MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM
Konsep asas kaedah fiqh
dan aplikasinya dalam
sains, teknologi dan
kejuruteraan
SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
[ ] الأمور بمقاصدها
KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
] [ اليقين يزال بالشک
PENULIS & PENYUNTING:
MOHD HANIF BIN JAINAL
20DKM21F1088
MUHD HAZIQ AIMAN BIN ROSNAN
20DKM21F1013
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim…
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami
dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan
ini kepada pensyarah tercinta kami,Puan Shakinah Binti Mustapha
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan
kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-
rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang
kami telah alpa.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
ISI KANDUGAN
PENDAHULUAN
PENGERTIAN/DEFINISI
KONSEP ASAS KEADAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
A.SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
B.KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENDAHULUAN
Keadah fiqah merupakan satu prinsip umu yang dijadikan
sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum
Islam apabila masalah- masalah baharu yang memerlukan
keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan
sesuatau masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan
mudah mengenai hukumnya yang sebenar melaui rujukan
kepada sumber-sumber hukum lain.Pengunaan kaedah fiqah
tidak akan menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-
dua sumber utama tersebut amat penting untuk memahami
syariat dan muamalah manusia. Kaedah fiqah ini dapat
memberikan hukum secara cepat apabila sesuatu
permasalahan timbul.
PEGERTIAN/DEFINISI
Terdapat pelbagai pentakrifan menurut pandangan ulama dahulu dan
sekarang, Kaedah fiqah ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa
Arab, iaitu qawaid dan fiqh. Qawaid daripada kata jamakqaidah yang
bermaksud asas rumah, tapak atau prinsip (Zulekha Yusoff, 2011).
Perkataan kedua iaitufiqah ialah kumpulan kaedah atau formula bagi
menentukan hukum sesuatu perkara atau isu.
Menurut istilah syarak pula, kaedah fiqh ialah sesuatu hukum yang
secara umumnya terpakai kepada kebayakan masalah- masalah cabang.
Dalam istilah perundangan pula, kaedah fiqah disebut sebagai ‘principle’,
namun dibentuk dalam perkataan yang amat ringkas dan padat di samping
mempunyai makna yang luas bagi mencakupi semua masalah cabang atau
furu’ yang berkaitan dengannya. Furu’ membawa maksud prinsip-prinsip
fiqah yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi
hukum umum bersesuaian dengan bahagian-bahagiannya. Sebahagian
ulama mentakrifkan kaedah fiqah sebagai kaedah-kaedah hukum bersifat
umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis. Kaedah-
kaedah tersebut menjadi asas kepada kaedah yang dapat disesuaikan
dengan semua juz’iyyah atau menjadi cabang dalam perbahasan ilmu
fiqah sahaja.
Oleh itu, qawaid fiqhiyyah ialah kaedah fiqah dalam perundangan Islam
yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam tentang
kaedah hukum. Kaedah fiqah ini dilaksanakan selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW dan segala hukumnya tidak ada pembatalan lagi. Namun,
kaedah ini memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk luas dan mencakupi
pelbagai bidang untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang
berpandukan nas supaya mereka berijtihad.Qawaid fiqhiyyah yang terdapat
dalam Fiqh Islami bukan dicipta secara sekali gus seperti terbentuknya
undang-undang yang digubal oleh pihak tertentu, tetapi pemahamannya berupa
teks atau nas-nasnya yang digubal secara beransur-ansur ketika ilmu fiqah
sedang berkembang pesat sekitar kurun ketiga dan keempat Hijrah oleh tokoh-
tokoh ulama daripada beberapa mahab dalam kalanganahli Takhrij (ahli yang
tidak mampu ijtihad tetapi mempunyai kefahaman seperti imam al-Razi dan
lain-lain).
