The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurinas Khadijah Ariyan Shah, 2023-12-19 21:52:47

BRAINY BUNNY

KUMPULAN 4 BUKU SKRAP

buku skrap BRAINY


PERAYAAN COCOS Melayu Cocos ialah komuniti yang membentuk kumpulan utama kepulauan Cocos (Keeling), yang kini menjadi sebahagian daripada Australia. Masyarakat Melayu Cocos merupakan satu kumpulan etnik minoriti yang tinggal di beberapa lokasi di Sabah. PENGENALAN TARIAN PERAYAAN Dansa dipersembahkan pada majlismajlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan disamping dapat merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. TARIAN DANSA


PAKAIAN TARIAN COCOS Baju Kebaya Untuk Wanita. Baju Kebaya adalah Tunik Longgar (Yang Merujuk Kepada Baju Tanpa Kolar Panjang Dengan Leher Pendek Yang Disemat Bersama Kerongsang) Dan Dipakai Di Atas Skirt Atau Sarung. PEREMPUAN LELAKI Baju Melayu Untuk Lelaki. Baju Melayu Adalah Baju Longgar (Samada Berkolar Tiga Atau Lebih Butang Atau Tanpa Kolar Dengan Garis Leher).


HI, I´M WIWIN About The Day 22/04/2023 Tema : H ari Raya Ai d i lfitri About The Celebrations Tema Warna Baju Hari raya aidilfitri merupakan salah satu perayaan penting bagi umat Islam. Ia dirayakan pada hari pertama bulan Syawal, dan menandakan berakhirnya 30 hari bulan puasa umat Islam di bulan Ramadan. I love my family! Pada hari raya pertama, saya dan sekeluarga memakai baju yang sedondon iaitu berwarna biru tua. Pada hari itu, kami menyambut perayaan tersebut dengan pelbagai tradisi dan adat.


Tradisi Hari Raya Bermaaf-maafan Duit Raya Rumah Terbuka Berbaju Raya Kuih Raya Gambar ditunjukkan merupakan tradisi yang kami lakukan semasa hari raya aidilfitri. Terdapat banyak lagi tradisi yang dapat dilakukan contohnya seperti , bermain bunga api , memasang pelita, ziarah kubur , gotong royong dan sebagainya. Kemeriahan sambutan Raya Aidilfitri pada asasnya adalah untuk merapatkan silaturahim diantara umat islam dan keluarga yang jauh. Sangat penting untuk memahami dan menghargai amalan dan tradisi pada zaman dahulu agar kemeriahan semasa Hari Raya Aidilfitri dapat dirasai tidak kira tua atau muda.


Pesta Kaamatan merupakan perayaan bagi etnik Kadazan-Dusun di Sabah sejak turun temurun. Pesta ini juga dikenali sebagai pesta menuai. Pesta Kaamatan Pengenalan Pesta tradisi ini disambut bagi mengingati sejarah ‘Bambazon’ iaitu menghormati ‘Semangat Padi’ . Perayaan Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei dan kemuncak sambutan pesta pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.


Pakaian tradisional etnik Kadazan Dusun bagi lelaki memakai baju gaung, seluar souva, dan pakaian kepala yang iaitu siga. Pakaian ini diperbuat daripada kain baldu hitam dan bersulamkan benang emas. Pakaian Tradisional Pakaian tradional Kadazan Dusun bagi wanita memakai baju pendek yang dikenali sebagai sinuangga, kain labuh dan selendang batik dilengkapi dengan tali pinggang tembaga yang dikenali sebagai himpogot. Sama seperti pakaian lelaki, busana ini juga dipebuat daripada kain baldu hitam dan bersulamkan benang emas


Etnik kadazan Dusun juga mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Makanan Tradisional Bosou Hinava Linopot Sambal tuhau


Tarian Sumazau Semasa perayaan pesta Kaamatan, terdapat juga acara tahunan yang diadakan seperti pertandingan Unduk Ngadau iaitu pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun dan juga MR Kaamatan. Acara Tradisional Unduk Ngadau Mr. Kaamatan Tarian Tradisional Kadazan Dusun juga mempunyai tarian tradisional tersendiri iaitu tarian sumazau.


