The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qila.nurul0509, 2024-05-14 12:33:28

APLIKASI KAEDAH BI MAQASIDIHA DALAM TEKNOLOGI MAKANAN

E-FOLIO STKI GROUP 7

KUMPULAN 7 : MPU 23052 : SAINS DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM TAJUK 5 - APLIKASI KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIHA DALAM TEKNOLOGI MAKANAN NAMA PENSYARAH : AHMAD SYU’AIB BIN ZUKHRI NURUL AQILAH BINTI HAMZAH (33DFO23F1016) 1. NURSYUHADA BINTI SAMSUDDIN (33DFO23F1012) 2. NUR AIN SOFIYA BINTI MOHD RAHMAD (33DF023F1006) 3. ROSMAHIDAYU BINTI ROSNI (33DFO23F1022) 4. NUR NUSHRAH AMZARIYA BINTI MOHD MAULI AZLI (33DFO23F1010) 5. 1


2 penghargaan Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka kami telah dapat menyiapkan tugasan E-FOLIO bagi kod kursus MPU 23052 Sains Teknologi Kejuruteraan Islam dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberi pelbagai manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat E-FOLIO dan sebagai rujukan di masa hadapan. Dengan kesempatan yang ada kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Syu’aib bin Zukhri selaku Pensyarah Sains Teknologi Kejuruteraan Islam kerana telah menjadi pembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa kami menyiapkan E-FOLIO. Tanpa tunjuk ajar dari Ustaz, kami mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan E-FOLIO ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kami kerana sudi berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat dalam sepanjang kami menyiapkan E-FOLIO ini.


3 BIL PERKARA M/S 1 PENGHARGAAN 2 2 OBJEKTIF 4 3 PENGENALAN 5 4 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MENGIKUT SYARIAT iSLAM 6-8 5 INOVASI DALAM TEKNOLOGI MAKANAN 9-10 6 PENERERAPAN PRINSIP DALAM TEKNOLOGI MAKANAN 11-14 7 PERANAN JAKIM DALAM MENYELESAIKAN ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL 15 8 PANDANGAN PARA ULAMA 16-18 9 LAMPIRAN 19 10 RUJUKAN 20 isi kandungan


4 Meneroka dengan lebih luas tentang penerapan prinsip-prinsip dalam teknologi makanan Menghuraikan aspek kebersihan dan keselamatan mengikut ajaran Islam Menyatakan peranan JAKIM dalam menyelesaikan isu berkaitan makanan halal Mengupas pandangan ulama tentang aplikasi kaedah bi maqasidiha dalam teknologi makanan Dalam melaksanakan Kerja Kursus E-Folio MPU 23052 : SAINS TEKNOLOGI dan KEJURUTERAAN dalam Islam ini, terdapat beberapa objektif yang kami ingin capai. Antara contoh objektif tersebut adalah kami ingin belajar dengan lebih mendalam tentang aplikasi kaedah bi maqasidiha dalam teknologi makanan.


5 pengenalan Ilmu fiqh merupakan ilmu berkenaan hukum-hakam syarak yang bersifat amali dan diperolehi secara teliti dari dalil-dalil. Ilmu ini dikembangkan apabila para ulama mampu menggunakannya sebagai penetapan hukum terhadap sesuatu perbuatan seperti halal, haram, makruh, sunnah,dan sewaktu dengannya. Kaedah fiqh ini memudahkan urusan kita dalam mencari dasar hukum sesuatu perbuatan atau persoalan, terutamanya jika perbuatan atau perkara tersebut tidak dinyatakan dalam nas Al-Quran dan AsSunnah.Salah satu prosedur yang paling penting dalam fiqh ialah al-Umur bi Maqasidiha. Ia melibatkan hujah yang berpanjangan yang diteliti oleh para ulama.Untuk memahami kaedah ini secara umum, kita boleh kajinya daripada segi bahasa yang memegang maksud “lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang dilakukan oleh seseorang”, atau dalam maksud yang lebih ringkas, niat seseorang melakukan perbuatan tidak kira baik atau buruk. Daripada segi istilah pula, sesuatu perkara adalah sah atau tidak sah bergantung kepada niat yang dilafazkan pelakunya.Contohnya, seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika dia memerah anggur dengan niat membuat arak, haram hukumnya.


