The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyazahrarizal1, 2022-12-25 09:13:55

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2 - Amalan Teknologi Hijau

ALYA ZAHRA 2 DIAMOND

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

TAMAN IMPIAN EMAS


DISEDIAKAN OLEH:

ALYA ZAHRA



TINGKATAN:
2 DIAMOND



GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN



TARIKAH PENGHANTARAN:

25 DISEMBER 2022

PERANCANGAN KERJA

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Aktiviti Catatan

1. 4 Disember Menghadiri taklimat yang dijalankan oleh guru Di dalam kelas
2022 mata pelajaran Geografi berkaitan dengan
penulisan Kerja Lapangan ini

2. 5 Disember Membuat persediaan awal dan merancang jadual Di dalam

2022 kerja dengan teratur rumah

3. 5 Disember Mengenal pasti objektif kajian dan menentukan Di dalam

2022 kaedah kajian rumah

4. 5 Disember Menyediakan borang soal selidik Di dalam
2022 rumah

5. 6 Disember Mula mengumpul maklumat daripada pelbagai Di dalam
2022 sumber seperti internet, buku teks, buku rujukan, rumah

majalah dan akhbar

6. 6 Disember Mendapat responden di kawasan kajian Di sekitar
2022 berkaitan teknologi hijau yang boleh dilakukan taman

perumahan

7. 6 Disember Menganalisis maklumat yang telah diperolehi ke Di dalam

2022 dalam tafsiran rumah

8. 7 Disember Mengenal pasti takrif dan konsep teknologi hijau Di dalam

2022 yang dilakukan di kawasan kajian rumah

9. 7 Disember Menjelaskan tiga kepentingan teknologi hijau di Di dalam

2022 kalangan penduduk di kawasan kajian rumah

10. 7 Disember Menghuraikan halangan pelaksanaan teknologi Di dalam

2022 hijau di kalangan penduduk di kawasan kajian rumah

11. 8 Disember Mencadangkan strategi dan langkah-langkah Di sekitar
2022 bagi menjayakan teknologi hijau di kalangan taman

12. 25 Disember penduduk di kawasan kajian perumahan
2022 Di dalam
Menyemak dan menghantar tugasan rumah

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka surat

1. Tajuk 1




2. Jadual Kerja 2




3. Senarai Kandungan 3




4. Penghargaan 4





4


5. Pendahuluan 5




6. Objektif kajian 5




7. Kawasan kajian 6




8. Kaedah kajian 7 - 11




9. Dapatan kajian 11




10. Rumusan 12




11. Rujukan 13



12. Lampiran

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat meyiapkan tugasan Kerja Lapangan Tingkatan 2 pada
tahun 2022 yang bertajuk Penggunaan Teknologi Hijau di kawasan tempat tinggal

masing masing dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal mereka. Setinggi setinggi
penghargaan kepada yang terutama sekali Pengetua SMK Sultan Ismail Johor Bahru,
Encik Razali bin Tamadi kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah membantu
saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada rakan-rakan yang dihargai kerana sering membantu bersama saya dalam
mencari maklumat. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima
kasih kepada responden dan orang sumber dalam membantu proses menyiapkan

kerja lapangan.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan teknologi hijau yang
digunakan di kawasan tempat tinggal saya, Taman Impian Emas. Selain itu,saya juga

membuat kajian tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau pada masa kini. Antara sebab pemilihan tajuk ini dan
kawasan kajian ini adalah untuk mempelajari dan memahami situasi pada masa kini
yang lebih memberi pencemaran kepada alam sekitar dan manusia. Dengan ini, saya
lebih peka mempelajari tentang Teknologi Hijau yang dapat mengurangkan pencemaran
udara. Teknologi hijau mempunyai banyak faedah yang kita pelajari dan membantu
meningkatkan mutu ekosistem yang lebih sistematik. Teknologi hijau juga dapat

mengurangkan kos beban manusia yang kini melambak tinggi dan menjejaskan
kehidupan harian mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

DI akhir kajian, saya akan dapat:




1. Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau





2. Mengenalpasti 3 jenis dan contoh teknologi hijau yang terdapat


di Taman Impian Emas





3. Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau





4. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan


dalam kehidupan seharian





5. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat


bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau dengan sesuai





KAWASAN KAJIAN



Kawasan
kajian saya ialah Taman Impian Emas dan kawasan persekitarannya. Lingkungan

kawasan kajian saya adalah lebih kurang 5 KM radius. Kawasan ini adalah di bawah

Majlis Perbandaran Iskandar Puteri. Kawasan ini terletak di bawah Daerah Johor Bahru .

