inggeris kerana
sekolah ini terletak di bandar sahaja. Kurikulum sekolah
Inggeris pula memperlihatkan bahawa pihak Inggeris

amat mementingkan akademik dan menyediakan
pelajarnya untuk peperiksaaan Cambrige Overseas
School Certificate. Sekolah Inggeris menawarkan mata
pelajaran Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani, Bahasa

Inggeris, Sejarah Eropah dan Matematik.



kebenarannya, pihak British mempunyai tujuan lain di
sebaliknya memberikan pendidikan. Antaranya ialah

memastikan penjajahan Inggeris berterusan,
mengekalkan eksploitasi ekonomi negara, memastikan

bekalan tenaga buruh untuk memenuhi keperluan
penjajah dan mengawal semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk. Antara sedar atau tidak, sekolah
vernacular telah banyak menjejaskan perpaduan rakyat
kerana setiap sekolah adalah khusus untuk satu-satu
kaum sahaja. Ini bererti tiada interaksi antara melayu,
Cina dan India. Selain itu, bahasa, lokasi dan kurikulum

juga adalah berbeza antara satu sama lain.

7

kesan

Penubuhan sekolah vernakuler di Tanah Melayu telah
bemberi impak atau kesan yangbesar terhadap

perpaduan masyarakat di tanah melayu pada masa itu.



 Kurang pengetahuan
Ini terjadi kerana sukatan pelajaran di setiap sekolah
adalah berbeza dan mengikut sukatan dari negara asal

seperti contohnya ,sekolah cina menggunakan
sukatan pembelajaran dari negara China dan
sekolah tamil menggunakan sukatan dari negara India.



 Kurang persefahaman
Bahasa penghantaran yang digunakan di setiap sekolah
juga adalah berbeza dan ini telah lebih menjauhkan
masyarakat untuk mencapai perpaduan. Selain itu,
sesebuah kaum dan bangsa akan lebih selesa ketika
berada di persekitarannya berbanding bercampur
dengan bangsa dan kaum yang lain. Hal ini akan
mewujudkan sifat ‘rasis’ atau dengki terhadap bangsa

lain.



Kesan dari penubuhan sekolah vernakuler ini juga telah
membantu pihak British untuk teruskan pemerintahan

mereka iaitu pecah dan perintah. Pihak British
ingin mengekalkan keadaan seadanya seperti kaum
Melayu kekal di Kawasan pertanian, Cina terus menerus
dengan aktiviti perlombongan dan perniagaan dan kaum

India di kawasan ladang dan estet.

8

Cara untuk
mengatasi

i) Mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan
peringkat pendidikan rendah untuk kanak-kanak umur

6-12 tahun bertujuan melahirkan kanak-kanak yang
boleh membaca dan menulis dalam BM dan BI.

Pendidikan yang menumpukan kepada satu aliran
persekolahan ini dilihat penting untuk mengubah

pandangan kaum pendatang.



ii) Mengesyorkan satu corak pendidikan yang dapat
mencipta suatu rupa bangsa yang bercorak TM dan
berdasarkan percampuran kaum bagi mewujudkan rasa

perpaduan.



iii) Mengesyorkan penggantian sekolah-sekolah
vernakular dengan sekolah rendah kebangsaan untuk
semua kaum berbentuk dwi-bahasa iaitu BI dan BM.



iv) Mencadangkan penghapusan bantuan kewangan
dari negeri dan pusat untuk sekolah Cina dan Tamil bagi

melemahkan dan menamatkan sistem pendidikan
bersifat perkauman

9

komen

kerajaan perlu mengubah sistem pendidikan negara
dengan memansuhkan sekolah vernakular, demi
mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat.


Kami setuju yang usaha memupuk perpaduan
antara kaum perlu digerakkan sejak di bangku
sekolah lagi.



Ini kerana, anak-anak kecil lebih mudah mempelajari
sesuatu perkara jika mereka mendapat pendidikan

sejak kecil lagi.

Penggabungan sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama
adalah cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan Bahasa
Melayu dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang bangsa di negara ini.


Penggabungan ini bermaksud setiap sekolah menggunakan

sukatan pelajaran yang sama, satu bahasa yang sama dan silibus
pendidikan yang sama.



Perpaduan yang utuh boleh disemai sekiranya setiap masyarakat
mampu berbahasa Melayu dengan baik.