6 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM 1.Bahan mentah yang halal Bahan mentah yang dianggap halal dalam Islam perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat Islam. Bahan mentah perlulah diperoleh daripada sumber yang halal. Contohnya, daging dari haiwan yang disembelih secara halal, hasil tani yang diternak secara halal dan cara penyembelihan binatang perlulah dilakukan mengikut ajaran Islam. Iaitu dengan cara memutuskan urat putus dan urat mari’ 2. Proses pengeluaran makanan yang bersih Proses pengeluaran makanan yang bersih adalah langkah-langkah yang dijalankan semasa pengeluaran makanan untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat, bersih dan berkualiti tinggi. Bahan mentah yang digunakan haruslah segar, tidak tercemar, dan diperoleh dari sumber yang sah dan dipercayai


7 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM 4. Pengemasan dan Penyimpanan yang Betul Kita digalakkan menyimpan makanan di tempat yang bersih dan sejuk untuk mengelakkan kerosakan dan pencemaran. Pastikan makanan yang mudah rosak disimpan dalam peti sejuk. 5. Labelisasi yang jelas Informasi yang jelas mengenai makanan, termasuk kandungan nutrisi dan tarikh luput, sangat penting dalam menjaga keselamatan pengguna. Kaedah ini mendorong untuk memberikan label yang jelas dan mudah difahami oleh pengguna. 3. Penggunaan bahan yang terpelihara Penggunaan bahan tambahan yang terpelihara adalah penting dalam industri makanan untuk memastikan keselamatan, kebersihan, dan kualiti makanan yang dihasilkan. Pemilihan bahan tambahan yang selamat dengan cara diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan atau badan pengawal makanan adalah penting. Kita perlulah memastikan bahan tambahan tersebut mmepunyai sijil keselamatan yang sah dan sesuai dengan peraturan yang berkenaan.


8 LATIHAN PENGUKUHAN Bagaimanakah cara kita menyimpan makanan dengan betul ? 1. 2. Nyatakan jenis urat yang perlu kita putus semasa menyembelih binatang? 3. Mengapakah kita perlu mengeluarkan makanan dalam keadaan bersih?


1.Aplikasi pemantauan logo halal Verifi Halal (JAKIM) MySelusuri-Halal (JAKIM + UKM) SmartHalal 2.Teknologi Pemantauan Sanitasi Makanan 3. Pembungkusan berinovasi 4. Makanan ubah suai genetik (GMF) tumbuhan/haiwan/mikroorganisma yang telah terubah suai daripada aspek kandungan DNA menambah baik kualiti produk akhir makanan INOVASI DALAM TEKNOLOGI MAKANAN Bungkusan nasi lemak yang mampu tahan 8 jam 9


PERANAN JAKIM DALAM MENYELESAIKAN ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL JAKIM memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan tempatan. Usaha tersebut dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam. Sehingga Jun 2008 JAKIM merupakan badan induk pengurusan pensijilan halal di Malaysia. Perkembangan pesat industri makanan halal dunia menuntut agar JAKIM meningkatkan kualiti pengurusan persijilan halal supaya ia dapat memenuhi kehendak pelanggan. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan sijil halal JAKIM berkualiti dan mampu bersaing serta diiktiraf di peringkat dunia. Antara usaha yang telah dijalankan ialah penyelarasan prosedur pengesahan halal di seluruh negara. Aktiviti ini melibatkan semua prosedur berkaitan dengan pengesahan halal meliputi aspek pemeriksaan, bentuk logo halal, borang permohonan sijil halal dan kadar caj. 15


PERANAN JAKIM DALAM MENYELESAIKAN ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL Sehubungan itu, bagi meningkatkan kualiti sijil halal di peringkat nasional, JAKIM telah bekerjasama dengan SIRIM melalui Jabatan Standard Malaysia untuk merangka dan menggubal standard yang digunapakai di Malaysia iaitu MS1500:2004. Ia merupakan standard kualiti dan menjadi garis panduan serta rujukan oleh industri-industri di Malaysia. Keperluan yang terdapat di dalam standard ini wajib dipatuhi sebelum JAKIM membuat pengesahan halal terhadap sesuatu permohonan pensijilan halal di samping memenuhi keperluan yang digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen rujukan rasmi yang digunakan sebagai penanda aras proses pensijilan halal JAKIM. Standard ini telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai hub pengeluar produk halal dunia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unggul dalam menerajui isu halal dunia. 15


LATIHAN PENGUKUHAN Apakah peranan JAKIM dalam menyelesaikan isu berkaitan makanan halal? 1. 2. Berikan definisi makanan ubah suai genetik (GMF) 10


PENERAPAN PRINSIP ISLAM DALAM TEKNOLOGI MAKANAN Dari Segi Halal: Makanan tidaklah mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang Islam telah larang mengikut hukum syarak atau yang disembelih tidak mengikut hukum syarak. Kemudian, tidaklah terkandung apa-apa di dalamnya benda yang di hukum sebagai najis mengikut hukum syarak. Akhir sekali, tidaklah semasa penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan atau apa-apa benda yang di hukum sebagai najis mengikut hukum syarak. Di samping itu, dalam penetapan hukum halal haram makanan, kemajuan sains dan teknologi menyebabkan timbulnya isu-isu baru. Antaranya ialah penggunaan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (bone ash) yang diperbuat daripada babi dan makanan yang diubah suai secara genetik yang melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan tidak halal sama ada dari haiwan atau tanaman. 11


