The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahmohamed72, 2021-06-28 13:11:28

SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

Maksud ▪ Rangkap 1:

▪ Penyajak telah membuat perancangan pada dirinya,

iaitu untuk keluar daripada kepompong kesusahan
hidupnya. Dia perlu menghadapi pelbagai cabaran
yang mendatang.

Maksud ▪ Rangkap 2:

▪ Penyajak tidak mahu pemikirannya terkongkong

sebaliknya akan memikirkan perihal susah senang bagi
mengelakkan dirinya daripada dipermain-mainkan.

Maksud ▪ Rangkap 3:

▪ Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh

penyajak dalam kehidupan. Kesemuanya itu untuk
menguji keimanannya.

Maksud ▪ Rangkap 4:

▪ Dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpedaya juga

oleh tipu muslihat yang begitu licik. Penyajak bernasib
baik kerana cepat sedar akan tipu muslihat tersebut

Maksud ▪ Rangkap 5:

▪ Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika

berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia juga perlu
berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka akan
terjadi dalam kehidupannya.

Maksud ▪ Rangkap 6:

▪ Penyajak tidak lagi berasa takut oleh halangan dan

rintangan yang memburuk-burukkannya.

Maksud ▪ Rangkap 7:

▪ Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul,

penyajak akan mengambil pendekatan yang terbaik
bagi menanganinya.Penyajak memiliki pendirian
tersendiri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang
telah dilakukan sebelum ini.

Maksud ▪ Rangkap 8:

▪ Banyak peristiwa pahit manis telah ditempuh oleh

penyajak sepanjang kehidupannya.Dalam usia yang
sudah meningkat tua, penyajak mengingatkan dirinya
agar tidak lagi mempersia-siakan kehidupan
sebaliknya mengisi masa tersebut untuk menambahkan
amal ibadat kepada Tuhan.

Tema

Ketabahan seorang insan untuk menghadapi dugaan hidup

Persoalan ▪ 1. Perlunya perancangan dan persediaan untuk

mengharungi cabaran hidup.

▪ 2. Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat dan

pancaroba.

▪ 3. Keinginan untuk tidak mengulangi kesilapan.

▪ 4. Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa kehidupan.

▪ 5. Kekuatan diri untuk melawan musuh.

▪ 6. Keyakinan untuk menghadapi masa depan apabila

memiliki pendirian yang teguh.

▪ 7. Keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Gaya Bahasa ▪ 1. Anafora. Contohnya,aku berlatih menangkis angin,

aku berlatih memunggah awan.

▪ 2. Metafora. Contohnya, kebun diriku.

▪ 3. Sinkope. Contohnya, yang tak diduga klimaksnya.

▪ 4 personifikasi. Contohnya, ombak gelora menampar

pantai aman.

▪ 5. Asonansi. Contohnya, aku tanam saujana rancangan

(perulangan vokal a).

▪ 6. Aliterasi. Contohnya, peristiwa datang peristiwa

pergi.

Nada

Melankolik

Nilai ▪ 1. Rasional. Contohnya,penyajak mempunyai

perancangan agar hidupnya tidak susah lagi.

▪ 2. Kebebasan.Contohnya,penyajak tidak mahu

kehidupannya dipermain-mainkan.

▪ 3. Kebijaksanaan.Contohnya,penyajak akan berhujah

dengan dirinya sebelum membuat sesuatu keputusan.

▪ 4. Keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan

mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum
ini.

Nilai ▪ 5. Berwaspada.Contohnya, penyajak sedar akan tipu

daya dan akan lebih berwaspada pada masa akan
datang.

▪ 6. Penghargaan. Contohnya,penyajak tidak mahu hidup

ini dipersia-siakan.

▪ 7. Ketaatan. Contohnya,penyajak akan menjadi insan

yang taat kepada Tuhan.

Pengajaran ▪ 1. Kita hendaklah rasional dalam mengambil sesuatu

tindakan.

▪ 2. Kita perlulah berfikir semasak-masaknya sebelum

mengambil sesuatu keputusan.

▪ 3. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita

lakukan sebelum ini.

▪ 4. Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat pihak

lawan.

▪ 5. Kita hendaklah menghargai umur yang diberikan

oleh Tuhan.

▪ 6. Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan.


Click to View FlipBook Version