Celik Tafsir Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman… Tafsir Surah an-Nahl Ayat 124 – 128 (Tiga peringkat dakwah) Nahl Ayat 124: Ayat ini adalah Perenggan Makro ke 5 (Bahagian ke 2). Diwajibkan hari Sabtu kepada orang-orang yang menyelisihinya. (Asalnya hari ibadat khusus dilakukan pada Hari Jumaat tetapi kaum Nabi Musa mahukan pada hari Sabtu. Maka diwajibkanlah pada hari Sabtu). Tidak diragukan bahawa Allah mensyariatkan atas setiap umat satu hari dari satu minggu agar mereka berkumpul untuk melakukan ibadah. Allah telah menawarkan Hari Jumaat sebagai hari ibadat untuk Bani Israil. Tapi mereka menolak. Oleh kerana itu, maka mereka diberikan dengan Hari Sabtu dan mereka terima. Mereka menggantikan Hari Jumaat dan memilih Hari Sabtu, kerana hari Sabtu adalah hari yang Allah tidak menciptakan sesuatu pun padanya; mengingat semua penciptaan telah diselesaikan pada hari sebelumnya, iaitu hari Jumaat. Maka Allah menetapkan hari Sabtu buat mereka dalam syariat kitab Taurat, dan memerintahkan mereka agar berpegang teguh padanya serta memeliharanya. Selain dari itu Allah memerintahkan kepada mereka agar mengikuti ajaran Nabi Muhammad. Bagaimana pula dengan orang Kristian? Menurut suatu pendapat, sesungguhnya Nabi Isa memindahkan hari ibadat mereka kepada hari Ahad. Menurut pendapat yang lainnya lagi, Nabi Isa tidak meninggalkan syariat Kitab Taurat kecuali apa yang di‐ mansukh pada sebahagian hukum-hukumnya, dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa masih tetap memelihara hari Sabtu hingga baginda diangkat menjadi Nabi. Sebaliknya orang-orang Nasrani sesudahnya — iaitu di zaman Konstantinopel yang mengalihkannya ke hari Ahad untuk mem‐ bezakan dengan orang-orang Yahudi, dan mereka mengalihkan kiblat menghadap ke arah timur, tidak lagi menghadap ke arah Sakhrah (kubah Baitul Maqdis). Undang-undang Hari Sabtu: haram untuk buat kerja dunia. Dan bila sudah ada larangan, tentu ada yang diuji. Ada yang diuji kerana pada Hari Sabtu itulah yang banyak rezeki melimpah ruah. َيحُكُم َبيَنُهم َيوَم الِقياَمِة فيما كانوا فيِه َّنما ُجِعَل الَّسبُت َعَلى اَّلذيَن اخ َتَلفوا فيِهۚ َوِإَّن َرَّبَك َل ِإ َيخ َتِلفوَن (SAHEEH INTERNATIONAL) The sabbath was only appointed for those who differed over it. And indeed, your Lord will judge between them on the Day of Resurrection concerning that over which they used to differ. (MELAYU)
Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang-orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi keputusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu. َّنما ُجِعَل الَّسبُت َعَلى اَّلذيَن اخ َتَلفوا فيِه ِإ Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang-orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Ayat ini menunjukkan yang ayat-ayat sebelum ini sebenarnya berkenaan golongan Yahudi. Ini kerana Sabbath adalah untuk mereka. Tapi ayat ini menyebut yang mereka diberikan Sabbath itu apabila mereka berselisih. Maka ada pendapat yang men‐ gatakan, dulu tidak ada Sabbath itu. Maksudnya, mereka pada waktu itu mesti menerima Hari Jumaat juga pada asalnya. Jadi, Sabbath itu adalah sebagai hukuman untuk mereka. Dan selepas itu, larangan pada Hari Sabtu itu pun mereka tak menjaga juga. Atau, ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka berselisih itu adalah tentang Hari Jumaat, maka Allah berikan Hari Sabtu untuk mereka. Dan apabila Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan baginda memuliakan Hari Jumaat (kerana Allah tawarkan Hari Jumaat kepada Nabi dan baginda menerimanya), mereka tegur pula Nabi Muhammad, kenapa jadikan Hari Jumaat sebagai hari mulia, sedangkan hari ibadat yang awla’ adalah Hari Sabtu, kata mereka. Maka, Allah beritahu maklumat yang sebenar. َيحُكُم َبيَنُهم َيوَم الِقياَمِة فيما كانوا فيِه َيخ َتِلفوَن َوِإَّن َرَّبَك َل Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi keputusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu. Allah akan berikan hukuman kepada mereka pada hari akhirat nanti. Kalau tidak dapat diselesaikan di dunia ini kerana mereka banyak beralasan, maka tunggulah di akhirat kelak dimana keputusan tepat akan diberikan oleh Allah. Tapi itu adalah keputusan amali, maknanya kalau baru tahu waktu itu, sudah terlambat kerana Allah akan buat keputusan dan akan terus memberikan hukuman. Di dalam kitab Sahihain disebutkan melalui hadis Abdur Razzaq, dari Ma’mar, dari Hammam, dari Abu.Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda: ُه،” ْيِهْم َفاْخَتَل ُفوا ِفيِه، َفَهَداَنا ُهَّللا َل ِذي َفَرَض ُهَّللا َعَل َّم َه َذا َيْوُمُهُم اَّل ِكَتاَب ِمْن َقْبِلَنا، ُث و ُتوا اْل َّنُهْم ُأ َأ ِقَياَمِة، ِبْي َد اْل ُقوَن َيْو َم َنْحُن اآْلِخُروَن الَّساِب َيُهو ُد َغ ًدا، َوالَّنَصاَرى َبْعَد َغٍد َبٌع، اْل َنا ِفيِه َت .“َفالَّناُس َل Kita adalah umat yang terakhir, tetapi umat yang paling terdahulu di hari kiamat, hanya bezanya mereka diberikan Al-Kitab sebelum kita. Kemudian hari ini (Jumaat) adalah hari mereka juga yang telah difardhukan Allah atas mereka, tetapi mereka berselisih pendapat tentangnya, dan Allah memberi kita petunjuk kepadanya. Manusia sehubungan dengan hal ini mengikuti kita, orang-orang Yahudi esok, dan orang-orang Nasrani lusanya.
