The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ELEANOR XAVIERA MASUIL, 2021-01-18 03:48:53

RBT Tahun 5 Modul PBL

RBT Tahun 5 Modul PBL SKTs

SEKOLAH KEBANGSAAN TANSAU PUTATAN

MODUL PROJECT BASED LEARNING
REKA BENTUK & TEKNOLOGI
TAHUN 5

5.0 Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan

NAMA : _______________________________

KELAS : _______________________________

GURU M/P : _______________________________

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

MATA PELAJARAN PROJECT BASED LEARNING
KELAS
BIDANG : Reka Bentuk & Teknologi
TAJUK : Tahun 5
UNIT : Teknikal
KEMAHIRAN UTAMA : Reka Cipta ‘My Dream House’ menggunakan tenaga boleh baharu
KEMAHIRAN PELENGKAP : 5.0 Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
MATA PELAJARAN LAIN : Mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mereka cipta
DISEDIAKAN OLEH : Penggunaan pengetahuan sains dan teknologi serta komunikasi
SEKOLAH : Sains, TMK
JANGKA MASA PROJEK : Eleanor Xaviera Masuil
: SK Tansau Putatan, Penampang
: 3 Minggu

FAKTA DUNIA SEBENAR :

1. Tenaga boleh baharu ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya
matahari, angin dan air.

2. Teknologi tenaga boleh baharu adalah seperti: tenaga solar dan hidroelektrik

Standard Kandungan : 5.1 Reka Bentuk Produk Menggunakan Tenaga Boleh
Standard Pembelajaran Baharu.

Objektif : 5.1.1 Menyatakan takrif dan sumber tenaga boleh baharu.
Kriteria Kejayaan 5.1.2 Menerangkan kepentingan tenaga boleh baharu dalam
kehidupan.
5.1.3 Melakar reka bentuk produk yang menggunakan tenaga
boleh baharu.
5.1.4 Menilai lakaran yang dipilih dan membuat
penambahbaikan.
5.1.5 Menerangkan peralatan dan bahan yang akan digunakan
untuk menghasilkan produk yang menggunakan tenaga
boleh baharu.
5.1.6 Mengira dan membuat anggaran kos bahan bagi produk
yang akan dihasilkan
5.1.7 Membina produk yang menggunakan tenaga boleh
baharu berdasarkan lakaran.
5.1.8 Membentangkan produk yang menggunakan tenaga
boleh baharu yang dihasilkan.

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyenaraikan sumber tenaga boleh baharu.
2. Membincangkan kepentingan tenaga boleh baharu
dalam kehidupan.
3. Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk produk
yang akan dihasilkan.
4. Menganalisis lakaran dan membuat penambahbaikan.
5. Menghasilkan produk menggunakan tenaga boleh
baharu berdasarkan lakaran secara kreatif.
6. Membuat persembahan produk yang dihasilkan secara
kreatif, kemas dan boleh dicontohi.

: Menghasilkan Projek Reka Bentuk ‘My Dream House’
menggunakan tenaga boleh baharu seperti kincir angin,
kincir air, tenaga solar dan membuat pembentangan dalam
kelas atau dalam bentuk Video mengikut kreativiti.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

A) PENGENALAN PROJEK

Project Based 1. Murid wajib MENGHASILKAN PROJEK bertajuk MY DREAM
Learning HOUSE menggunakan tenaga boleh baharu mengikut
kreativiti murid.
REKA BENTUK &
TEKNOLOGI 2. Murid perlu mereka bentuk RUMAH IDAMAN dari
Tahun 5 bahan-bahan persekitaran / bahan kitar semula.

3. Contoh projek boleh dilihat pada lampiran.

4. Perkara-perkara yang perlu ada dalam penghasilan
projek:
 Lakaran reka bentuk rumah.

 Bahan-bahan yang perlu disediakan/ digunakan seperti
sel solar, motor, gear, bateri, mentol, LED, pemegang
bateri, wayar dan suis.

 Proses penghasilan rumah idaman dari bahan
persekitaran/ bahan kitar semula.

 Murid diingatkan supaya mengamalkan langkah
keselamatan dan amalan kerja yang baik sepanjang
aktiviti dijalankan.

