The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG 01 sesi 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myalza1103, 2019-06-21 07:50:28

mesyuarat pibg

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG 01 sesi 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SK SRI MAULANA

1/2019

Tarikh : 26 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SK Sri Maulana

Kehadiran : - Penasihat / Guru Besar
1. En Yusaini bin Mohd Paman - YDP PIBG
2. En Mohd Zaki Bin Yahaya - Setiausaha
3. En. Azuan bin Abu Bakar - Bendahari
4. Pn. Nurul Huda bt Abd Rani - GPK Pentadbiran
5. En. Rosman bin Ab Rasid - GPK HEM
6. Pn. Termimah binti Muhammad - GPK Kokurikulum
7. En. A’bdul Hadi b. Mohamad - GPK PPKI
8. Pn. Norasiah binti Mohd Noor - AJK Guru
9. En. Azrul Hisyam b. Mohamad Rasidi - AJK Guru
10. Cik Nur Hazwani bt. Mohamed Nawawi - Ketua Kg. Kelat Rendang
11. En. Safian bin Man - Ketua Kg. Pulau Tambun
12. Tn. Hj Abdul Jamil bin Hassan - AJK (Ibu bapa)
13. En. Zaharulnizad bin Zahudin - AJK (Ibu bapa)
14. En Mohd Rahimi Afzal Bin Mohd Zohor - AJK (Ibu bapa)
15. En. