INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, 71760 BANDAR BARU ENSTEK NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PENGAKAP MALAYSIA BUKU LOG TAN YI SONG 2021162340044 PISMP AMBILAN 2022 KELUARAN 2026 MT2 MPU3431a- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 1
BIODATA GURU PELATIH NAMA : TAN YI SONG UNIT : PISMP MT 2 AMBILAN JUN 2022 ANGKA GILIRAN : 202116234004 TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER II KURSUS MPU 3431 a UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I PENSYARAH PN. NOOR MARLINA MOHAMED NOR TARIKH LAHIR 28 MEI 2003 NO. TELEFON 018-2597116 ALAMAT RUMAH 400, JALAN SAUJANA 1/3, BANDAR SP SAUJANA, 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH E-MEL [email protected] PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM AHLI BIASA PENGAKAP
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA PERINGKAT IPGKPT FUNGSI MAJLIS TADBIR PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA PERINGKAT IPGKPT
FUNGSI MAJLIS TADBIR - Mentadbir urusan-urusan perbadanan. - Membuat ketetapan mengenai segala surat ikatan suratan dan lain-lain suratcara yang perlu dimentelkan. - Merekod dan menyimpan daftar ahli tiap-tiap pengakap. - Membuat, mengubah atau membatalkan kaedah dan Undang-Undang Kecil Perbadanan. - Memindah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada Perbadanan. - Segala urusan hutang dan tanggungan yang kena bayar dan yuran caruman yang perlu di kutip oleh Perbadanan. - Menggunakan pendapatan bagi tujuan membangunkan perbadanan.
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
PRINSIP ASAS PENGAKAP
PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP COGAN KATA DAN LAMBANG PENGAKAP ISYARAT DAN HORMAT PENGAKAP LAGU-LAGU PENGAKAP (Lagu-lagu patriotik) LAGU-LAGU PENGAKAP (Lagu-lagu Kumpulan berenam) LAGU PENGAKAP MALAYSIA BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA BENDERA PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN MAKSUDNYA BENDERA DUNIA DAN MAKSUDNYA
PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA ASPEK HURAIAN MATLAMAT Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. OBJEKTIF Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti. Taat dan setia kepada negara. Mempunyai perasaan persaudaraan. Berkhidmat kepada masyarakat. KEAHLIAN Dipilih oleh pensyarah mengikut kumpulan opsyen di kampus. Keahlian pengakap terdiri daripada opsyen Bahasa Melayu serta Pendidikan Islam. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM30.00 untuk keahlian selama 3 tahun. PENSYARAH SEBAGAI PEMIMPIN Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada pensyarah sekolah ini. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili kampus mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat jabatan atau kementerian. AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. Pemilihan AJK secara undian. AJK kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat.
AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada pensyarah penasihat. AJK persatuan terdiri: Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan AJK. - Pemimpin boleh menambahkan bilangan AJK jika perlu. AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang dirancang. DERMA Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma yang ditetapkan. Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut. Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengarah. AKTIVITI Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pensyarah penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan setiap tahun. PERATURAN - PERATURAN Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap sejati. TINDAKAN DISIPLIN Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanak-kanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut iaitu Amaran lisan, Amaran bertulis, Gantung keahlian dan Pecat keahlian. PINDAAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pensyarah. HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. Ahli-ahli pengakap ialah ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Pengakap Kebangsaan.
PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP - PERSETIAAN PENGAKAP
- UNDANG-UNDANG PENGAKAP
COGAN KATA DAN LAMBANG PENGAKAP
ISYARAT DAN HORMAT PENGAKAP
LAGU-LAGU PENGAKAP - LAGU-LAGU PATRIOTIK i. KERANAMU MALAYSIA
ii. JALUR GEMILANG
iii. TANAH PUSAKA
iv. DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU
v. UNTUKMU MALAYSIA
LAGU-LAGU PENGAKAP - Lagu-lagu Kumpulan berenam i. DI SINI BERKUMPUL
ii. DI SINI SENANG DI SANA SENANG
iii. UNDANG PENGAKAP
iv. APA GUNA KELUH KESAH v. MENTARI DAN BULAN
LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia PERSETIAAN PENGAKAP
BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA - JALUR GEMILANG - LAGU NEGARAKU
BENDERA PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN MAKSUDNYA Pengertian: a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap". b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap". d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negerinegeri dalam Malaysia". e) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". f) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". g) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja". h) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
BENDERA DUNIA DAN MAKSUDNYA KELOPAK SEBELAH KIRI Melambangkan perkhidmatan untuk orang lain DUA BUTIR BINTANG PECAH LIMA Berwarna ungu pada kelopak kanan dan kiri melambangkan undang-undang pengakap IKATAN PUTIH PADA KELOPAK Melambangkan ikatan kekeluargaan di kalangan ahli pengakap yang kukuh WARNA PUTIH DAN UNGU Warna putih atau perak melambangkan kesucian Warna ungu melambangkan perkhidmatan dan kepimpinan KELOPAK TENGAH Melambangkan tanggungjawab kepada tuhan KELOPAK SEBELAH KANAN Ketaatan kepada undangundang pengakap LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH Melambangkan kesatuan dan persaudaraan pengakap sedunia IKATAN BUKU SILA Tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud kekuatan dan perpaduan persaudaraan pengakap sedunia
SEJARAH UNIT BERUNIFORM
SEJARAH PENGASAS DAN SEJARAH PENUBUHAN TUJUAN PENUBUHAN SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SEJARAH PENGASAS DAN SEJARAH PENUBUHAN Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907 Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama- sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh. Pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut. Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan
banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.
