The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzati62206, 2019-04-09 00:46:22

NOVEL BIMA SAKTI MENARI 516

NOVEL BIMA SAKTI MENARI 516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

NOVEL BIMA SAKTI MENARI 516
1. LATAR MASYARAKAT

Novel yang telah saya pelajari ialah novel Bima Sakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat tiga latar masyarakat yang diketengahkan oleh
pengarang.

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat
yang bertanggungjawab. Contohnya, Budiman bertanggungjawab menemani
adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga
hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka
untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Selain itu, Tan
Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan
membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai
dengan isterinya Puan Wickham.

Selain itu, latar masyarakat yang berani. Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Walaupun cadangan
tersebut ditentang oleh John Arlington Majid kerana dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya, namun Nurul Hafsa tetap berani mengemukakan hujah-hujah yang
bernas bagi mendapatkan sokongan bagi pelaksaan projek yang
dicadangkannya.

Seterusnya, latar masyarakat yang tabah. Sebagai contoh, Tan Sri
Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan
membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai
dengan isterinya Puan Wickham. Selain itu, Tan Sri Muhaimin tabah
membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham .

1|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

2. LATAR MASA

Novel yang telah saya pelajari di tingkatan lima ialah novel Bima Sakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Berdasarkan novel tersebut, terdapat tiga
latar masa yang telah dikemukakan oleh pengarang.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah pada waktu malam.
Contohnya, Haji Yassir menghantar Nurul Hafsa ke Kampung Kuantan untuk
melihat kelip-kelip. Nurul Hafsa bertindak sedemikian kerana ingin mencari
kebenaran tentang kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang
kecewa akibat tidak dapat melihat kelip-kelip ketika tiba di Kampung Kuantan.
Nurul Hafsa membayangkan keadaan sekitarnya yang dipenuhi dengan
segerombolan kelip-kelip yang sedang melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, permandangan tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Realitinya, dia hanya dapat melihat beberapa ekor kelip-kelip yang cahayanya
separuh mati.

Selain itu, latar masa pada pukul 8.20 pagi. Misalnya, van putih berada di
hadapan tandas lelaki di stesen minyak PETRONAS dan Muhammad Taufik
ditarik masuk ke dalam van itu sebelum dilarikan ke suatu tempat. Hal ini
berlaku apabila Muhammad Taufik menjumpai sekeping nota dalam jambangan
bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal yang diterimanya. Hatinya
bertambah bimbang apabila melihat kerongsang yang diyakini milik Nurul Hafsa.
Oleh itu, Muhammad Taufik telah bergegas ke stesen PETRONAS yang
dinyatakan di dalam nota tersebut.

Seterusnya, latar masa pada hari pertama Nurul Hafsa bekerja di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Contohnya, Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika
mengiringi kumpulan pengunjung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga
orang pengiring yang ingin mencerap bintang-bintang di langit. Namun, langit
pada malam tersebut yang sepatutnya dipenuhi dengan gugusan bintang tidak
dapat kelihatan kerana berlakunya pencemaran cahaya di Kuala Selangor. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia telah mengakui kelemahan yang berlaku pada malam tersebut
berpunca daripada pembangunan yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa
juga telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya.

2|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

3. LATAR TEMPAT

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Bima Sakti Menari karya Sri
Rahayu Binti Mohd Yusop, terdapat beberapa latar tempat yang
menggambarkan situasi dalam novel tersebut.

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ialah Kampung Kuantan.
Di Kampung Kuantan, Muhammad Taufik memberitahu Nurul Hafsa bahawa
populasi kelip-kelip semakin berkurang akibat kehadiran pelancong yang ramai,
bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti dan pencemaran air sungai. Dia
memagar sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untuk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu semula apabila populasi kelip-
kelip sudah pulih kembali.