-Pesta kebudayaan bagi suku kaum Murut di negeri Sabah. --Memaparkan kebudayaan dari pelbagai aspek seni dan budaya. KAUM MURUT -Suku kaum terbesar ketiga di Sabah. -Bepegang kepada kepercayaan tradisional atau animisme. -Mempercayai semangat lain seperti semangat padi. PESTA KALIMARAN PERAYAAN PAKAIAN TRADISIONAL lelaki perempuan nama pakaian kaum murut perempuan ; babaru linantian nama pakaian kaum murut lelaki : jaket barbaru MAKANAN TRADISIONAL -Nasi subut -Hinava -Tuhau


Hari Gawai disambut oleh etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak dan diraikan sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi bukit, selain untuk melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada “petara” atas rezeki padi yang diperoleh pada musim tersebut HARI GAWAI (1 & 2 JUN)


Merupakan perayaan yang di sambut oleh masyarakat India Sempena menyambut hari kemenangan melawan kegelapan dan kejahatan Perayaan “Festival of Lights”(Diwali) Semasa Perayaan rumah masyarakat India dipenuhi dengan lampu 1. Aktiviti membersihkan kawasan rumah untuk mempersiapkan diri menyambut Dewi Lakhsmi 2. Membakar bunga api juga menunjukkan bahawa mereka menghargai kedatangan Dewi 3. Makanan semasa perayaan Mithai(Manisan seperti bebola kecil) Namkeen(Rempah-rempah dan kekacang) Nasi Briyani Pakaian Tradisi


CHINESE HAPPY NEW YEAR Pakaian Tradisional Kaum Cina Samfu Samfu bermaksud ‘baju dan seluar’. Ia terdiri daripada baju yang longgar, terbelah di depan serta berkolar dan ia dipakai dengan seluar yang longgar. Cheongsam Cheongsam pada asalnya labuh tetapi lamakelamaan ia disingkatkan hingga ke paras lutut. Baju ini ketat dan terbelah di kiri dan kanan. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Pengenalan Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiawan.


Perayaan Kaum Cina winter Solstice Pesta Tanglung Perayaan Kuih Bulan Pesta Perahu Naga Makanan Tradisional Kaum Cina Kuih Bulan Zongzi Yee Sang


Mid Autumn Festival The Mid-autumnFestival isheld inconjunction with the worship ofthe God of Heaven. Onthisnight, manyhouses areilluminated withlanterns, and feasts and danceparties areheld onagrand scale. In Chinesetraditionand literature, afull moon symbolisescompleteness and is associated with familyreunion.


FESTIVAL REGATTA LEPA SEMPORNA KAUM BAJAU PENGENALAN Pesta Regatta Lepa-Lepa merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Bajau, terutamanya yang berada di daerah Semporna. Pesta ini mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan ia akan diadakan setiap tahun dalam bulan April. Ketika mula diperkenalkan pesta ini hanya disambut di peringkat daerah Semporna sahaja. Oleh kerana sambutan pesta ini yang amat menggalakkan maka pesta ini kemudiannya diadakan dan disambut di peringkat negeri. Kejayaan perlaksaan pesta ini yang begitu baik, akhirnya pada tahun 2003, Kerajaan Malaysia telah mengambil pesta ini dan dimasukkannya ke dalam kalender 'Pesta Air Malaysia' yang mana seterusnya menjadi salah satu acara tahunan bagi Negara Malaysia. T Pest U a Re J gat U ta Le A pa in N i bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi kesenian, kebudayaan dan adat suku kaum Bajau di Sabah terutama sekali di daerah Semporna. Kebanyakkan masyarakat Bajau akan berada di pesta ini untuk sama-sama menyambut dan mengikuti acara yang diadakan terutama sekali pertandingan untuk gelaran 'Lepa Tercantik'. PAKAIAN SELAIN kemeriahan sambutan pesta Regatta Lepa bagi masyarakat Bajau Semporna yang diadakan pada setiap tahun, tarikan dan tumpuan pengunjung ialah terhadap baju tradisional dipakai, iaitu Ala Bimbang dengan corak berwarna-warni.


RATU LEPA Regatta Lepa juga memainkan peranan penting dalam melestarikan warisan masyarakat menerusi tiga simbol utama iaitu, HIASAN PERAHU LEPA, RATU LEPA MEMPERSEMBAHKAN TARIAN IGAL-IGAL dan SAMBULAYANG iaitu bendera tradisi berwarna-warni PARAHU BERHIAS SAMBULAYANG TARIAN IGAL-IGAL Igal-igal adalah tarian tradisional yang terkenal di Daerah Semporna khususnya dalam kalangan etnik-etnik Bajau dan Tausug atau Suluk. Orang-orang Bajau dikenali sebagai golongan “gipsi laut” manakala orang Tausug/Suluk pula sebagai “orang arus”, yakni ‘tau’ bermaksud ‘orang’ dan ‘sug’ bermaksud ‘arus laut’. Tarian ini terkenal dalam kalangan etnik-etnik ini kerana demografi mereka yang tinggal berdekatan dengan laut. Tarian ini dikenali juga sebagai Tarian Helang Laut. Perkataan ‘igal’ itu juga berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ‘eagle’ yang bermaksud ‘helang’. Gerak tarian ini adalah seperti gerakan helang yang sedang terbang dan turut mempunyai unsur-unsur angin bertiup dan ombak.


Click to View FlipBook Version