The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Lapangan Geogarfi Tingkatan 1 2021 (sisa domestik)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yiquan0131, 2021-11-12 06:56:58

Kerja Lapangan Geogarfi Tingkatan 1 2021

Kerja Lapangan Geogarfi Tingkatan 1 2021 (sisa domestik)

Keywords: Kerja Lapangan Geogarfi Tingkatan 1,sisa domestik

NAMA : TIAW YI QUAN
KELAS : I TERBILANG
GURU MATA PELAJARAN :
PN NUR JULIANA BINTI MAT ZIB @ MAT
ZAID
TAJUK KAJIAN : SISA DOMESTIK YANG
TERDAPAT DI TAMAN HARMONI,
BEDONG, KEDAH DARUL AMAN

1

Senarai kandungan Muka surat
1
Bil Tajuk 2-3
1 Tajuk kajian 4
2 Senarai kandungan 5
3 Abstrak 6-7
4 Penghargaan 8
5 Pengenalan
6 Objektif kajian 9-13
7 Lokasi kajian 14-15
8 Kaedah kajian
9 Dapatan kajian 16-18

i) Jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di 19-22
Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman
ii) Kesan pembuangan sisa domestik yang tidak
terancang di Taman Harmoni, Bedong, Kedah
Darul Aman

2

Bil Tajuk Muka surat
23-27
iii) Langkah untuk mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara terancang di 28-29
Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman 30
iv)Temu bual 31

10 Rumusan 32-33

11 Rujukan

12 Lampiran

3

Abstrak
SISA DOMESTIK YANG TERDAPAT DI TAMAN HARMONI, BEDONG, KEDAH DARUL AMAN
Kajian ini bertajuk Sisa Domestik yang Terdapat di Taman Harmoni, Bedong,

Kedah Darul Aman. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis sisa
domestik yang terdapat di kawasan perumahan, mengkaji kesan pembuangan sisa
domestik yang tidak terancang di kawasan perumahan dan membincangkan langkah
untuk mengurangkan pembuangan sisa domestik secara terancang di Taman Harmoni,
Bedong, Kedah Darul Aman. Kajian ini dijalankan di Taman Harmoni, Bedong, Kedah
Darul Aman yang melibatkan 20 orang responden dan 3 orang informen yang berbilang
bangsa, berlainan jantina dan tinggal di Taman Harmoni selama lebih daripada 10
tahun. Kaedah kajian yang diguanakan ialah pemerhatian, rujukan, soal selidik dan
temu bual. Daripada dapatan kajian, sampah pepejal, sampah kitar semula dan sisa
organik merupakan jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di Taman Harmoni, Bedong,
Kedah Darul Aman. Pembuangan sisa domestik yang tidak terancang akan
mendatangkan impak negatif iaitu pencemaran alam sekitar dan wabak penyakit.
Langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara terancang
haruslah dilakukan dengan segera iaitu amalan 5R dan penggunaan teknologi terkini
untuk pengurusan sisa domestik. Kesimpulannya, terdapat banyak jenis sisa domestik
yang terdapat di kawasan perumahan, kesan pembuangan sisa domestik merata-rata
dan langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara terancang di
Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman. Melalui kajian ini, diharapkan agar rakyat
menyedari tentang kesan pembuangan sisa domestik merata-rata di kawasan
perumahan dan melalukan langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik di kawasan perumhan dengan segera.

4

Penghargaan
Saya bersyukur kerana dapat mengumpul segala maklumat

yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan. Dalam saya menyiapkan kajian ini, saya
telah terhutang budi kepada beberapa orang individu yang telah
memberikan bantuan, sokongan dan kerjasama yang sangat baik
kepada saya.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibu saya iaitu Puan
Low Poh Chin. Beliau telah banyak memberikan sokongan moral dan
bantuan dari segi kewangan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
guru mata pelajaran Geografi, Cikgu Juliana binti Mat Zib@ Mat Zaib
kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan tanpa
rasa jemu kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan kepada 20 orang
responden yang telah mengisi borang soal selidik yang saya sediakan.
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada 3 orang informen yang sudi
membuat temu bual bersama dengan saya. Dengan kerjasama yang
sangat baik yang telah diberikan, saya dapat menyiapkan tugasan yang
telah ditetapkan dengan sempurna.

5

Pengenalan
Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap

hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap
individu. Jumlah itu dianggarkan terus meningkat seiring pertambahan
populasi penduduk dan lebih membimbangkan, ia akan menyumbang
kepada ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara.Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp), Dr Mohd Pauze Mohamad Taha berkata
tindakan dan tanggungjawab perlu diambil semua orang ke arah
mengurangkan penjanaan sisa setiap hari kerana kos dikeluarkan
kerajaan untuk pengurusan sampah amat tinggi.