Selain itu, latar tempat yang terdapat dalam novel ialah Stesen Minyak
Petronas di hadapan hospital. Di tempat tersebut, Muhammad Taufik meminta
Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya,
dia pergi ke tempat letaknya van putih seperti yang tercatat dalam nota yang
diterimanya. Muhammad Taufik diarahkan untuk masuk ke dalam van tersebut
lalu kepalanya disarung dengan kain hitam dan dibawa ke lokasi yang sama
dengan tempat Nurul Hafsa ditahan.

Akhir sekali, latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Balai cerap ini merupakan tempat Nurul Hafsa bekerja
sebagai Pegawai Sains selepas pulang dari luar negara. Balai Cerap Sultan
Salahuddin juga merupakan tempat Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan
murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima.
Kumpulan murid dan guru pengiring tersebut datang dengan tujuan untuk
melihat buruj Orion dan Buruj Belantik dengan mata kasar tanpa sebarang
bantuan alat pencerap.

3|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

4. NILAI KASIH SAYANG

Novel yang saya kaji ialah Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa nilai kasih sayang yang
diketengahkan oleh pengarang.

Antara nilai kasih sayang yang terkandung dalam novel ini ialah kasih
sayang seorang ibu terhadap anaknya. Puan Wickham sayang akan anaknya
dengan tetap mengambil berat akan Muhammad Taufik walaupun telah
bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Puan Wickham juga mengambil berat akan
projek tekno alam yang sedang dijalankan oleh Muhammad Taufik walau dia
berada jauh dari Muhammad Taufik.

Selain itu, nilai kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Contohnya, Budiman telah membantu Nurul Hafsa menjayakan projeknya,
seperti mencadangkan Muhammad Taufik untuk bekerjasama dengan adiknya
dalam melestarikan alam sekitar. Budiman juga sering menemani adiknya, Nurul
Hafsa ketika berjumpa dengan Muhammad Taufik.

5. NILAI KEBERANIAN

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya kaji iaitu Bima Sakti Menari
karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop, terdapat beberapa nilai keberanian yang
dikemukakan dalam novel tersebut.

Antara nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut ialah
keberanian mengemukakan cadangan dan pandangan. Buktinya Nurul Hafsa
dan Muhd Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan menteri besar, ahli akademik,
ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Walaupun
cadangan mereka menerima bantahan daripada Dato’ Johann Arlington-Majid,
namun mereka tetap meneruskan pembentangan tersebut.

Nilai keberanian yang seterusnya ialah keberanian bertindak seorang diri.
Buktinya, Muhd Taufik berani bertindak pergi ke Stesen Minyak Petronas
seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang
telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid. Walaupun dalam
keadaannya yang masih sakit, dia tetap berani bertindak sendirian demi
menyelamatkan Nurul Hafsa.

4|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

6. NILAI KEBIJAKSANAAN

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya kaji iaitu Bima Sakti Menari
karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop, terdapat beberapa nilai kebijaksanaan yang
diketengahkan dalam novel tersebut.

Antaranya ialah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Hal ini
dapat dibuktikan melalui peristiwa Nurul Hafsa yang telah mengambil langkah
bijak dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh sebuah kumpulan
pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin yang kecewa kerana tidak dapat
melihat buruj Orion sepenuhnya. Nurul Hafsa menyatakan keadaan tersebut
berlaku akibat langit di Kuala Selangor yang terlalu cerah berikutan dengan
pencemaran cahaya. Nurul Hafsa juga telah berjanji akan memulihkan keadaan
seperti sedia kala dengan sedaya upayanya.

Seterusnya, kebijaksanaan dalam pelajaran. Buktinya, peristiwa Nurul
Hafsa telah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga dapat melanjutkan
pelajaran di Universiti Jordan selama lima tahun dalam bidang fizik dan kaji falak.
Setelah menamatkan pelajarannya, Nurul Hafsa telah kembali ke tanah air dan
memanfaatkan biasiswanya dengan bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Selangor.

Selain itu, kebijaksanaan memelihara alam semulajadi. Peristiwa ini
dapat dilihat daripada watak Muhammad Taufik yang telah meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai Kampung Kuantan terus ke
Kampung Api-Api yang berkeluasan 50 hektar setelah mendapati populasi kelip-
kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan. Kawasan yang telah dibelinya
telah dipagar dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untuk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu setelah populasi kelip-kelip pulih
kembali.