 Mempersembahkan / membentang hasil reka bentuk
di dalam kelas atau dalam bentuk video ringkas
berserta penerangan ringkas berkaitan rumah
idaman yang dihasilkan.

 Hasil Reka Bentuk My Dream House dan
pembentangan / Video perlu dibuat secara kreatif
dan berinovasi.

5. Via WhatsApp Google Meet/dalam kelas:
 Sumbangsaran dengan murid mengenai perkara
penting penghasilan projek.

 Perbincangan tentang perkara atau langkah-langkah
dalam penghasilan projek.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

B) LANGKAH-LANGKAH MENYIAPKAN PROJEK / AKTIVITI

FASA PERTAMA 1. Murid membaca dan memahami SEMUA arahan yang
Memulakan projek diberi oleh guru dalam menyiapkan projek.

FASA KEDUA 2. Rujuk contoh-contoh projek yang dilampirkan.
Merancang Projek 3. Ibubapa harus membantu anak-anak dalam menyiapkan

FASA KETIGA projek..
Menghasilkan Projek
4. Dokumentasi: Ambil gambar sebagai bukti pelaksanaan
projek Fasa Pertama

1. Murid mula merancang dan membuat lakaran rumah

idaman yang akan dihasilkan.

2. Murid digalakkan untuk melihat contoh projek

penghasilan reka bentuk rumah daripada pelbagai

sumber:
 Buku Teks RBT Tahun 5.
 Majalah
 Suratkhabar
 Internet (Youtube, google, yahoo, pinterest).
 Bimbingan ibubapa/ adik-beradik/ saudara-mara.

3. Dokumentasi: Ambil gambar sebagai bukti pelaksanaan
projek Fasa Kedua

1. Murid mula menghasilkan projek ‘My Dream house’

menggunakan tenaga boleh baharu mengikut kreativiti

sendiri.
2. Ibubapa dibenarkan membantu dan membimbing

anak-anak sepanjang penghasilan projek.
3. Guru boleh membimbing murid secara dalam talian (jika

perlu) dan sentiasa mengikuti perkembangan projek
murid.
4. Jangka masa menyiapkan projek adalah selama TIGA
MINGGU.

5. Dokumentasi: Ambil gambar sebagai bukti pelaksanaan
projek Fasa Ketiga.

FASA KEEMPAT 1. Murid MESTI membentang/ mempersembahkan hasil
Hasil Projek PROJEK MY DREAM HOUSE dalam bentuk Video Ringkas
atau membentang di dalam kelas.

2. Murid dinasihatkan untuk menyimpan hasil projek dan
hantar kepada guru RBT semasa kembali ke sekolah
(selepas cuti persekolahan).

3. Guru RBT akan membuat aktviti pembentangan khas
setiap murid selepas cuti persekolahan (sekiranya murid
tidak membuat video).

4. Guru RBT akan memilih Projek Reka Bentuk Kreatif Terbaik

‘My Dream House’ di kalangan murid.

DOKUMENTASI 1. Hasil Projek semua murid akan dikumpul dan disimpan
PROJEK dalam satu e-fail atau folio khas.

2. Panitia RBT akan memberi hadiah dan penghargaan
kepada murid yang menghasilkan Projek Reka Bentuk
Kreatif Terbaik ‘My Dream House’.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

C) PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

I. Penilaian dan Pentaksiran oleh Guru

 Guru menggunakan rubrik ini untuk menentukan Tahap Penguasaan murid.
 Guru menggunakan borang Senarai Semak dan Gambar-gambar/ video aktiviti-aktiviti

untuk menentukan Tahap Penguasaan murid.