Golongan yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah golongan
penduduk Taman Harmoni, Bedong, Kedah. Penduduk yang terlibat
adalah dikategorikan sebagai dewasa dan dapat berfikir secara matang.
Dalam kalangan penduduk, penduduk mempunyai tiga kategori iaitu
remaja, dewasa dan warga tua. Tempat yang menjadi lokasi kajian ialah
Taman Harmoni, Bedong, Kedah. Kebanyakan penduduk Taman Harmoni
tidak menguruskan sampah sarap dengan baik. Ada sesetengah penduduk
Taman Harmoni membakar sampah sarap secara terbuka.

6

Rasional kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti
jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di Taman Harmoni, Bedong,
Kedah.Bagi mengetahui dan memahami pelbagai jenis sisa domestik,
kajian ini telah dilakukan. Selain itu, untuk mengkaji kesan
pembuangan sisa domestik di Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul
Aman serta menyenaraikan langkah untuk mengurangkan pembuangan
sisa domestik di Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman secara
terancang, kajian ini telah dijalankan.

7

Objektif kajian
Antara objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :
i) Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di Taman Harmoni,

Bedong, Kedah Darul Aman.
ii) Mengkaji kesan pembuangan sisa domestik yang tidak terancang di Taman

Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman.
iii) Membincangkan langkah untuk mengurangkan pembuangan sisa domestik

secara terancang di Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman.

8

Lokasi kajian

9

Bedong merupakan sebuah bandar kecil (Pekan) yang
terletak di dalam daerah Kuala Muda, di negeri Kedah,
Malaysia. Bedong terletak di laluan Jalan Alor Setar-Sungai
Petani iaitu 12 km ke utara bandar Sungai Petani. Majoriti
penduduk di kawasan ini adalah kaum Melayu kemudian
diikuti dengan Cina dan India. Kawasan Bedong dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid,
balai polis, stesen petrol, klinik kesihatan, kedai makan,
kedai runcit dan lain-lain kemudahan.

10

11

12

Taman Harmoni merupakan sebuah taman perumahan
yang terletak di Bedong, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu
negeri di utara Malaysia. Terdapat sebuah tokong besar yang
bernama Hooi En Fat Yean. Tempat ini juga dijadikan sebagai
dewan untuk mengadakan majlis terutama semasa musim
perayaan. Di samping itu, terdapat beberapa buah kedai runcit
dan restoran bertentangan dengan Hooi En Fat Yean.Selain itu,
terdapat sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan
tempat tinggal pengkaji.

13

Kaedah kajian

i) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian akan digunakan untuk membuat pengumpulan
maklumat.Dalam kaedah ini, pengkaji akan mengunjung ke tempat
kajian untuk mengetahui jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di
Taman Harmoni, Bedong, Kedah.

ii) Soal selidik
Kaedah soal selidik merupakan salah satu cara untuk mengenai jenis-
jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan perumahan, kesan
pembuangan sisa domestik yang tidak terancang dan langkah untuk
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara terancang di
Taman Harmoni, Bedong, Kedah. Borang soal selidik akan dibuat
dalam Google Form dan diedarkan kepada 20 orang penduduk
tempatan.

14

iii) Temu bual
Kaedah temu bual digunakan untuk mengenai jenis-jenis sisa domestik
yang terdapat di kawasan perumahan, kesan pembuangan sisa
domestik yang tidak terancang dan langkah untuk mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik secara terancang di Taman Harmoni,
Bedong, Kedah. Kaedah secara tidak formal telah digunakan untuk
menemu bual 3 orang penduduk Kampung Baru, Bedong dan setiap
soal temu bual mengambil masa dua puluh minit hingga tiga puluh
minit.

iv) Rujukan
Kaedah rujukan turut akan digunakan dalam menjalankan kajian.
Kajian ini dimulakan dengan mendapatkan bahan bertulis. Contohnya,
buku, akhbar, dan majalah akan digunakan untuk membantu dalam
kajian ini. Selain itu, sumber internet bagi mendapatkan maklumat
mengenai jenis-jenis sisa domestik yang seringkali terdapat di
Malaysia.

15

Jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di Taman Harmoni, Bedong,
Kedah Darul Aman

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam
terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin,
lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik.

16

Bil Jenis (Standard Operation Ada Tiada
Procedure) SOP
f% f%
1 Sampah pepejal 20 100 00
2 Sampah kitar semula 20 100 00
3 Sisa organik 20 100 00

1. Sampah Pepejal

Menurut kajian, terdapat semua penduduk Taman Harmoni (100%)

menghasilkan sampah pepejal dalam kehidupan harian.