Kawasan ini terletak berhampiran dengan Taman Universiti. Kawasan ini dijadikan sebagai

kawasan perumahan dan kawasan infrastruktur. Pandang darat fizikal yang terdapat pada

kawasan ini adalah sungai bukit dan hutan. Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini

pula adalah sekolah, rumah dan jalanraya.

2 radius 5 radius

KAEDAH KAJIAN

Bagi menghasilkan kajian yang lengkap dan tepat memerlukan penentuan kaedah kajian yang
sesuai. Melalui kaedah kajian yang sesuai, maklumat akan diperolehi dengan cepat dan mudah.

Oleh sebab demikian, saya telah menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

1. PEMERHATIAN


Saya telah berjalan di sekitar kawasan kajian saya iaitu di sekitar
kawasan Taman Impian Emas untuk mendapatkan maklumat yang

diperlukan melalui pemerhatian saya

2. TEMU BUAL

Saya telah melawat ke beberapa rumah responden dan menemu bual
mereka untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada mereka

bagi melengkapkan kajian saya

3. SOAL SELIDIK

Saya telah membuat borang soal selidik menggunakan aplikasi Google
Form dan telah mengedarkannya kepada penduduk di kawasan

perumahan Taman Impian Emas . Beberapa soalan telah ditanyakan
bagi melengkapkan kajian saya

4. RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan daripada beberapa buah buku dan juga
telah melayari laman web internet untuk mencari dan mengumpul

maklumat yang dikehendaki.

DAPATAN KAJIAN

1. KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Aplikasi Teknologi Hijau selaras dengan
konsep pembangunan lestari. Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan

semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Kita bertanggungjawab
memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati
sekarang atau yang lebih baik. Antara matlamat Teknologi Hijau adalah meningkatkan tahap
kesihatan dan kehidupan, melindungi ekosistem semula jadi, mengurangkan impak negatif

daripada aktiviti manusia serta menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan
ekonomi.

2. TEKNOLOGI HIJAU YANG TERDAPAT DI TAMAN IMPIAN EMAS

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul semasa saya mengkaji tentang amalan Teknologi
Hijau di persekitaran kawasan Taman Impian Emas, terdapat berbagai-bagai jenis Teknologi

Hijau yang telah diaplikasikan oleh kebanyakan penduduk di kawasan ini.

PEMASANGAN PANEL SOLAR

Sesetengah penduduk di kawasan ini telah memasang Panel Solar pada atap bumbung
rumah mereka. Panel Solar dapat menjana kuasa elektrik kepada rumah secara langsung
dapat menjimatkan kos elektrik sesebuah rumah. Panel Solar berfungsi dengan menyerap

cahaya matahari dan menukarkannya kepada sumber tenaga elektrik kepada rumah
tersebut.

TONG SAMPAH KITAR SEMULA

Di sekitar kawasan perumahan taman ini, terdapat beberapa buah tong sampah kitar
semula yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi membendung pencemaran alam
sekitar. Selain itu, bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam tong ini akan dihantar ke ke

kilang dan boleh digunakan semula.

SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN

Sistem ini boleh didapat pada hampir setiap rumah. Beberapa rumah menggunakan sistem
yang lebih moden manakala yang lain pula menggunakan sistem yang ringkas sahaja.
Rumah yang dikaji didapati meletakkan tong atau baldi di luar rumah untuk

mengumpulkan air hujan. Air yang dikumpul seterusnya digunakan untuk menyiram pokok
atau mencuci kereta. Hal ini dapat menjimatkan penggunaan air secara langsung dapat
mengurangkan kos.

3. KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU

Pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang lebih meluas mampu memacu sektor
pembinaan negara ke tahap yang lebih maju dan mesra alam. Antara kepentingan teknologi

hijau adalah :

dari segi : SOSIAL



Meningkatkan kualiti hidup
Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat

Mengurangkan peningkatan suhu
Mengurangkan pencemaran bunyi

Meningkatkan kualiti udara

EKONOMI



Menguranglan kos operasi
Meningkatkan nilai aset dan keuntungan
Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah

dihasilkan
Industri fotovolta dapat menyumbang kepada
pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

MENJANA TENAGA



Merangkumi sumber tenaga seperti angin, solar dan ombak yang
bersumberkan alam semula jadi

Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh
diperbaharui

Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan
mesra pengguna

MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR



Melindungi sumber alam semula jadi
Meningkatkan kualiti udara dan air
Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian

hidup
Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara

4. PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK DITERAPKAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

Terdapat beberapa punca punca amalan Teknologi Hijau ini tidak dapat diterapkan di
kalangan penduduk di kawasan ini. Antaranya adalah:

KURANG PENDIDIKAN

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, terdapat beberapa peratus responden yang kurang
tahu tentang apa itu Teknologi Hijau. Hal ini mungkin kerana mereka tidak didedahkan
kepada amalan ini oleh ibu bapa atau rakan rakan semasa muda

MASALAH KEWANGAN

Terdapat beberapa golongan yang kurang berkemampuan iaitu golongan keluarga B40 di
sekitar kawasan perumahan ini. Hal ini menyebabkan Teknologi Hijau tidak dapat
diterapkan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, meraka tidak dapat

mengurangkan penggunaan elektrik dengan menggunakan Panel Solar pada atap rumah
kerana kosnya yang tinggi

TIADA KEPAKARAN

Tidak ramai penduduk di sekitar kawasan ini tahu cara untuk mengaplikasikan amalan
Teknologi Hijau ini dalam kehidupan seharian. Hal ini berkemungkinan kerana mereka
terlalu sibuk akan kerja masing-masing yang lebih penting menyebabkan mereka tidak

mempunyai masa untuk mengaplikasikannya

KURANG KESEDARAN

Kebanyakan penduduk di sekitar kawasan taman perumahan ini kurang kesedaran
tentang kepentingan amalan Teknologi Hijau . Ianya dianggap remeh oleh sesetengah
masyarakat yang memandang rendah akan perkara ini. Mereka mengaggap bahawa
amalan Teknologi Hijau ini tidak akan mambawa kesan yang besar kepada kesihatan

dan keselesaan mereka oleh itu mereka tidak menyumbang apa apa.

5. LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan penggunaan Teknologi
Hijau adalah:

PENDIDIKAN AWAL

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengambil tindakan dengan
memasukkan tajuk Teknologi Hijau di dalam buku pembelajaran murid-murid. Hal
ini agar generasi-generasi yang baru sedar akan kepentingan-kepentingan amalan
Teknologi Hijau yang patut diamalkan oleh semua orang dan menerapkannya dalam

kehidupan seharian mereka pada masa akan datang

MEMBERI PERUNTUKAN

Peruntukan boleh diberi kepada penduduk-penduduk di Malaysia bagi
mempraktikkan amalan Teknologi Hijau. Dengan duit yang diberikan kepada rakyat,
amalan Teknologi Hijau ini dapat diterapkan oleh kesemua penduduk di negara ini.

Contohnya, mereka dapat membeli Panel Solar bagi mengurangkan penggunaan
elektrik pada setiap rumah.

MENGADAKAN BENGKEL

Bengkel yang diadakan dapat mengajar kita cara-cara untuk mengaplikasikan
amalan Teknologi Hijau sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana sahaja kita
berada. Bengkel ini patut diadakan dan disertai ramai agar lebih ramai orang tahu

tentang cara untuk melaksanakannya serta lebih ramai yang akan mendapat
manfaatnya

KEMPEN KESEDARAN

Ramai penduduk di kawasan perumahan ini tidak mempunyai kesedaran tentang
amalan Teknologi Hijau. Oleh itu, kempen ini dapat memupuk lebih ramai

penduduk untuk mengambil berat tentang amalan Teknologi Hijau dan mula
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

RUMUSAN

Walaupun amalan-amalan Teknologi Hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada
sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi
memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada

hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan
yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui

oleh anak-anak kita di masa akan datang. Kajian dan inovasi Teknologi Hijau ke
arah komersial harus dipergiatkan, dan insentif juga perlu ditawarkan bagi

mewujudkan promosi besar-besaran dan kesedaran awam memandangkan ianya
adalah sektor baru negara

RUJUKAN

Buku Teks Geografi Tingkatan 2
https://online.anyflip.com/opsf/hjwh/mobile/

Manual Kerja Lapangan Teknologi Hijau
https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic

Radius kawasan kajian
https://2kmfromhome.com/

Penduduk di kawasan perumahan Taman Impian Emas

Kajian tentang Teknologi Hijau
https://id.scribd.com/doc/74209936/Tugasan-Kedua-Teknologi-Hijau

LAMPIRAN

Panel Solar

Tong Air Hujan
Tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan perumahan

Keputusan Google Form soal selidik


Click to View FlipBook Version