The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buletin hepa post bil 21 21 Oktober 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh2006, 2021-10-20 05:21:19

buletin hepa post bil 21 21 Oktober 2021

buletin hepa post bil 21 21 Oktober 2021

BIL. 21 21 OKTOBER 2021

PELAJAR UUM
LAPOR DIRI

Seramai 2,450 pelajar baharu dan lama daripada ke kampus tidak akan menjejaskan proses
jumlah 20 ribu pelajar Universiti Utara Malaysia pembelajaran mereka. Pusat pengajian masing-
(UUM) telah mendaftar masuk ke kampus masing akan berperanan di dalam membantu
secara berperingkat di mana ianya melibatkan mereka dari aspek mentorship dan penilaian supaya
kemasukan pelajar mengikut wilayah iaitu utara, proses pembelajaran mereka tidak akan tercicir.
tengah, selatan dan pantai timur selepas kerajaan
membuat keputusan untuk membenarkan mereka Tambah beliau lagi, bagi semester hadapan kuliah
untuk kembali ke kampus dengan mematuhi akan mula dijalankan sepenuhnya secara fizikal
SOP yang ketat. Ini termasuklah menjalani ujian dan pihak universiti akan membuat persiapan yang
Rapid Antigen (RTK-Ag) di rumah masing-masing rapi untuk menerima kehadiran mereka di dalam
sebelum menjalani ujian saringan sekali lagi ketika skala yang lebih besar. Beliau juga mengucapkan
tiba di UUM secara pandu lalu dengan dibekalkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
kit ujian kendiri. di dalam proses kehadiran pelajar-pelajar ini serta
penghargaan kepada Kementerian Pengajian
Kepulangan pelajar-pelajar ini adalah secara Tinggi yang telah memberi sumbangan kit ujian
berfasa di mana fasa pertama bermula pada 15 kendiri bagi tujuan tersebut.
hingga 17 Oktober yang lalu dengan ketibaan
pelajar-pelajar dari zon utara iaitu Kedah, Pulau
Pinang dan Perlis dan diikuti oleh pelajar-pelajar
dari zon tengah, Selatan dan negeri-negeri pantai
timur pada hari berikutnya. Manakala bagi fasa
kedua pula akan bermula pada 29 hingga 31
Oktober nanti.

Bagi pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak
serta pelajar-pelajar antarabangsa pula proses
kehadiran mereka akan bermula dari lapangan
terbang atau pusat kuarantin dengan penyediaan
perkhidmatan bas sehingga ke kampus.

Menurut Prof Madya Dr.Hendrik Bin Lamsali,
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan
Alumni), proses penerimaan pelajar-pelajar ini
diadakan di perkarangan Masjid Sultan Badlishah,
UUM dengan dibantu oleh sukarelawan dalam
kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan UUM.

Ujar beliau, pelajar-pelajar telah diberi pilihan
samada untuk kekal di rumah masing-masing
ataupun kembali ke kampus. Walau pun kuliah
telah pun bermula sejak 10 Oktober yang lalu
secara atas talian, namun kehadiran mereka

1

OKTOOBKETROB2E1R/21092/12021

80 STAF HEPA IKUTI KURSUS

Siasatan Dalaman

Seramai 80 orang staf di Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni , Universiti Utara Malaysia (UUM) telah
terlibat untuk mengikuti Kursus Siasatan Dalaman yang diadakan baharu-baharu ini. Kursus yang diadakan
secara atas talian itu melibatkan Pengarah Bahagian dan Pusat, Pengetua-pengetua dan Penolong-
penolong Pengetua Inapan Siswa (INASIS), Pengurus Asrama dan Penolong-penolong Pengurus Asrama.
Kursus yang diadakan selama sehari itu telah dikendalikan oleh Puan Mahani Binti Salleh dan Puan
Zuraida Binti Zakaria, Pegawai Undang-undang di Jabatan Canselori. Mereka merupakan pegawai yang
bertanggungjawab di dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 serta perlembagaan universiti.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk menerapkan pengetahuan tentang kepentingan
melakukan siasatan yang sempurna terhadap salahlaku pelajar-pelajar serta tuduhan yang bersesuaian
terhadap salah laku yang dilakukan oleh mereka.
Ia juga dapat memberikan pendedahan kepada peserta-peserta tentang tatacara siasatan yang perlu
dipatuhi di dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap pelajar-pelajar serta menjalankan siasatan
yang betul mengikut lunas undang-undang dan Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Menurut Puan Zuraida yang merupakan salah seorang daripada penceramah berkaitan menyatakan
bahawa selaras dengan fungsi dan peranan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang antaranya menguruskan
aktiviti dan penempatan pelajar, adalah perlu untuk mengetahui dan memahami Kaedah UUM (Tatatertib
Pelajar-Pelajar) 1999 dengan lebih lanjut, sebagai panduan dan rujukan dalam menjalankan tugas harian.
Ujar belaiu lagi, pengetahuan dan pemahaman tentang pengurusan tatatertib pelajar, tatatertib asrama,
tatatertib lalu lintas dan lain-lain perkara yang melibatkan pelajar, yang terkandung dalam Kaedah ini,
secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan perkhidmatan staf kepada
pelajar.