Nahl Ayat 125: Ayat 125-128 adalah Perenggan Makro ke 6 surah ini. Ia berkenaan sikap-sikap yang perlu ada dalam berdakwah. Sifat-sifat itu adalah sabar, taqwa, tidak bersedih hati, lapang dada dan ihsan. Allah ajar cara menyeru manusia untuk menyampaikan risalah tauhid. Ayat ini amat penting untuk difahami dan ditadabbur. Kita kena tahu yang ada tiga peringkat dalam dakwah – ini adalah kerana dakwah kita terbahagi kepada tiga jenis golongan. 1. Ada orang yang umum. 2. Ada orang yang bijak pandai. Iaitu golongan yang cerdik pandai. 3. Ada golongan yang melawan. Mereka itu mempertahankan apa yang telah dan sedang mereka amalkan. ادُع ِإلٰى َسبيِل َرِّبَك ِبالِحكَمِة َوالَموِعَظِة الَحَسَنِةۖ َوجاِدلُهم ِباَّلتي ِهَي َأحَسُنۚ ِإَّن َرَّبَك ُهَو َأعَلُم ِبَمن َضَّل َعن َسبيِلِهۖ َوُهَو َأعَلُم ِبالُمه َتديَن (SAHEEH INTERNATIONAL) Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided. (MELAYU) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ادُع ِإلٰى َسبيِل َرِّبَك ِبالِحكَمِة Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah Dalam setiap masyarakat, ada golongan yang bijak pandai. Mereka itulah golongan atasan. Mereka mungkin pemimpin masyarakat, orang yang dihormati dalam masyarakat, dan tidak semestinya dalam bidang agama sahaja. Mereka ini bukan jenis buang masa bersosial dengan semua orang dan mereka bukanlah golongan yang lagha dengan kehidupan mereka sahaja. Mereka ini adalah golongan yang kawal apa yang berlaku di kalangan mereka, dan kerana itu mereka menjadi ikutan manusia. Kalau pada zaman Nabi, mereka itu adalah pemuka kaum, penyair dan orang bijak pandai. Pada zaman Nabi Musa pula, mereka itu adalah ahli sihir dan juga keluarga Firaun. Kepada mereka yang jenis ini, kena ada dakwah yang boleh mengubah dan menarik mereka. Kerana itulah Nabi Musa diberikan dengan mukjizat tongkat yang boleh menjadi ular. Ianya ditunjukkan kepada Firaun dan ahli sihir. Dan yang nampak kelebihan itu adalah ahli sihir kerana mereka ahli dalam perkara sihir. Maknanya, waktu itu Nabi Musa bercakap menggunakan bahasa yang tinggi kepada golongan tertentu. Kepada mereka jenis ini, kena dakwah ةِمَحكِبال.ِ Maksud ‘dengan hikmah’ adalah dengan menggunakan dalil – dalil aqli dan naqli. Penting kena ada dalil kerana tidak boleh buat andaian dalam agama. Golongan yang berilmu itu pun tidak mahu terima kalau kita cakap kosong sahaja dengan mereka. Oleh itu, kita haruslah tingkatkan pendidikan agama kita supaya Qur’an boleh dipelajari dan dikaji dengan tinggi. Kita harus ada universiti yang ajar Qur’an sahaja. Bukan universiti yang ada pengajian Qur’an sahaja, tapi universiti yang ajar Qur’an sa‐ haja. Ini tidak ada lagi pada zaman dulu dan sekarang. Tujuannya supaya mereka yang keluar dari universiti itu boleh membincangkan tentang Qur’an dengan cara yang lebih men‐ dalam. Mereka adalah orang yang kaji luar dan dalam tentang Qur’an. Mereka ini harus menjadi orang yang pakar tentang
Qur’an. Dan mereka itu kenalah orang yang bijak akalnya kerana bukan sahaja harus tahu tentang Qur’an, tetapi mereka harus tahu sains-sains yang lain – seperti sosiologi, psikologi, ekonomi dan sebagainya. Ini adalah kerana dunia menghadapi segala masalah dalam perkara ini dan perkara ini ada disentuh dalam Qur’an juga. Dan dunia memang memerlukan pengajaran dari Qur’an kerana Qur’an menyelesaikan masalah umat. Sebagai contoh, dunia me‐ mang ada masalah ekonomi, bukan? Jadi mereka yang bijak pandai itu kena fikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah ekonomi itu menggunakan Qur’an. Mereka harus tahu ekonomi luar dan dalam dan tahu bagaimana mengaitkannya dengan Qur’an. Dan kalau ada orang Islam yang pandai Qur’an dan pandai pula ekonomi, tentu dia dapat memberi nasihat yang amat berguna sekali. Ia pasti hebat sekali! Waktu itu, barulah orang yang ada ilmu akan nampak bagaimana ada keindahan dalam Qur’an seperti juga para ahli sihir yang nampak apa yang ditunjukkan oleh Nabi Musa itu adalah ilmu yang benar kerana mereka me‐ mang ahlinya. Kalau pakar ekonomi nampak Qur’an dan Islam dapat memberikan jalan yang harmoni kepada masalah