SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)
TAKLIMAT
KOKURIKULUM
ORENTASI TINGKATAN 1
2021
PENDAHULUAN
Assalamualaikum wm wbt dan salam sejahtera.
Tahniah kerana anda berjaya mendaftar sebagai salah seorang daripada murid di
SMK Putrajaya Presint 11(1) ini. Setiap tahun, permohonan yang dibuat untuk
masuk ke sekolah ini sentiasa meningkat. Ini membuktikan sekolah ini adalah di
antara sekolah pilihan para ibubapa kerana pelbagai faktor. Selain daripada faktor
akademik dan sahsiah murid, pencapaian kokurikulum sekolah ini juga menjadi
tarikan untuk ibubapa melihat kelebihan dan keistimewaan sekolah ini dan
seterusnya menjadikannya sekolah pilihan untuk anak-anak mereka. Tahniah dan
syabas kepada warga baru Eleven One.
Bagi memudahkan Unit Kokurikulum SMK Putrajaya Presint 11(1)
menjelaskan isu-isu berkaitan dengan unit ini, maka kaedah soalan lazim
digunakan untuk menjawab isu-isu tersebut. Murid-murid juga diingatkan
sentiasa peka dan ambil perhatian dengan pengumuman dan info terkini yang
disalurkan oleh unit kokurikulum secara terus atau melalui perantaraan guru kelas
masing-masing.
SOALAN LAZIM TENTANG KOKURIKULUM SMK PUTRAJAYA
PRESINT 11(1)
1. Apakah maksud kokurikulum?
Jawapan:
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah
2. Adakah semua murid perlu terlibat dengan aktiviti kokurikulum di
sekolah?
Jawapan :
Semua murid yang berdaftar di sekolah ini adalah wajib menyertai aktiviti
kokurikulum sebagaimana yang telah diatur oleh Unit Kokurikulum
sekolah ini.
3. Apakah akibat jika murid tidak menyertai apa-apa aktiviti
kokurikulum di sekolah?
Jawapan:
Penyertaan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah berdasarkan
arahan atau ketetapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sekiranya murid tidak mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah
(ponteng), maka murid tersebut dianggap melakukan salahlaku disiplin dan
boleh dikenakan tindakan yang sesuai. Selain itu, perbuatan tersebut boleh
menjejaskan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
kokurikulum (PAJSK) murid berkenaan dan akan menjejaskan pula
peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
4. Apakah unit-unit yang perlu disertai oleh murid-murid di SMK
Putrajaya Presint 11(1)?
Jawapan:
Terdapat tiga komponen utama kokurikulum yang wajib disertai oleh
setiap murid iaitu:
i. Sukan dan Permainan
ii. Pasukan Badan Beruniform
iii. Kelab dan Persatuan
5. Boleh terangkan secara terperinci setiap komponen tersebut?
Jawapan:
Penerangan terperinci setiap komponen di atas adalah seperti berikut:
i. Terdapat 11 jenis Sukan dan Permainan yang terdapat di SMK
Putrajaya Presint 11(1) iaitu:
Bola sepak/ Futsal
Bola Baling
Badminton
Sepak Takraw
Bola Jaring
Permainan Dalaman & Catur
Bola Tampar
Ragbi
Boling
Ping Pong
Bola Keranjang
ii. Terdapat 10 jenis Pasukan Badan Beruniform (PBB) di SMK
Putrajaya Presint 11(1) iaitu:
Puteri Islam
Kadet Polis
Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Bulan sabit Merah Malaysia (BSMM)
Kadet Bomba & Penyelamat
Kadet Sekolah Pertahanan Awam ( KASPA)
Pandu Puteri
Pengakap Malaysia
Silat Cekak Pusaka Hanafi
Taekwando
iii. Terdapat 22 jenis Kelab dan Persatuan yang terdapat di SMK
Putrajaya Presint 11(1) iaitu:
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Inggeris
Persatuan Bahasa Jepun (Hanya untuk kelas bahasa jepun)
Persatuan Agama Islam
Persatuan Stream
Kelab Rukun Negara
Kelab Pelancongan
Kelab Kompang
Kelab Nasyid
Kelab Robotik Dan Reka Bentuk Teknologi
Kelab Kitar Semula Dan Alam Sekitar
Kelab Muzik
Kelab Seni
Kelab Fotografi
Kelab Pengguna & Koperasi
Kelab Doktor Muda
Kelab Komputer
Kelab Kerjaya
Kelab Rakan Pembaca & Wartawan Muda
Kelab Keselamatan Jalanraya
Kelab KKQ & Bahasa Arab ( Hanya untuk kelas KAA)
