Majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan
TEMA : MALAYSIA PRIHATIN
PERINGKAT SEKOLAH
16 SEPTEMBER 2021
TENTATIF PROGRAM MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SK LOK YUK INANAM 2021
10.00 pagi - Ketibaan para tetamu (Daftar masuk ke dalam pautan YouTube)
10.10 pagi - Bacaan Doa (Wakil Murid)
10.20 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Sabah Tanahair
10.30 pagi - Ucapan alu-aluan (YDP PIBG-Pn. Jane Chong)
10.40 pagi - Ucapan (Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah-En.Yong Than Fen )
10.50 pagi - Persembahan Deklamasi Sajak (Tahap 1)
10.55 pagi - Ucapan (Guru Besar - Pn. Wong Nyuk Chin)
11.05 pagi - Ucapan Perasmian (Tuan Bunsu Gaga)
11.15 pagi - Persembahan Montaj
11.25 pagi - Persembahan Deklamasi Sajak (Tahap 1)
11.30 pagi - Pengumuman Keputusan Rasmi Pertandingan Pertandingan
❖ Kuiz Sejarah Secara atas talian Tahap 1 dan Tahap 2
❖ Pertandingan Buku Skrap Digital Tahap 2
❖ Pertandingan Mendeklamasi Sajak Tahap 1 dan Tahap 2
❖ Pertandingan Nyanyian Solo Patriotik Terbuka
❖ Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1 dan Tahap 2
❖ Pertandingan Ucapan Khas Kemerdekaan Tahap 1 dan Tahap 2
❖ Pertandingan Seni Kolaj Tahap 1
❖ Pertandingan Bina Jalur Gemilang Dari Bahan Tetrpakai Tahap 1 dan
Tahap 2
11.40 pagi - Persembahan Nyanyian Solo Patriotik
11.50 pagi - Persembahan Ucapan Khas Kemerdekaan (Tahap 1 dan Tahap 2)
12.00 tengahari - Bersurai
TEKS UCAPAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KALI Ke-64
YDP PIBG SK LOK YUK INANAM.
Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia
Bumi Bertuah Indah Permai,
64 Tahun Kita Merdeka,
Rakyat Hidup Aman Damai.
Yang Berbahagia Tuan Bunsu Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pelajaran Daerah Kota
Kinabalu,
Yang Berusaha Puan Wong Nyuk Chin, Guru Besar SK Lok Yuk Inanam,
Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Pengelola Sambutan Bulan
Kebangsaan Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Encik James Johnny, Penolong Kanan Ko Kurikulum
merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Sambutan Bulan
Kebangsaan Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Puan Kwan Lun Shai, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum ,
Yang dihormati Puan Roselin Jack, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Encik Yong Than Fen Pengerusi Lembaga Pengurusan
Sekolah Sk Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu,
Seterusnya barisan warga pendidik, tuan-tuan,puan-puan, hadirin
sekalian dan semua murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa gembira dan
bersyukur kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul
biarpun secara maya pada Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan
peringkat sekolah SK Lok Yuk Inanam untuk tahun 2021.
“Malaysia Prihatin ” merupakan TEMA sambutan Bulan
Kebangsaan Malaysia tahun ini. Saya percaya tema ini membawa
maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan
keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
Walaupun kita berada dalam situasi yang amat berbeza,
Namun, kita masih tetap dapat meraikan Hari Kebangsaan Malaysia
sebagai tanda cinta dan sayang kepada negara Malaysia.
Hadirin sekalian,
Semangat “Malaysia Prihatin” perlu disemarakkan dalam
segenap kehidupan rakyat Malaysia. Ia perlu disematkan dalam
ingatan untuk mengukuhkan asas perpaduan, keharmonian dan
kesejahteraan rakyat Malaysia.
Di samping itu, semangat “Malaysia Prihatin” mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara apabila
pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan
Ogos yang menjurus kepada kemanjadian murid dalam era pandemik
Covid 19 ini.
