The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52355839, 2021-06-29 23:07:05

BAB 2 PASARAN

BAB 2 PASARAN

BAB 2 F4

Tajuk : Keseimbangan Pasaran
1. Pernyataan di bawah berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.

Pengurangan subsidi gula memberikan kesan kepada pengeluar barang keperluan ini.

Berdasarkan rajah , jelaskan kesan tindakan kerajaan tersebut kepada penawaran firma dan pasaran
gula.

Arahan : Lukis rajah yang bersesuaian dengan kehendak soalan dan Isi tempat kosong dalam ruangan
yang disediakan dengan pilihan jawapan yang sesuai.

E1 banyak menurun permintaan Q1 kiri meningkat

meningkat pengeluaran Q0 meningkatkan E0 P0

RUANGAN JAWAPAN
Pengurangan pemberian Subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar akan [1] _______________ kos

pengeluaran pengeluar. Maka pengeluar akan mengurangkan [2] _______________ gula.

Rajah di bawah dapat menunjukkan kesan pengurangan pemberian subsidi kepada pengeluar terhadap
pasaran gula

Harga (RM)

Kuantiti (unit)

Berdasarkan rajah, keseimbangan asal pasaran gula telah dicapai pada titik [3] __________
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Harga dan kuantiti keseimbangan
adalah pada [4] __________ dan [5] __________ .

Pengurangan pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar menyebabkan pengurangan
pengeluaran. Maka keluk penawaran beralih ke [6] __________ dari S0S0 ke S1S1. Pada harga P0, kuantiti
permintaan lebih [7] __________ daripada kuantiti penawaran. Jadi wujud lebihan [8] __________ .
Kesannya, harga akan [9] __________ ke P1. Oleh itu, keseimbangan pasaran baharu tercapai apabila

MODUL ESEI BERPANDU [Type here]

BAB 2 F4

keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik keseimbangan [10] __________
dan kuantiti keseimbangan [11] __________ .

Kesimpulannya, pengurangan subsidi kepada pengeluar akan mengurangkan penawaran gula
manakala permintaan gula tetap pada tingkat harga P0. Hal ini menyebabkan berlakunya lebihan
permintaan dan kesannya harga keseimbangan [12] __________ manakala kuantiti keseimbangan [13]
__________ .

2. Petikan di bawah berkaitan dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bersetuju memperkukuhkan ekonomi negara yang
terjejas akibat pandemic COVID-19. Antara teras utamanya Memperkasa Rakyat (Empower
People): Melonjakkan Perniagaan (Propel Businesses): dan Merangsang Ekonomi (Stimulate the
Economy). Antara inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan ialah pengecualian cukai jualan sebanyak
100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50 peratus bagi
kereta penumpang yang diimport bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020, bagi
menggalakkan pertumbuhan industri automotif.

Sumber ; www.treasury.gov.my, 5 Jun 2020

(a) Mengapakan kerajaan menyediakan bantuan seperti di atas? [4 markah]

(b) Dengan menggunakan gambarajah yang sesuai, jelaskan kesan Tindakan kerajaan mengecualikan

cukai jualan kereta terhadap pasaran kereta tempatan. [7 markah]

3. Maklumat berikut berkaitan dengan sektor automotif negara. (Percubaan SPM 2020 Negeri Kelantan)

COVID-19: Sektor Automotif berdepan Situasi ‘amat’ Sukar

Kuala Lumpur : Sektor automotif berdepan situasi ‘amat’ sukar susulan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Sumber industri berkata, tidak hanya jualan kenderaan pada Mac dan April dijangka susut
mendadak, malah pusat pengedaran juga dijangka berdepan isu aliran tunai termasuk
pembayaran gaji pekerja yang terpaksa bercuti susulan PKP, bayaran balik pinjaman, sewa
premis dan stok kenderaan yang tidak terjual.

Sumber ; Ubahsuai Berita Harian 13 April 2020

(a) Terangkan faktor yang menyebabkan perubahan permintaan kereta. [4 markah]

(b) Dengan bantuan gambarajah, jelaskan kesan situasi tersebut terhadap pasaran kereta. [7 markah]

MODUL ESEI BERPANDU [Type here]


Click to View FlipBook Version