TENTATIF HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 MRSM KUCHING SELASA 21 MAC 2023 8:30 pagi - Ketibaan pelajar baharu bersama waris. - Pendaftaran di asrama. - Pembelian barangan di koperasi. 10:30 pagi - Taklimat bersama Pengetua MRSM Kuching di Dewan Kenyalang. 11:30 pagi - Taklimat bersama Guru Homeroom dan serahan dokumen di Dewan Kenyalang. 12:30 t/hari - Waris meninggalkan MRSM Kuching A Tradition Of Pride And Excellence
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 MRSM KUCHING SELASA 21 MAC 2023 1. KETIBAAN IBU BAPA / WARIS BERSAMA PELAJAR : Makluman : • Pintu pagar MRSM Kuching akan mula di buka pada jam 8:30 pagi. • Patuhi setiap arahan pengawal keselamatan. • Laluan masuk kenderaan ke asrama merujuk kepada pelajar yang mendaftar, sekiranya Pelajar Lelaki (Lorong Kiri) dan jika Pelajar Perempuan (Lorong Kanan)
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 MRSM KUCHING SELASA 21 MAC 2023 2. PENDAFTARAN PELAJAR DI ASRAMA : • Pelajar membuat pengesahan pendaftaran di asrama. • Pelajar diberikan tag nama dan bilik. • Pelajar dan waris dibenarkan masuk ke asrama. Makluman : • Tempoh masa yang diperuntukkan adalah diantara jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi sahaja. • Kenderaan yang telah drop off barangan perlu bergerak keluar segera dan parkir di kawasan sekitar Dewan Kenyalang. • Pelajar akan dibantu Helpers untuk urusan mengangkat barang.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 MRSM KUCHING SELASA 21 MAC 2023 3. URUSAN DI KOPERASI MRSM KUCHING : • Pelajar dan waris dibenarkan berurusan di koperasi (sekiranya perlu). Makluman : • Tempoh masa yang diperuntukkan adalah diantara jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi sahaja. • Pelajar di sekitar Kuching turut digalakkan untuk melakukan pembelian di koperasi sebelum hari pendaftaran dijalankan bagi mengurangkan kesesakan pada hari berkenaan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 MRSM KUCHING SELASA 21 MAC 2023 4. TAKLIMAT PENGETUA DI DEWAN KENYALANG : • Pelajar dan waris dibenarkan masuk ke Dewan Kenyalang untuk sesi Taklimat bersama Pengetua MRSM Kuching. • Pelajar dan waris akan duduk mengikut kelompok Homeroom yang disediakan. Makluman : • Pelajar dan waris perlu berada di Dewan Kenyalang tepat jam 10:30 pagi.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 MRSM KUCHING ISNIN 21 MAC 2023 5. SESI BERSAMA PENASIHAT HOMEROOM DAN SERAHAN DOKUMEN DI DEWAN KENYALANG : • Pelajar dan waris dibenarkan untuk sertai sesi bersama Penasihat Homeroom. • Penyerahan dokumen berkaitan dan resit pembayaran kepada Penasihat Homeroom masing-masing. • Sesi suai kenal diantara Guru Homeroom bersama waris dan pelajar. Makluman : • Sesi akan dijalankan di Dewan Kenyalang tepat jam 11:30 pagi. • Waris akan meninggalkan MRSM Kuching setelah Taklimat bersama Penasihat Homeroom selesai dijalankan.
CARTA ALIR PERGERAKAN TRAFIK PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 MRSM KUCHING ISNIN 21 MAC 2023
SOALAN LAZIM HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 MRSM KUCHING 1. Bilakah sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 & 4 MRSM Kuching akan dijalankan? • Hari Selasa, bertarikh 21 MAC 2023. 2. Adakah terdapat ketetapan waktu untuk mendaftar? • Ya. Waktu mendaftar bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi meliputi tempoh daftar masuk ke asrama, pengurusan asrama dan pembelian barangan di koperasi. Pelajar digalakkan untuk hadir awal. Sesi diteruskan dengan Taklimat bersama Pengetua MRSM Kuching pada jam 10:30 pagi dan Taklimat bersama Guru Homeroom pada jam 11:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. 3. Adakah ibu bapa/ penjaga boleh menemani pelajar sepanjang hari pertama di MRSM Kuching? • Waris dibenarkan untuk berurusan bersama pelajar semasa hari pendaftaran sehinggan jam 12:30 tengahari iaitu selepas sesi Taklimat bersama Penasihat Homeroom. Pelajar akan mengikuti Program Minggu Erat Silaturrahim (MESRA) selepas itu.
