BIL. 20 14 OKTOBER 2021
72 PEMBANTU TADBIR HEPA HADIR
Kursus Ketrampilan Diri
kepuasan pelanggan, seterusnya memberi
kesan besar kepada reputasi dan keuntungan
sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja
merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa
tetapi juga keadaaan fizikal seseorang. Dalam
dunia profesional, personaliti adalah pakej diri
yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang
pekerja yang menggambarkan kompetensi dan
karakternya semasa bekerja.
Sehubungan itu, seramai 72 Pembantu Tadbir Gred
19 hingga 26 di Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan
Alumni (HEPA) telah menghadiri Kursus Ketrampilan
Diri baharu-baharu ini. Kursus yang diadakan secara
maya itu telah menampilkan Puan Rozalita Binti
Saupi, Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Perlis sebagai penceramahnya.
Kursus anjuran Bahagian Pengurusan Korporat,HEPA
ini diadakan bagi memberikan pengetahuan
kepada peserta-peserta tentang cara untuk
meningkatkan imej profesyenal organisasi dan
memahami etika sosial dengan baik. Mereka juga
telah diajar berkaitan tatacara berpakaian formal,
semi formal atau tidak formal mengikut kesesuaian
sesuatu majlis itu serta mempraktikkan etika sosial
dana dan perhubungan di antara rakan sekerja,
tetamu, pelangan dan orang kenamaan untuk
lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan
dan urusan kerja.
Keterampilan diri dan personaliti seorang Rata-rata peserta yang hadir berasa amat
pekerja yang menarik merupakan aset bernilai teruja dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja kerana telah diberi peluang untuk hadir ke kursus
akan meningkat dan berkembang apabila berkenaan. Mereka mengharapkan supaya kursus
mempunyai personaliti yang profesional dari segi ini dilanjutkan selama dua hari pada masa akan
penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang datang memandangkan masih banyak perkara
profesional bagi seorang pekerja sangat penting yang perlu mereka pelajari.
kerana ia memberi kesan langsung terhadap
Di penghujung kursus, para peserta telah diadakan
demonstrasi tentang cara-cara solekan muka
dan penggunaan peralatan solekan yang betul.
Demonstrasi berkenaan telah menyebabkan
semua peserta merasakan bahawa perjalanan
kursus ini amat singkat dan perlu dilanjutkan lagi
pada masa akan datang.
1
OKTOOBKETROB2E0R/21092/12021
KELUAR DARI
ZON SELESA
Adakah anda tahu apa itu zon selesa? Adakah ada seorang yang tidak ingin sebarang cabaran dan
cuma hidup di dalam keadaan yang tenang sahaja. Setiap orang mempunyai zon selesa tersendiri. Zon
ini merupakan suatu kawasan atau situasi di mana kita berasa senang berada di dalamnya sehingga
menyebabkan seseorang itu tidak bersemangat untuk menolak potensi mereka dengan lebih jauh lagi.
Zon selesa atau ‘comfort zone’ membuatkan diri kita berasa selamat dan selesa, namun jika dilihat dari sudut
jangka masa yang panjang ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada diri seseorang individu
itu. Malahan, dengan meletakkan diri di zon selesa mungkin akan menyebabkan potensi diri terbantut dan
tidak berkembang serta takut untuk bergerak ke hadapan.
Menyedari betapa pentingnya untuk bergerak keluar dari zon selesa dan berani mencari peluang yang
baru terutamanya di zaman pandemik ini, Pusat Pembangunan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM
telah melaksanakan satu webinar melalui program #RUReady Webinar Live anjuran bersama dengan
XRemo Recruitment Solution Malaysia baharu-baharu ini.
Webinar tersebut telah menekankan kepada peserta-peserta mengenai bagaimana untuk keluar dari zon
selesa dan tidak terlalu berasa selesa dengan keadaan tersebut. Di samping itu ia juga memberikan fokus
kepada peserta-peserta untuk membuat persediaan awal dalam menangani keadaan semasa serta dalam
masa yang sama dapat menyumbang tenaga kerja kepada organisasi walau dengan apa juga cabaran.