KRITERIA PERATUS

1. Rekabentuk Keseluruhan Projek 5
1.1 Menepati tajuk 5
1.2 Keaslian 10
1.3 Kreativiti 10
1.4 Kefungsian/ kukuh
30

2. Proses 5
(Bagaimana data dikumpul, diinterpretasi dan dibuat 5
kesimpulan) - Gambar 5
2.1 Proses Perancangan 5
2.2 Proses Pelaksanaan
2.3 Proses Penilaian Kendiri Murid
2.4 Hasil Projek

3. Aplikasi 20
3.1 Kemahiran TMK / Sains
3.2 Nilai Estitika 5
5
4. Pengetahuan 10
4.1 Menepati standard kandungan
4.2 Menepati standard pembelajaran 10
10

5. Persembahan 20
5.1 Persembahan video / Pembentangan di kelas
5.2 Kelancaran komunikasi 10
10
JUMLAH MARKAH 20
100

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

II. Penilaian dan Pentaksiran diisi oleh murid (Kendiri)

Rubrik Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi Projek:

 Murid menggunakan rubrik ini untuk menentukan Tahap Penguasaan sendiri.
 Gunakan borang Senarai Semak dan Lembaran Pentaksiran Kendiri atau Refleksi

untuk menentukan Tahap Penguasaan anda

Tahap Penguasaam Huraian Kriteria
1
 Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada
(sangat terhad)
sumber yang sangat terhad dan tidak berkaitan dengan projek.
2
(terhad)  Projek yang saya hasilkan adalah sama dengan kerja sekolah

yang selalu diberikan oleh guru.

 Projek yang saya hasilkan tidak mengikut tempoh masa yang

ditetapkan.

 Saya tidak dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan

dengan projek ini.

 Projek ini tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan sebenar

saya.

 Saya tidak mempunyai matlamat yang jelas dan tidak ada

pelan perancangan untuk menghasilkan projek ini.

 Projek yang saya hasilkan tidak lengkap.
 Saya jarang berfikir untuk memperbaiki kualiti projek.
 Saya jarang memperbaiki cara saya belajar.
 Saya jarang bertanya guru, rakan atau ahli keluarga semasa

menyiapkan projek ini.

 Saya jarang mengamalkan sikap yang baik semasa menyiapkan

projek ini.

 Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada
sumber yang terhad.

 Maklumat atau bahan kurang sesuai dengan tajuk pelajaran
untuk merancang projek.

 Projek ini kurang berkaitan dengan kehidupan sebenar saya.
 Saya mempunyai matlamat yang kurang jelas dengan pelan

perancangan yang kurang lengkap untuk menghasilkan projek
ini.
 Projek yang saya hasilkan kurang lengkap dan kurang kemas.
 Projek yang saya hasilkan kurang mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
 Projek yang saya hasilkan kurang mengikuti langkah-langkah
yang ditetapkan.
 Saya hanya dapat menyelesaikan sedikit masalah semasa
menyiapkan projek ini.
 Saya kurang berfikir untuk memperbaiki kualiti projek ini.
 Saya kurang memperbaiki cara saya belajar.
 Saya kurang bertanya guru, rakan atau ahli keluarga semasa
menyiapkan projek ini.
 Saya kurang mengamalkan sikap yang baik semasa
menyiapkan projek ini.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

3  Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada
(memuaskan) sumber yang terhad.

4  Maklumat atau bahan yang saya kumpul sesuai dengan tajuk
(baik) pelajaran untuk membantu saya merancang projek dengan
kadar yang memuaskan.

 Projek ini mempunyai sedikit kaitan dengan kehidupan sebenar
saya.

 Saya mempunyai matlamat yang jelas, pelan perancangan
yang lengkap untuk menghasilkan projek ini.

 Projek yang saya hasilkan lengkap dan kemas.
 Saya dapat melaksanakan aktiviti projek mengikut tempoh

masa yang ditetapkan.
 Saya kurang mengikuti langkah-langkah serta menyelesaikan

masalah semasa menghasilkan projek.
 Kadang kala saya berfikir untuk memperbaiki kualiti projek.
 Kadang kala saya memperbaiki cara saya belajar.
 Saya selalu bertanya guru, rakan atau ahli keluarga semasa

menyiapkan projek ini.
 Saya mengamalkan sikap yang baik semasa menyiapkan projek

ini.

 Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada
pelbagai sumber.

 Maklumat atau bahan yang saya kumpul sesuai dengan tajuk
pelajaran untuk membantu saya merancang projek dengan
baik.

