RAHIMA
ORCHIENT YAYAH
MERCIFUL, KIND AND
COMPASSIONATE
PROFAIL
Tanggal 19 November, 1994 merupakan tarikh keramat
bagi seorang gadis jelita yang dikenali sebagai
RAHIMA ORCHIENT YAYAH.
Bertempat di Sun City, South Afrika, Rahima telah
melakar satu sejarah bagi dirinya mahupun bagi Negara
Malaysia apabila beliau terpilih mewakili Malaysia dalam
Pertandingan Ratu Cantik Dunia. Terbukti kecantikkannya
luar biasa yang mana telah memukau para juri apabila
beliau telah tersenarai diantara 10 teratas daripada 87
peserta dari seluruh dunia. Beliau juga merupakan
wanita Melayu yang beragama Islam terakhir yang dapat
mengikuti Pertandingan Ratu Cantik sebelum fatwa
mengenai wanita islam dilarang menyertai. Rahima juga
merupakan rakan sebilik dengan akstres jelita dari India
iaitu Aishwarya Rai yang Berjaya merangkul takhta Miss
World 1994.
Ramai yang tidak menyangka wanita tercantik
ini adalah kelahiran anak jati Sabah. Dilahirkan pada
tanggal 03 Oktober 1973 dan membesar di Tawau.
Menempuh pendidikan awal di SRK Yuk Chin Tanjung
Batu dan meneruskan ke peringkat menengah di SMK
Kuhara, Tawau. Beliau kemudian berhijrah ke Kota
Kinabalu dan melanjutkan pelajaran di sebuah Kolej
Swasta dalam jurusan Diploma Pengurusan dan
Pentadbiran Perniagaan. Oleh kerana minat beliau dalam
dunia fesyen, beliau meneruskan pendidikan di Florida,
America Syarikat dalam Sarjana Muda Mereka Fesyen.
Karier sebagai peragawati diteruskan di Kuala
Lumpur sehinggalah beliau mendirikan rumahtangga
dengan suaminya yang berbangsa cina, ahli perniagaan
dan dikurniakan dua cahayamata lelaki hasil dari
perkahwinannya mereka.
Walaupun sibuk mengurus kerjaya sebagai
model, isteri dan ibu, tidak menghalang beliau untuk
bergiat terus kepada masyarakat dimana sejak dari bangku
sekolah lagi beliau memang bercita-cita untuk jadi
pemimpin dimana beliau telah dilantik menjadi Ketua
Puteri UMNO Kalabakan. Hasil dari pucuk kepimpinan
yang akhirnya telah direalisasikan impian segak dari
bangku sekolah. Antara kegiatan-kegiatan beliau semasa
menjadi Puteri UMNO adalah membuka meja-meja di
Pasar Tawau, bas stesen dan pondok-pondok untuk
mencari ahli-ahli baharu.
PROGRAM AGIHAN KIT KE SEKOLAH
14 Januari 2022 (Jumaat)
Restoran Sthamin Tawau.
PROGRAM AGIHAN KIT KE SEKOLAH
14 Januari 2022 (Jumaat)
Restoran Sthamin Tawau.
PROGRAM SUAI KENAL BERSAMA KETUA
DAERAH,KETUA ANAK NEGERI,
WAKIL KETUA ANAK NEGERI DAN KETUA-
KETUA KAMPUNG
PARLIMEN P.190 TAWAU
16 Januari 2022 (AHAD)
Restoran Yassin Curry House,Tawau.
PROGRAM SUAI KENAL BERSAMA KETUA DAERAH,
KETUA ANAK NEGERI,WAKIL KETUA ANAK NEGERI DAN
KETUA-KETUA KAMPUNG
PARLIMEN P.190 TAWAU
16 Januari 2022 (AHAD)
Restoran Yassin Curry House,Tawau.
Program “ Flame of the Forest”
Penanaman Pokok
Sepanjang Jalan Airport Tawau