Qawaid Fiqhiyyah diwujudkan secara musyawarah (perbincangan),
percubaan dan penggilapan oleh tokoh-tokoh agung para fuqaha daripada
pelbagai mazhab ketika mendapatkan alas an dan dalil. Keistimewaan kaedah
fiqah ialah teksnya yang dibentuk dan disusun dalam beberapa kalimah
ringkas dan padat dalam lafaz umum. Sungguhpun ringkas dan padat,
maknanya sangat luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yang terperinci.
Kaedah fiqah tidak merangkumi kesemua masalah yang tertentu kerana boleh
dikatakan hampir setiap kaedah itu tidak boleh dipakai dalam masalah-masalah
tertentu yang dikecualikan daripadanya atas sebab-sebab tertentu (Mohd
Salleh, 1999). Kesimpulannya, kaedah fiqah merupakan suatu kaedah dalam
undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama dan fuqaha agar menjadi
asas untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam.
KONSEP ASAS KEADAH FIQH YANG
BERTEPATAN DENGAN SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
A.Setiap perkara bergantung pada tujuannya
Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu
perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama ada
pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya. Setiap amalan
yang dilakukan oleh mukalaf adalah bergantung pada niatnya.
Kaedah ini membuktikan bahawa niat amat penting dalam penentuan baik atau
buruk,dosa atau pahala dan mencapai reda Allah SWT atau tidak.
Asal rujukan utama kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Saidina
Umar al-Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud;
”Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap
orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang
hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya
karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang
ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia
niatkan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Niat didefinisikan sebagai maksud atau
tujuan bagi sesuatu perbuatan. Niat
diperlukan bagi membezakan antara
ibadat dengan adat, pahala atau dosa,
dan bermanfaat atau bermafsadah kepada
seseorang atau kumpulan. Sesuatu
amalan yang tidak disertai dengan niat
sebenarnya tidak diterima dan tidak
dinilai oleh Allah SWT dan
perundangan.
Maksud niat & kepentingannya
1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam
hati untuk melaksanakan sesuatu
perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan
antara ibadat dan adat,berpahala atau
berdosa, bermanfaat atau
bermafsadahkepada seseorang atau
kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau
kualiti ibadat seseorang samada
mendapat darjat amalan soleh
atauamalan toleh, mendapat status
sekadar membuat amalanatau mencapai
tahap seronok beramal, mendapat
balasansyurga atau mendapat status
reda Allah SWT. .
Perbincangan Kaedah
1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah SWT tidak perlukan niat kerana
ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagipenentuan
klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi membezakandengan solat sunat atau
niat solat zohur bagi membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti nazar dankaffarat
atau sunat contohnya puasa.
4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuanmencapai
status ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan memenuhisyarat-syarat
berikut :
i. Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati
syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang bolehmemudahkan
dan membantu kerja manusia.
ii. Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di
atashendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dansemasa.
Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampumenjadikan kerja
tersusun dan efektif
iii. Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang pentingsebagaimana
yang diminta oleh tujuan syariat. Contohnyamenyelamatkan nyawa ramai
manusia menjadi keutamaan dalammenghasilkan kenderaan berbanding
untuk tujuan keuntungan.
B.Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak
Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku ,
maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu
tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh
ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.
Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan
ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap
kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka
keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan
ada keyakinan baru yang dapat menghilangkannya.
Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud;
“Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa
rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan
tersebut dengan keyakinan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini pula firman Allah SWT dalam surah
Yunus;
Maksudnya;
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja.
Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai
kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”
(Surah Yunus Ayat 36)
Terdapat tujuh pecahan daripada kaedah ini, iaitu:
1. Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya
keraguan.
2. Secara asalnya sesuatu itu tiada.
3. Seseorang itu pada asalnya bebas daripada
tanggungjawab.
4. Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya
yang sebenar.
5. Sesiapa berkeadaan syak sama ada telah melakukan
atau tidak, maka ia patut menganggapnya tidak
melakukan.
6. Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling
hampir.
7. Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain
yang mengharamkan perkara tersebut.
1.Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan
• Bermaksud bahawa sesuatu perkara perlu diambil kira mengikut hukum asal yang
sedia ada. Contohnya, seseorang yakin bahawa dia masih lagi berwuduk,
kemudian dia syak atau ragu-ragu sama ada telah berhadas atau tidak.