Sampah pepejal boleh dikelaskan termasuk dalam jenis sisa domestik.

Ia dipecahkan menjadi seperti berikut:

* Sisa Plastik

-Jenis sisa domestik ini terdiri daripada beg, bekas, balang, botol dan

banyak lagi produk lain yang boleh didapati di sekitar rumah anda.

-Plastik tidak boleh terbiodegradasi, tetapi banyak jenis plastik boleh

dikitar semula.

* Sisa Kertas / Kad

-Jenis sisa domestik ini termasuk bahan pembungkusan, surat khabar,

kadbod dan produk lain. Kertas amat mudah dikitar semula dan

digunakan semula. 17

*Kalung Dan Logam
-Jenis sisa domestik ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk di seluruh
rumah anda. Kebanyakan logam boleh dikitar semula.
*Seramik dan kaca
-Jenis sisa domestik ini boleh dikitar semula dengan mudah. Cari tong
sampah kitar semula khas untuk membuangnya dengan cara yang betul.

2. Sampah Kitar Semula
Menurut kajian, terdapat semua penduduk Taman Harmoni (100%)
menghasilkan sampah kitar semula dalam kehidupan harian.
Sampah kitar semula termasuk semua barang buangan yang boleh ditukar
menjadi produk yang boleh digunakan lagi juga tergolong dalam sisa
domestik. Barangan pepejal seperti kertas, logam, perabot dan sisa organik
semuanya boleh dikitar semula.

3. Sisa organik
Menurut kajian, terdapat semua penduduk Taman Harmoni (100%)
menghasilkan sisa organik dalam kehidupan harian.
Sisa organik merupakan jenis sisa domestik yang sering kita lihat di kawasan
perumahan yang lain juga. Semua sisa makanan lebihan, sisa taman,
kotoran dan daging busuk diklasifikasikan sebagai jenis sisa domestik
bersifat organik. Dari masa ke masa, je1n8is sisa domestik ini akan menjadi
baja oleh penghuraian mikroorganisma.

Kesan pembuangan sisa domestik yang tidak terancang di Taman
Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman

Bil Kesan pembuangan sisa Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat Setuju

domestik yang tidak setuju f%
00
terancang

f% f%f %
4 20 16 80
1 Pencemaran alam sekitar 0 0 4 20 16 80
13 65 7 35
2 Wabak penyakit 0 0 0 0
12 60 8 40
3 Peningkatan kos 0 0 0 0
penyelenggaraan

4 Banjir kilat 0 0 0 0

19

*Pencemaran alam sekitar
Menurut kajian, majoriti penduduk Taman Harmoni iaitu sebanyak 16
orang (80%) sangat bersetuju bahawa pembuangan sisa domestik merata-
rata akan menyebabakan pencemaran alam sekitar manakala minoriti
penduduk dengan jumlah 4 orang (20%) penduduk bersetuju dengan kesan
ini.
• Pembuangan sampah sarap secara langsung akan menyebabkan
pencemaran, seperti:
(a) Pencemaran air
Sumber air terutamanya sungai akan tercemar apabila sampah sarap
dibuang ke kawasan sumber air
(b) Pencemaran udara
Udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan
sampah
(c) Pencemaran bau
Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau

20

*Wabak Penyakit
Menurut kajian, majoriti penduduk Taman Harmoni iaitu sebanyak 16 orang
(80%) sangat bersetuju bahawa pembuangan sisa domestik yang tidak
terancang akan menyebabakan wabak penyakit manakala minoriti penduduk
dengan jumlah 4 orang (20%) penduduk bersetuju dengan kesan tersebut.
• Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan lalat
• Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, malaria, zika dan rotavirus.

*Peningkatan Kos Penyelenggaraan
Menurut kajian, terdapat 13 orang penduduk tempatan (65%) bersetuju
bahawa pembuangan sisa domestik yang tidak terancang akan menyebabkan
peningkatan kos penyelenggaraan manakala 7 orang penduduk tempatan (35%)
sangat bersetuju dengan kesan ini.
• Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan
yang diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).
• Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan kos
penyelenggaraan tapak pelupusan, baik pulih kemusnahan, perawatan air
tercemar dan gaji pekerja pembersihan.

