BIL. 22 28 OKTOBER 2021
35 STAF INASIS Bukhari Dan Muamalat (YMU),kursus ini telah
TERLIBAT banyak memberikan manfaat kepada peserta-
DI DALAM peserta berkaitan dengan kerja-kerja ukur bahan.
Banyak ilmu yang telah diperolehi di samping
KURSUS APLIKASI dapat bertukar-tukar fikiran dengan penceramah
BIDANG UKUR yang pakar dan sangat berpengalaman di dalam
BAHAN bidang tersebut.
Ujar beliau lagi, kursus ini telah mendedahkan
mereka dengan garis panduan berkaitan
proses pengeluaran sebutharga dan ini menjadi
alasan kepada mereka untuk tidak bergantung
kepada sebutharga yang diberi oleh pembekal
atau kontraktor. Beliau berterima kasih di atas
penganjuran kursus ini dan berharap supaya ia
dapat diteruskan lagi pada masa akan datang
secara bersemuka dengan topik-topik yang lebih
menarik lagi.
Seramai 38 orang staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Dan Alumni (HEPA) yang terdiri daripada Pengurus
Asrama, penolong-penolong Pengurus Asrama
dan Penyelia Asrama di Inapan Siswa (INASIS) telah
terlibat di dalam Kursus Aplikasi Bidang Ukur Bahan
Dalam Pengurusan Dan Penyenggaraan Bangunan
anjuran Bahagian Pengurusan Korporat HEPA.
Kursus yang dikendalikan oleh Prof.Madya Sr.Dr.
Mohamad Sukeri Bin Khalid, dari Pusat Pengajian
Kerajaan, Kolej Undang-undang, Kerajaan
Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) telah
menerangkan tentang aspek-aspek industri
pembinaan secara umum serta bagaimana
profesion ukur bahan berperanan bagi memastikan
hak dan kebajikan klien dan kontraktor terjamin
mengikut kontrak yang dipersetujui. Ia juga
menerangkan tentang bagaimana ukur bahan itu
berperanan penting bermula dari peringkat awal
rekabentuk sehinggalah kepada penyiapan projek
dengan menggunakan akaun akhir projek.
Di samping itu, peserta-peserta juga diberikan
pemahaman berkaitan penyediaan bajet awal
projek serta penganggaran kos projek serta
kepentingan kontrak bagi memastikan semua
pihak yang terlibat dalam penyiapan projek dan
ukur bahan dapat berjalan dengan teratur.
Selain daripada mendengar ceramah, para
peserta juga telah terlibat dengan perbincangan
di dalam kumpulan serta sesi pembentangan.
Menurut Puan Rozana Binti Mohamed Hanifa,
Ketua Penolong Pengurus Asrama INASIS Yayasan
1
OKTOOBKETROB2E2R/21092/12021
Senior Talk ‘Dominating University
Life’ bersama Alumni Asasi Kohort 6
20 Oktober 2021
3
3
Setiap mahasiswa yang mengimpikan kejayaan cemerlang sudah tentu memerlukan inspirasi daripada
individu berpengalaman. Hal yang demikian kerana idola mampu menjadi penyuntik semangat dan
pemangkin kecemerlangan. Sehubungan dengan itu, Biro Tugas-Tugas Khas berkolaboratif dengan Biro
Akademik Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan menganjurkan program Senior Talk ‘Dominating University
Life’ bersama Alumni Asasi Kohort 6. Matlamat program tersebut ialah untuk memperkasakan akademik
dan pembangunan bakat pelajar-pelajar Program Asasi Pengurusan UUM. Dua orang Alumni Pusat Asasi
Pengurusan yang cemerlang iaitu Saudari Kareena Kaur Gill dan Saudara Muhammad Shuib diundang
khas untuk sesi perkongsia4n berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai seorang pelajar Program Asasi
Pengurusan. Mereka juga bukan sahaja cemerlang akademik, malah mempunyai sahsiah dan bakat
kepimpinan yang terpuji. Saudari Kareena Kaur Gill merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-
undang dan Saudara Muhammad Shuib bin Rosli ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-
Undang dan Perniagaan.
Program yang dilangsungkan hampir dua jam ini telah diadakan secara dalam talian menerusi platform
Webex dan disertai oleh semua pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022. Kedua-dua orang Alumni
Asasi berkongsi pengalaman ketika menjadi penuntut di Pusat Asasi Pengurusan, UUM dan tips menghadiri
temu duga untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Biasiswa Yayasan
Telekom Malaysia. Mereka juga berkongsi tips memilih kursus-kursus yang bertepatan ketika melanjutkan
pengajian di peringkat pengajian Ijazah pertama di UUM. Antara perkara4 penting yang disampaikan oleh
Saudari Kareena Kaur Gill ialah mengenai tips pengurusan stress ketika menjadi mahasiswa dan mahasiswi
UUM.