Webinar yang disertai oleh 300 peserta itu juga menyatakan bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi
tuah seseorang itu adalah kesanggupan dirinya untuk keluar dari zon yang selesa. Sebahagian daripada
golongan ini tidak mendapat tuah yang diharapkan disebabkan ketakutan untuk keluar dari zon tersebut.
Menurut Cik Nurfarah Binti Johari, Penolong Pengarah di Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) UUM, webinar
yang telah dijalankan ini telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar-pelajar. Ramai
dalam kalangan mereka yang berpuashati dengan intipati webinar ini yang banyak memberi panduan
kepada mereka di dalam menjalani kehidupan pada masa yang mendatang.
Tambah beliau lagi, melangkah keluar dari zon selesa boleh menjadi sukar sekiranya seseorang itu tidak kuat
untuk melakukannya. Mereka perlu meluangkan masa untuk memikirkan bagaimana rasanya mengambil
langkah tersebut dan mencari satu idea untuk membina momentum yang dapat mendorong seseorang
individu itu ke dalam tindakan terinspirasi.
2
OKTOBER 20/2021
Mengalami tekanan setelah melalui peristiwa berat Ujar beliau lagi, webinar seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa
seperti kemalangan, penderaan fizikal atau seksual, dengan isu-isu yang lebih serius supaya ia dapat dimanfaat sepenuh
kematian atau peperangan adalah tindak balas peserta-peserta .
emosi yang normal. Namun, jika ia berpanjangan
sehingga mengganggu kehidupan seseorang, ia “MENDEPANI TRAUMA
mungkin disebabkan oleh kecederaan emosi yang PSIKOLOGI:
serius.
SOKONGAN, INTERVENSI
Kecederaan emosi yang tidak dirawat seumpama & TERAPI”
api dalam sekam, yang akan mencetuskan lebih
banyak keburukan tanpa disedari. Rawatan 3
secara holisitik yang menggabungkan komponen-
komponen seperti psikoterapi, farmakologi,
psikososial, dan psikospiritual boleh membantu
menyokong proses penyembuhan individu yang
mengalami trauma psikologi.
Hakikatnya, kecederaan emosi yang dialami ini
tidak kelihatan walaupun ia benar-benar dialami
oleh mangsa dan memakan masa yang lama untuk
pulih serta memerlukan banyak sokongan dan
intervensi, sama seperti kecederaan fizikal yang lain.
Masyarakat perlu memahami bahawa kecederaan
emosi adalah satu malapetaka senyap kerana ia
memberi kesan jangka panjang yang serius.
Atas faktor inilah, Unit Kesejahteraan Psikologi, Pusat
Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara
Malaysia (UUM) mengambil inisiatif menganjurkan
Webinar Kesihatan Mental 2021 dengan tema
Mendepani Trauma Psikologi: Sokongan, Intervensi &
Terapi baru-baru ini.
Webinar yang disertai oleh kira-kira 150 orang
peserta itu melibatkan penyertaan daripada para
Pegawai Psikologi, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Pengamal Kaunseling serta orang-perseorangan di
seluruh negara.
Ia telah menampilkan penceramah-penceramah
hebat di dalam bidang Kaunseling, Psikologi dan
Psikiatri iaitu Dr. Ahmad Rostam Md. Zin yang
merupakan pakar perunding psikiatri daripada
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Encik Khairul Azhari
Idris , Felo EMAS di Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) serta Pengarah Pusat Kaunseling iaitu Prof.
Madya Dr. Siti Rozaina Kamsani .
Webinar yang membicarakan mengenai isu trauma
ini juga turut mengetengahkan Ustaz Mohd Noor
Deros, Presiden 2, MIASA Malaysia dan Dr. Azizah
Abdullah, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian
Pendidikan UUM yang membicarakan mengenai
Expressive Art Therapy Dalam Merawat Trauma .