Pada tanggal 31 Ogos 2021 yang lalu genaplah negara kita
menyambut kemerdekaan untuk kali ke- 64. Kali ini sambutan kita
berbeza dengan sebelumnya sama ada dari segi perasmian, penutupan
juga aktiviti yang dilaksanakan. Namun, walau apa pun berlaku, tanggal
keramat ini sudah sebati dengan jiwa dan minda kita sebagai rakyat
Malaysia. Kita tetap meraikannya dengan gembira dan semangat
cintakan negara.
Hadirin sekalian,
Saya percaya setiap warganegara dari kecil hingga dewasa
mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan Malaysia
sentiasa sejahtera. Menjaga keamanan Malaysia bukan tugas yang hanya
terletak kepada para pemimpin semata-mata tetapi juga kepada warga
sekolah. Pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah amat
membantu kepada pemupukan nila-nilai murni ini. Saya amat yakin,
aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dapat mencungkil bakat dan
minat murid malah menambah ilmu pengetahuan dan menanam nilai-
nilai murni.
Saya menyeru kepada semua murid SK Lok Yuk Inanam agar
belajar dengan tekun dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-
cita. Jangan jadikan masalah kekurangan gajet, line telepon sebagai satu
penghalang anak-anak berjaya. Kolaborasi antara pihak sekolah
terutama guru-guru SK Lok Yuk Inanam yang amat komitmen dengan
tugas mereka akan dapat membantu meningkatkan pencapaian anda
semua. Hal ini juga secara tidak langsung menjadikan anda sebagai salah
satu individu yang akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia
di masa akan datang. Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-
ciri warganegara yang baik, berakhlak mulia, berdisiplin serta hormat
menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua warga sekolah di atas peluang yang diberikan kepada
saya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi
daripada sebarang mudarat dan diberikan keamanan, keselamatan dan
kesejahteraan yang berkekalan.
Merdeka, Merdeka, Merdeka
Kita anak Merdeka.
Sekian,Terima kasih.
TEKS UCAPAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE-64
PENGERUSI LPS SK LOK YUK INANAM.
Yang Berbahagia Tuan Bunsu Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pelajaran Daerah Kota
Kinabalu,
Yang Berusaha Puan Wong Nyuk Chin, Guru Besar SK Lok Yuk
Inanam, Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Pengelola Sambutan
Bulan Kebangsaan Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Encik James Johnny, Penolong Kanan Ko Kurikulum
merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Sambutan Bulan
Kebangsaan Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Puan Kwan Lun Shai, Penolong Kanan Pentadbiran
dan Kurikulum ,
Yang dihormati Puan Roselin Jack, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Puan Jane Chong, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sk Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu,
Seterusnya barisan warga pendidik, tuan-tuan,puan-puan, hadirin
sekalian dan semua murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kerana diberi kesempatan untuk memberi sedikit ucapan
sempena penutupan bulan kemerdekaan pada hari ini. Saya sangat
berbesar hati mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga
sekolah kerana dapat berganding bahu menganjurkan program ini
sehingga kita dapat bersama-sama bersemuka biarpun secara atas
talian.
Saya percaya pihak sekolah berusaha sedaya upaya
menganjurkan program ini untuk menyemarakkan semangat
kebangsaan dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid
di SK.Lok Yuk Inanam supaya bersama-sama mengingati hari yang
penuh bersejarah ini sesuai dengan tema hari kebangsaan pada tahun
ini Malaysia Prihatin.
Hadirin sekalian,
Malaysia Prihatin adalah tema yang sangat sesuai bagi kita
masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat,
budaya, agama dan latar belakang yang berbeza tetapi mampu
mengorak langkah maju ke depan bersaing dengan negara-negara
maju . Nilai-nilai murni dan semangat patritosme yang tinggi dalam
kalangan masyarakat Malaysia perlu kita pupuk kepada murid-
murid di sekolah supaya tahu menghargai erti kemerdekaan.
Sesungguhnya walaupun musim pandemik melanda negara
kita tetapi kita haruslah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak kerana kita masih dapat menikmati
kemakmuran negara yang merdeka sehingga hari ini.