• Justeru, dia perlu mengikut keadaan asalnya iaitu masih berwuduk kecuali dia
yakin bahawa dia telah berhadas.
• Dalam hal sebegini, jika dia benar benar yakin bahaa dia berhadas, maka dia
perlu melakukan perkara yang telah diyakini iaitu telah berhadas dan perlu
berwuduk semula.
• Dalam hal sebegini, kita patut menerima sesuau seadanya walaupun ia kurang
baik sebelum wujudnya sesuatu yang lebih baik daripadanya.
• Apabila telah ada sesuatu yang lebuh baik, maka kita perlu meninggalkan perkara
yang kurang baik dan mengambil perkara yang lebih baik itu.
2.Secara asalnya sesuatu itu tiada
• Kaedah ini membawa maksud bahawa asal segala sesuatu adalah tiada, iaitu
setiap sesuatu yang ada mestilah asalnya tiada.
• Terjadinya sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu itu wujud
• Sebagai contoh, penggunaan kanta lekap pada mata atau lebih dikenali sebagai
“contact lens”.
• Pada asalnya, si pengguna mempuyai sepasang mata yang sihat dan cukup kuat
untuk melihat, kemudian atas beberapa sebab si pengguna menjadi rabun dan
menggunakan kanta lekap untuk membantu penglihatan.
• Maka, perkara ini dianggap harus kerana pada asalnya adalah tiada kerana pada
awalnya si pengguna kanta lekap ini mempunyai sepasang mata yang sihat dan
tidak rabun.
3.Seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab
• Kaedah ini bermaksud secara asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang
tanggungjawab melainkan adanya sesuatu sebab tertentu yang menyebabkan dia
mempunyai tanggungjwab.
• Bebas daripada tanggungjawab adalah perkara asal dan terikat dengan
tanggungjawab adalah perkara yang datang kemudian.
• Contohnya, Ahmad meminta Bahri menyimpan dan menjaga computer ribanya
tanpa ada sebarang perjanjian mahupun bayaran. Kemudian, computer riba yang
berada dibawah jagaan Bahri telah hilang. Apabila perkara sebegini berlaku,
Ahmad menuduh Bahri cuai dalam menjaga computer ribanya.
• Jika dilihat dalam konteks islam, Bahri sebenarnya terlepas dari sebarang
tuduhan dan dakwaan.
• Namun, oleh kerana barang tersebut perlu dijaga dan disimpan dengan baik oleh
tuannya sendiri melainkan wujud bayaran dan perjanjian kerana bayaran tersebut
adalah perkara baharu yang mengikat akan tanggungjawabnya menjaga barang
tersebut.
• Sama juga dengan penciptaan sesuatu inovasi atau produk yang pada asalnya
seseorang itu mempunyai hak untuk bebas daripada tanggungjawab.
• Namun, apabila berlaku cetak rompak atau hasil tiruan atas hasil inovasi tersebyt,
maka dia perlu bertanggungjawab atas perkara itu.
4.Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya yang sebenar
• Maksud sebenar perkataan akan diambil kira jika satu pertikaian berlaku dalam
sesuatu perkara.
• Contohnya, dalam perihal mewakafkan harta.
• Jika seseorang mewasiatkan sebahagian harta kepada anaknya, maka tidak
bermaksud harta tersebut diwariskan kepada cucunya kerana maksud sebenar
perkataan tersebut adalah kepada anaknya sahaja.
5.Sesiapa berkeadaan syak sama ada telah melakukan atau tidak,
maka ia patut menganggapnya tidak melakukan
• Kaedah ini dapat dijelaskan melalui solat.
