The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahmohamed72, 2021-07-27 22:17:39

CERPEN HIPERTENSI

CERPEN HIPERTENSI

z

HIPERTENSI

z

SINOPSIS

▪ Aiman Aqil yang amat meminati bidang penerokaan sains
angkasa lepas yang sedang berehat di banglo keluarganya di
lereng bukit yang gondol akibat penerokaan dan pembangunan
teringat peristiwa perdebatan semasa kelas Sains tentang Teori
Graviti antara dia dengan Cikgu Faridah. Dia digelar cikgunya
professor kerana kepintaran dan daya fikirnya yang tinggi serta
matang berbanding rakan-rakan yang lain.

z

SINOPSIS

▪ Namun begitu Aiman sering dimarahi oleh ayahnya sehingga
dirotan akibat mengganggu adik-adiknya, Fadilah Fatin dan
Azilah Atiqah dan dia juga menyakat kawan-kawannya kerana
mereka lambat menyelesaikan latihan Matematik. Aiman sering
berhalusinasi menjadi angkasawan yang menaiki kapal angkasa
Soyuz mendarat di bulan untuk menjalankan kajian saintifik di
Stesen Angkasa Antarabangsa.

z

SINOPSIS

▪ Apabila meningkat remaja, Aiman yang sering ditampar oleh
ayahnya menjadi gagap sehingga dia terpaksa menjalani tetapi.
Pada suatu hari Aiman terdengar suara yang mengajaknya agar
kembali ke alam nyata lalu Aiman menyedari kesilapannya yang
terlalu jauh berimaginasi.

z

TEMA

▪ Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa

z

PERSOALAN

▪ 1. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya..
▪ 2. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
▪ 3. Rasional dalam membuat sebarang keputusan.
▪ 4. Pengorbanan seorang guru terhadap anak murid.
▪ 5. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian.
▪ 6. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampu.

z

WATAK DAN PERWATAKAN

▪ Watak utama – Aiman Aqil
▪ 1. Seorang yang pintar.
▪ 2. Seorang yang suka menyakat orang lain.
▪ 3. Seorang yang suka memberontak.
▪ 4. Seorang yang pendendam.
▪ 5. Seorang yang bercita-cita tinggi.
▪ 6. Seorang yang insaf.

z

WATAK DAN PERWATAKAN

▪ Watak sampingan-ayah Aiman.
▪ 1. Seorang yang bengis dan garang..
▪ 2. Seorang yang bertanggungjawab
▪ 3. Seorang yang penyayang.

z

WATAK DAN PERWATAKAN

▪ Watak sampingan – ibu Aiman
▪ 1. Seorang yang penyayang..
▪ 2. Seorang yang taat kepada suami.
▪ 3. Seorang yang penyabar.

z

WATAK DAN PERWATAKAN

▪ Watak sampingan - Cikgu Faridah.
▪ 1. Seorang yang berdedikasi.
▪ 2. Seorang yang bijak melihat potensi murid.
▪ 3. Seorang yang cepat marah.

z

LATAR TEMPAT

▪ 1. Sekolah.
▪ 2. Rumah banglo.
▪ 3. Stesen Angkasa Antarabangsa.
▪ 4. Ruang udarakasa bulan.
▪ 5. Pohon kelapa dara di penjuru banglo.

z

LATAR MASA

▪ 1. Waktu siang.
▪ 2. Waktu pagi.
▪ 3. Zaman sekolah rendah.
▪ 4. Zaman remaja.

z

LATAR MASYARAKAT

▪ 1. Masyarakat yang bercita-cita tinggi.
▪ 2. Masyarakat yang bijak dalam pelajaran.
▪ 3. Masyarakat yang penyayang.
▪ 4. Masyarakat yang bertanggungjawab.
▪ 5. Masyarakat yang berpendirian tegas.
▪ 6. Masyarakat yang insaf.
▪ 7. Masyarakat pendidik.

z

PLOT

▪ 1. Eksposisi - Aiman berehat di banglo keluarganya
▪ 2. Perkembangan – Perdebatan antara Aiman dengan Cikgu

Faridah tentang Teori Graviti pada waktu Sains.
▪ 3. Perumitan – Aiman teringat peristiwa dia ponteng sekolah

kerana bosan dan selalu dimarahi kerana mengganggu kawan-
kawan dan adik-adiknya. Akibatnya Aiman telah dirotan oleh
ayahnya.

z

PLOT

▪ 4. Klimaks – Aiman yang suka berimaginasi sebagai
angkasawan telah ditampar oleh ayahnya sehingga dia menjadi
gagap dan terpaksa menjalani terapi

▪ 5. Peleraian – Aiman tersedar daripada angan-angan.

z

TEKNIK PLOT

▪ 1. Pemerian – Contohnya penulis memerihalkan keadaan Aiman
Aqil sewaktu dia dilahirkan

▪ 2. Dialog – Contohnya perdebatan antara Aiman dengan Cikgu
Faridah tentang Teori Graviti.

▪ 3. Imbas Kembali – Contohnya Aiman teringat kisahnya ketika
belajar di sekolah dan selalu ponteng kerana bosan.

▪ 4. Imbas muka – Contohnya Aiman membayangkan dia telah
berjaya memperoleh ijazah bidang aeroangkasa.

z

TEKNIK PLOT

▪ 5. Kejutan – Contohnya Aiman yang dirotan oleh bapanya
kerana sering mengganggu rakan sekelasnya

▪ 6. Saspens – Contohnya pembaca tertanya-tanya akan
kesudahan perdebatan antara Aiman dengan Cikgu Faridah

▪ 7. Monolog dalaman – Contohnya Aiman bertanya kepada
dirinya sama ada dia selamat berlepas dan mendarat di Stesen
Angkasa Antarabangsa atau tidak.

z

GAYA BAHASA

▪ 1. Istilah sains – Contohnya planet,
▪ 2. Bahasa Inggeris – Contohnya genius
▪ 3. Repitisi – Contohnya Tidak ada udara. Tidak ada air.
▪ 4. Personifikasi – Contohnya Sang suria memuncaki ubun-ubun.
▪ 5. Simile – Contohnya Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun

lamanya.
▪ 6. Metafora – Contohnya tasik hati.
▪ 7. Inversi – Contohnya Perlahan-lahan Aiman bangun.

z NILAI

▪ 1. Kasih sayang
▪ 2. Kebijaksanaan.
▪ 3. Belas kasihan..
▪ 4. Dedikasi
▪ 5. Tanggungjawab
▪ 6. Kesabaran
▪ 7. Rasional
▪ 8. Kebersihan mental dan fizikal.

z

PENGAJARAN

▪ 1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
▪ 2. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan masalah..
▪ 3. Kita mestilah amanah dalam melaksanakan tugas.
▪ 4. Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi masalah.
▪ 5. Kita mestilah rasional dalam sesuatu tindakan.
▪ 6. Kita perlulah mementingkan Kebersihan mental dan fizikal.


Click to View FlipBook Version