The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilyafariha, 2023-04-20 01:38:25

BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

ILYA FARIHA BINTI HALIMI BM3

Nama Pensyarah Tarikh Hantar Nama No. K/P Angka Giliran Unit Kod/Nama Kursus INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN : ILYA FARIHA BINTI HALIMI : 040807080280 : 2022182310055 : BAHASA MELAYU 3 : BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI : ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN : 20 APRIL 2023


PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_____________________Tarikh : _____________________ PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_____________________ Tarikh : ___________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh


ILYA FARIHA HALIMI BM3 SEJARAH TULISAN KHAT BMMB 1114


ISI KANDUNGAN 1.Pengenalan khat nasakh khat thuluth khat diwani khat kufi khat farisi khat riq'ah 2. Jenis-jenis tulisan khat 3. Penghasilan khat


Khat merupakan suatu bentuk hasil kesenian yang halus dan indah. Seni tulisan khat ini merupakan khazanah yang tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Seni ini juga telah berkembang dalam penulisan Arab dalam ruang lingkup peradaban Islam. Khat juga merupakan salah satu tanda kesenian Islam yang agung. Selain itu, seni khat juga dikenali sebagai ilmu pengetahuanyang berkaitan Islam dan kebudayaan penganut agama Islam. Seni khat ini dipercayai mula berkembang dan dibangunkan menjadi elemen seni semasa zaman pemerintahan Saiyidina Ali bin Abi Talib lagi iaitu zaman khalifah yang keempat. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya malah beliau juga merupakan penulis khat yang unggul.


JENIS-JENIS TULISAN KHAT


KHAT NASAKH Khat nasakh ini diasaskan oleh Ibnu Muqlah dan tulisan khat jenis nasakh ini juga banyak digunakan dalam penulisan buku-buku keagamaan. Hal ini demikian kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca dan difahami serta tidak mengelirukan. Khat nasakh ini dinamakan nasakh kerana digunakan untuk menasakhkan al-Quran. Antara ciri khat nasakh ini adalah ditulis dengan huruf saiz kecil dan berbaris tanpa hiasan yang rumit supaya mudah untuk dibaca. Tambahan pula, tulisan khat jenis nasakh ini ialah khat yang paling asas untuk diajarkan di sekolah.


CONTOH TULISAN KHAT NASAKH


KHAT thuluth Khat thuluth ini diasaskan oleh Ibnu Muqlah. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan untuk hiasan sahaja seperti yang terdapat dalam mashaf uthmani (Al-Quran), nama buku atau kitab dan untuk tujuan yang lain. Khat jenis ini juga dikenali sebagai 'Raja Khat' . Hal ini demikian kerana gaya tulisannya yang indah namun sukar untuk dikuasai. Huruf dalam penulisan khat thuluth ini lebih besar daripada khat nasakh dan hiasannya yang lebih padat.


Contoh tulisan khat thuluth


KHAT Diwani Diwani membawa maksud catatan atau analogi karangan. Khat Diwani ini diasaskan oleh Ibrahim Munif. Khat Diwani digunakan secara meluas semasa zaman pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Khat ini turut berfungsi sebagai perhiasan selain untuk urusan rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Antara ciri khat Diwani ini ialah hurufnya yang condong dan membulat. Khat ini agak sukar dibaca dan dikatakan khat ini adalah untuk tulisan maklumat rahsia.


CONTOH TULISAN KHAT DIWANI


K HA T K UFI K h a t K u f i b e r a s al d a r i K u f a h d a n k h a t i n i j u g a m e r u p a k a n k h a t t e r a w al d a n d i m a s y h u r k a n d i K u f a h . K h a t j e n i s i n i d i g u n a k a n u n t u k p e n uli s a n alQ u r a n , h i a s a n b a n g u n a n d a n lo g o . K h a t i n i d ij a d i k a n h i a s a n p a d a b a n g u n a n m a sj i d , b a n g u n a n p e m e r i n t a h , k u b a h a t a u m e n a r a a z a n p a d a z a m a n A b a s i a h . H u r u f d ala m p e n uli s a n k h a t K u f i i n i b e r b e n t u k k e r a s d a n lu r u s s e rt a d i t uli s d e n g a n p e r k i r a a n m a t e m a t i k


CONTOH TULISAN KHAT KUFI


KHAT FARISI Khat Farisi ini mula berkembang di Parsi. Khat ini juga dikenali sebagai nama Nasta'liq iaitu gabungan Nasakh dan Ta'liq. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat Farisi digunakan secara meluas dalam penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan dalam bahasa Urdu juga ditulis dengan khat ini. Khat jenis ini digunakan dengan meluas di Parsi, Pakistan dan Turki.


Contoh tulisan khat farisi


KHAT RIQ'AH Riq'ah bermaksud cebisan kertas. Khat Riq'ah ini diasaskan oleh Mumtaz Bik pada zaman Uthmaniyah. Khat Riq'ah ini lebih mudah dan dapat ditulis dengan cepat. Khat Riq'ah ini sering digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar universiti untuk mengambil nota kuliah. Antara ciri khat ini adalah berbentuk ringkas, kecil, lurus dan pendek. Khat ini juga tiada tanda bacaan dan jelas serta mudah untuk dibaca.


CONTOH TULISAN KHAT RIQ'AH


PENGHASILAN KHAT


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version