 Projek ini mempunyai kaitan dengan kehidupan sebenar saya.
 Saya mempunyai matlamat yang jelas, pelan perancangan

yang jelas dan lengkap untuk menghasilkan projek ini.
 Projek yang saya hasilkan lengkap dan kreatif.
 Saya dapat melaksanakan aktiviti projek mengikut tempoh

masa yang ditetapkan.
 Saya mengikuti langkah-langkah dengan betul serta

menyelesaikan masalah dengan baik semasa menghasilkan
projek.
 Saya akan berfikir untuk memperbaiki kualiti projek yang saya
hasilkan.
 Saya berusaha memperbaiki cara saya belajar.
 Saya kerap bertanya guru, rakan atau ahli keluarga agar lebih
memahami cara menyiapkan projek ini.
 Saya sentiasa mengamalkan sikap yang baik semasa
menyiapkan projek ini.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

5  Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada
(sangat baik) pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

6  Maklumat atau bahan yang saya kumpul sesuai dengan tajuk
(cemerlang) pelajaran untuk membantu saya merancang projek ini dengan
berkesan dan baik.

 Projek ini mempunyai kaitan dengan kehidupan sebenar saya.
 Saya mempunyai matlamat yang sangat jelas, pelan

perancangan yang jelas, lengkap dan boleh dicapai untuk
menghasilkan projek ini.
 Projek yang saya hasilkan adalah asli, kreatif dan memberi
impak serta sesuai terhadap orang lain.
 Saya dapat melaksanakan aktiviti projek mengikut tempoh
masa yang ditetapkan.
 Saya mengikuti langkah-langkah dengan tepat dan betul serta
menyelesaikan masalah dengan tersusun dan baik.
 Saya sentiasa berfikir untuk memperbaiki kualiti projek yang saya
hasilkan.
 Saya sentiasa memperbaiki cara saya belajar.
 Saya kerap bertanya guru, rakan atau ahli keluarga dengan
bahasa yang betul serta beradab semasa menyiapkan projek
ini.
 Saya mengamalkan sikap yang baik sepanjang masa
menyiapkan projek ini.

 Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada
pelbagai sumber yang boleh dipercayai dan benar.

 Maklumat atau bahan yang saya kumpul sesuai dengan tajuk
pelajaran untuk membantu saya merancang projek dengan
berkesan dan cemerlang.

 Projek ini mempunyai kaitan dengan kehidupan sebenar saya.
 Saya mempunyai matlamat yang sangat jelas, pelan

perancangan yang jelas, lengkap, boleh dicapai, teratur dan
boleh dicontohi.
 Projek yang saya hasilkan adalah asli, kreatif dan memberi
impak yang tinggi terhadap orang lain serta boleh dicontohi.
 Saya dapat melaksanakan aktiviti projek mengikut tempoh
masa yang ditetapkan.
 Saya mengikuti langkah-langkah dengan tepat, betul dan
tersusun serta menyelesaikan masalah dengan cekap dan
berkesan.
 Saya dapat berfikir dengan mendalam untuk memperbaiki
kualiti projek yang saya hasilkan.
 Saya sentiasa memperbaiki cara saya belajar.
 Saya kerap bertanya guru, rakan atau ahli keluarga dengan
bahasa yang betul dan berkesan, penuh keyakinan dan
beradab semasa menyiapkan projek ini.
 Saya mengamalkan sikap yang cemerlang dengan berterusan

serta boleh dicontohi.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

a) Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak (Diisi oleh murid)

Fasa TARIKH TAHAP PENGUASAAN CATATAN SAYA
PENTAKSIRAN / SAYA 3456
 Projek ini kurang berkaitan
PENILAIAN 12
KENDIRI dengan kehidupan sebenar
saya.
1
 Projek yang saya hasilkan
2
kurang mengikuti langkah-
3 langkah yang ditetapkan.

 Saya kurang berfikir untuk

memperbaiki kualiti projek.

 Projek ini mempunyai kaitan
dengan kehidupan sebenar
saya.

 Projek yang saya hasilkan
lengkap dan kreatif.

 Saya akan berfikir untuk
memperbaiki kualiti projek yang
saya hasilkan.

 Saya berusaha memperbaiki
cara saya belajar.

