KASIH
SAYANG
IBU AYAM
Pak Meon mempunyai sebuah reban ayam. Reban
ayam Pak Meon terletak bersebelahan dengan
rumahnya.Pak Meon menjaga ayam-ayamnya dengan
baik. Setiap pagi,Pak Meon akan ke reban ayam untuk
memberi makan ayam-ayamnya.
Ibu dan anak-anak ayam hidup dalam keadaan aman dan
bahagia.Ibu ayam sangat menyayangi anak-anaknya.
Pada setiap petang mereka akan mencakar tanah untuk
mencari cacing di sekeliling kawasan rumah Pak Meon.
Ibu ayam dan anak-anaknya tidak pernah cukup dengan
makanan yang diberikan oleh Pak Meon. Ini kerana Pak
Meon seorang yang kedekut.
Di belakang rumah Pak Meon ialah hutan yang didiami
oleh seekor musang yang mempunyai kebun jagung.
Kebun jagung si musang dijaga dengan baik olehnya.
Pokok-pokok jagung yang ditanam oleh si musang
berbuah dengan lebatnya. Ibu ayam mengetahui tentang
kebun jagung si musang.
Dalam masa yang sama, terdapat seekor labah-labah yang
baru membuat sarang di dahan pokok berdekatan dengan
kebun jagung si musang. Si musang berkawan baik dengan
labah-labah tersebut dan meminta tolong labah-labah
untuk menjaga kebunnya daripada menjadi makanan
burung.
Pada suatu hari, musang terpaksa meninggalkan
kebunnya kerana perlu menziarahi sahabatnya yang
sakit di kampung sebelah. Si musang telah meminta
pertolongan si labah-labah untuk mengawasi kebunnya
daripada dimakan oleh binatang lain.
Ibu ayam yang mengetahui tentang ketiadaan si musang,
mula berniat jahat untuk memakan kesemua jagung milik si
musang. Pada Ketika itu pokok-pokok jagung yang ditanam
oleh musang berbuah dengan lebatnya. Ibu ayam tidak
mengetahui tentang labah-labah yang baru berpindah
berdekatan dengan kebun jagung tersebut.
ketika ibu ayam sampai di kebun tersebut, dia terkejut
kerana ada seekor labah-labah yang menjaga kebun
jagung tersebut.Si labah-labah yang menjaga kebun si
musang telah memberi amaran kepada ibu ayam tersebut
tentang balasan yang akan diterimanya jika si musang
pulang. Tetapi Ibu ayam mengendahkan amaran tersebut
kerana kasihan dengan anak-anaknya yang lapar dan
terus memakan kesemua jagung si musang sehingga abis.
Pada keesokan harinya si musang pulang dan terkejut
melihat pokok jagung yang sebelumnya berbuah lebat
telah abis dimakan. Labah-labah menceritakan tentang
apa yang telah dilakukan oleh ibu ayam dan anak-
anaknya.
Musang berasa sangat marah dan merancang strategi
untuk memakan keluarga ayam Pak Meon sebagai
balasan menghabiskan buah jagungnya. Dia merancang
dengan berhati-hati supaya rancangannya berjaya.
Pada keesokan malamnya, ibu ayam dan anak-anaknya
sedang tidur lena dibuai mimpi. Si musang masuk
secara perlahan-lahan ke dalam reban ayam tersebut
supaya mereka tidak menyedari akan kehadirannya.
cip..cciippp..c..ipp..
Riuh rendah suara ayam memekik meminta tolong.
Musang tidak mengendahkan pekikan ayam-ayam
tersebut kerana ingin membalas dendam. Dia terus
menerkam anak ayam di dalam reban dan memakannya.
Ayam-ayam tersebut memekik di reban sehingga Pak Meon
terbangun dari tidurnya dan menjenguk ayam-ayamnya.
Pak Meon terus bergegas berlari ke arah reban ayamnya.
Tetapi, belum sempat Pak Meon sampai,si musang yang
menyedari kehadiran Pak Meon terus melarikan diri
masuk ke dalam hutan.
Setibanya Pak Meon di reban ayam miliknya, beliau
mendapati ada kesan darah di luar rebannya. Lalu Pak
Meon mengira kesemua anak ayamnya dan mendapati
terdapat dua ekor telah hilang. Pak Meon berasa sangat
sedih kerana dua ekor anak ayamnya telah dimakan oleh
musang. Beliau berasa bersalah kerana tidak sampai lebih
awal di rebannya.
Ibu ayam berasa sangat sedih kerana disebabkan oleh
tindakannya yang tidak mengendahkan amaran labah-
labah tersebut, anak-anaknya menjadi mangsa. Ibu
ayam telah kehilangan dua ekor anak kesayangannya.
Ibu ayam memberanikan diri untuk meminta maaf kepada
musang kerana risau si musang akan terus membalas
dendam sehingga dia dan anak-anaknya yang lain menjadi
mangsa. Ibu ayam menceritakan hal yang sebenarnya
kepada musang mengapa dia dan anak-anaknya memakan
kesemua jagung miliknya. Ini kerana Pak Meon yang besifat
kedekut,mereka kekurangan makanan. Ibu ayam juga
berjanji akan membantu musang menjaga kebunnya.
Selepas kejadian itu, musang memaafkan ibu ayam dan
anak-anaknya. Mereka bersahabat baik dan menjaga
kebun jagung tersebut bersama-sama supaya tidak
dirosakkan oleh binatang lain. Hiduplah mereka dalam
keadaan sejahtera.