The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tun Tan Sri (Dr) Fatimah binti Hashim (tokoh Johor)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qila.nurul0509, 2021-04-22 10:08:06

Tun Tan Sri (Dr) Fatimah binti Hashim (tokoh Johor)

Tun Tan Sri (Dr) Fatimah binti Hashim (tokoh Johor)

BUKU SKRAP DIGITAL

TUN TAN SRI (DR.) FATIMAH BINTI
HASHIM

Wanita pertama yang dilantik menjadi Menteri
Kabinet, iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH :
NURUL AQILAH BINTI HAMZAH

(SMK LABIS)

MAKLUMAT PESERTA

NAMA : NURUL AQILAH BINTI HAMZAH
KELAS : 4 ARIF

EMAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

LABIS
ALAMAT : JALAN MUAR , 85300 LABIS, JOHOR

PENDAHULUAN

Tun Dr. Fatimah bt Haji Hashim adalah tokoh wanita yang istimewa.
Bukan saja karena beliau tercatat sebagai wanita pertama yang diangkat sebagai
menteri, tetapi beliau juga terkenal disebabkan kepemimpinannya dalam
pergerakan wanita di Malaysia. Di Arena politik, beliau memegang jabatan
sebagai ketua pergerakan wanita UMNO selama 16 tahun. Dalam
pergerakan Organisasi Wanita Swadaya (LSM/NGO), beliau menggerakkan
Pelaksanaan peringatan Hari Wanita yang pertama pada25 Ogos 1962,
hari dan tanggal bulan ini diperingati di Malaysia setiap tahun sehingga kini . Usaha Tun Dr. Fatimah
mewujudkan perayaan hari wanita melahirkan
Organisasi Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO), iaitu sebuah lembaga yang
kini membawahi lebih dari 100 buah NGO (LSM) wanita. Beliau dilantik sebagai
ketua NCWO pada tahun 1965 dan telah memimpin lembaga tersebut selama 24
tahun sehingga tahun 1989. Selama rentang waktu tersebut
beberapa kemajuan telah diukir untuk kaum wanita di Malaysia, diantaranya
adalah; wanita telah memperoleh gaji yang sama dengan lelaki untuk jenis
pekerjaan yang sama, status sebagai pekerja tetap, dan memperoleh dana pension (wang sara)
sebagai pegawai negeri, serta perubahan beberapa undang-undang yang
memperjuangkan hak dan kedudukan wanita.
Namun dibalik kesibukannya dengan tugas politik dan ketua pergerakan
wanita, beliau telah berhasil menciptakan sebuah keluarga yang bukan saja aman
damai, namun ke enam orang anaknya juga berhasil dalam bidang karirnya
masing-masing, bahkan memiliki sifat yang sama dengan ibunya, iaitu aktif
dalam organisasi sosial dan terjun langsung untuk membantu masyarakat di
Malaysia.
Keberhasilan beliau adalah kerana dilahirkan dari keluarga yang cukup
terbuka dan toleran, suaminya mendukung penuh kegiatannya, dan sifat beliau
yang kukuh dan wataknya yang penuh percaya diri.

TUN TAN SRI (DR) HAJAH
FATIMAH BINTI HAJI
HASHIM

Tokoh wanita yang pertama Malaysia dilatik sebagai Menteri Kabinet Malaysia iaitu
Menteri Kebajikan Am Malaysia ( 20 Mei 1969 – 28 Februari 1973).

BIODATA

Beliau dilahirkan Beliau telah Beliau dan Beliau telah
pada 25 Disember mendirikan rumah suaminya, Tan Sri menghembuskan
1924 di Kampung
tangga dengan Abdul Kadir nafas terakhir
Parit Keroma, Allahyarham Tan Yusof merupakan pada 9 Januari
Muar, Johor Sri Abdul Kadir 2010 (umur 85-
satu-satunya
Yusof dan pasangan Menteri 86) dan
dikurniakan enam disemadikan
Kabinet dalam sebagai seorang
orang cahaya sejarah politik srikandi negara di
mata. Makam Pahlawan,
negara. Masjid Negara,
Kuala Lumpur.

(Sumber :http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html?m=1 )

PENDIDIKAN TOKOH

Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah binti Haji Hashim menerima
pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma,
Muar kerana pada masa itu sekolah untuk murid perempuan
belum dibina di kampong tersebut.

Beliau kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah
Melayu Perempuan Mersing dan mempelajari Bahasa Inggeris
di sekolah malam dengan seorang guru Sekolah Convent Johor
Bahru.

Tun Fatimah mula menonjolkan minat terhadap kerja-kerja
kebajikan sejak di bangku sekolah.

Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan
pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Sekolah
Melayu Perempuan Mersing , Ketua Kumpulan (murid
perempuan) aktiviti berkebun, serta ketua rombongan pasukan
senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri
Johor di Sekolah Air Molek.

(Sumber : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim)

KERJAYA

Tun Fatimah telah memulakan Tahun 1956 – beliau mengikut
kerjaya politiknya dengan menyertai suaminya ke Perak, dan dipilih
UMNO (tahun 1947) ketika berusia menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu
Negeri Perak . Beliau dilantik
21 tahun dan menganggotai sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu
Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Malaya (menggantikan tempat Puan
cawangan Kampung Nong Chik,
Johor Bahru serta memegang jawatan Khadijah Sidek)

sebagai Bendahari.

