The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkembangan Kognitif Teori Lev Vygotsky

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intannadhirah837, 2020-11-03 01:57:22

Perkembangan Kognitif Teori Lev Vygotsky

Perkembangan Kognitif Teori Lev Vygotsky

PERKEMBANGAN KOGNITIF
KANAK-KANAK

(TEORI LEV VYGOTSKY)

Nama: Intan Nadhirah binti Kamaruzaman

Kelas: F12

Subjek: Perkembangan Kanak-kanak

Nama Pensyarah: Tn. Hj Omar

1. Pengenalan
2. Kepentingan Guru Menguasai Peringkat Perkembangan

Kanak-kanak Berdasarkan Teori Vygotsky

Pengenalan

• Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak

tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang sehala. Vygotsky juga menekankan
bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan dan permerhatian yang
melibatkan pembelajaran menggunakan bahasa. Selain itu, Vygotsky menyatakan bahawa anak-
anak lahir dengan fungsi mental yang mempunyai asas pengetahuan seperti kemampuan untuk
memahami dunia luar dab memusatkan perhatian. Teori Vygotsky ini mengandungi banyak
unsur piskologi pendidikan dan budaya. Vygotsky memfokuskan bahawa anak-anak secara aktif
menyusun pengetahuan mereka. Di samping itu, teori ini berasaskan pemerolehan pengetahuan
dan perkembangan kognitif kanak-kanak dari segi kemahiran mereka bersosial iaitu seperti
interaksi dengan orang yang lebih tua ataupun kemahiran mereka berbahasa dengan orang lain.
Perkembangan kanak-kanak juga didorong oleh orang yang lebih dewasa daripada mereka dan
dipelajari oleh pengalaman masa lampau.

Kepentingan Guru Menguasai Peringkat Perkembangan
Kanak-kanak Berdasarkan Teori Vygotsky

Menurut Mook Soon Sang (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh
orang yang lebih dewasa, yang lebih berpengalaman dan yang lebih berilmu
pengetahuan. Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan yang sangat penting
dalam mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak untuk mencapai satu tahap yang
optimum. Guru sebagai penggerak utama kanak-kanak sewaktu proses pembelajaran di
sekolah seharusnya mengusai teori Vygotsky dalam konteks proses pengajaran yang
berkesan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana teori perkembangan Vygotsky menjadi
kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran yang berkaitan dengan psikologi
kognitif (Wong Kiet Wah et al, 2013). Guru yang merupakan pendidik di sekolah perlu
mengetahui kaedah dan teknik yang efisien untuk membentuk dan mengembangkan
kognitif kanak-kanak supaya objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai pada tahap
yang maksimum. Oleh sebab itu, terdapat beberapa kepentingan menguasai teori
perkembangan kognitif kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara kepentingan penguasaan peringkat perkembangan kanak-kanak
berdasarkan teori Vygotsky ialah dapat membantu guru dalam merangka dan
merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Berdasarkan
teori ini, guru dapat merangka kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sangat bagus di dalam kelas apabila guru mengetahui tahap
perkembangan dan proses pemikiran kanak-kanak. Guru akan lebih bersedia
apabila mengetahui pengetahuan sedia ada dalam diri kanak-kanak selaras
dengan perkembangan kognitif mereka. Kesannya, rancangan pembelajaran
harian akan lebih tersusun dan senang dibuat apabila guru sedia maklum
mengenai perkembangan anak muridnya seperti tahap pemikiran bahasa dan
proses penaakulan yang berkembang melalui interaksi sosial.

Sebagai contoh, terdapat sesetengah pelajar yang sudah mempunyai ilmu pengetahuan kemahiran
berbahasa yang asas. Hal ini demikian kerana kanak-kanak sudah mula berinteraksi sosial dengan ibu
bapa mereka dahulu sebelum mereka bergaul dengan masyarakat luar. Guru-guru boleh menggunakan
strategi pembelajaran secara koperatif bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan murid-murid
terhadap isi kandungan pelajaran termasuklah menekankan mengenai kemahiran berbahasa supaya
murid lebih bersedia dan mengetahui tujuan ilmu yang dipelajari oleh mereka. Jadi, guru boleh
merancang satu aktiviti berkaitan dengan proses berbahasa dengan lebih mantap supaya murid-murid
dapat mempertingkatkan kemahiran berbahasa mereka seterusnya secara tidak langsung dapat
memperkukuhkan kemahiran interaksi sosial antara guru, kawan-kawan dan ibu bapa dan masyarakat.

• Selain itu, guru perlu mengusai teori Vygotsky supaya dapat membantu guru untuk

memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan konsep utama dalam teori ini, guru dapat mengetahui bahawa
perkembangan diri kanak-kanak adalah tidak sama mengikut keadaan fizikal dan
mental masing-masing. Dalam erti kata lain, kanak-kanak harus dilayan mengikut
keperluan psikologi mereka yang sebenar. Segala perancangan yang melibatkan
aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, teknik pengajaran dan sebagainya haruslah
signifikan dengan perkembangan diri kanak-kanak pada waktu tersebut.
Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran juga bergantung pada
penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Oleh sebab itu, semasa proses pembelajaran berlangsung, guru perlulah secara aktif mendampingi
setiap kegiatan murid-murid semasa mereka belajar. Impaknya, murid-murid akan lebih faham dan
boleh mengaplikasikan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian. Justeru, guru mesti menguasai
teori Vygotsky supaya dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap perkembangan
pembelajaran murid-murid. Dalam hal ini, guru akan lebih peka terhadap emosi berdasarkan interaksi
sosial mereka di dalam kelas antara satu sama lain. Guru dapat mengesan tahap emosi murid-murid
dengan memerhatikan tingkah laku dan kemahiran berbahasa mereka sewaktu aktiviti dijalankan di
dalam kelas. Misalnya, kanak-kanak yang gembira dan seronok sewaktu proses pembelajaran akan lebih
aktif dan ceria. Mereka akan menggunakan perkataan yang positif dalam konteks kemahiran berbahasa
serta sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal dan stabil.

