DIRASMIKAN OLEH: YBHG. DR. HAZAMI BIN JAHARI KETUA PENGARAH, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WACANA 152 DEWAN UTAMA, KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN. PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DALAM PEMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN 11 MAC 2023 (SABTU) 8:00 PAGI – 1:00 TENGAH HARI Anjuran Bersama: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan Dengan Kerjasama: Pusat Pengajian Bahasa, Terjemahan dan Literasi, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kelantan
SELAYANG PANDANG Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan. Keistimewaan bahasa Melayu mempunyai latar sejarah yang besar sehingga kedudukannya diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang mana ia adalah terjemahan daripada Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu. Kedudukan ini membuktikan bahawa bahasa Melayu harus dipelihara, dijaga dan dimartabatkan sesuai dengan taraf tersebut. Dalam konteks negara Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi alat pemersatu bangsa dan digunakan sebagai bahasa pengantar, perhubungan, komunikasi dan pendidikan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum serta menjadi lidah kepada rakyat untuk menyampaikan suara, pendapat dan sebagainya. “Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkanlah diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang kehilangan amanah, dia rugi harga diri.” Sasterawan Negara Arena Wati Sudara, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mutiara Kata Sasterawan Negara DBP, 2015.
LATAR BELAKANG PROGRAM Bagi memelihara kedaulatan bahasa kebangsaan di negara kita, semua pihak perlu bersama-sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam konteks ini, DBP melihat peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus dilibatkan. NGO merupakan sebuah pertubuhan yang bergerak bebas dengan matlamat tertentu yang banyak menyantuni masyarakat terutamanya dalam hal-hal berkaitan pendidikan, kebajikan, kemiskinan, bantuan bencana alam dan sebagainya. Banyak sumbangan dan peranan yang diberikan oleh NGO, dan mereka menjadi pihak ketiga serta suara kepada rakyat dalam menyampaikan sesuatu isu serta permasalahan rakyat kepada kerajaan atau pihak berkepentingan. Begitu juga dengan isu bahasa kebangsaan, DBP memerlukan kumpulan NGO yang boleh menjadi suara dan penggerak dalam memupuk kesedaran masyarakat agar menghargai dan menjaga bahasa kebangsaan menerusi pelbagai wahana seperti kempen, promosi, kegiatan dan sebagainya. Sesungguhnya kesepaduan tenaga dan idea yang bakal dihulurkan oleh pelbagai NGO akan merancakkan lagi pelaksanaan program-program baharu untuk dimanfaatkan kepada seluruh lapisan masyarakat di Wilayah Timur. Dewan Bahasa dan Pustaka melihat peranan NGO sangat penting dan berpengaruh untuk membawa bahasa dan sastera kebangsaan ke hadapan. Objektif Memberi kesedaran kepada kumpulan NGO akan tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kedaulatan bahasa kebangsaan. Mengumpul idea dan cadangan program bahasa dan sastera yang lebih berimpak dan berinovasi daripada NGO untuk manfaat bersama. Memberi ruang kepada kumpulan NGO menyalurkan pandangan dalam membantu dasar kerajaan yang berkaitan dengan bahasa. Menyediakan ruang kepada NGO untuk berkongsi pengalaman serta inisiatif yang telah dilakukan oleh mereka dalam membantu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka mengembangkan bahasa dan sastera. Membina rangkaian kerjasama yang lebih kukuh antara NGO pelbagai bidang dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
UCAP UTAMA YBHG. DATO’ HAJI A. AZIZ DERAMAN Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN)
AHLI PANEL MODERATOR YM DR. RAJA SHAMRI RAJA HUSSIN Yayasan Raja Shamri YBHG. DR. HAFIDZAH MUSTAKIM Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan (PRIHATIN) ENCIK MUHAMMAD NUR AZAM GHAZALI Exco Pendidikan MAYC Bachok, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Negeri Kelantan (MAYC) ENCIK MOHD AFANDI MOHAMED Persatuan Kebajikan Penggiat Seni Negeri Kelantan ENCIK ROSLAN ABDUL RAHMAN Persatuan Belia Asal Kelantan (PBAK)
ATUR CARA
Sebuah kendi warna kencana, Di atas kain kesumba murup; Sepintar budi kami terima, Menjadi kenangan seumur hidup. SEKALUNG BUDI Seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Wacana 152 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan dan penglibatan yang diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.