GELANGGANG
MAKSUD
• Rangkap 1:
• Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampu,
negara ini telah berjaya dimerdekakan dengan adanya persepakatan antara
kaum di negara ini.
MAKSUD
• Rangkap 2:
• Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal
inilah yang dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Oleh itu, generasi
kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan
negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat krstabilan negara.
Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum
mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.
MAKSUD
• Rangkap 3:
• Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan
maruah negara. Tidak ada sikap tolak terhadap anasir-anasir yang cuba
menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-
ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.
MAKSUD
• Rangkap 4:
• Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan
pertelingkahan sesama sendiri.
MAKSUD
• Rangkap 5:
• Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan
negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara menjadi aman
dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya kita mencurahkan
sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.
TEMA
• Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.
PERSOALAN
• 1. Perjuangan generasi dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.
• 2. Kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat untuk menjaga keamanan
negara.
• 3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.
• 4. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara.
• 5. Kerjasama semua pihak dalam membangunkan negara.
GAYA BAHASA
• 1. Kata puitis – Contohnya, Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina
dari kering at dan air mata.
• 2. Anafora. Contohnya, kita pelihara, kita mempertahankan.
• 3. Metafora. Contohnya, gelanggang keramat..
• 4. Perlambangan. Contohnya, pewaris gelanggang bermaksud rakyat di
negara ini.
GAYA BAHASA
• Repitis. Contohnya, kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak
ini.
• 6. Asonansi. Contohnya, jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri
sendiri. (Vokal i diulang sebanyak 8 kali).
• 7. Aliterasi. Contohnya, elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
NILAI
• 1. Cinta akan tanah air. Contohnya, nilai ini perlu dipupuk dalam diri semua
warganegara..
• 2 . Mengenang jasa. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan
negara perlu kita hargai.
• 3 Perpaduan. Contohnya, kemerdekaan yang dikecapi kini hasil perpaduan
kaum di negara ini.
NILAI
• 4. Ketaatan. Contohnya, taat setia kepada negara perlulah tidak berbelah
bahagi..
• 5. Pengorbanan. Contohnya, pejuang kemerdekaan dahulu berani berkorban
nyawa demi negara tercinta.
• 6. Tanggungjawab. Contohnya, rakyat bertanggungjawab menjaga kedaulatan
negara daripada ancaman anasir luar.
PENGAJARAN
• 1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.
• 2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita
yang berusaha memerdekakan negara ini.
• 3. Rakyat perlu bersatu padu demi keharmonian negara.
• 4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara.
• 5. Rakyat bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman
luar.