Di setiap sekolah vernakular, contohnya sekolah jenis kebangsaan
(SJK) Cina, SJK Tamil, mereka lebih menggunakan bahasa ibunda
masing-masing menyebabkan mereka kurang menguasai bahasa

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

10

Yang menjadi masalahnya sekarang adalah penubuhan sekolah
pelbagai aliran yang mana telah menghalang pembentukan
perpaduan kaum di Malaysia. Sebagai contoh, penubuhan
sekolah vernakular dan sekolah aliran Inggeris (era British).


Ini kerana, perpaduan bermula sejak bangku sekolah lagi. Jika

anak-anak kecil dibezakan sekolah, mereka tidak dapat bergaul
dengan bangsa lain yang mana akan menjadikan mereka tidak

dapat berinteraksi dan mengenali budaya kaum lain secara
holistik.



Antara ciri-ciri pendidikan vernakular adalah penggunaan
bahasa ibunda dalam urusan harian, sekolah berorientasikan

kaum dan sukatan pendidikan yang lebih memihak kepada
sesebuah kaum

11

Bagaimana untuk mewujudkan perpaduan sekiranya mereka
sudah terpisah sejak dari bangku sekolah lagi.



Melalui penubuhan kelab Rukun Negara di peringkat sekolah
sahaja tidak cukup untuk memupuk perpaduan.



Jalan terbaik adalah dengan hapuskan sekolah vernakular dan
digantikan dengan sekolah satu aliran.



Dengan cara ini, barulah setiap kaum dapat mengenali bahasa,
budaya, adat resam, dan wajah sebenar kaum lain di negara ini
dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.



Jadi sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar adalah cara terbaik untuk mendidik
serta memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi

masa depan yang bakal mewarisi negara ini.



Jika kita memahami adat budaya kaum lain, tidak mustahil
negara kita akan menikmati kestabilan politik dan kemakmuran

agihan ekonomi secara bersama.

12

KESIMPULAN

Sekolah wajar diteruskan kerana kewujudannya bukanlah punca
renggangnya perpaduan kaum di negara ini .Hal ini kerana sekolah
vernakular wujud di kedua belah Laut China Selatan .Jika ia punca
kepada perpecahan kaum ,mustahil hnya satu belah sahaja menerim

kesannya . Oleh itu ,kita perlu berhenti menudug kepelbagaian
budaya amnya , atau sekolah vernakular khusunya , sebagai

halangan kepada perpaduan negara dan pembentukan satu identiti
nasional. Kegagalan rakyat terutamanya yang berada di

Semenanjung Malaysia ,untuk mencapai tahap perpaduan adalah
keran politik toksik perkauman yang dimainkan sekian lama oleh ahli

ahli politik terutamanya mereka yang memegang tampung kuasa
semenjak Malaysia dibentuk.



Politik perkauman inilah yang harus dibanteras dalam era Malaysia
Baharu sekiranya kuta mahu bergerak ke hadapan dan

meninggalkan era lama yang telah dicemaru oleh ahli ahli yang
memain kan sentimen sempit sebagai senjata untuk mengekalkan

kuasa .Mereka yang berkeras mahu menjadikan isu perkauman
sebagai modal politik perlu ditolak sekiranya kita serius mahu
membentuk satu Malaysia Baharu di mana rakyatnya Malaysia ,
bersatu padi sebagai satu bamgsa yang bergerak bersama untuk

kepentingan dan kesejahteraan seluruh warga Malaysia.

13

Rujukan

1. Rodotez. (08 ogos 2021). Kesan Sistem Pendidikan Vernakular
Semasa Pentadbiran Britis. Source:
https://biroupentadbiran.blogspot.com/2021/08/kesan-sistem-
pendidikan-vernakular.html

2. Tutiwibo. (01 march 2021). Pendidikan Vernakular Inggeris
Source: https://lesinggeris.blogspot.com/2021/03/pendidikan-
vernakular-inggeris.html

3. Instaqlim. (05 april 2014) pemerkasaan _ Pendidikan. Source:
https://www.slideshare.net/ezonearefizt/bab-8-pemerkasaan-
pendidikan

4. Ahmad Firdaus. (12 oktober 2021). Sekolah vernakular tak
menyatukan bangsa? Kami tanya 5 bekas pelajar Melayu pelbagai
latar belakang. Source: https://soscili.my/hapus-sekolah-
vernakular-sbp-agama-khairy-jamaluddin/

5. Vnsa24. (19 march 2020) . E-FOLIO CABARAN DALAM
PENDIDIKAN. Source: https://malaysiae-
folio.blogspot.com/2020/03/e-folio-cabaran-dalam-pendidikan-
dan.html

14


Click to View FlipBook Version