Selain menghasilkan makanan yang selamat, perniagaan makanan perlu menunjukkan bahawa prosedur, pemprosesan, dan kemudahan dapat memastikan keselamatan makanan melalui pengelolaan, pemantauan, tindakan dan dokumentasi yang efektif. 12


13 Dari segi kualiti: konsep halalan tayyiban dalam kaedah pengurusan kualiti makanan digunakan untuk menentukan dan menilai elemen kualiti sesuatu produk makanan.Pengurusan kualiti makanan halalan tayyiban merupakan salah satu mekanisme pengurusan pembangunan berteraskan Islam berdasarkan asas konsep halalan tayyiban yang merujuk kepada sumber utama Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Kaedah pengurusan kualiti makanan konvensional muncul setelah berlakunya pengaplikasian sains dan teknologi dalam bidang penghasilan makanan.Kesan daripada aplikasi sains dan teknologi seperti pengubahsuaian genetik terhadap sumber pertanian atau genetically modified organism (GMO) telah memberikan impak berisiko jangka panjang khususnya bagi kelestarian sosial, ekonomi dan alam semula jadi. Kaedah pengurusan kualiti makanan halalan tayyiban telah memudahkan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan penilaian teknikal di samping penilaian dari aspek syariat. Elemen kualiti ini ditekankan dalam kedua-dua aspek iaitu aspek syariah dan aspek teknikal. Secara umumnya, pengurusan kualiti makanan halalan tayyiban merujuk kepada definisi sebagaimana yang dinyatakan dalam sumber-sumber utama Islam. Antara rujukan tersebut adalah seperti dalam surah al-Baqarah (2:168). Dalam suruh-surah ini telah dinyatakan elemen makanan yang dibenarkan oleh Islam seperti jenis makanan, penyembelihan, sumber perolehan makanan dan kaedah pengurusan. Dalam pelaksanaan pengurusan kualiti makanan halalan tayyiban di Malaysia, rujukan yang digunakan ialah berdasarkan perincian prinsipprinsip halalan tayyiban dalam bentuk yang lebih umum dan mudah. penerapan prinsip-prinsip islam dalam teknologi makanan


14 LATIHAN PENGUKUHAN 1.Pihak apa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian teknikal? 2. Apakah masksud halalan tayyibban?


PANDANGAN PARA ULAMA Para ulama umumnya memandang aplikasi alumur maqasidiha dalam teknologi makanan sebagai suatu hal yang positif selama memenuhi prinsip-prinsip syariah. Mereka mendukung penggunaan teknologi dalam proses produksi makanan untuk meningkatkan kualiti, keamanan, dan penyediaan makanan bagi umat manusia. para ulama menekankan pentingnya memperhatikan aspek kehalalan dan kebersihan dalam proses produksi makanan dengan menggunakan teknologi. Mereka menekankan bahwa makanan yang dihasilkan harus sesuai dengan aturan syariah, tidak mengandung bahan-bahan haram, dan diproses dengan cara yang bersih. para ulama juga menekankan pentingnya menjaga keseimbangan antara manfaat teknologi dalam produksi makanan dengan menjaga kelestarian alam dan lingkungan sekitar. Mereka menekankan pentingnya menjaga keberlanjutan sumber daya alam dan menghindari penggunaan teknologi yang merusak lingkungan. 16


PANDANGAN PARA ULAMA para ulama mendukung penggunaan teknologi dalam produksi makanan selama memenuhi prinsip-prinsip syariah dan menjaga keseimbangan antara manfaat teknologi dengan kelestarian alam. Para ulama yang memberikan pandangan terkait aplikasi al-umur maqasidiha dalam teknologi makanan adalah para cendekiawan Islam dan ahli fiqih yang memiliki pengetahuan mendalam dalam ajaran Islam dan syariah. Mereka adalah para ulama yang terkenal dan dihormati di dunia Islam, seperti ulama dari lembaga-lembaga pendidikan agama, tokoh-tokoh agama, dan para ahli fiqih yang memiliki keahlian khusus dalam masalah-masalah hukum Islam terkait dengan makanan dan teknologi. Nama-nama ulama tersebut dapat bervariasi tergantung pada konteks geografis dan keilmuan. 17


Latihan pengukuhan 18 1.Apakah pandangan para ulama pada aplikasi maqasidiha dalam teknologi makanan? 2.selama manakah para ulama mendukung penggunaan teknologi dalam produksi makanan?


19 Lampiran


Rujukan 20 https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456 789/23351/5/3202641%20Chapter%203.pdf 1. 2.https://anyflip.com/mgoqq/yqjh/basic https://edakwah.kelantan.gov.my/portal/books/sir i-11-surah-al-baqarah-2-ayat-172/ 3. https://eprints.um.edu.my/17724/1/HALAL_HARAM_ MAKANAN_MENURUT_IMAM_SYAFI.pdf 4. https://online.anyflip.com/xtxig/wvhh/mobile/inde x.html 5.


Click to View FlipBook Version