 Projek ini mempunyai kaitan
dengan kehidupan sebenar
saya.

 Saya mempunyai matlamat
yang jelas, pelan perancangan
yang jelas dan lengkap untuk
menghasilkan projek ini.

 Saya dapat melaksanakan
aktiviti projek mengikut tempoh
masa yang ditetapkan.

 Saya mengikuti langkah-
langkah dengan betul serta
menyelesaikan masalah
dengan baik semasa
menghasilkan projek.

 Saya akan berfikir untuk
memperbaiki kualiti projek yang
saya hasilkan.

 Saya berusaha memperbaiki
cara saya belajar

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

4  Projek yang saya hasilkan
Contoh pengisian Senarai Semak oleh murid: adalah asli, kreatif dan memberi
impak serta sesuai terhadap
orang lain.

 Saya mengikuti langkah-
langkah dengan tepat dan
betul serta menyelesaikan
masalah dengan tersusun dan
baik.

 Saya sentiasa berfikir untuk
memperbaiki kualiti projek yang
saya hasilkan.

 Saya sentiasa memperbaiki
cara saya belajar.

 Saya kerap bertanya guru,
rakan atau ahli keluarga
dengan bahasa yang betul
serta beradab semasa
menyiapkan projek ini.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

b) Lembaran Pentaksiran Kendiri atau Refleksi (Disi oleh murid)

Apa? Mengapa? Bagaimana? Kesan/Akibat?

Apakah Mengapakah Bagaimanakah kamu tahu yang Apakah pengajaran yang
kemahiran kamu kamu sudah memahami tajuk kamu peroleh setelah
yang kamu mempelajari ini? mempelajari kemahiran ini
pelajari? kemahiran dan berjaya menghasilkan
ini? projek?

Contoh pengisian Lembaran Pentaksiran oleh murid:

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

c) Instrumen Bergambar Aktiviti berserta Penerangan Ringkas (Disediakan oleh murid)

Gambar Proses Gambar Proses Gambar Proses Gambar
Perancangan Pelaksanaan Penilaian Hasil Projek
Kendiri

Contoh Laporan Bergambar oleh murid:

Proses Perancangan Proses Pelaksanaan
Mencari maklumat Menyedia bahan, melakar dan
berkaitan projek di internet menyiapkan reka bentuk projek

Proses Penilaian Kendiri Hasil Projek
Menilai dan Rupa bentuk projek yang telah disiapkan

menambahbaik projek

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

D) Contoh Projek
NOTA PENTING:

● Murid MESTI membentang projek yang telah siap dalam bentuk Ulasan Persembahan

Video atau Ulasan Pembentangan di kelas masing-masing.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

E) Panduan Kerja Buat:
1. Murid-murid dan ibubapa/ penjaga/ pembimbing perlu memahami terlebih dahulu

nota berkaitan dengan tajuk/topik/tema.
2. Fahami arahan yang terdapat di bahagian Langkah-langkah Menyiapkan Projek /

Aktiviti.
3. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah untuk memahami tajuk / arahan,

murid-murid digalakkan untuk mendapatkan bimbingan daripada guru RBT.
4. Laksanakan kehendak aktiviti pada Fasa Pertama.
5. Setelah itu, isi Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak (Diisi oleh murid) - Fasa 1.
6. Setelah Fasa Pertama dilaksanakan, beralih ke Fasa Kedua (dan ulangi lPanduan 4)

dan seterusnya fasa demi fasa.
7. Murid-murid wajib mengambil gambar setiap fasa untuk dokumentasi projek.
8. Ibu bapa digalakkan untuk membantu murid-murid untuk menyiapkan Modul PBL RBT

tersebut.

9. Murid-murid juga digalakkan untuk merujuk contoh projek daripada pelbagai sumber:

Buku teks / youtube / google /yahoo/ pinterest/ majalah/ suratkhabar.