TUJUAN PENUBUHAN Membimbing golongan remaja yang seimbang dari segi JERIS, memupuk semangat dan mengasun cara pemikiran melalu pendidikan. Memupuk remaja yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. Menyediakan pelajar dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif dalam kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukun Negara.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura di mana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909) tetapi gagal. Bermula di sini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat di mana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang- kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia di mana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Pergerakan Pengakap di Maktab-Maktab Perguruan bermula dengan aktif di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak pada tahun 1953 dan diabadikan dengan Taman Astakona sebagai tempat latihan atau aktiviti guru pelatih yang menyertai Pengakap.
PERANCANGAN ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
Takwin Dan Rancangan Aktiviti Takwin Pengakap Malaysia Sekolah Tahun 2024/25 Bil Tarikh Perkara Tindakan 1. 13.3.2024 Mesyuarat Agung 2024/2025 Pelantikan jawatankuasa Baru 2024/25 Semua guru penasihat 2. 20.3.2024 27.3.2024 Sejarah, prinsip-prinsip dan ikrar Pengakap 2 guru penasihat 3. 3.4.2024 Pengenalan Lagu Pengakap 2 guru penasihat 4. 10.4.2024 17.4.2024 24.4.2024 Asas Pertolongan Cemas 2 guru penasihat 5. 15.5.2024 22.5.2024 27.5.2024 Asas Kawad Kaki 2 guru penasihat 6. 12.6.2024 19.6.2024 26.6.2024 Simpulan dan Ikatan 2 guru penasihat 7. 10.7.2024 17.7.2024 24.7.2024 Cara Balutan dan Jenis Anduh dan Jenis Luka 2 guru penasihat 8. 31.7.2024 7.8.2024 14.8.2024 Peralatan Perkhemahan 2 guru penasihat 9. 21.8.2024 28.8.2024 4.9.2024 Malam Kebudayaan dan Permainan Pengakap 2 guru penasihat 10. 11.9.2024 20-22.9.2024 Perkhemahan Unit Beruniform Semua guru penasihat 11. 2.10.2024 Khidmat Kesukarelawan 6 guru penasihat 12. 9.10.2024 Mesyuarat Post-Mortem 2024/2025 Laporan Refleksi Aktiviti 2024/2025 Perancangan aktiviti 2025/2026 Semua guru penasihat
Rancangan Aktiviti Tahunan Pasukan Persatuan Pengakap MalaysiBIL TARIKH/ HARI/ MASA AKTIVITI 1. 13.3.2024 RABU 3.00P.M.- 4.00 P.M. MESYUARAT AGONG 2024/2025 Memperkenalkan guru-guru penPengakap Perlantikan Ahli Jawatankuasa bah- Pengerusi - Naib pengerusi - Setiausaha - Naib Pengerusi - bendahari -AJK (15 orang) Pendaftaran ahli baru dan pendasemula ahli lama. Membaca Perlembagaan PenBandar Enstek agar difahami semua anggota. Menerangkan keperluan Pen(uniform lengkap, kemeja-T, buku lo
a Tahun 3, 4, 5, dan 6 LOKASI CATATAN Guru penasihat nasihat haru aftaran ngakap oleh ngakap og dll.) Dewan serbaguna sekolah 1. Borang keahlian 2. Surat lantikan AJK. 3. Perlembagaan Pengakap 4. Buku rekod kokurikulum pelajar Semua guru penasihat
Melengkapkan buku rekod kokuripelajar dengan maklumat dikehendaki oleh buku tersebut termgambar foto. 2. 20.3.2024 RABU 3.00P.M.- 4.00 P.M. Penulisan buku log Memperkenalkan dan menyalin spenubuhan dan pengasas Pengak Memperkenalkan tujuh prinsip asaikrar Pengakap kepada pelajar. Memperkenalkan struktur organisasi Pengakap, sama adaorganisasi antarabagsa, kebandan cabang unit. 3. 27.3.2024 RABU 3.00P.M.- 4.00 P.M. Penulisan buku log Memperkenalkan dan menerafungsi dan kepentingan lambangdan cogan kata Pengakap Malaysi
ikulum yang masuk ejarah kap. as dan carta carta gsaan Bilik ICT 1. Buku log 2. Bahan tayangan / slide Powepoint tentang sejarah, prinsip Pengakap, ikrar, carta oragnisasi Pengakap dan sejarah Pengakap. En. Lim Yee Chang Cik Lim Chee Wei angkan , logo ia Bilik ICT 1. Buku log 2. Bahan tayangan / slide Powepoint tentang fungsi dan kepentingan lambang, logo dan cogan kata En. Lim Yee Chang Cik Lim Chee Wei
4. 3.4.2024 RABU 3.00P.M.- 4.00 P.M. Pengenalan Lagu Pengakap Menyanyi lagu Pengakap Murid menyalin dan menghafalkalagu Pengakap 5. 10.4.2024 RABU 2.00P.M.- 4.00 P.M. Asas pertolongan cemas Pengenalan dengan asas pertolcemas Keselamatan dan cara pencegaha Penerangan jenis kecederaan danpertolongan. Penerangan Bantuan Hidup Asas dan Mangsa tercekik) Mengajar cara mengangkat memindahkan mangsa. 6. 17.4.2024 RABU 3.00P.M.- 4.00 P.M. Asas pertolongan cemas