Tahun 1959- beliau mengikut 20 Mei 1969 - beliau telah dilantik
suaminya berpindah ke Kedah. Menteri Kebajikan Am, wanita
Beliau telah memenangi pilihanraya
bagi kawasan Jitra-Padang Terap pertama menjawat jawatan menteri.
seterusnya mengekalkan kerusi Beliau memegang jawatan tersebut
berkenaan selama 3 penggal berturut-
selama 4 tahun sehingga bersara
turut. (Februari 1973).

(Sumber : http://muziummuar.blogspot.com/2012/12/tun-tan-sri-dr-fatimah-binti-haji-
hashim.html?m=1 )

JAWATAN YANG PERNAH
DISANDANG OLEH TUN TAN SRI (DR)

FATIMAH BINTI HASHIM

 Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
 Ahli Majlis Universiti Malaya
 Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
 Ahli Jawatankuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
 Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
 Ahli Jawatankuasa Majlis Perpaduan Kebangsaan Malaysia
 Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah
 Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (1995)

ANUGERAH

31 0GOS 1958 Menerima pingat Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Yang
di-Pertuan Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’

1975 Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya

2000 Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Teknologi
2003 Malaysia
2009
Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’

Anugerah Merdeka – beliau seorang daripada empat rakyat
Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima
Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti

SUMBANGAN

Jun 1969 – Beliau memberi Tahun 1962 – sebagai
bantuan kepada keluarga Ketua Pergerakan Kaum
India di Kampung Ibu (UMNO) beliau telah
Chempedak di Sentul yang memulakan perayaan Hari
menjadi mangsa semasa Wanita pada 25 Ogos iaitu

Peristiwa 13 Mei. Sebanyak perayaan yang masih
1000 orang dilaporkan disambut sehingga kini.

menerima bantuan seperti
makanan, pakaian dan
pelbagai peralatan lain.

(Sumber :https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/ )

NILAI YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI MUDA MASA
KINI

 Menanamkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain dalam ahli keluarga
 Fasih dalam berbicara
 Meningkatkan taraf keilmuan kaum wanita
 Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira bangsa dan agana
 Semangat juang yang tinggi dalam memperjuangkan hak wanita
 Berpandangan jauh
 Berkeyakinan tinggi
 Membuat sesuatu keputusan secara rasional
 Bijaksana
 Sabar

KESIMPULAN

Dari pembahasan mengenai peranan Tan Sri Fatimah mengangkat darjat
wanita dalam pergerakan sosial dan politik di Malaysia, dapat diambil suatu
kesimpulan bahawa usahanya mengangkat darjat wanita serta
memperjuangkan hak-hak kaum wanita sudah selayaknya mendapatkan
penghargaan dan pujian. Bagi seorang wanita yang berpendidikan relatif rendah,
beliau mempunyai kemampuan dan semangat yang sangat besar untuk memotivasi
dan memberikan contoh kepada kaum wanita agar tidak berpangku tangan dan
pasrah kepada nasib, melainkan harus semangat dalam mengejar cita–cita dan
berpartisipasi dalam memajukan masyarakat dan bangsanya. Beliau mampu
memberikan contoh kepada kaum wanita Malaysia bagaimana cara berkarya ditengah-tengah masyarakat
tanpa sedikitpun mengabaikan tugas serta
kewajipannya sebagai seorang ibu rumah tangga.
Kehadirannya pada setiap kesempatan baik di kampung-kampung atau di
pertemuan sentiasa dinantikan dan mendapat sambutan yang hangat. Tun Dr
Fatimah pandai menghormati dan memotivasi kaum wanita dengan
penampilannya yang sederhana, sifatnya yang keibuan dan tutur bahasanya yang
santun.
Setiap waktu yang senggang digunakannya untuk belajar dan menimba
ilmu, untuk disampaikannya kembali kepada anggota pengajian dan organisasi wanita yang dipimpinnya.
Ia banyak membangkitkan semangat kaum wanita
untuk maju dan menambah keterampilannya di berbagai bidang, sebab untuk
sekolah lagi sudah terlambat. Banyak pelatihan dan kursus-kursus yang diberikan
kepada kaum ibu dan anak–anak remaja yang putus sekolah guna meningkatkan
kualitas hidup mereka.
Sebagai seorang menteri yang berasal dari kaum wanita, ia banyak
memberikan inspirasi kepada wanita lain agar lebih giat mengejar cita-cita dan tak
ragu-ragu untuk terjun ke dunia politik, meskipun dunia politik sangat keras,
penuh cabaran. Apa yang paling penting adalah, jika kaum
wanita terjun ke dunia politik dan masuk ke ruang publik, jangan sampai
mengorbankan ruang domestiknya sebagai isteri dan ibu. Kerana peranan utama
seorang wanita adalah menjadi isteri dan ibu yang membawa bahtera rumah tangga
ke arah kebahagiaan.

SUMBER RUJUKAN

INTERNET
 http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html?m=1
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim
 http://muziummuar.blogspot.com/2012/12/tun-tan-sri-dr-fatimah-binti-haji-hashim.html?m=1

ORANG SUMBER
 Guru
 Ibu bapa
 Rakan-rakan


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Hamka - Di Bawah Lindungan Kabah
Next Book
Expose Los Flamingos 26, D