2

OKTOBER 21/2021

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul , Sukarelawan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan
kerjasama Trash Hero Sintok dan Komuniti Permotoran Sahabat Kembara Jitra Crew (KPSKJC) telah
mengadakan satu program yang dinamakan Misi Ziarah Cinta Rasul 2021.
Seramai 34 peserta telah terlibat dengan program ini di mana destinasi mereka ialah di Rumah Anak-Anak
Yatim , Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar dan di Pantai Pokok Rhu Tanjung Dawai, Kedah.
Program yang berlangsung selama sehari itu telah melibatkan pemberian sumbangan kepada anak-anak
yatim di sekitar daerah Kubang Pasu dan Alor Setar.
Sumbangan adalah berupa makanan segera, hand sanitizer, pelitup muka dan sumbangan wang daripada
staf UUM. Misi ini merupakan satu pertemuan bagi memberikan semangat dan motivasi kepada anak-
anak yatim di rumah tersebut di samping memupuk rasa kasih sayang terhadap mereka.
Ketika di Pantai Pokok Rhu Tanjung Dawai, para peserta telah terlibat dengan kerja-kerja gotong royong
membersihkan pantai sepanjang 1.5 km. Usaha yang dijalankan itu selaras dengan usaha kerajaan negeri
yang berhasrat untuk menjadikan sepanjang pantai di negeri Kedah sebagai kawasan tumpuan orang
ramai untuk beriadah. Penganjuran aktiviti seperti ini penting bagi memupuk kesedaran tentang pentingnya
penjagaan alam sekitar dan kesan buruk pembuangan sampah di pantai dan terhadap habitat akuatik di
sekitarnya.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran diri para peserta serta mendedahkan
rasa tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar. Di samping itu ,program ini telah dapat
mendedahkan peserta-peserta mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh mereka terutama berkaitan
pengurusan ekosistem dan biodiversiti pesisiran pantai.
Menurut Encik Muhammad Fauzi Bin Mokhtar, Pengurus Bahagian Edu-Tourism di Pusat Pembangunan
Strategi Dan Perniagaan UUM, merangkap Pengerusi, UUM Trash Hero berkata, program seperti ini amat
baik terutama sekali semasa umat Islam dalam persiapan untuk menyambut Sambutan Maulidur Rasul.
Dengan aktiviti seperti mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai , ia merupakan satu khidmat
komuniti kepada masyarakat setempat.
Program tersebut telah berakhir di sebelah petangnya dan kesemua peserta berasa amat berpuashati
dengan sumbangan tenaga mereka di dalam program ini.Turut hadir menyertai program ini termasuklah
Encik Mohd.Khairone Bin Md.Khatidin, Pengerusi Pasukan Sukarelawan UUM serta dalam kalangan
pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar UUM.