ekonomi, tidakkah ini menjadi satu pengakuan kepada kebenaran Islam? Tentu sekali! Dan perkara ini tidak dapat dilakukan setakat pengajian di madrasah dan masjid sahaja. Harus ada sampai ke peringkat univer‐ siti. Dan ini memerlukan usaha yang amat-amat tinggi. Semoga usaha kita yang kecil ini dapat membawa ke arah itu di masa hadapan. Apa yang kita mula kena ubah adalah sikap manusia terhadap Qur’an ini. Ramai yang tidak pandang sangat Qur’an ini kerana mereka tidak nampak bagaimana mereka boleh mengambil manfaat dari Qur’an. Oleh itu, kalau kita kata Qur’an adalah penye‐ lesai masalah, bagaimana hendak aplikasikan Qur’an dalam kehidupan kita? Bagaimana cara praktikalnya? Bagaimana kita hendak ambil pengajaran itu? Setakat ini, kita tidak cukup ilmu itu. Sebagai seorang Muslim yang sudah yakin dengan agama Islam, kita tahu yang Qur’an adalah penyelesai kepada segala masalah, tapi kita masih tidak tahu caranya. Kita belum lagi sampai pada tahap yang men‐ dalam. Belum lagi pada tahap yang boleh meyakinkan para pakar dalam bidang mereka – ekonomi, sosial, psikologi dan lainlain. Oleh itu kita kena bekerjasama menggembleng tenaga. Kerana kita mungkin bukan orang yang belajar dan mengajar, tapi kita masih dapat membantu. Sebagai contoh, kita dapat membantu dengan pengurusan, dengan kewangan dan sebagainya. َوالَموِعَظِة الَحَسَنِة dan pelajaran yang baik Ini adalah kepada golongan yang umum, kena gunakan bahasa yang lembut, kerana mereka hanya memerlukan ةِنَسَحَال ةِظَعِموَال (nasihat baik) sahaja. Kena beri pengajaran dan nasihat yang dapat menusuk ke dalam jiwa. Sebab itu dalam khutbah, dilem‐ butkan sahaja pengajaran yang ada di dalamnya, kerana banyak jenis manusia yang ada di situ. Ibnu Jarir mengatakan bahawa yang diserukan kepada manusia ialah wahyu yang diturunkan kepadanya berupa Al-Qur’an, Sunnah, dan pelajaran yang baik; yakni semua yang terkandung di dalamnya berupa larangan-larangan dan kejadian-kejadian yang menimpa manusia (di masa lalu). Pelajaran yang baik itu agar dijadikan peringatan buat mereka akan pembalasan Allah Swt. (terhadap mereka yang durhaka). Oleh itu, kalau kita mula jumpa orang yang baru kita kenal, bagi nasihat biasa sahaja. Ilmu dakwah ini, setiap Muslim kena ada. Kita kena tahu untuk bercerita tentang agama terutama kepada orang kafir. Kerana kalau mereka bertanya tentang agama Islam, maka kita kena tahu nak cerita bagaimana kepada mereka.
Mulakan dengan cerita tentang umum sahaja. Begitu juga kepada orang yang baru nak kenal agama, kita kena tahu nak bagi nasihat kepada mereka bagaimana. Untuk tahu apa yang hendak disebut, maka kita kenalah belajar tentang agama kita sendiri. Kalimah ةِنَسَحَال di sini ditafsirkan dengan beri targhib dan tarhib (ajakan dan larangan). Ini adalah untuk melembutkan hati. Kita kena jadikan nasihat ini dapat sampai kepada manusia. Supaya mereka senang hendak dapatkan dan kongsi dengan orang lain. Kerana itu kita kena mudahkan orang untuk belajar tafsir Qur’an. Golongan ini adalah yang paling senang kalau dibandingkan dalam tiga jenis peringkat ini. Kerana mereka orang yang umum – mereka bukan pakar dan mereka bukan orang yang menentang. Orang yang berdakwah dalam lapangan ini memerlukan maklumat dari mereka yang dalam golongan pertama di atas tadi. َوجاِدلُهم ِباَّلتي ِهَي َأحَسُن dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Dan akan ada golongan yang melawan dan menentang. Mereka menggunakan berbagai cara untuk menjatuhkan para Rasul dan para pendakwah. Begitulah yang dilakukan oleh pemuka Quraisy kerana mereka sudah takut melihat bagaimana Rasulullah su‐ dah ramai pengikutnya. Begitulah yang dilakukan oleh musuh-musuh para Rasul dari dulu pun. Maka kepada jenis ini, kena beri yang lebih baik, iaitu نُسَأح.