SOALAN LAZIM HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 MRSM KUCHING 4. Bagaimanakah urusan pendaftaran pelajar di asrama? • Pelajar akan drop off barangan di koridor asrama, mendaftar dan mengambil kunci serta menyusun atur barangan ke dalam asrama bersama dengan ibu bapa. Kenderaan yang telah melakukan drop off barangan, perlu keluar segera dan parkir di luar kawasan maktab. 5. Adakah terdapat kemudahan pembelian barangan di koperasi? • Ya. Koperasi MRSM Kuching akan dibuka sewaktu sesi pendaftaran dijalankan. 6. Adakah urusan pembelian di koperasi hanya dijalankan sewaktu hari pendaftaran sahaja? • Bagi mengelakkan kesesakan sewaktu hari pendaftaran, urusan pembelian di koperasi turut beroperasi pada hari lain mengikut waktu pejabat.
SOALAN LAZIM HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 MRSM KUCHING 8. Adakah kaunter pembayaran yuran dibuka semasa hari pendaftaran? • Tidak. Pihak MRSM Kuching tidak menerima sebarang pembayaran yuran semasa hari pendaftaran (kecuali urusan pembelian di Koperasi). Pelajar digalakkan membuat pembayaran secara atas talian melalui aplikasi MARAeps. 7. Berapakah bayaran pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 & 4 Tahun 2023? • Bayaran pendaftaran berjumlah RM161.00. Perincian bayaran pendaftaran boleh dirujuk pada Dokumen Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu MRSM Tahun 2023. Untuk senarai bayaran wajib seperti saham koperasi, dobi, dan lain-lain boleh dilakukan secara ansuran. 9. Untuk sementara waktu, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama? • Boleh. Pembelian baju uniform rasmi maktab boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan beban perbelanjaan.
SOALAN LAZIM HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 MRSM KUCHING 11. Adakah pihak MRSM Kuching akan menyediakan makanan kepada para pelajar pada hari pendaftaran? • Ya. Pihak MRSM Kuching akan menyediakan makanan kepada pelajar seawal makan tengahari iaitu pukul 12:30 t/hari sehingga 1:30 t/hari selepas selesai sesi Taklimat bersama Guru Homeroom.. 10. Adakah sesi orientasi akan dijalankan terhadap pelajar baharu? • Sesi orientasi atau lebih mesra dikenali sebagai Minggu Erat Silaturrahim (MESRA) akan dijalankan selama 4 hari bermula pada 21 Mac 2023 sehingga 24 Mac 2023.
SOALAN LAZIM HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 MRSM KUCHING 13. Apakah fungsi sebuah Homeroom? • Sebagai satu unit keluarga yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmonis, kesefahaman, perkongsian isu dan masalah, mengembangkan potensi dan bakat, sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan yang mengamalkan nilai kerjasama dan ukhwah yang tinggi. 14. Siapakah penasihat Homeroom? • Penasihat Homeroom ialah guru yang dilantik untuk menjaga ahli homeroom dan berperanan sebagai penjaga sementara pelajar. Penasihat homeroom bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan mengembangkan potensi diri pelajar sepanjang keberadaan di maktab. 12. Apakah maksud Homeroom? • Sekumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga. 15. Berapakah jumlah ahli dalam sesebuah Homeroom? • Jumlah ahli adalah seramai 15 orang pelajar (lelaki & perempuan) dalam tingkatan yang sama.
SOALAN LAZIM HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 MRSM KUCHING 17. Apakah ibu bapa/ penjaga boleh menyampaikan maklumat kepada anak melalui Penasihat Homeroom? • Ya. Ibu bapa/ penjaga boleh meminta bantuan Penasihat Homeroom untuk menyampaikan maklumat penting kepada anak-anak mengikut budi bicara Penasihat Homeroom. Penasihat Homeroom juga menjadi perantara penyampai maklumat kepada ibu bapa/ penjaga berkaitan info-info yang perlu disampaikan oleh pihak MRSM. 18. Adakah saya dibenarkan menghubungi Penasihat Homeroom di luar waktu pejabat? • Ya. Ibu bapa/ penjaga disarankan untuk menghubungi anak atas urusan kecemasan yang berlaku ketika di luar waktu pejabat. 16. Apakah aktiviti yang akan dijalankan oleh Homeroom? • Aktiviti Homeroom merangkumi program bimbingan akademik, pembangunan bakat, kepimpinan, khidmat masyrakat, jamuan dan lawatan.