21

Banjir Kilat
Menurut kajian, terdapat 12 orang penduduk tempatan (60%)
bersetuju bahawa pembuangan sisa domestik yang tidak terancang
akan menyebabkan banjir kilat berlaku manakala 8 orang penduduk
tempatan (40%) sangat bersetuju dengan kesan ini.
• Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa
domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan
aliran air tersekat.
• Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak
sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

22

Langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara terancang di
Taman Harmoni, Bedong, Kedah Darul Aman

Bil Langkah untuk mengurangkan Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat Setuju

kesan pembuangan sisa setuju f%
00
domestik 00
00
f% 00 f%f %
00 5 25 15 75
1 Amalan 5R 0 0
8 40 12 60
2 Penggunaan teknologi terkini 0 0 10 50 10 50
10 50 10 50
3 Penguatkuasaan undang-undang 0 0 11 55 9 45

4 Pendidikan 0 0
5 Kempen 0 0

23

*Amalan 5R
Menurut kajian, majoriti penduduk Taman Harmoni iaitu sebanyak 15 orang penduduk
(75%) sangat bersetuju bahawa amalan 5R dapat mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik secara terancang manakala minoriti penduduk Taman Harmoni iaitu
seramai 5 orang penduduk (25%) bersetuju terhadap langkah ini.
• Penerapan amalan 5R, iaitu kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse), kitar semula
(Recycle),fikir semula (Rethink) dan baiki (Repair),dapat mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik. Masyarakat seharusnya dididik untuk memahami konsep
amalan berkenaan.

24

*Penggunaan Teknologi Terkini
Menurut kajian, terdapat 12 orang penduduk
tempatan (60%) sangat bersetuju bahawa
penggunaan teknologi terkini dapat
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
secara terancang manakala terdapat 8 orang
penduduk (40%) bersetuju terhadap langkah
tersebut.
• Loji Waste to Energy (WtE)
- Merupakan teknologi terkini yang mampu
mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak
pelupusan sehingga 85%.
- Teknologi WtE juga mampu mengurangkan
pencemaran bau berbanding tapak pelupusan
sedia ada, mengurangkan masalah bau dan isu
leachate (air larut resap).
-Bagaimanapun, kebanyakan loji (WtE) di
Malaysia, berdepan masalah untuk melupuskan
sampah basah secara sempurna, selain isu
pencemaran alam sekitar membabitkan
pelepasan gas dan bahan kimia berbahaya serta
cecair larut resap.
• Penciptaan pinggan daripada ubi kayu dapat
menggantikan pinggan polistirena dan
25 mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.

*Penguatkuasaan Undang-undang
Menurut kajian, terdapat 10 orang penduduk tempatan (50%) sangat bersetuju
bahawa penguatkuasaan undang-undang dapat mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara terancang manakala terdapat 10 orang
penduduk (50%) bersetuju terhadap langkah ini.
• Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang
berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang
lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
• Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat
untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.

*Pendidikan
Menurut kajian, terdapat 10 orang penduduk tempatan (50%) sangat bersetuju
bahawa pendidikan dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
secara terancang manakala terdapat 10 orang penduduk (50%) bersetuju
terhadap langkah tersebut.
• Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan kepada
generasi muda terutama dari peringkat awal.
• Mata pelajaran geografi dan sains dapat memupuk kesedaran dalam kalangan
murid.
• Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti
tambahan di sekolah.

26

*Kempen
Menurut kajian, seramai 11 orang penduduk tempatan (55%) sangat
bersetuju bahawa membanyakkan kempen dapat mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara terancang manakala terdapat 9 orang
penduduk (45%) bersetuju terhadap langkah ini.
• Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan
kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
• Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai
media sosial.
• Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti
Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai
Kita.
- Sebagai contoh, kerajaan menguatkuasakan caj 20 sen kepada pengguna
plastik selepas berurusan di premis perniagaan. Langkah ini adalah
lanjutan daripada kempen tanpa beg plastik yang dilaksanakan setiap hari
Sabtu. Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan sisa buangan plastik.

27

Temu bual

Informen yang bernama Lau Yen Yen menyatakan bahawa keluarga
beliau akan menghasilkan pelbagai sisa domestik seperti sampah pepejal,
sampah kitar semula dan domestik. Beliau juga akan membuang sampah sarap
yang terdapat di rumah ke dalam beg plastik sampah dan membuang sampah
sarap ke dalam tong sampah besar pada setiap hari. Beliau juga memberitahu
bahawa terdapat minoriti penduduk tempatan membakar sampah sarap secara
terbuka disebabkan kemalasan mereka dalam pengurusan sisa domestik. Beliau
berpendapat bahawa perlakuan ini haruslah dilaporkan kepada pihak berkuasa
tempatan untuk menyelesaikan masalah ini.