َ Maka hendaklah hal ini dilakukan dengan cara yang baik iaitu dengan lemah lembut, tutur kata yang baik, serta cara yang bi‐ jak. Ayat ini sama pengertiannya dengan ayat lain yang disebutkan oleh firman-Nya: ِذيَن َظَلُموا ِمْنُهْم} ِتي ِهَي َأْحَسُن ِإال اَّل ِكَتاِب ِإال ِباَّل {َوال ُتَجاِدُلوا َأْهَل اْل Dan janganlah kalian berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka. (Al-‘Ankabut: 46), hingga akhir ayat. Maka, bolehlah berdebat dengan mereka jika mereka ahli debat. Sebagai contoh, apabila Nabi di Madinah, baginda berhujah dengan golongan Yahudi dan Nasara. Mereka itu orang yang sesuai untuk diajukan pertanyaan kepada mereka. Iaitu mereka yang memliliki ilmu pengetahuan. Kerana kalau tidak ada pengetahuan, tidak boleh debat dengan mereka kerana Nabi larang kalau begitu. Kerana kita hendak muzakarah ilmu, tapi kalau mereka sendiri tidak ada ilmu, bagaimana? Dan apabila berhujah, kena debat tanpa emosi, tanpa perasaan marah. Dengan mereka yang menentang memang kena berbahas dalam bentuk ilmiah. Tidak boleh dikawal oleh emosi kerana kalau ada kemarahan, waktu itu kita kena berhenti kerana tidak boleh diteruskan lagi. Kerana kita kena ingat yang kita bukan hendak menjatuhkan lawan, tapi hendak mencari kebenaran. Inilah sahaja yang kita boleh lakukan kerana kalau orang yang lawan kita itu memberi hujah yang benar, maka kita kena terima. Oleh itu, kita harus berbahas dengan mereka menggunakan hujah yang ‘lebih baik’. Bukan yang ‘terbaik’, tapi ‘lebih baik’. Kerana hujah terbaik adalah dari Allah. Jadi, kita kena fikirkan hujah yang lebih baik. Dan kalau mereka gunakan bahasa teruk, jangan balas dengan bahasa begitu juga. Kerana itu bukanlah hujah yang baik. Maka kena berjidal dengan mereka menggunakan hujah yang lebih kuat, iaitu menggunakan hujah dari Allah. Maka kenalah faham Qur’an ini sebelum kita berjidal dengan para penentang. Kerana hujah dalam Qur’an ini adalah hujah yang hebat-hebat yang tidak tercapai oleh akal kita sendiri.
Tapi yang pasti, kita kenalah gunakan bahasa yang lembut setiap kali dalam dakwah. Kerana kita tidak patut menyakiti hati lawan kita dalam berhujah itu. Kerana kita masih lagi hendak berdakwah kepadanya di lain kali. Maka jangan kita putuskan hubungan dengan mereka. Ianya seperti kita membunuh ular – biar ular itu mati tapi tongkat tidak patah – maksudnya biarlah dalil disampaikan tapi hati tidak retak. Seperti halnya yang telah Allah perintahkan kepada Nabi Musa dan Harun, ketika keduanya diutus oleh Allah Swt. kepada Fir’aun, yang kisahnya disebutkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya: ُه َي َت َذَّكُر َأْو َيْخَشى} َّل َع ًنا َل ِّي ُه َقْوال َل {َف ُقوال َل maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut. (Thaha: 44) Jadi tidak ada larangan untuk berdebat kerana ulama’ dahulukala memang ada sejarahnya mereka berdebat sama ada dengan orang kafir atau pun sesama Muslim. Akan tetapi ia mestilah dilakukan dalam adab yang baik. Tujuan berdebat adalah untuk mencari kebenaran, bukannya kerana hendak menegakkan benang yang basah. Ada debat yang perlu dilakukan dan ada yang perlu ditinggalkan. Kerana itulah Nabi ada nasihat, َكِذَب َوِإْن َكاَن ا َوِبَبْيٍت ِفي َوَسِط اْلَجَّنِة ِلَمْن َتَرَك اْل ِمَراَء َوِإْن َكاَن ُمِحًّق َنا َزِعيٌم ِبَبْيٍت ِفي َرَبِض اْلَجَّنِة ِلَمْن َتَرَك اْل َأ َم ْيِه َوَسَّل َماَم َة َقاَل َقاَل َرُسوُل ِهَّللا َصَّلى ُهَّللا َعَل ِبي ُأ َعْن َأ َماِزًحا َوِبَبْيٍت ِفي َأْعَلى اْلَجَّنِة ِلَمْن َحَّسَن ُخُلَق ُه Dari [Abu Umamah] dia berkata, “Rasulullah َم ْيِه َوَسَّل لَع َللاَّه ُلىَّص َbersabda: “Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseo‐ rang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang mening‐ galkan kedustaan meskipun bersifat gurau, dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang be‐ rakhlak baik.” Sunan Abi Dawud (4167) disahihkan oleh Albani. Jadi hadis ini menggalakkan meninggalkan debat. Bagaimana sekarang kita lihat ada banyak perdebatan/jidal yang dilakukan? Sebagai contoh ada debat antara golongan Sunnah dan golongan ASWAJA di khalayak ramai. Tidakkah mereka ini melanggar nasihat baginda Rasulullah? Untuk menjawabnya, ada baik kita sentuh bab debat secara ringkas. Ini penting kerana ada orang kuat berdebat di media sosial. Jadi ada syarat berdebat: 1. Niat Mestilah kena niat kerana Allah. Contohnya untuk mengajak dan mengajar orang ke arah kebaikan. Kadangkala apabila kita berdakwah, ia boleh