Program Misi Ziarah
CINTA RASUL 2021

3

OKTOBER 21/2021

Pertandingan Debat Mini Program
Asasi Pengurusan Secara Dalam

Talian

4
4

3 terdiri daripada Alumni Pendebat Asasi Kohort 7
telah dijemput bagi mengadili dan menentukan
Cabaran masa kini mendorong mahasiswa keputusan pertandingan. Tema perdebatan ialah
mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah mengenai “Memperkasakan Pendidikan Norma
yang lengkap dan holistik, selain kecemerlangan Baharu”.
akademik. Aktiviti debat dan pidato merupakan
antara aktiviti terbaik yang boleh dianjurkan untuk Kepetahan dan kelantangan bicara para peserta
mengasah kemahiran insaniah para mahasisw5a. mengutarakan hujahan dan huraian topik yang
Bagi memberi penekanan terhadap aspek kritis menjadikan suasana Pertandingan Debat
kemahiran insaniah dan memperkasakan bakat Mini ini agak sengit dan menarik perhatian para
bakal graduan Program Asasi Pengurusan, Bi5ro penonton. Secara tidak langsung, keterampilan
Kebudayaan dan Biro Akademik Persatuan Pelajar para pendebat berupaya mempengaruhi
Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022 telah berkolaborasi dan membuatkan khalayak faham serta teruja
dengan Unit Debat Bahasa Melayu (UDBM), Universiti dengan apa yang ingin disampaikan. Secara
Utara Malaysia untuk menganjurkan Pertandingan keseluruhannya, pasukan deb6 at kelas H yang
Debat Mini Program Asasi Pengurusan secara dalam terdiri daripada empat orang pendebat yang
talian. Matlamatnya ialah untuk melahirkan pelaja matang dalam mengupas dan mengemukakan
berpengetahuan luas di samping memberi latihan isi-isi usul telah merangkul tempat pertama untuk
dan pendedahan awal bagi membentuk ciri-ciri pertandingan. Mereka ialah Saudara Muhamad
kepimpinan dinamik serta berketerampilan. Azim Siddiq bin Mohd Nasir, Saudara Muhammad
Idham bin Mohd Dagang, Saudari Nur Indriyana
Pertandingan Debat Mini ini telah disertai oleh binti Hendra dan Saudari Putri Wirdani Elvyna
seramai 32 orang pelajar Program Asasi Pengurusan binti Idi Sopan. Majlis penutup pertandingan
Sesi 2021/2022 yang mewakili 8 kelas sebagai turut dihadiri oleh Dr. Mohamed Ali Haniffa selaku
peserta pertandingan manakala lapan orang Timbalan Pengarah, Pembangunan Pelajar,
pelajar yang lain sebagai Yang Dipertua dan staf-staf pengurusan Pusat Asasi Pengurusan,
penjaga masa. Pelajar-pelajar yang lain turut Ketua Hakim, para panel juri dan para pelajar.
terlibat dalam memberikan sokongan kepada Diharapkan semoga program-program insaniah
rakan-rakan peserta. Seorang ketua hakim dalam seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan
kalangan Alumni UDBM iaitu Cik Nurul Rashidah binti datang.
Mohamed Roseli dan enam orang panel juri yang

4

OKTOBER 21/2021

TAHNIAH! PELAJAR UUM
NAIB JOHAN PERTANDINGAN
PIDATO LIMA KALI PERINGKAT

KEBANGSAAN DAN
ANTARABANGSA

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-
Undang dan Perniagaan di Pusat Pengajian
Undang- Undang (SOL), UUM COLGIS, Mohammad
Daniel Mohammad Ismail tidak pernah kenal erti
putus asa malah terus mengorak langkah demi
untuk merangkul kejayaan demi kejayaan dengan
gemilang.

Daniel telah berjaya bergelar Naib Johan
sebanyak lima kali dalam pelbagai pertandingan
Pengucapan Awam Pidato peringkat kebangsaan
dan antarabangsa sekaligus mengharumkan nama
Universiti Utara Malaysia yang terletak di lembah
Sintok.

Nama beliau semakin dikenali dan bakat beliau pertandingan Pidato Merealisasikan Impian
makin dikagumi. Daniel muncul sebanyak dua anjuran Universiti Teknologi Mara cawangan Shah
kali sebagai Naib Johan peringkat Antarabangsa Alam dengan hadiah wang tunai RM150.00
menerusi Pidato Sayembara Bahasa Melayu anjuran
Universiti Teknologi Malaysia dengan hadiah wang Senada itu, Daniel sebagai salah seorang pelajar
tunai RM400 manakala Naib Johan Pidato Piala Tun UUM Student Excellence and Leadership Center
Mustapha anjuran Universiti Malaysia Sabah dengan (SELECT) turut memantapkan strategi Award
membawa pulang hadiah wang tunai RM700.00. Recipient Project (A.R.T) SELECT, Jabatan Hal Ehwal
Pelajar.
Sebenarnya bukannya mudah untuk berpidato,
namun Daniel sebagai generasi muda kekal Hakikatnya, Daniel telah melakar kejayaan hebat
bersemangat dan cakna dengan anugerah bakat dan meningkatkan imej diri dan UUM sekaligus
yang dimilikinya supaya diserasikan ilmu bersama. pembudayaan ilmu yang secupak boleh menjadi
segantang berkat disiplin dan keyakinan diri yang
Kejayaan yang diraih terus semarak apabila beliau tinggi.
mengekalkan lagi kedudukan sebagai Naib Johan
sebanyak tiga kali di peringkat Kebangsaan.
Beliau melahirkan rasa kegembiraan memenangi
Pertandingan Pidato Kepenggunaan anjuran
Universiti Teknologi Malaysia dengan membawa
pulang hadiah wang tunai RM500.00, Pertandingan
Pidato Piala Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan
hadiah wang tunai RM700.00 dan seterusnya

5

OKTOBER 21/2021
6

OKTOBER 21/2021
7

OKTOBER 21/2021
8

OKTOBER 21/2021
9

OKTOBER 21/2021

akan datang

Penceramah Jemputan:
Anjuran:

Tarikh: 27 Oktober 2021 (Rabu)
Jam 2.00 petang - 4.30 petang

Platform:
Meeting Number: 2640 702 7268
Meeting Password: xpH64jveWn8

10


Click to View FlipBook Version