Seorang informen lelaki Cina yang bernama Tiaw Song Peng juga
memberitahu bahawa keluarga beliau akan menghasilkan pelbagai sisa domestik
dan beliau akan mengasingkan sampah kepada tiga kategori iaitu sampah
pepejal, sampah kitar semula dan sisa domestik. Beliau akan menghantar
sampah kitar semula ke tapak pelupusan sampah sarap. Beliau juga akan
mengambil sisa domestik untuk membuat baja organik. Beliau memerhati
terdapat sesetengah penduduk tempatan membuang sisa domestik merata-rata
menyebabkan kekotoran alam sekeliling dan terdapat banyak lalai di kawasan
perumahan. Beliau berharap agar kerajaan tempatan haruslah
menguatkuasakan undang-undang agar semua penduduk tempatan dapat
menyedari kepentingan pengurusan sisa domestik secara terancang.

28

Selain itu, terdapat seorang informen yang bernama Jayaseelan
menyatakan bahawa keluarganya akan menghasilkan pelbagai sisa domestik
dan dia akan membuang sisa domestik ke dalam tong sampah besar. Dia
memerhati bahawa pekerja-pekerja dari Pihak Berkuasa Tempatan akan
mengutip sampah sarap pada setiap hari Isnin dan Khamis. Dia memberitahu
bahawa terdapat minoriti penduduk tempatan tidak mengetahui tentang
kegunaan tong sampah kitar semula. Mereka hanya membuang sampah sarap
merata-rata tanpa pengasingan sampah kitar semula iaitu kertas, kaca,
plastik, tin aluminium dan sebgainya. Dia berpendapat bahawa pihak kerajaan
haruslah membanyakkan kempen kesedaran supaya memberi kesedaran dan
mendidik penduduk tempatan agar dapat menguruskan sisa domestik dengan
baik.

29

Rumusan
Secara kesimpulan, didapati bahawa terdapat pelbagai jenis sisa

domestik , kesan pembuangan sisa domestik secara tidak terancang serta
langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di Taman
Harmoni, Bedong, Kedah. Kajian ini dapat dijalankan dengan lancar
dengan kerjasama daripada responden dan informen.

Melalui kajian ini, pengkaji mengetahui tentang jenis-jenis sisa
domestik yang terdapat di Taman Harmoni iaitu sampah pepejal, sampal
kitar semula, dan sisa organik. Selain itu, pengkaji juga menyedari
bahawa pembuangan sisa domestik secara tidak terancang membawa
kesan buruk terhadap kita iaitu pencemaran, wabak penyakit,
peningkatan kos penyelenggaraan dan berlakunya banjir kilat. Di samping
itu, pengkaji juga mengetahui tentang langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara terancang di
Taman Harmoni iaitu melakukan amalan 5R, menggunakan teknologi
terkini, menguatkuasakan undang-undang, membanyakkan kempen dan
melalui pendidikan.

Ahkir sekali, diharap semua pembaca dan rakyat dapat menyedari
tentang kesan buruk jika pembuangan sisa domestik merata-rata dan
melakukan usaha untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
secara terancang dengan segera.

30

Rujukan
1. Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. 2016. Geografi Tingkatan
1. Kuala Lumpur : Era Visi Sdn.Bhd.

2. Siti Nur Diyana Mahmud. “Kempen kesedaran mesti diperkasa galak masyarakat tak guna beg
plastik” dlm Berita Harian. Dicapai pada Januari 22, 2017 dari
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/01/237990/kempen-kesedaran-mesti-diperkasa-
galak-masyarakat-tak-guna-beg-plastik

3. Suhaila Shahrul Annuar. “Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari” dlm Berita Harian.
Dicapai pada Jun 16, 2019 dr
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-37890-
tan-sisa-setiap-hari

4. Lau Jing Hui. “Amalan 5R” dlm Buku Scrap, anyflip. Dicapai pada November 27, 2020 dari
https://anyflip.com/kyuhv/ahvs/basic

5. Ahmad Suhael Adnan. “Teknologi baharu loji insinerator lupus sampah secara sempurna” dlm
Berita Harian. Dicapai pada Mac 17, 2021 dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/797007/teknologi-baharu-loji-
insinerator-lupus-sampah-secara-sempurna

6. Zulrina. Jenis-jenis sisa domestik di kawasan perumahan. https://bidadari.my/jenis-sisa-
domestik/

7. Tiaw Yi Quan. Borang soal selidik Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1. Dicapai pada Oktober
29, 2021. https://forms.gle/WxFxxZctLeVbEr958

31

Lampiran

Foto 1 : Tong sampah yang terdapat di
setiap buah rumah
Sumber : Lapangan kerja 2021

32

33


Click to View FlipBook Version