jadi debat jika ada yang menolak atau mempersoalkan. Kalau niat yang buruk, maka tinggalkanlah. Ada yang hanya mahu membantah sahaja, tanpa membawakan hujah yang sah malah membawa hujah yang bathil seperti yang Allah sebut di dalam Ghafir:5 tentang kaum Nabi Nuh َأَخذُتُهمۖ َفَكيَف كاَن ِعقاِب َّمٍة ِبَرسوِلِهم ِلَيأُخذو ُهۖ َوٰج َدلوا ِبالباِطِل ِلُيدِحضوا ِبِه الَحَّق َف َبت َقبَلُهم َقوُم نو ٍح َوا َألحزاُب ِمن َبعِدِهمۖ َوَهَّمت ُكُّل ُأ َكَّذ Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung – sesudah kaum Nabi Nuh itu – telah mendustakan (Rasulrasulnya), dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu! Jadi kalau niat hanya untuk menegakkan fahaman sendiri sahaja, maka tidak boleh berdebat. Kerana itu mereka dicela oleh Allah di dalam ayat ini. Begitu juga jikalau niat hanya untuk menunjukkan pandai berdebat kerana sombong, tunjuk pandai dan sebagainya (bukan untuk mencari kebenaran). Ada juga orang yang hobi dia memang berdebat, sengaja cari tempat debat. Ini pun tidak boleh. Rasulullah telah bersabda tentang hal ini, di dalam hadis riwayat Abi Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
و ُتوا الَج َدَل ْيِه ِإاَّل ُأ َما َضَّل َقْوٌم َبْعَد ُه ًدى َكاُنوا َعَل “Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat”. Riwayat al-Tirmizi (3176) Status: Hasan (Darussalam) Juga tidak perlu berdebat jikalau niatnya hanyalah untuk mencari kemenangan. Lihat contoh Imam Syafie yang amat kita hor‐ mati. Beliau adalah seorang ulama besar yang banyak melakukan dialog dan pandai dalam berdebat dalam permasalahan agama. Sampi pernah Harun bin Sa’id berkata: “Seandainya Syafi’i berdebat untuk mempertahankan pendapat bahawa tiang yang pada aslinya terbuat dari besi adalah terbuat dari kayu nescaya dia akan menang, kerana kepandaiannya dalam berdebat”. (Manaqib Aimmah Arbaah hlm. 109 oleh Ibnu Abdil Hadi). Walaupun begitu, Imam Syafi’i pernah berkata : َبِة َغَل َما َناَظْرُت َأَح ًدا َقُّط َعَلى اْل “Aku tidak pernah berdebat untuk mencari kemenangan”. (Tawali Ta’sis hlm.113 oleh Ibnu Hajar). 2. Topik yang sesuai untuk diperdebatkan. Kalau sesuatu perkara itu diperlukan seperti hukum-hukum baru dalam hal agama seperti apakah hukum dropship, hukum beli emas secara online dan perkara-perkara lain zaman moden ini yang tidak jelas hukumnya dari nas Al-Qur’an dan hadis. Maka kenalah orang berilmu memperdebatkan perkara ini supaya dapat dipastikan manakah hukum yang lebih hampir kepada kehen‐ dak Allah. Tapi kalau debat itu tentang keberadaan Allah (di langit atau tidak di mana-mana), tentang kerasulan Nabi, tentang benarkah ada syurga dan neraka, maka ini adalah contoh perkara yang tidak perlu diperdebatkan kerana buang masa. Ini macam debat ayam dulu atau telur dulu? Buang masa sahaja! Juga debat dengan keluarga tentang hal-hal dunia. Juga tidak perlu dipanjangkan sampai bermasam muka. Tambahan pula kalau dengan isteri kita pun hendak didebat juga. Memang cari penyakit lah jawabnya. Dengan isteri ini, kalau kita salah pun salah, kalau kita benar pun salah juga! Maka inilah termasuk di dalam nasihat Nabi untuk meninggalkan perdebatan walaupun benar. Kerana ia tidak membawa ke mana melainkan keburukan yang lebih teruk lagi. Dan yang lebih teruk lagi kalau berdebat tentang mana satu pemimpin politik yang bagus, atau parti mana yang paling baik. Ini memang tidak membawa ke mana dan akan menyebabkan permusuhan sahaja. Kalau menang debat pun, bukannya dapat pemimpin pun. 3. Kena ada ilmu untuk berdebat Sebelum berdebat, pastikan anda ada ilmu. Kalau tidak ada ilmu, cukuplah bertanya sahaja, tak perlu nak tunjuk hero, tak perlu nak tunjuk pandai kerana ia akan memalukan sahaja. Jadi kena perhatikan diri kita dahulu, dan bukan itu sahaja, kena per‐ hatikan juga orang yang hendak didebat itu. Kalau kita sahaja berilmu tapi orang yang dilawan debat itu pun tidak berilmu, pun tidak membawa ke mana juga. Kalau kita hendak berdebat untuk menghilangkan kesyirikan dan amalan bid’ah tapi kita tidak ada ilmu, apa yang kita hendak cakap? Pepatah Arab adalah mengatakan هِيْطِعْي ُلَا ئِشَّال د ُقِفا) َOrang yang tiada apa-apa tidak mampu memberi). Ini kerana kita apa‐ bila bercakap adalah untuk memberi orang yang mendengarnya faham. Maka jangan berdebat jikalau diri sendiri jahil. Dan jangan berdebat dengan orang yang jahil. Imam Syafi’i berkata : ٍح ْب ُق ِبُك ِّل ُيَخاِطُبِني الَّسِفْي ُه