• Apabila seseorang berasa syak sama ada telah rukuk atau belum, maka dia
hendaklah mengambil keyakinan belum melakukannya
• Dalam hal sebegini, dia wajib mengulangi apa yang belum dia lakukan,
• Contoh lain adalah apabila seseorang itu ragu-ragu sama ada dia telah menutup
suis seterika yang digunakan atau belum lagi sebelum keluar rumah, maka dia
hendaklah masuk semula ke dalam rumah untuk memastikan perkara itu,
• Nah, sama bukan dengan isu solat yang saya tekankan sebentar tadi?
6.Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling hampir
• Seseorang itu mengambil wuduk di satu tempat biasa sebelum menunaikan solat.
• Kemudian setelah beberapa hari dia mendapat tahu tempat wuduk tersebut
mengandungi najis.
• Maka, dia tidak wajb mengganti semula atau qada solat pada hari hari sebelumya
kerana hal ini mengambil kira perkara yang sudah berlaku.
7.Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain yang
mengharamkan perkara tersebut
• Asal sesuatu hukum bagi sesuatu perkara adalah harus kecuali terdapat dalil yang
mengharamkannya.
• Contohnya, semua haiwan adalah halal dimakan melainkan adanya dalil yang
mengharamkannya.
• Sama juga dengan aktiviti dan hasil penciptaan dalam bidang sains, teknologi dan
kejuruteraan asalnya adalah harus melainkan ada nas atau dalil yang
mengharamkan kegunaan dan penciptaan tersebut.
• Contoh jelas dalam bidang telekomunikasi seperti aplikasi wechat, facebook,
twitter, Instagram, whatsapp, telegram, dan emel adalah harus hukum
penggunaannya.
• Namun penggunaannya adalah haram apabila disalahgunakan dengan menyebar
video lucah dan berbentyk pornografi, unsur keganasan, atau menyebar maklumat
palsu, fitnah dan sebagainya.
Perbincangan Kaedah
1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawapentingnya
keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinantersebut mestilah
berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiadakeraguan padanya.
2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan olehsyaitan
dan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan-gangguan yangdatangnya
daripada kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan jahat syaitan menjadikan
sesuatu perkara tidak pasti. Inilah punca pendirianmanusia kerap berubah dan
berlakunya pergeseran sesama manusia.
3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah inimenuntut suatu
keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar
mampumenghasilkankeputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.
4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan atau cubauntuk
memperdayakan saintis dengan hasutan kebendaan, kemahsyurandan
keuntungan pasti menjadi kekangan mereka menghasilkan rekaan,ciptaan dan
penyelidikan yang terbaik.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa segalausaha
mereka adalah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memeliharaagama, nyawa,
akal, keturunan dan harta manusia. Di samping itu hasilkerja mereka dapat
memberikan impak terbaik bagi keselesaan dankesempurnaan hidup manusia
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesusahan
tersebut tidak boleh menjadi
sebab untuk mewujudkan
kemudahan atau keringanan
atau rukhsah.Sekiranya dalam
hal tersebut dan semua perkara
diberi rukhsah, sudah
pasti manusia tidak akan hidup
sempurna. Antara lainnya,
dalam syariat terdapat
kesusahan yang tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan.
RUJUKAN
• AA209 sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam
https://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknologi_dan_Kejuruteraan_Dalam
_Islam
• Bab5:keadah fiqah dalam sains teknologi dan kejuruteraan
https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/bab-5kaedah-fiqah-dalam-sains-
teknologi.html?m=1
• bab5 mpu 23052
https://anyflip.com/ppeun/fqwa/basic
• Saturday,18 february 2017 setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan atau niat
http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/02/431-setiap-perkara-dinilai-
berdasarkan.html?m=1
• http://gadiselektronik.blogspot.com/2016/09/konsep-asas-kaedah-fiqah-yang.html?m=1
• https://www.studocu.com/my/document/kolej-universiti-islam-melaka/kaedah-
fiqh/keyakinan-tidak-boleh-dihilangkan-dengan-hanya-sekadar-syak-minggu-ke-
7/17124413
• Wednesday,11 january 2017 keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/01/keyakinan-tidak-boleh-
dihilangkan.html?m=1
KELAS DKM2C SESI 1 2021/2022