PERIBAHASA KUMPULAN 2 : 1. PRESTON JILL 5 TANJUNG 2. MUHAMMAD ZIQRI 3 MELATI 3. MUHAMMAD ZHAIRIE 3 KENANGA 4. SHAFIQA 3 MELATI 5. MARISSA 3 KRK 1
PERIBAHASA : - suatu susunan kata atau ayat - mempunyai maksud tertentu - dalam bentuk kiasan,berlapik dan mempunyai pengertian tersirat. - bentuk luahan sindiran dan pengajaran - digunakan oleh nenek moyang secara kiasan - diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman.
JENIS-JENIS PERIBAHASA : •Simpulan Bahasa •Perumpamaan •Bidalan •Pepatah •Perbilangan
JENIS-JENIS PERIBAHASA : • Simpulan Bahasa – kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan dalam susunan tertentu dan membawa maksud tertentu. • Perumpamaan – susunan kata yang mengandungi kata tersurat dan tersirat. Seperti umpama, bagai, laksana, ibarat. • Bidalan – berfungsi sebagai nasihat dan mempunyai dua lapis. Tidak didahului dengan kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. • Pepatah - mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat. • Perbilangan – di susun berangkap- rangkap seperti ikatan puisi. Terdiri daripada dua baris atau lebih.
CONTOH SIMPULAN BAHASA a) Panjang tangan- Suka mencuri b) Periuk nasi- Punca pencarian c) Buruk siku- sudah diberi, diambil balik d) Ikat perut- Berjimat makan dan minum e) Kaki bangku- Tidak tahu bermain misalnya bola.
CONTOH PERUMPAMAAN YANG DISEBUT PERBANDINGAN a. Seperti katak di bawah tempurung b. Umpama kaca dengan permata c. Bagai pungguk rindukan bulan d. Ibarat air di daun keladi e. laksana katak diharung ular. CONTOH PERUMPAMAAN YANG TIDAK DISEBUT PERBANDINGAN a. Diberi betis hendak paha b. Genggam bara api samapi jadi arang. c. Sehari selembar benang, lama- lama menjadi kain.
CONTOH BIDALAN: · Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan · Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. · Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. · Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri. · Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
CONTOH PEPATAH Diam ubi berisi, diam besi berkarat - orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. Ditelan mati emak, diluah mati bapa - Dalam keadaan yang serba salah untuk membuat keputusan.
CONTOH PERBILANGAN: - Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat - Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah. - Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.
SEKIAN TERIMA KASIH