Orang jahil berbicara kepadaku dengan segenap kejelekan ُه ُمِجْيًبا ُكْوَن َل َأْن َأ ْكَر ُه َأ َف Aku pun enggan untuk menjawabnya ًما َأِزْي ُد ُحْل َف َيِزْي ُد َسَفاَه ًة Dia semakin bertambah kejahilan dan aku semakin bertambah kesabaran َك ُعْوٍد َزا َد ُه ا ِإْلْحَراُق ِطْيًبا Seperti gaharu dibakar, akan semakin menebar kewangian. (Diwân Imam Asy-Syâfi’iy). – Imam Syafi’i rahimahullah berkata: “Orang pandir mencercaku dengan kata-kata jelek. Maka aku tidak ingin untuk men‐ jawabnya. Dia bertambah pandir dan aku bertambah lembut, seperti kayu wangi yang dibakar malah menambah wangi”. (Diwan Asy-Syafi’i, hal. 156). – Imam Syafi’i juga berkata: ”Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak layak bagi singa meladeni anjing”. Kerana itulah walaupun Imam Syafi’i dikenal sebagai ahli debat, tapi Imam Syafi’i tidak mahu berdebat dengan orang-orang bodoh. Imam Syafi’i berkata : ا َذا نَطَق الَّسِفْي ُه َو ُتِجْيُبُهَفٌخْرَي ِمْن ِاَجاَبِتِه الُّسُكْوُت Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak menanggapi ْيُت ُه َكَمًدا يُمْوُت فِاْن َكِلَمَت ُه َفَّرْجَت َعْنُهَوِاْن َخَّل Apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka dia akan selalu menyakiti hati قاُلْوا سَكَّت َوَقْد ُخْوِصَمْت ُقْلُت َلُهْمِاَّن اْلَجَواَب ِلَباِب الَّشِر ِمْفَتاُح Apabila ada orang bertanya kepadaku, jika ditentang oleh musuh, apakah engkau diam?? Jawabku kepadanya : Sesungguhnya untuk menangkal pintu-pintu kejahatan itu ada kuncinya ِعْرِض ِاْصاَلُح ْيًضا لصْوِن اْل والصْمُت َعْن َجاِهٍل َأْو َأْحَمٍق َشَرٌفَوِفْيِه َأ Sikap diam terhadap orang bodoh adalah suatu kemuliaan. Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan. Imam Syafi’i berkata : والكلُب ُيْخَسى لعْمِرْى َوُهَو َنَّباُح Apakah kamu tidak melihat bahawa seekor singa itu ditakuti lantaran ia pendiam? Sedangkan seekor anjing dibuat permainan kerana ia suka menggonggong? (Diwan As-Syafi’i, karya Yusuf Asy-Syekh Muhammad Al-Baqa’i). Imam Syafi’i juga berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. Jadi kena pilih juga orang yang kita hendak berdebat dengannya. Lagi satu, jikalau kita nampak orang yang didebat itu jenis keras hati, keras kepala, hati macam batu, maka buang masa berdebat dengannya maka perlulah ditinggalkan sahaja. ِإَّن َرَّبَك ُهَو َأعَلُم ِبَمن َضَّل َعن َسبيِلِه Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya Allah lebih tahu tentang mereka yang telah sesat. Kalau mereka kalah dalam perdebatan pun, belum tentu mereka akan beriman lagi kerana hidayah itu milik Allah. Kita hanya boleh sampaikan sahaja kebenaran kepada mereka. Dan bila kita sudah sam‐ paikan, kita telah buat kerja kita dan kita sudah dapat pahala. Maka serulah manusia untuk menyembah Allah, dan janganlah merasa kecewa (bersedih hati) terhadap orang yang sesat di an‐ tara mereka. Kerana sesungguhnya bukanlah tugas kita memberi mereka petunjuk. Sesungguhnya tugas kita hanyalah menyam‐ paikan, dan Allah yang akan memberi hidayah atau tidak. Dalam ayat yang lain disebutkan oleh firman-Nya: َّنَك اَل َتْهِدي َمْن َأْحَبْبَت} {ِإ Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi. (Al-Qashash: 56) ْيَك ُه َداُهْم} ْيَس َعَل {َل Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk (Al-Baqarah: 272) َوُهَو َأعَلُم ِبالُمه َتديَن dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan Allah lebih tahu tentang mereka yang mendapat hidayah. Makanya, mereka dapat hidayah itu bukan sebab debat kita, tapi dari Allah. Nahl Ayat 126: Tadi telah disebut tentang dakwah pada tiga peringkat manusia. Dan memang itulah tugas kita yang penting untuk dilakukan – kena ada dakwah kepada masyarakat setakat yang kita mampu. Dan memang selalunya bila kita mula berdakwah, kita akan diserang. Kita dituduh dengan pelbagai perkara yang menyakitkan hati kita. Dan kadang-kadang sampai menyebabkan kecelakaan pada diri kita juga. Dalam keadaan begitu, kita boleh balas. ُت ۖ َل ُت َل ُت َف َق