5|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

7. NILAI KEGIGIHAN

Berdasarkan novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang
telah saya kaji di tingkatan lima, terdapat beberapa nilai kegigihan yang telah
dikemukakan oleh pengarang.

Salah satu nilai kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut adalah
kegigihan anak muda dalam melestarikan alam sekitar. Sebagai contoh, Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang cuba memulihkan populasi kelip-
kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan
mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak
kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia
Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan
projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

8. NILAI KEPRIHATINAN

Novel yang saya kaji ialah Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa nilai keprihatinan telah
diketengahkan oleh penulis.

Antaranya ialah nilai keprihatinan terhadap rakan yang dalam
kesusahan. Contohnya, Nurul Hafsa dan Budiman yang prihatin terhadap
keadaan Muhammad Taufik dengan memberi bantuan apabila Muhammad
Taufik mengalami kemalangan. Apabila mereka menjumpai Muhammad Taufik,
baju Melayu leher teluk belanga berwarna yang dipakai beliau telah basah
dengan darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa dengan segera telah menghubungi
ambulans dan pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Muhammad
Taufik kemudiannya telah dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang untuk
menerima rawatan yang selanjutnya.

Seterusnya ialah nilai keprihatinan terhadap aktiviti penjimatan air dan
pembiakan nyamuk Aedes. Contohnya Haji Yassir yang amat prihatin terhadap
penjimatan air dengan menadah air hujan menggunakan tempayan untuk
digunakan bagi menyiram pokok dan kegunaan domestik yang lain seperti
membasuh baju dan pakaian sejak 50 tahun yang lalu. Haji Yassir juga akan
menutup tempayan-tempayan yang berisi air tersebut dengan talam-talam
buruk. Bagi tempayan-tempayan yang kecil pula akan ditutup dengan plastik
yang diikat dengan tali agar tempayan-tempayan ini tidak menjadi tempat
pembiakan nyamuk Aedes.

6|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

Seterusnya, nilai kepihatinan terhadap keadaan alam sekitar. Contohnya
Nurul Hafsa berasa bimbang akan kepesatan pembangunan di Kuala Selangor
yang tidak terancang keran dikhuatiri membawa kesan buruk terhadap alam
sekitar dan melenyapkan khazanah alam. Nurul Hafsa bertekad untuk
mengubah keadaan ini agar khazanah alam yang dinikmati tidak akan hilang
akibat pembangunan yang pesat. Nurul Hafsa telah meminta bantuan abangnya,
Budiman bagi membantu beliau mencapai matlamatnya.

9. PENGAJARAN
Berdasarkan novel yang telah saya kaji, novel Bima Sakti Menari karya Sri

Rohayu Mohd Yusop, terdapat beberapa pengajaran yang dikemukakan oleh
pengarang.

Salah satu pengajaran yang terdapat ialah kita mestilah tabah dalam
melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja tersebut tercapai. Sebagai
buktinya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam menjalankan projek
yang sedang diusahakan oleh mereka, iaitu Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala
Selangor walaupun usaha mereka berhadapan dengan cabaran daripada Dato’
Johann Arlington Majid. Nurul Hafsa giat memikirkan pelbagai cara untuk
memastikan projek yang dirancang bersama Muhammad Taufik berjalan lancar
sebagai contoh dengan melakukan kajian di Kampung Kuantan dan
mengumpulkan bahan bukti.

Seterusnya, pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita
hendaklah memberikan kasih sayang terhadap anak-anak dengan adil agar
mereka dapat membesar dengan sempurna dan tidak tertekan dengan situasi
sekeliling. Sebagai contoh, Tan Sri Muhaimin yang tetap dan terus
membesarkan anaknya Muhammad Taufik dengan baik dan penuh kasih sayang
walaupun telah berpisah dan bercerai dengan isterinya,iaitu puan Mariam
Wickham. Segala keperluan anaknya dipenuhi dengan sebaik-baiknya supaya
anaknya dapat kasih sayang yang secukupnya.

