Pisang emas untuk sang tupai MUHAMAD AIMAN HAFIS
SUDUT PENULIS Selamat Datang Ke Dunia Warna - Warni ! Sebagai seorang penulis, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membaca hasil karya saya. Cerita-cerita di dalam buku ini ditulis untuk menginspirasi dan mengajarkan nilai-nilai penting seperti persahabatan, keberanian, dan kebaikan. Melalui kisahkisah ini, saya berharap dapat membantu memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri masing - masing, mengembangkan keterampilan membaca, dan merangsang pemikiran kreatif kalian. Selamat membaca, dan semoga cerita-cerita ini membawa nilai, keceriaan, dan inspirasi kepada kalian semua Nama : Muhamad Aiman Hafis Bin Mazlan Negeri : Kedah IPG : IPG Kampus Bahasa Melayu
Di sebuah kampung, terdapat seorang anak kecil bernama Atan. Atan suka berburu di hutan bersama - sama dua rakannya iaitu Ali dan Abu. Kadang – kala mereka menangkap ikan di sungai yang berhampiran dengan kaki bukit. 1
Pada suatu petang Atan keluar berburu seorang diri. Atan peroleh banyak hasil. Hasil tersebut dibawa ke rumah untuk dijadikan lauk. Atan sangat gembira kerana mendapat hasil buruan yang begitu banyak. 2
Keesokan harinya. Atan mengajak rakan – rakannya keluar berburu di hutan. Mereka terdengar bunyi ayam yang berada tidak jauh dari mereka. Mereka mengejar ayam tersebut. Ayam tersebut menyedari kedatangan Atan dan rakan – rakannya lalu menyelamatkan diri ke dalam hutan tebal. 3
Setelah sekian lama mengejar ayam tersebut, Atan dan rakan – rakannya kepenatan dan berehat di bawah pohon rendang. Atan dan rakan – rakannya tertidur di bawah pohon tersebut. 4
Setelah bangun, mereka menyedari di tepi sebuah tasik terdapat sepohon pokok rambutan. Pokok rambutan itu sedang berbuah. Buah - buah rambutan itu sedang masak ranum, buahnya banyak dan berwarna merah. 5
Atan berkata kepada Ali dan Abu “Merahnya buah rambutan itu, sudah tentu buahnya manis “. Ali pun berkata “ tetapi pokok itu terlalu tinggi, bagaimana kita hendak memetik buah tersebut ? “. 6
Ali menjawab tujuan mereka masuk ke dalam hutan adalah untuk memburu ayam hutan untuk dijadikan lauk. Tiba-tiba datang seekor tupai dan bertanya “ Apa tujuan kamu semua kemari ?”. 7
Mahukah kalian aku bantu untuk dapatkan buah rambutan itu ?”. Atan dan rakan -rakannya gembira kerana Sang tupai ingin membantu mereka. 8
Sang Tupai bertanya kepada Atan kamu semua dari mana ? “Kami semua dari kampung seberang “ jawab Atan. Setelah selesai makan buah rambutan, Atan dan rakan – rakannya berterima kasih dan ingin pulang ke rumah. 9
Ketika dalam perjalanan pulang mereka tersalah jalan. Mereka tidak tahu jalan untuk pulang. Hari semakin gelap , Atan dan rakan-rakannya ketakutan . Atan menasihati Ali dan Abu agar bertenang . Atan berusaha sedaya -upaya untuk keluar dari kawasan tersebut tetapi tidak berhasil. 10
Atan dan rakan – rakannya bermalam di hutan yang gelap. Mereka membuat unggun api kerana cuaca di hutan tersebut sangat sejuk dan gelap. Atan menasihatkan rakan – rakannya untuk bertenang. Pada waktu malam tersebut, Atan keluar mencari makanan untuk rakannya iaitu Ali dan Abu yang sedang kelaparan. 11
