The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INSYIRAH HANI BINTI SHAHID, 2021-09-11 08:50:11

Mengharmonikan Perubatan Tradisional dan Perubatan Moden

0-7662591397_20210911_203005_0000

MPTEERRNAPUGDEBHRIASAUITROBAMNANOATAMNL INODKADAENNN
Insyirah Hani Binti Shahid
5 Gigih

Isi Kandungan

1. Maksud Ubat Tradisional & Ubat Moden
2.Sejarah Perubatan Tradisional & Moden
3.Perbandingan Antara Ubat Tradisional dan

Ubat Moden
4.Contoh Ubat Tradisional
5.Contoh Ubat Moden
6.Penyalahgunaan Ubat
7.Perubatan Tradisional & Moden dalam Isu

Semasa : COVID-19

Ubat Tradisional

Diperoleh daripada sumber tumbuhan
dan haiwan dan tidak diproses secara

kimia.

Ubat Moden

Disintesis di dalam makmal sama ada
daripada sumber semula jadi atau
sintetik.

Sejarah Perubatan Tradisional & Moden

Perubatan tradisional adalah sejenis perubatan atau rawatan yang diwarisi
daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Ianya bermula apabila

1 anggota masyarakat mula megalami masalah penyakit dan orang tertentu
yang dipercayai sebagai bomoh atau dukun akan mengubatinya. Bomoh
atau dukun ini akan membuat ujikaji pada setiap bahagian flora atau fauna
untuk memastikan ia mujarab untuk mengubati penyakit tertentu.

Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan moden sangat popular

2 sehingga amalan perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh
golongan bangsawan dan para cendekiawan. Hal ini kerana mereka lebih
mempercayai perubatan moden yang dibawa oleh penjajah kerana kajian
yang dijalankan mereka terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik.

Perbandingan Antara Perubatan
Tradisional & Moden

Lebih murah Perubatan Perubatan Kos rawatan dan

Tradisional Moden ubat lebih mahal




Tidak memberi

kesan sampingan Memberi kesan
sampingan seperti

mengantuk



Tidak menggunakan

bahan kimia dan Menggunakan
beracun bahan kimia

Contoh Ubat Tradisional

BAWANG PUTIH (Allium sativum)

Sebagai anti bakteria
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan penyempitan kolesterol
Cara penggunaan : Dimakan mentah atau dimasak

TEH HIJAU (Camellia sinensis)

Menghalang dan merawat kanser payudara, kanser perut dan
kanser kulit
Meningkatkan kecergasan mental
Menurunkan paras kolesterol dan melindungi kulit daripada
selaran matahari (sunburn)
Cara penggunaan : Direndam di dalam air dan airnya diminum

LAVENDER (Lavandula)

Sebagai antiseptik
Merawat sakit kepala, sakit perut dan keguguran
rambut
Digunakan dalam rawatan aromaterapi untuk
memberikan ketenangan
Cara penggunaan : Minyak pati dicairkan dengan
minyak lain dan disapu pada kulit. Bau minyak
digunakan dalam aromaterapi

PUDINA (Mentha arvensis)

Merawat loya, senak dan gejala selsema
Merawat sakit kepala, sakit otot dan saraf
Cara penggunaan : Minyak pati dalam bentuk
kapsul atau cecair dimakan dalam dos yang kecil.
Minyak pati juga boleh disapu pada kulit.

DAUN PEGAGA (Centella asiatica)

Membantu awet muda
Melegakan hipertensi
Membantu penyembuhan luka
Cara penggunaan : Dimakan mentah atau
dijadikan jus minuman

BUAH MELAKA (Phyllanthus emblica)

Membantu melawaskan air kencing dan mengatasi
sembelit
Menurunkan tekanan darah tinggi
Merawat penyakit kencing manis
Meredakan demam dan melegakan batuk serta sakit
kepala
Cara penggunaan : Dimakan mentah atau akar
pokoknya dijadikan air rebusan

Contoh Ubat Moden

PARASETAMOL

Melegakan sakit kepala, sakit otot, sakit sendi,
sakit senggugut dan demam.
Boleh diberikan kepada kanak-kanak.
Tidak menyebabkan pendarahan dalaman atau
ulser perut.

OSELTAMIVIR

Digunakan untuk merawat influenza.
Kemungkinan boleh menyebabkan muntah, cirit-
birit, loya dan sakit kepala.