Manakala Saudara Muhammad Shuib pula memberikan pendedahan yang sangat mendalam tentang erti
dan rukun sebagai seorang mahasiswa. Selain itu, beliau juga menerangkan secara terperinci tentang jenis-
jenis penajaan dan syarikat-syarikat yang menawarkan tawaran biasiswa serta berkongsi pengalamannya
ketika menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan.
Program ini turut dihadiri oleh Dr. Mohamed Ali Haniffa, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar), Pusat
Asasi Pengurusan, Puan Nur Shazwani Shariffudin, Penolong Pengarah dan staf-staf pengurusan Pusat Asasi
Pengurusan Universiti Utara Malaysia.
2
OKTOBER 22/2021
MEMACU BUDAYA IMEJ
KORPORAT, LAMBANG
PEMIMPIN HEBAT
Dunia kian berevolusi, ekonomi semakin pesat dengan revolusi tanpa henti mengharungi arus ekonomi dunia.
Mendepani cabaran, semua organisasi termasuk staf dan pelajar di universiti mesti berdaya tahan, berdaya
maju dan berdaya saing malah berfikir di luar kebiasaan. Kini, rata-rata syarikat gergasi dan organisasi telah
mula mengubah rentak ke arah pembudayaan imej korporat dan bukan lagi sekadar imej biasa yang
dipraktikkan sebagai amalan dahulu. Permintaan terhadap pekerja yang cemerlang, mempunyai bakat,
kemahiran telah membuka mata organisasi supaya mementingkan kualiti perkhidmatan dan imej korporat.
Zaman berubah di mana imej dan cara berkomunikasi turut memainkan peranan penting sejajar dengan aliran
perubahan. Bahkan, hubungan korporat, imej korporat dan komunikasi korporat menjadi pakej yang serasi.
Menyedari akan kepentingan dalam membudayakan imej korporat terutama dalam melahirkan pemimpin
yang hebat di kalangan staf dan pelajar, Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (UUM SELECT)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah membuka platform yang luas untuk berkongsi ilmu dalam program Select
Talk bertajuk Budaya Imej Korporat, Lambang Pemimpin Hebat" bersama Timbalan Pengarah, UUM SELECT
Puan H. Rasidah H. Rodzi yang berpengalaman lebih tiga puluh tahun. Moderator program, pelajar tahun satu
Sarjana Muda Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Anis Nadia Andarod @
Androd menjelaskan bahawa bertepatan dengan Universiti Pengurusan Terkemuka tajuk yang diketengahkan
mampu memberi input berguna sekali gus sebagai panduan kepada staf dan pelajar dalam membantu
merealisasikan hasrat murni universiti. Senada itu, menurut Timbalan Pengarah Select, "Imej dan reputasi amat
penting kerana apa sahaja yang kita lakukan akan menerima 'feedback' daripada komuniti serta pelanggan.
Persepsi umum dan 'feedback' sama ada positif atau negatif akan terbentuk daripada imej diri dan organisasi
mencakupi nilai, persekitaran, budaya, profesionalisma, tingkahlaku, komunikasi yang di tonjolkan. Oleh itu,
adalah penting untuk menjaga imej korporat kerana budaya imej korporat menjadi kebanggaan, lambang
kemegahan dan keunggulan sesebuah organisas bahkan perlu diterapkan dengan efektif dan efisien”
“Aura dan imej korporat wujud dalam dunia yang mencabar ini, hanya yang terbaik menjadi pilihan, oleh
itu strategi perubahan dan pendekatan ke arah imej korporat memerlukan komitmen yang menyeluruh",
"Bakat dan minat staf serta pelajar perlu dikenalpasti supaya mencapai prestasi yang luar biasa seiring dengan
permintaan dunia sekarang", kata beliau. Dalam pada itu, antara elemen imej korporat yang ditonjolkan
oleh UUM kepada pelanggan dan orang awam berkenaan dengan layanan, komunikasi, perkhidmatan
dan hospitaliti ketika mengendalikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), PPV ‘Outreach’ IPT
UUM yang beroperasi di Dewan Mu’adzam Shah, UUM telah mendapat feedback yang positif daripada
pelanggan. Ini melambangkan prestasi organisasi akan melonjak naik sekiranya imej korporat ini terus
kekal bukan sahaja oleh pihak pengurusan tertinggi malahan gandingan pasukan staf dan pelajar yang
mengekalkan moto ilmu, budi dan bakti. Dalam pada itu, 'secret recipe’ untuk membentuk perubahan
membina imej korporat boleh dipraktikkan oleh pelajar dan warga UUM antaranya bersikap profesional,
komunikasi yang efektif dan efisien. Tegas beliau, budaya imej korporat akan menjadi lambang pemimpin
yang hebat sekiranya ciri pemimpin hebat diaplikasi antaranya bersikap 'humble', profesional, amanah, berani,
komunikasi yang baik, visi yang jelas, positif, berbakat, berilmu, berpengalaman, jalinan hubungan yang
baik dengan semua pihak, empati, saksama, nemperkenalkan perubahan, kreatif serta karisma yang kuat.