Kelab Falak / Astronomi
6. Bagaimanakah cara untuk memilih unit-unit tersebut?
Jawapan:
Setiap murid dikehendaki mendaftar satu unit sahaja dalam setiap
komponen kokurikulum yang disenaraikan di atas. Contohnya, Mohd
Ashraf mendaftar untuk menyertai Bola Sepak bagi Kompenan Sukan &
Permainan, Kadet Polis untuk kompenan Pasukan Badan Beruniform dan
Kelab Astronomi/ Falak bagi kompenan Kelab & Persatuan. Murid-murid
dinasihatkan membuat pilihan yang tepat berdasarkan minat, kemahiran
dan kecenderungan masing-masing, bukan kerana mengikut kawan-kawan
dan sebagainya. Oleh kerana setiap unit mumpunyai bilangan ahli yang
dihadkan, murid-murid diminta mendaftar awal apabila pendaftaran
dibuka.
7. Bagaimanakah pendaftaran unit-unit tersebut akan dilaksanakan?
Jawapan:
Pendaftaran kokurikulum akan dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum
secara atas talian (online). Pautan atau link google form akan diberikan
melalui guru kelas masing-masing.
8. Bilakah pendaftaran akan dibuka?
Jawapan:
Pendaftaran akan mula dilaksanakan pada minggu kedua persekolahan.
Namun begitu tarikh sebenar akan dimaklumkan melalui guru kelas
masing-masing.
9. Bagaimanakah aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan semasa
Pandemik Covid19 sedang melanda di negara kita?
Jawapan:
Setakat ini, pihak KPM tidak memberikan kebenaran untuk dilaksanakan
aktiviti kokurikulum secara bersemuka. Namun begitu aktiviti
kokurikulum masih boleh dilaksanakan secara atas talian/ maya dan
berdasarkan kreativiti guru-guru penasihat dengan bantuan daripada unit
kokurikulum sekolah. Selain itu, pihak JPWP Putrajaya, sebagaimana
tahun lepas diharapkan dapat melaksanakan pelbagai pertandingan yang
sesuai dengan norma baru, untuk disertai oleh murid-murid.
10. Sekiranya saya pernah menyertai sesuatu pertandingan semasa di
sekolah rendah dahulu, tetapi jenis pertandingan tersebut tiada dalam
senarai unit kokurikulum di sekolah ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan:
Terdapat beberapa jenis sukan yang tidak dimasukkan dalam senarai sukan
dan permainan di sekolah ini. Namun begitu, ianya dimasukkan sebagai
jenis sukan elit seperti memanah, sukan air, e-spot dan sebagainya. Oleh
itu, anda dikehendaki memaklumkan kebolehan, kemahiran dan bakat
istimewa anda tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum atau unit
Kokurikulum sekolah agar dapat diberikan keutamaan dalam
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh KPM dan agensi luar.
11. Bagaimana pula dengan rumah sukan?
Jawapan:
Setiap murid akan diberikan rumah sukan masing-masing berdasarkan
nombor rekod pendaftaran sekolah dan tidak dibenarkan menukarnya tanpa
kebenaran. Rumah sukan tersebut ialah Rumah Pendekar ( Merah), Rumah
Pahlawan (Hijau), Rumah Panglima ( Ungu), Rumah Perwira ( Biru) dan
Rumah Petriot ( Kuning). Rumah sukan tersebut akan kekal sehingga
murid menamatkan persekolahan atau berpindah ke sekolah lain.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Unit Kokurikulum
SMK Putrajaya Presint 11(1)