Menurut salah seorang peserta Mohd. Irfan Bin Darus,
webinar ini dapat memberi manafaat kepada semua
peserta di samping dapat berkongsi pandangan
berkaitan mekanisme untuk berhadapan dengan
trauma serta rawatan-rawatan yang dilakukan
dalam usaha merawat trauma tersebut.
Ujar beliau lagi, webinar seperti ini perlu diteruskan
lagi pada masa hadapan dengan isu-isu yang lebih
serius supaya ia dapat dimanfaat sepenuhnya oleh
peserta-peserta .
OKTOBER 20/2021
4
OKTOBER 20/2021
5
OKTOBER 20/2021
BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PELAJAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
(MEMO DALAMAN)
Ruj. Fail Kami: UUM/HEP(SSSD)/ Z - 1 Tarikh : 11 Oktober 2021
KEPADA : SEMUA PELAJAR BARU UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
DARIPADA : BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PELAJAR
TAJUK/PERKARA : HEBAHAN PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
(PTPTN) BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2021/2022
Penyerahan Borang Perjanjian Dokumen PTPTN bagi kelulusan bertarikh 7 Oktober 2021
boleh dilakukan di dua saluran;
1. Serahan di HEP UUM bagi pelajar yang akan pulang ke kampus Fasa 1.
Tarikh Masa Perkara
17 Oktober 2021 3.00 pm Taklimat Pengisian Dokumen Perjanjian
18, 20 dan 21 9.00 am – 4.30 pm PTPTN.
Oktober 2021 Penyerahan dokumen Perjanjian PTPTN ke
HEP.
2. Serahan ke Cawangan PTPTN terdekat bagi pelajar yang tidak pulang ke kampus.
Tarikh Masa Tempat
07 hingga 28 Waktu urusan Cawangan terdekat PTPTN negeri
Oktober 2021 pejabat cawangan masing-masing.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus ke Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan
Pelajar (SSSD), HEP di talian 04-928 4085/4083.
Sekian, terima kasih
Unit Biasiswa dan Penajaan
Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar | Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah |
Malaysia |
Tel: +604928 4085| Faks: +604928 4016|E-mel: [email protected]
6
OKTOBER 20/2021
PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
(KELULUSAN 07/10/2020)
TARIKH MASA TEMPAT
18, 20 dan 21 9.00 pagi – Pejabat
Oktober 2021 4.30 petang Bahagian Perkhidmatan &
Sokongan Pelajar (SSSD), HEP
(Bagi pelajar yang berada di
Kampus UUM
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
1. Dokumen Perjanjian PTPTN (m/s 1-15 – 2 set)
2. Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian (Lampiran A) – 1 Set
3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke UUM (palang 2 baris “KEGUNAAN PTPTN SAHAJA”
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMINJAM/PELAJAR
1. Setem Hasil RM10 (2 Keping): Stem Hasil hanya perlu ditampal dan tidak perlu dimatikan.
2. Muka Surat 7: Tampal Setem Hasil pada kedua-dua set borang Perjanjian PTPTN.
3. Muka Surat 8: Tandatangan saksi penerima biaya – boleh dapatkan tandatangan daripada pegawai
kerajaan Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau mana-mana pensyarah di Jabatan Akademik atau
Penghulu Kampung.
4. Muka surat 9: perlu dikosongkan. (hanya untuk kegunaan pihak PTPTN)
5. Muka surat 10-15: Tandatangan ringkas Pelajar
6. Menggunakan kertas putih 80 gsm.
PERINGATAN
Tidak dibenarkan menggunakan “liquid paper” dalam dokumen Perjanjian PTPTN
Tulisan bertindih tidak dibenarkan
Tulisan/Cetak perlu jelas pada setiap muka surat
Tarikh yang ditulis hendaklah sama pada setiap ruangan yang diperlukan
Borang yang TIDAK LENGKAP/TIDAK KEMAS/ROSAK tidak akan diterima.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan & Sokongan Pelajar (SSSD), Jabatan Hal Ehwal
Pelajar di 04-928 4085/4083.
7
OKTOBER 20/2021
8
AKAN DATANG OKTOBER 20/2021
9