10. Sekiranya semua fasa telah dilaksanakan, jawab Lembaran Pentaksiran Kendiri
atau Refleksi (Disi oleh murid).

11. Modul PBL RBT ini hendaklah disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh
guru iaitu TIGA MINGGU.

12. Setelah menyiapkan projek, murid boleh menghantar projek kepada guru RBT untuk
rekod dan semakan.

13. Selamat melaksanakan Modul PBL RBT.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

F) Senarai Istilah Reka Bentuk & Teknologi (RBT)

Bil. Istilah Penerangan

1 Project Based Learning Proses pembelajaran murid berlaku

(PBL) berdasarkan pengalaman atau isu dunia

sebenar melalui pengalaman menyiapkan

projek.

2 Modul RBT Untuk menguji sejauh mana murid dapat

menguasai standard pembelajaran bagi tajuk

yang dipelajari.

3 Standard Kandungan Mewakili tajuk yang merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai.

4 Standard Pembelajaran Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan

boleh dicapai oleh murid

5 Maklumat dan Rujukan Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk

Tambahan

6 Tempoh pelaksanaan Jangka masa yang diberi untuk melaksanakan

tugasan.

7 Panduan Kerja buat Rujukan kepada ibu bapa / penjaga bagi

membantu anak / jagaan mereka melaksanakan

kaedah modul ini.

8 Tenaga boleh baharu Tenaga yang dijana daripada sumber

semulajadi seperti cahaya suria, angin, hujan,

ombak dan geoterma. Teknologi-teknologi

tenaga boleh diperbaharui termasuklah kuasa

suria, hidroelektrik, biojisim dan bahan bakar bio.

9 Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,

dan nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara.

10 Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan,

pengalaman, kemahiran dan nilai serta

memberi justifikasi.

11 Mereka cipta Menghasilkan idea, produk atau kaedah

yang kreatif dan inovatif.

12 Kreativiti Kreativiti adalah kebolehan menggunakan
imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan
13 Inovasi menjana idea atau mencipta sesuatu yang
14 Penilaian dan baharu atau asli melalui ilham atau gabungan
idea yang ada.
Pentaksiran
15 Bahan Kitar Semula Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti
melalui ubah
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
Satu proses untuk mengukur tahap penguasaan
(maklumat prestasi pembelajaran) seseorang
murid dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran.
Bahan yang dapat dikitar semula contohnya
kaca, kertas, kadbod, logam, plastik, tayar dan
lain-lain. Bahan-bahan ini kemudian akan
digunakan semula untuk pembuatan produk
baru.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan

Bil. Istilah Penerangan
16 Sumbangsaran
satu kaedah untuk mendapatkan alternatif
penyelesaian masalah atau dikenali sebagai
percambahan fikiran di mana semua orang
dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran
dan pendapat terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan.

17 Instrumen Pentaksiran Murid menggunakan senarai semak ini untuk

Senarai Semak Murid menentukan Tahap Penguasaan diri sendiri

terhadap tajuk yang dipelajari.

18 Lembaran Pentaksiran Murid menggunakan lembaran ini untuk

Kendiri atau Refleksi menentukan Tahap Penguasaan dan

Murid pemahaman diri sendiri terhadap tajuk yang

dipelajari.

19 Instrumen Bergambar Murid menggunakan gambar-gambar untuk

Aktiviti berserta memudahkan penerangan berkaitan aktiviti

Penerangan Ringkas yang telah dilaksanakan.

20 Sel solar Sel solar atau Panel suria berfungsi untuk

menyerap cahaya matahari sebagai sumber

tenaga bagi menghasilkan tenaga

elektrik atau haba (Tenaga boleh baharu).

21 Motor Komponen untuk mengerakkan gear pada
projek.

22 Gear Komponenuntuk menggerakkan set roda
penggerak.

23 LED Komponen yang memancarkan cahaya setelah
menerima arus elektrik.

24 Pemegang Bateri Tapak untuk meletakkan bateri pada kerangka.

25 Mentol Komponen yang menghasilkan tenaga cahaya
26 Wayar apabila elektrik melaluinya.
27 Suis
Membenarkan tenaga elektrik mengalir melalui
litar.

Komponen yang melengkapkan atau
memutuskan litar.

Modul PBL RBT Tahun 5: Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Disediakan oleh Eleanor Xaviera Masuil, SK Tansau Putatan


Click to View FlipBook Version