Sebagai warga negara Malaysia yang prihatin, kita harus
berasa bangga menjadi sebahagian daripada rakyat negara ini yang
telah mengecapi kemerdekaan selama 64 tahun dalam suasana yang
cukup harmoni, aman dan bersatu padu. Marilah kita bersama-sama
menunaikan tanggungjawab menjaga dan memelihara kemakmuran
negara kita agar kedaulatannya dapat dipertahankan pada masa
akan datang.
Hadirin sekalian,
Saya menyeru murid-murid Sk. Lok Yuk Inanam agar
mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi segala cabaran
yang akan datang apatah lagi di musim pandemik yang melanda
negara sekarang. Oleh itu, sebagai seorang murid yang bijak perlulah
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi supaya menjadi lebih
kompetitif dan dinamik. Murid yang bijak dan matang, tidak akan
mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif dan boleh
menghancurkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Harapan saya agar murid-murid SK. Lok Yuk Inanam
mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik, berakhlak mulia,
berdisiplin dan menghormati antara satu sama lain.
Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk
bersama-sama menjayakan Program Penutupan Bulan Kemerdekaan
dan saya akhiri dengan serangkap pantun.
Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan Tuhan,
Salam kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.
Sekian Terima kasih.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENUTUPAN
GURU BESAR SK LOK YUK INANAM, KOTA KINABALU
Selamat pagi dan salam sejahtera. Salam ‘Malaysia Prihatin’.
Yang Berbahagia Tuan Bunsu Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pelajaran Daerah Kota
Kinabalu,
Yang Berusaha Encik James Johnny, Penolong Kanan Ko Kurikulum
merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Sambutan Bulan
Kebangsaan Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Puan Kwan Lun Shai, Penolong Kanan Pentadbiran
dan Kurikulum ,
Yang dihormati Puan Roselin Jack, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Encik Yong Than Fen Pengerusi Lembaga
Pengurusan Sekolah Sk Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu,
Yang dihormati Puan Jane Chong, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sk Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu,
Seterusnya barisan warga pendidik, tuan-tuan,puan-puan, hadirin
sekalian dan semua murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa gembira dan
bersyukur kerana pada hari ini kita dapat meraikan Majlis
Penutupan dan Penangguhan Bulan Kebangsaan Peringkat Sk Lok
Yuk Inanam untuk tahun 2021. ‘Malaysia Prihatin’ begitulah
garapan Tema Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Saya percaya
tema ini telah memberikan impak yang mendalam dan melahirkan
semangat kecintaan terhadap negara apatah lagi kita sedang
berhadapan dengan endemik Covid-19.
Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2021 yang lalu, genaplah negara kita
menyambut kemerdekaan bagi kali ke-64. Sebagai generasi muda
pada hari ini, saya berharap murid-murid khususnya harus lebih
cakna akan peri penting membugarkan semangat kemerdekaan di
dalam diri masing-masing. Dalam dasawarsa ini, erti kemerdekaan
bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-
mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari
penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta
amalan-amalan yang boleh merosakkan negara kita.
Hadirin sekalian,
Jika kita telusuri senario dunia pada hari ini, peperangan
berlaku di mana-mana. Ramai anak kecil tidak berdosa terkorban
malah ada yang kehilangan tempat berteduh serta kehilangan insan-
insan tersayang. Sesungguhnya, kita sangat bertuah kerana berpijak di
bumi Malaysia dan kehidupan kita lebih baik berbanding mereka di
luar sana. Oleh itu, teruslah pelihara tanah leluhur kita sebaik-baiknya.
Sentiasa bersikap positif dan prihatin sesama insan dalam memastikan
negara kita aman damai selama-lamanya.
Warga maya yang dihormati,
Dalam kesempatan ini, saya berasa sangat berbangga dengan
pelibatan murid-murid dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah
dianjurkan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.