Ketika Atan berseorangan diri di dalam hutan yang penuh gelap. Atan terjumpa sepohon pokok pisang yang berbuah. Atan bergegas ke pohon tersebut dan mendapatkan buah pisang tersebut untuk rakan – rakannya yang sedang kelaparan. Atan memberikan kesemua pisang tersebut kepada rakan- rakannya. 12
Pada keesokkan harinya , mereka kembali ke pokok rambutan di mana mereka menjumpai Sang Tupai. Malangnya, mereka dapati bahawa Sang Tupai tiada. Atan dan rakan- rakannya ingin minta tolong Sang Tupai untuk menghantar mereka pulang. 13
Kemudian, dalam perjalanan pulang Atan dan rakan – rakannya terjumpa Sang Tupai yang sedang berehat di bawah sepohon pokok. “ Sang Tupai aku dan rakan -rakanku tersesat dan tidak tahu jalan pulang, bolehkah kamu tunjukkan jalan pulang ”. Kata Atan kepada Sang Tupai. 14
Ketika dalam perjalanan pulang kaki Abu berdarah kerana terpijak kayu yang tajam menyebabkan Abu tidak lagi mampu berjalan sendiri. ”Aduh, sakitnya kakiku !". Kata Abu. 15
Atan dan Ali membawa Abu rehat di sepohon pokok. Sang Tupai pula bergegas mencari daun herba untuk menghentikan pendarahan pada kaki Abu. 16
Abu menjerit kesakitan kerana tidak tahan akibat tercucuk kayu yang tajam itu. Ali menasihati Abu semuanya akan baik – baik sahaja dan meminta abu bertenang. 17
Kemudian, Sang Tupai meminta bantuan gajah untuk membawa Atan dan rakan-rakannya keluar dari hutan tersebut. Atan, Ali dan Abu keluar dari hutan dengan bantuan gajah. 18
Setelah tiba waktu petang, mereka pun berjaya keluar dari hutan tersebut dengan bantuan Sang tupai dan Gajah. Atan dan rakan - rakannya berasa sangat gembira kerana berjaya keluar dari hutan tebal tersebut. 19
Kepulangan Atan, Ali dan Abu disambut oleh keluarga mereka. Ibu Atan sangat risaukan keselamatan Atan dan rakan – rakannya. Ibu dan ayahnya sudah berusaha mencari Atan dan rakan – rakannya tetapi malangnya tidak dijumpai. 20
Atan dan rakan - rakannya berterima kasih kepada Sang tupai dan gajah kerana membantu mereka keluar dari hutan tersebut. Sebagai tanda terima kasih Atan menghadiahkan pisang emas kepada Sang Tupai. 21
Atan, Ali dan Abu pulang bersama keluarga dengan keadaan gembira. 22
Buku cerita Pisang Emas Untuk Sang Tupai mengisahkan tentang 3 orang anak kampung iaitu Atan , Abu dan Ali yang keluar berburu di hutan pada suatu petang. Ketika sedang berburu mereka ternampak seekor ayam dan mengejarnya sehingga menyebabkan mereka jauh tersesat di dalam hutan. Kemudian , mereka berehat sebentar di bawah sepohon pokok . Setelah bangun mereka terlihat terdapat sepohon pokok rambutan yang berada berhampiran tasik. Tiba - tiba datang Sang Tupai yang baik hati untuk membantu mereka mendapatkan buah rambutan tersebut. Setelah selesai mereka pulang dan mereka mendapati mereka sesat di dalam hutan tebal tersebut menyebabkan mereka terpaksa bermalam di dalam hutan tersebut. Keesokan harinya, mereka mencari Sang Tupai untuk membantu mereka keluar dari hutan tersebut. Dalam perjalanan pulang kaki Abu berdarah akibat tercucuk kayu yang tajam. Atan , Ali dan Sang Tupai yang baik hati berusaha membantu Abu. Sang Tupai meminta tolong gajah untuk membawa mereka keluar dari hutan. Tidak lama kemudian, mereka berjaya keluar dari hutan tersebut dan Atan menghadiahkan pisang emas kepada Sang Tupai. SINOPSIS CERITA
HASIL KARYA: MUHAMAD AIMAN HAFIS