Di samping itu, pemimpin yang hebat menerima segala 'feedback' dengan telus dan profesional sekiranya
positif maka ia akan menjadi nilai tambah, sebaliknya feedback yang negatif sebagai penambahbaikan.
Justeru, setiap organisasi di semua peringkat perlu cakna akan peri pentingnya budaya imej korporat. Kita
memainkan peranan penting dalam mereformasi budaya lama kepada budaya imej korporat yang baharu
kerana reaksi orang ramai akan bergantung kepada imej tersebut. Organisasi mampu melonjak lebih jauh
ke hadapan dalam aspek pentadbiran dan akademik jika budaya imej korporat dipraktikkan walaupun
sukar merentasi perubahan minda kita. Keharmonian setiap elemen dalam imej korporat perlu diselarikan
dan menjadi nadi kepada sesebuah organisasi. Staf dan pelajar perlu mempraktikkan budaya ini dengan
memperkemas dan memperkukuhkan diri terutama dalam aspek kepimpinan supaya menjadi pemimpin yang
hebat. Bak kata para pujangga, "Pemimpin yang hebat itu akan terus belajar dan akan terus memperbaiki diri
demi menghebatkan orang yang dipimpinnya" "Leadership is not about a title or designation, it's about Impact,
Influence and Inspiration"
3
OKTOBER 22/2021
Satu perlawanan persahabatan yang melibatkan dua jaguh bolasepak Universiti Utara Malaysia (UUM)
iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) dan Jabatan Keselamatan telah berlangsung di
Stadium UUM baharu-baharu ini dengan keputusan berpihak kepada HEPA dengan kemenangan 4-3.
Perlawanan anjuran Unit Kepimpinan dan Pemerkasaan Pelajar, Pusat Kaunseling UUM dengan kerjasama
Kelab Kebajikan HEPA UUM merupakan satu program riadah HEPA yang diadakan bertujuan untuk
menyemarakkan semangat dan motivasi kerja dalam kalangan staf nya setelah ‘berehat panjang’ akibat
penularan pandemik Covid-19 . Ini sekaligus memberikan kekuatan dan semangat kepada staf UUM untuk
terus berkhidmat dengan cemerlang.
Keputusan di separuh masa pertama memihak kepada Jabatan Keselamatan dengan mendahului lawan
2-1. Tetapi di separuh masa kedua HEPA telah menggandakan asakan mereka sehingga menambahkan
3 gol lagi dengan kemenangan tipis 4-3 melalui jaringan gol kemenangan penyerang berbisa mereka
Mazlan Mansor yang menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu melalui ledakan cantik menewaskan
penjaga gol Jabatan Keselamatan Mohammad Azlan Bin Abdull Jalil.
Sehingga ke hujung perlawanan, Jabatan Keselamatan terus menggandakan asakan mereka ke kubu
lawan namun nasib tidak menyebelahi mereka dan dengan ketangkasan penjaga gol HEPA yang juga
bekas penjaga gol Kelab Kuala Muda NAZA, Mohd Rosyidi Bin Md Sareb telah membuatkan pemain-
pemain Jabatan Keselamatan ‘berputih mata’ untuk menyamakan kedudukan sehinggalah perlawanan
berakhir.
Walaupun menang dengan jaringan yang tipis namun rata-rata pemain HEPA amat berpuashati dengan
corak dan taktikal yang dipamerkan oleh mereka. Ketua pasukan HEPA, Mohd Khairone Bin Md.Khatidin
yang juga merupakan Kaunselor Kanan di Pusat Kaunseling HEPA melahirkan rasa bersyukur dan puashati
dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya di dalam perlawanan tersebut. Ujar beliau ,
perlawanan itu adalah seimbang tetapi nasib lebih menyebelahi mereka untuk memenangi perlawanan
tersebut.
Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Lt. Kol. Mohamad Ezanee Bin Yazid, Pengarah Jabatan
Keselamatan UUM yang turut bermain serta pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
UUM.
HEPA BENAMKAN
KESELAMATAN
4
OKTOBER 22/2021
5
OKTOBER 22/2021
Akan Datang
6
OKTOBER 22/2021
7
OKTOBER 22/2021
8