Tahniah dan syabas diucapkan. Jutaan terima kasih juga kepada ibu
bapa yang sentiasa memberikan kerjasama dan menjadi pendamping
utama anak-anak sehingga berjaya melaksanakan aktiviti dengan
hasil yang terbaik. Malah, kita amat berbangga kerana terdapat
dalam kalangan murid Sk Lok Yuk Inanam turut menaikkan nama
sekolah dalam beberapa pertandingan di peringkat PPD Kota
Kinabalu sehinggalah peringkat kebangsaan. Hal ini membuktikan
bahawa kemenjadian murid sentiasa menyinar dalam diri anak-anak
Sk Lok Yuk Inanam. Berani, terampil dan yakin diri. Kami amat
menghargai sumbangan anda membawa nama sekolah ke peringkat
tertinggi.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya, suka saya mengucapkan
syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang
bertungkus lumus menjayakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan
Peringkat Sk Lok Yuk Inanam pada kali ini. Saya menyeru agar kita
sama-sama menyemarakkan semangat patriotisme terhadap tanah
air tercinta sepanjang masa. Sesungguhnya, kerjasama yang
ditunjukkan dalam program ini memberi kekuatan untuk kita
meneruskan perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara
Malaysia.
Ayuh semua rakyat Malaysia,
Jalur Gemilang kita kibarkan,
Bersatu hati semua bangsa,
Membawa negara menuju kejayaan.
TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam PPD Kota Kinabalu
“Dare to Change”, salam Sabah Hebat “Katakan Tidak kepada No.16”
dan katakan ya kepada 10 terbaik”. Sabah Maju Jaya.
Yang Berusaha Puan Wong Nyuk Chin, Guru Besar SK Lok Yuk Inanam,
Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Pengelola Sambutan Bulan
Kebangsaan Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Encik James Johnny, Penolong Kanan Ko Kurikulum
merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Sambutan Bulan Kebangsaan
Sk Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu,
Yang dihormati Puan Kwan Lun Shai, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum ,
Yang dihormati Puan Roselin Jack, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Encik Wong Li Choi, Pengerusi Lembaga Pengurusan
Sekolah Sk Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu
Yang dihormati Puan Jane Chong, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sk Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu,
Seterusnya barisan warga pendidik, tuan-tuan,puan-puan, hadirin
sekalian dan rakan murid yang dikasihi sekalian yang turut bersama
dalam sidang maya ini.
Marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta
izin-Nya dapatlah kita bersama-sama pada pagi yang penuh barakah
ini dalam Majlis Penutupan dan Penangguhan Bulan Kebangsaan SK
Lok Yuk Inanam bagi tahun 2021. Terlebih dahulu pada kesempatan ini
saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah
kepada Ahli Jawatankuasa Sambutan Majlis Penutupan dan
Penangguhan Bulan Kebangsaan SK Lok Yuk Inanam bagi tahun 2021
kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana, merancang,
menyusun sekali gus menzahirkan beberapa aktiviti yang telah
direalisasikan pada majlis sambutan ini di peringkat sekolah.
Sesungguhnya, semua aktiviti yang telah dijalankan ini
berpaksikan satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan
nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara bagi
sebuah negara yang telah merdeka. Inilah saatnya bagi kita semua
menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara
Malaysia yang tercinta.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian,
Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih
selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin
perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga
yang perlu dipelihara oleh semua pihak buat selamanya.
Oleh hal yang demikian, usaha berterusan perlu digembleng untuk
mencorakkan murid-murid yang berjiwa patriotisme. Mereka inilah yang
bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas
usaha para guru, ibu bapa dan murid -murid dalam menjayakan
program ini meskipun kita masih berada dalam tempoh yang agak
mencabar susulan wabak COVID-19.
Tuan-tuan, Puan-puan serta anak-anak yang saya kasihi sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada SK Lok Yuk Inanam,
khasnya kepada barisan ahli jawatankuasa yang telah berjaya
melaksanakan pelbagai aktiviti dan seterusnya menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah.
Akhir sekali, saya dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” sukacitanya
merasmikan Majlis Penutupan dan Penangguhan Bulan Kebangsaan SK
Lok Yuk Inanam bagi tahun 2021.
Sekian, terima kasih.
JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
2021 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
Pengerusi :
Pn Wong Nyuk Chin (Guru Besar SKLYI)
Timbalan Pengerusi :
En James Johnny (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 :
Pn Kwan Lun Shai (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 :
Pn Roselin Jack (GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program :
Cik Voo Pei Chin (Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Pembaca doa :
En. Roslan Pade
Juruacara :
Pn Kartina Kakopong
Saudari Nurul Azzahrah Kausar Mohd Nazri (Murid)
eBuku Program/ eSijil Penyertaan :
Cik Shadia Jimlok/ Cik Voo Pei Chin/ En.Aswen Jasni
eBanner :
Cik Jane Joseph
Siaraya :
En. Valentine Kajan Laeng
Hadiah/Cenderahati:
Pn. Lily Rosma Kipli Pn. Saineh Serayoh @ Sarayoh,
En. Jason Lai Yee Seng
Hakim Pertandingan :
Cik Voo Pei Chin (Penyelaras PSS)
Pn Saineh Serayoh @ Sarayoh (KP Seni Visual)
Cik Shadia Jimlok (KP Sejarah)
Pn Lily Wong Shuk Li (KP Muzik)
Tayangan Multimedia :
En Mohd Nazri Saidali
Penyelaras Pertandingan Mewarna :
Pn Rosni Basilun
Penyelaras Melukis Poster :
Cik Voo Pei Chin
Penyelaras Kuiz Patriotik :
Cik Shadia Jimlok
Penyelaras Nyanyian Lagu Patriotik :
Pn Lily Wong Shuk Li
Penyelaras Melagukan Syair/Sajak :
Pn Fatima Laari
Penyelaras Membuat Kolaj :
Pn Sylvia Rangkisi Penyelaras
Mencipta Jalur Gemilang :
Hjh Siti Yuslaini bte Mohd Samsuri
Penyelaras Buku Skrap Sejarah :
Cik Lydia Ongui
Penyelaras Menulis Ucapan Sayang Malaysia :
Pn. Masnah Abd Razak
Gimik Pelancaran :
En Mohd Nazri Saidali
Dokumentasi :
Cik Voo Pei Chin
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN MEWARNA ( TAHAP 1 )
JOHAN : MOHAMMAD SHAFIK FAMIE BIN ASMIZAN ( 1 TULIP )
NAIB JOHAN : ASHLEY LAUREEN ASWEN ( 1 DAISY )
KETIGA : RHIANNA ROYSTONE ( 1 DAISY )
SAGUHATI :
1. ALIF AIMAN CHUNG ( 3 TULIP )
2. PUTRI KHAIERUNNIESHA QIESHARIENA BINTI KAMARUDDIN ( 2 DAISY )
3. PUTRA KHALIESH KHAIERUDDIN BIN KAMARUDDIN ( 1 DAISY )
4. SKYE MEVERLY SEVERINUS ( 3 TULIP )
5. MUHAMMAD AISH RAIFAN BIN MOHD AZMI ( 1 TULIP )
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ( TAHAP 2 )
JOHAN : PUTRI EVA SYAZIERA MARSHANDA BINTI ASIMIZAN ( 6 TULIP )
NAIB JOHAN : MELVIN CHARLES MARK MAJUIL ( 4 DAISY )
KETIGA : TRYDEN STANLY THOMAS ( 4 DAISY )
SAGUHATI :
1. MOHD AQAFF AREEF TSEN ( 5 TULIP )
2. JOE EVAN LEONARD ( 5 DAISY )
3. DHEXLY ELDIE MINUYL ( 5 DAISY )
4. ALEXANDER ALVINO LEMINIT ( 4 DAISY )
5. ALPHA ASHER MATTHEW ( 5 DAISY )
