The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahmohamed72, 2021-06-12 11:00:36

SAJAK KUDUP PERANG

SAJAK KUDUP PERANG

SAJAK KUDUP PERANG



MAKSUD ▪ Rangkap 1: Penyajak mengingatkan bahawa seseorang

yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa
membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam.
Walau bagaimamapun,penyajak masih berasa
berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati
kehidupan sambil mencari – cari pahlawan sejati.

MAKSUD ▪ Rangkap 2:

▪ Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup dalam

zaman perbalahan dan penuh dengan angkara. Oleh
itu, dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan
orang yang membunuh pendusta.

MAKSUD ▪ Rangkap 3:

▪ Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai

pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang
tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah
tidak akan bersikap saksama walaupun adanya
pendustaan sehingga sanggup membiarkan
kesengsaraan berlaku di kota.

MAKSUD ▪ Rangkap 4:

▪ Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai

pengkhianat kerana dia masih mengingat perjuangan
Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat
telah dianggap suci.

MAKSUD ▪ Rangkap 5:

▪ Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh

dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan
kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga
membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang
damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa-sisa
kehidupan yang damai amatlah sukar.

MAKSUD ▪ Rangkap 6:

▪ Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat

masih bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar
antara Tuah dengan Jebat.

TEMA ▪ Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin

dalam menerajui sesebuah organisasi

PERSOALAN ▪ 1. Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam.

▪ 2. Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan

dan pengkhianat.

▪ 3. Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar

yang telah membunuh pendusta.

▪ 4. Sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah

yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan.

▪ 5. Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh

pendustaan.

▪ 6. Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu

yang menghapuskan kebenaran.

▪ 7. Peperangan membawa kepada kesengsaraan yang

sukar dipulihkan.

GAYA BAHASA ▪ Inversi. Contohnya sesekali turut direnttakan daki

pendusta.

▪ Personifikasi. Contohnya, putik dendam.

▪ Metafora. Contohnya, peta keadilan.

▪ Simile. Contohnya,seperti perawan

▪ Hperbola. Contohnya,menjungkitkan amarah.

▪ Unsur alam. Contohnya,kelopak, lautan

▪ Bahasa Klasik. Contohnya, kesumat, perawan.

▪ Asonansi. Contohnya, mengudupkan putik dendam

(perulangan vokal u).

▪ Aliterasi. Contohnya, bercabang lalu bertemu bayu

palsu (perulangan konsonan b).

NILAI ▪ 1. Keberanian. Contohnya,penyajak berani mencari

jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan
pengkhianat.

▪ 2. Keadilan. Contohnya,Tuah dan Jebat hendaklah

diadili dengan saksama..

▪ 3. Keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa

peperangan dan perbalahan akan menggugat
kedamaian hidup.

▪ 4. Kerajinan. Contohnya,usaha yang gigih untuk

membina kebahagiaan hidup semula selepas
peperangan perlu dilakukan.

PENGAJARAN ▪ 1. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan

yang sahih agar kita tidak tersilap membuat
keputusan..

▪ 2. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak

melakukan kezaliman.

▪ 3. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan

perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan.

▪ 4. Kita mestilah gigih berusaha dan bersungguh-

sungguh untuk membina kebahagiaan supaya hidup
lebih bermakna.


Click to View FlipBook Version