ِئن َصَبر ُتم َلُهَو َخيٌر ِللّصاِبريَن عا ِقبوا ِبِمثِل ما عو ِقب ُتم ِبِهۖ َوَل ب ُتم َف َوِإن عا َق (SAHEEH INTERNATIONAL) And if you punish [an enemy, O believers], punish with an equivalent of that with which you were harmed.¹ But if you are pa‐ tient – it is better for those who are patient. Not exceeding it. (MELAYU) Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. عا ِقبوا ِبِمثِل ما عو ِقب ُتم ِبِه ب ُتم َف َوِإن عا َق Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang setimpal dengan yang ditimpakan kepadamu. Ini adalah balasan yang diberikan sebagai timbal balas. Ini dinamakan Qisas dalam perundangan Islam. Dalam ayat ini, Muslim diberitahu, kalau kita diserang, maka kita boleh balas dengan cara kita diserang. Tidak boleh dengan cara yang lain. Begitulah yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad dan siapa yang serang Nabi dulu? Seperti yang kita tahu, puak Quraisy yang mula serang dahulu dan menyakitkan Rasulullah serta para sahabat yang lain. Dan sekarang Allah memberitahu yang boleh balas balik dengan cara yang sama. Tapi ayat ini adalah ayat Makkiyah dimana masa itu umat Islam tidak dibenarkan lagi untuk mempertahankan diri mereka lagi. Maka dalam hal ini ada isyarat yang Muslim akan dapat serang balik. Bukan waktu ayat ini diturunkan, tetapi di masa hadapan. Dalam keadaan kita sekarang, kalau kita dizalimi dan disakiti, undang-undang Islam membenarkan kita membalas balik. Tapi haruslah melalui proses kehakiman. Janganlah apabila kita dipukul, kita kumpul kawan-kawan dan cari orang yang pukul kita itu dan balas pukulan mereka semula. Maka, hendaklah kita melalui proses melaporkan kepada pihak berkuasa dan biarlah pi‐ hak berkuasa menjalankan tugasan mereka. ِئن َصَبر ُتم َلُهَو َخيٌر ِللّصاِبريَن َوَل Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Walaupun ada ruang undang-undang untuk membalas balik tetapi Allah hendak memberitahu, kalau kita dapat bersabar, itu lebih baik. Begitulah, di waktu umat Islam disakiti di Mekah, Nabi arahkan mereka untuk bersabar. Ibnu Zaid mengatakan bahawa pada mulanya kaum Muslim diperintahkan memaafkan sikap orang-orang musyrik. Tetapi sete‐ lah masuk Islam, banyak lelaki yang mempunyai kekuatan, maka mereka mengatakan, “Wahai Rasulullah, sekiranya Allah memberi izin kepada kita (untuk membalas), tentulah kami akan balas anjing-anjing itu.” Maka turunlah ayat ini, yang kemu‐ dian di-mansukh oleh ayat jihad. Ayat ini mempunyai persamaan dengan ayat-ayat lain, yang intinya mengandung perintah untuk bersikap adil dan dianjurkan bersikap pemurah (memaaf), seperti yang disebutkan dalam firman-Nya:
ِمْثُلَها} ٌة َئ َئٍة َسِّي {َوَجَزاُء َسِّي Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. (Asy-Syura: 40) Kemudian dalam firman selanjutnya disebutkan: َأْجُر ُه َعَلى ِهَّللا} {َفَمْن َعَفا َوَأْصَلَح َف maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. (Asy-Syura: 40), hingga akhir ayat. Nahl Ayat 127: Ayat tasliah kepada Nabi. Allah sambung perbincangan tentang sabar. َواصِبر َوما َصبُرَك ِإاّل ِبا ِهللۚ َوال َتحَزن َعَليِهم َوال َتُك في َضيٍق ِمّما َيمُكروَن (SAHEEH INTERNATIONAL) And be patient, [O Muḥammad], and your patience is not but through Allāh. And do not grieve over them and do not be in dis‐ tress over what they conspire. (MELAYU) Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. َواصِبر Bersabarlah Allah beritahu kepada Nabi yang baginda sendiri kena bersabar. Baginda yang paling teruk kena serang tapi waktu itu bukan waktu untuk menyerang balas lagi. َوما َصبُرَك ِإاّل ِبا ِهلل dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah Allah beritahu yang sabar itu bergantung kepada Allah. Kekuatan untuk sabar adalah dari Allah, bukan dari kita. Allah yang beri taufik dan masukkan kesabaran dalam diri kita. Kerana itu kita tidak boleh minta dijadikan orang yang sabar kerana Allah yang menentukan siapa yang akan dapat. Tapi kita kena berusaha dan kerana usaha untuk bersabar itu, kita akan dapat banyak pahala.