PERTANDINGAN KOLAJ KEMERDEKAAN ( TAHAP 1 )
JOHAN : STEVEN SHANE JAINOL ( 3 DAISY )
NAIB JOHAN : ASHLEY LAUREEN ASWEN ( 1 DAISY )
KETIGA : EQNIZAL AISHHAFIY BIN RAYMIL HELLARY ( 3 DAISY )
SAGUHATI :
1. PUTRA KHALIESH KHAIERUDDIN BINTI KAMARUDDIN ( 1 DAISY )
2. ALFATTAH ADAM HAYQAL BIN ALPIAN ( 1 DAISY )
3. RHIANNA ROYSTONE ( 1 DAISY )
4. DYLAN SANCHEZ EVIGAN ( 2 DAISY )
5. SHERLENE EVE VIONNIE SAMRIN ( 3 DAISY )
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN KUIZ MERDEKA PRIHATIN ( TAHAP 1)
JOHAN : HONNEY MELODY GEORGE ( 3 DAISY )
NAIB JOHAN : BRYAN WELTOR CLADIUS ( 2 DAISY )
KETIGA : PUTRI KHAIERUNNIESHA QIESHARIENA BINTI KAMARUDDIN ( 2 DAISY )
SAGUHATI :
1. ARRABELLA GRACE FRANKIE ( 2 DAISY )
2. ASHLEY LAUREEN ASWEN ( 1 DAISY )
3. STEVEN SHANE JAINOL ( 3 DAISY )
4. NUR LIYANA NASUHA BINTI MOHD NAJIB ( 2 TULIP )
5. TIANNA THOMAS JAMES ( 2 DAISY )
PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH MERDEKA ( TAHAP 2 )
JOHAN : DIONALDO PASIL BIN ABDULLAH ( 5 DAISY )
NAIB JOHAN : CHRISTA ARABELLA JASLIH ( 4 TULIP )
KETIGA : SKYE MEREDITH SEVERINUS ( 6 DAISY )
SAGUHATI :
1. AZRUL BIN ABDULLAH ( 4 DAISY )
2. FARISYA AIN BINTI MOHD ZAIDIE ( 6 DAISY )
3. VINCE LAPOH ( 6 DAISY )
4. ATHILAH UMAIRAH BINTI DAHYIAN ( 6 DAISY )
5. RAIDEN DESHAWN ( 5 TULIP )
PERTANDINGAN UCAPAN SAYA SAYANG MALAYSIA ( TAHAP 1 )
JOHAN : DAYANG NURSYAFIKA ADELINA MOHD SAFWAN ( 1 DAISY )
NAIB JOHAN : RHIANNA ROYSTONE ( 1 DAISY )
KETIGA : PUTRI KHAIERUNNIESHA QIESHARIENA BINTI KAMARUDDIN ( 2 DAISY )
SAGUHATI :
1. FATHIA IRDINA ERWAN WAHYUDI ( 1 DAISY )
2. ASHLEY LAUREEN ASWEN ( 1 DAISY )
3. ALFATTAH ADAM HAYQAL ( 1 DAISY )
4. FAIQ ATHARI JOHAR ( 1 DAISY )
5. ALEXAN ALDRON ( 1 DAISY )
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN UCAPAN SAYA SAYANG MALAYSIA ( TAHAP 2 )
JOHAN : PUTRI KHALIESHA QISTINA BINTI KAMARUDDIN ( 5 DAISY )
NAIB JOHAN : NURELAZA ABDULLAH ( 4 TULIP )
KETIGA : BRADLEY WAYNE WELDEN ( 4 DAISY )
SAGUHATI :
1. TRYDEN STANLY THOMAS ( 4 DAISY )
2. IVAN NATHANIEL HELDIS ( 4 TULIP )
3. ANDREYRICCI AMBROSE ( 4 TULIP )
4. AIVIELYN FELY SHAM ( 4 TULIP )
5. SHERLYN ANNE SIMON PETE ( 4 TULIP )
PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ( TAHAP 2 )
JOHAN : PUTRI KHALIESHA QISTINA BINTI KAMARUDDIN ( 5 DAISY )
NAIB JOHAN : FARISYA AIN BINTI MOHD ZAIDIE ( 6 DAISY )
KETIGA : DIONALDO PASIL BIN ABDULLAH ( 5 DAISY )
SAGUHATI :
1. JOE EVAN LEONARD ( 5 DAISY )
2. RAIDEN DESHAWN ( 5 TULIP )
PERTANDINGAN MELAGUKAN SYAIR / SAJAK ( TAHAP 1 )