7|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

10. PERSOALAN KERJASAMA
Novel yang telah saya kaji ialah Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

Yusop. Berdasarkan novel ini, terdapat beberapa persoalan kerjasama yang
diketengahkan oleh pengarang.

Antara persoalan kerjasama dalam novel ini termasuklah persoalan
tentang kerjasama antara sahabat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
Sebagai contoh, Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama
untuk menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala
Selangor. Laporan ini kemudian dibentangkan di hadapan Menteri Besar.
Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan
memantapkan bahan pembentangan mereka.

Selain itu, terdapat persoalan tentang kerjasama penduduk dan pihak
berkuasa dalam membanteras jenayah. Sebagai anologi, seorang penduduk
telah membuat aduan di Balai Polis Bestari Jaya tentang terdapatnya aktiviti
bukan perladangan di kawasan pedalaman Bestari Jaya. Maklumat itu telah
membantu pihak polis menumpaskan penjenayah yang mencedera dan
menculik Muhammad Taufik.

Akhir sekali, terdapat juga persoalan kerjasama antara sahabat dalam
memelihara alam sekitar. Tamsilnya, peristiwa Nurul Hafsa, Muhammad Taufik
dan Budiman bekerjasama untuk mengembalikan kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Setelah Skala Langit Gelap Bortle di Kuala Selangor diklasifikasikan
sebagai kelas 8, Nurul Hafsa dan rakan-rakannya bekerjasama demi
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.

8|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019

11. WATAK PERWATAAN WATAK UTAMA
Berdasarkan novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang

telah saya kaji, terdapat tiga perwatakan watak utama yang terkandung dalam
novel ini iaitu Nurul Hafsa.

Perwatakan watak utama yang terkandung dalam novel ini ialah seorang
yang tabah. Sebagai contoh, Nurul Hafsa tabah dalam menghadapi cabaran dan
dugaan hidup dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap
di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip yang
semakin terancam akibat pembangunan yang tidak terancang di Kuala Selangor.

Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang
berani. Contohnya, Nurul Hafsa berani membuat pembentangan cadangan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri
Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Walaupun cadangan tersebut ditentang oleh John Arlington Majid kerana
dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya, namun Nurul Hafsa tetap berani mengemukakan
hujah-hujah yang bernas bagi mendapatkan sokongan bagi pelaksaan projek
yang dicadangkannya.

Akhir sekali , watak utama dalam novel ini ialah seorang yang
bersemangat setia kawan. Buktinya, atas dasar semangat setia kawan, Nurul
Hafsa serta abangnya, Budiman bergegas ke tempat kemalangan sejurus selepas
menerima berita kemalangan Muhammad Taufik. Nurul Hafsa dan Budiman
mencari Taufik dan menemuinya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menghubungi ambulans
dan Muhammad Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang untuk rawatan
lanjut.

9|516

NOTA LATIHAN KOMSAS 2019
CONTOH PENULISAN JAWAPAN UNTUK SOALAN PERBANDINGAN NOVEL
Satu daripada persoalan yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda
kaji ialah persoalan kerjasama. Jelaskan satu persoalan kerjasama bagi
setiap novel tersebut.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bima
sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang telah saya pelajari, terdapat
satu persoalan kerjasama bagi setiap novel tersebut.

Persoalan kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah
persoalan kerjasama antara rakan sekerja bagi menyelesaikan tugasan. Hal
ini dapat dibuktikan melalui peristiwa……..

Selain itu, persoalan kerjasama yang terdapat dalam novel Bimasakti
Menari ialah persoalan kerjasama antara sahabat untuk melestarikan alam
sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa……..

Diedit dan diubahsuai oleh,
CIKGU NOR IZZATI ISMAIL
GURU BAHASA MELAYU
MRSM TGB 2019

10 | 5 1 6


Click to View FlipBook Version