KLOZAPIN

Mengurangkan gejala penyakit Skizofrenia.
Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental. Pesakit
dapat mendengar, melihat, menghidu atau merasa
perkara yang tidak benar disebabkan halusinasi,
idea palsu atau khayalan.
Boleh menyebabkan mengantuk, sedasi,
pertambahan berat badan dan kecelaruan
pergerakan yang menyerupai Parkinson.

EPINEFRIN

Merawat alergi yang boleh membawa maut yang
dikenali sebagai anafilaksis seperti kesukaran
bernafas, pembengkakan pada tekak dan nadi
menjadi lemah.

BETAMETASON

Digunakan untuk merawat bengkak, gatal dan
ruam pada kulit.

DEKONGESTAN

Dapat melegakan hidung yang tersumbat dan
kesesakan sinus dengan mengecilkan salur darah
dalam hidung bagi membuka laluan hidung.
Boleh menyebabkan mengantuk, mulut atau hidung
menjadi kering dan pening kepala.

Penyalahgunaan Ubat

Jika seseorang dengan sengaja mengambil ubat dalam dos yang tinggi tanpa
preskripsi doktor, ia dianggap melakukan penyalahgunaan ubat kerana ianya akan
memudaratkan kesihatan.
Dos ubat yang berlebihan boleh memudaratkan hati dan menyebabkan koma atau
maut.
Sebagai contoh, seseorang yang membeli dan meminum ubat batuk secara
berlebihan walaupun tidak batuk dan hanya untuk keseronokan telah melakukan
penyalahgunaan ubat atau dadah yang sangat serius.
Kesimpulannya, elakkan mengambil ubat tanpa preskripsi doktor dan mengambil
ubat pesakit lain kerana ia mungkin boleh menyebabkan alahan seperti kesukaran
bernafas kepada kita atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan maut.

Perubatan Tradisional & Moden
dalam Isu Semasa : COVID-19

Pada Disember 2019, seluruh dunia digemparkan dengan satu virus yang dikenali
sebagai Covid-19 yang pertama kali muncul di Wuhan, China. Virus tersebut telah
merebak hingga ke seluruh dunia dan Malaysia adalah salah satu negara yang terjejas
akibat virus tersebut sehingga kini. Virus ini dikatakan berkemungkinan datang daripada
kelawar atau tenggiling. Antara gejala Covid-19 ialah demam, selsema, batuk, kesukaran
untuk bernafas, sakit dada, muntah, hilang deria rasa dan bau, kelesuan dan sebagainya.

Penggunaan perubatan tradisional telah menjadi isu kerana setakat ini tiada lagi
kajian yang terbukti dapat menyembuhkan seseorang dari jangkitan Covid-19. Tetapi,
terdapat beberapa tumbuhan yang dapat kita amalkan khasiatnya supaya dapat
meningkatkan imun badan dan dapat mengurangkan gejala-gejala Covid-19 agar tidak
menjadi teruk.

Sebagai contoh, ginseng dan daun meniran. Ginseng
merupakan salah satu jenis tanaman herba manakala daun
meniran pula merupakan sejenis tanaman liar yang sering
ditemui di tepi jalan. Kedua-duanya dapat meningkat
sistem keimunan dan pertahanan badan terhadap
jangkitan. Ginseng juga dapat meningkatkan kesihatan
seseorang yang baharu pulih daripada sakit. Akarnya akan
dikeringkan untuk menjadikannya pil, kapsul atau serbuk.
Selain itu, ekstrak daun meniran pula dapat diminum dalam
bentuk sirup.

Dari segi perubatan moden pula, virus Covid-
19 dapat dicegah dengan mengambil satu atau
dua dos suntikan vaksin tergantung kepada jenis
vaksin yang disuntik. Antara jenis vaksin yang
diluluskan di Malaysia ialah Pfizer, Sinovac,
Astrazeneca, CanSino, Moderna dan Johnson &
Johnson. Walaupun terdapat kesan sampingan
seperti demam, sakit kepala, kelesuan dan
sebagainya tetapi ianya hanya sederhana dan
tidaklah memudaratkan kesihatan. Keberkesanan
vaksin dapat dibuktikan apabila lebih daripada
80% penduduk di Malaysia lengkap mengambil
vaksin dan negara kita telah mencapai imuniti
kelompok.

SEKIAN
TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version