Seterusnya, kepentingan guru menguasai teori Vygotsky ini adalah untuk meningkatkan ilmu
dan kemahiran berbahasa murid-murid. Sebagai contoh, guru bahasa Melayu yang merancang
untuk mengajar berkaitan topik suku kata boleh mempersembahkan lagu yang berkait dengan
topik dan subtopik pembelajaran serta menyenaraikan perkataan yang terdapat dalam lirik lagu
tersebut lalu menyuruh murid memecahkan setiap perkataan yang telah disenaraikan itu dalam
bentuk suku kata. Secara tidak langsung juga, melalui aktiviti ini sosial dan interaksi antara
murid-murid sewaktu aktiviti dijalankan semakin kukuh. Murid-murid banyak menggunakan
deria mendengar bagi mengingat perkataan yang disebut dan dinyanyikan berulang kali. Dengan
cara ini, murid senang mengingat dan lebih faham tentang pembelajaran pada hari tersebut.
Teori Vygotsky juga penting untuk seorang guru membentuk kemahiran sosial kanak-kanak

Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid-murid berinteraksi dengan rakan sekelas dan
guru dalam membina pengetahuan yang baharu. Guru boleh memperkembangkan tahap
sosial kanak-kanak dengan melakukan aktiviti berdialog sambil berlakon. Melalui aktiviti ini,
murid-murid akan lebih faham dan jelas tentang kemahiran bersosial dan berkomunikasi
dengan jelas. Interaksi secara dua hala antara satu sama lain akan menyebabkan mereka belajar
daripada pengalaman. Hal ini akan mendorong murid-murid mengaplikasikan apa yang
dilakonkan itu ke dalam kehidupan seharian mereka sama ada mereka mengaplikasikannya di
rumah bersama ibu bapa atau adik beradik.

• Tambahan lagi, guru perlu menguasi teori ini demi meningkatkan tahap

pemikiran murid-murid serta perkembangan kognitif mereka. Pengaplikasian
teori ini di dalam kelas membantu guru untuk mencipta soalan yang selari dengan
keupayaan mereka berfikir di luar kotak. Guru boleh melakukan aktiviti ringkas
seperti kuiz atau teka-teki untuk memantau daya berfikir dan bertindak untuk
menjawab soalan. Dengan ini, guru juga dapat mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid yang tidak dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti
menjawab soalan kuiz. Guru boleh mengetahui keperluan murid yang kurang
pandai dan mahir dalam subjek yang diajar. Kesannya, guru dapat
mempertingkatkan dan membaiki kesilapan dalam kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang telah dibuat. Secara tidak langsung guru boleh membuat refleksi
kendiri terhadap keberkesanan dalam pengajarannya.

• Selain dari itu, personaliti dan tingkah laku kanak-kanak adalah berbeza mengikut

peringkat umur masing-masing. Jadi, guru perlu menguasai teori ini supaya dapat
meramal tingkah laku anak murid dari segi interaksi sosial dalam kalangan mereka. Guru
lebih senang mengetahui sama ada seseorang murid itu bersikap positif atau tidak.
Misalnya, guru mengadakan aktiviti mewarna di dalam kelas. Guru boleh memberi
pensel warna dan meminta para pelajar berkongsi sesama mereka semasa proses
mewarna. Pada masa tersebut, guru boleh memerhati dan menganalisis adakah murid
tersebut hendak berkongsi ataupun masih mempunyai sifat egoistik dalam diri. Guru
boleh memberitahu kepada murid-murid kebaikan berkongsi barang dengan orang lain
dan bersikap pemurah hati. Ironinya, guru secara tidak langsung dapat mengajar murid
menerapkan tingkah laku yang positif dan akhlak yang baik dalam diri murid. Mereka
akan lebih faham mengenai perasaan dan jiwa orang lain jika mereka bersikap tidak
mahu berkongsi dan saling mementingkan diri.

Kesimpulan

• Secara kesimpulan, teori perkembangan Lev Vygotsky (1934-1986) adalah penting

untuk dikuasai oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif. Teori kognitif ini menekankan agar guru melaksanakan
proses pembelajaran dan pengajaran mengikut tahap perkembangan dan kemampuan
pelajar pada masa tertentu agar mereka dapat memahami kandungan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan daya pemikiran murid-murid
dari semasa ke semasa. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas yang
dilaksanakan oleh guru hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip yang terdapat
dalam teori ini supaya objektif pembelajaran dapat dicapai semaksimumnya.

RUJUKAN

• Azizi Yahaya, Asmah Suboh & Zurihanmi Zakariya. (2005). Aplikasi Kognitif

dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

• Haliza Hamzah. (2009). Perkembangan kanak-kanak untuk Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman.

• Md. Sidin Ahmad Ishak. (2007). Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Cerdik

Publications Sdn. Bhd.

• Nani Menon & Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah. (2006). Panduan Kognitif

Kanak-kanak Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.


Click to View FlipBook Version