َوال َتحَزن َعَليِهم dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka Nabi seorang yang berhati lembut. Baginda amat sayang kepada umat baginda dan baginda berharap kalau mereka dapat ikut baginda dan selamat dunia dan akhirat. Baginda tidak mahu mereka diseksa kerana penolakan mereka terhadap dakwah baginda. Maka, apabila mereka menolak dakwah baginda, tentunya baginda amat bersedih. Maka Allah beritahu baginda, jangan bersedih atas mereka. Kalau mereka kufur dengan dakwah baginda, itu bukan kesalahan baginda dan itu kerana ketetapan dari Allah. َوال َتُك في َضيٍق ِمّما َيمُكروَن dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Waktu itu baginda sedang menghadapi tentangan dan rancangan jahat dari penentang baginda (Musyrikin Mekah). Maka ten‐ tunya baginda berasa susah juga kerana hendak menghadapi rancangan-rancangan itu. Maka Allah nasihatkan baginda supaya jangan gusar kerana rancangan mereka itu. Allah beritahu Nabi supaya jangan risaukan tentang mereka kerana Allah sendiri yang akan uruskan mereka. Baginda cuma perlu teruskan dakwah kepada manusia. Dan begitu jugalah kita dalam berhujah dengan mereka yang tidak suka dengan sunnah ini. Mereka ada macam-macam rancan‐ gan untuk menjatuhkan jalan sunnah di negara ini. Kerana mereka ada kuasa dan mereka ada pengikut. Malah ada yang sudah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Tapi, kita ambil pengajaran dari ayat ini bahawa janganlah kita risau dan gusar di atas rancangan mereka itu. Sebaliknya kita teruskan dakwah kepada manusia untuk kembali kepada sunnah. Nahl Ayat 128: Ayat Tabshir. ِإَّن َهللا َمَع اَّلذيَن ا َّت َقوا َواَّلذيَن ُهم ُمحِسنوَن (SAHEEH INTERNATIONAL) Indeed, Allāh is with those who fear Him and those who are doers of good. (MELAYU) Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. ِإَّن َهللا َمَع اَّلذيَن ا َّت َقوا
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa Allah beri berita gembira yang Dia ada bersama dengan orang yang bertaqwa. Maka kita kena mulakan usaha untuk jadi orang yang bertaqwa. Bagaimana nak jadi orang bertaqwa? Iaitu dengan menjaga hukum yang Allah sampaikan (kena belajar hukum dulu). Kita kena usaha untuk capai tahap ini. Ini adalah tahap takut iaitu takut dengan Allah dan kerana itu kita jaga perbuatan kita. Allah kata Dia عَم) َbersama) orang yang bertaqwa. Ini seolah-olah Allah memegang tangan kita dan memberi semangat dan bantuan kepada kita. Kita mendapat sokongan Allah dalam menjalankan misi dakwah. Tapi tidaklah Allah turun duduk sebelah kita pula, maka ini dari segi bahasa sahaja. Ini seperti firman Allah Swt. kepada Musa dan Harun, iaitu: َّنِني َم َعُكَما َأْسَمُع َوَأَرى} {اَل َتَخاَفا ِإ Janganlah kamu berdua khawatir, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat. (Thaha: 46) Maksudnya, Allah melihat dan mendengar apa yang berlaku dan Allah tidak perlu turun duduk sebelah kita kerana ilmu Allah amat luas. Juga seperti yang ada di dalam firman-Nya: ْدَنى ِمْن َذِلَك} َأَلْم َتَر َأَّن َهَّللا َيْعَلُم َما ِفي الَّسَماَواِت َوَما ِفي األْرِض َما َيُكوُن ِمْن َنْجَوى َثالَثٍة ِإال ُهَو َراِب ُعُهْم َوال َخْمَسٍة ِإال ُهَو َساِدُسُهْم َوال َأ ْيَن َما َكاُنوا ْكَثَر ِإال ُهَو َم َعُهْم َأ {َوال َأ Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada. (Al-Mujadilah: 7) َواَّلذيَن ُهم ُمحِسنوَن dan orang-orang yang berbuat kebaikan. Ini adalah peringkat kedua selepas ‘taqwa’. Mulakan dengan taqwa dan kemudian meningkat ke maqam ‘ihsan’. Setelah kita berusaha menjaga taqwa, lama-lama perhubungan kita dengan Allah akan menjadi perhubungan atas dasar cinta. Inilah maqam ‘ihsan’. Allahu a’lam. Tamat sudah tafsir Surah an-Nahl ini. Ini juga adalah ayat akhir Juz 14. Seperti yang kita telah sebut, surah ini ada menyentuh tentang Bani Israil. Dan selepas ini kita akan terus masuk ke dalam Surah al-Isra’ yang menyentuh mereka secara terus. Kemaskini: 8 Ogos 2023 Rujukan: Maulana Hadi
3 thoughts on “Tafsir Surah an-Nahl Ayat 124 – 128 (Tiga peringkat dakwah)” Pingback: Tafsir Surah an-Nahl Ayat 124 – 128 (Tiga peringkat dakwah) Ika December 11, 2020 at 11:32 pm Merujuk perenggan keempat paling atas, hari sabtu ditetapkan utk kaum Nabi Musa tapi diakhir perenggan, menyebut Nabi Muhammad. CelikTafsir December 14, 2020 at 11:11 am dua cerita berlainan: 1. Hari sabtu bagi mereka. 2. Kena ikut ajaran Nabi Muhammad (nabi akhir zaman) Nouman Ali Khan Tafsir Ibn Kathir Mutiara al-Qur’an PUBLISHED BY CelikTafsir Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh. View all posts by CelikTafsir April 1, 2017 CelikTafsir Surah 016: an-Nahl Like Like