JOHAN : PUTRI KHAIERUNNIESHA QIESHARIENA BINTI KAMARUDDIN ( 2 DAISY )
NAIB JOHAN : SHERLENE EVE VIONNIE SAMRIN ( 3 DAISY )
KETIGA : DANELLA ALESSTER VITALIS ( 3 DAISY )
SAGUHATI :
1. STEVEN SHANE JAINOL ( 3 DAISY )
2. ADAM DANIEL BIN DZULIMIN ( 3 DAISY )
3. DARVIN MATTHEW ( 3 DAISY )
4. RHIANNA ROYSTONE ( 1 DAISY )
5. ADVILLE ALEXANDER ( 3 DAISY )
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN MELAGUKAN SYAIR / SAJAK ( TAHAP 2 )
JOHAN : PUTRI KALEISHA QISTINA BINTI KAMARUDDIN ( 5 DAISY )
NAIB JOHAN : NURUL AZZAHRAH KAUSAR BINTI MOHD NAZRI ( 5 DAISY )
KETIGA : DHEXLY ELDIE MINUYL ( 5 DAISY )
SAGUHATI :
1. RESKY ZHAPUTRI BINTI FIKRI ( 5 TULIP )
2. MOHD HAMIZIE IZWAN BIN GUSTI ( 5 TULIP )
3. NUR ELEAZA BINTI ABDULLAH ( 4 TULIP )
4. DIONALDO PASIL BIN ABDULLAH ( 5 DAISY )
5. ALVIND SHAM ( 6 TULIP )
PERTANDINGAN BINA JALUR GEMILANG DARI BAHAN TERPAKAI ( TAHAP 1 )
JOHAN : RHIANNA ROYSTONE ( 1 DAISY )
NAIB JOHAN : ANDRES ISCO SYLVESTER ( 1 DAISY )
KETIGA : ASHLEY LAUREEN ASWEN ( 1 DAISY )
SAGUHATI :
1. PUTRA KHALIESH KHAIERUDDIN BIN KAMARIDDIN ( 1 DAISY )
2. ALFATTAH ADAM HAYQAL BIN ALPIAN ( 1 DAISY )
3. MIA SYAMIERA BINTI ABDULLAH ( 1 TULIP )
4. ADAM MUKHRIZ BIN MOHAMMAD ERWAN ( 2 DAISY )
5. PUTRI KHAIERUNNIESHA QIESHARIENA BINTI KAMARUDDIN ( 2 DAISY )
PERTANDINGAN BINA JALUR GEMILANG DARI BAHAN TERPAKAI ( TAHAP 2 )
JOHAN : MELVIN CHARLES MARK MAJIUL ( 4 DAISY )
NAIB JOHAN : DIONALDO PASIL BIN ABDULLAH ( 5 DAISY )
KETIGA : NUR ELIESYA JAMLI ( 4 DAISY )
SAGUHATI :
1. PUTRI KALIESHA QISTINA BINTT KAMARUDDIN ( 5 DAISY )
2. CEARA ANABEL COLIN MAHINGGIL ( 4 DAISY )
3. BREADLEY WAYNE WELDEN ( 4 DAISY )
4. MOHAMMAD ADDIN QAMIL BIN ABDULLAH ( 5 TULIP )
5. MARISSA ALYA BINTI MOHD ZAIDIE ( 5 DAISY )
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK ( TERBUKA )
JOHAN : PUTRI KALEISHA QISTINA BINTI KAMARUDDIN ( 5 DAISY )
NAIB JOHAN : NURUL AZZAHRAH KAUSAR BINTI MOHD NAZRI ( 5 DAISY )
KETIGA : MYZA AREESSA HADIRAH BINTI MUHAMMAD AZLI ( 6 DAISY )
SAGUHATI :
1. ADVILLE ALEXANDER ( 3 DAISY )
2. ELVIANI MISTON ( 6 DAISY )
3. NETANEEL BRANDON ( 6 DAISY )
4. SKYE MEREDITH SEVERINUS ( 6 DAISY )
5. VINCE LAPOH ( 6 DAISY )
“ Tahniah diucapkan kepada
semua pemenang “
Penghargaan
Ajk Pengelola dan
Ajk Pelaksana Program,
Lembaga Pengurusan Sekolah ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Pejabat Pendidikan Daerah
Kota Kinabalu
serta
individu yang terlibat secara langsung
mahu pun tidak langsung.
Terima Kasih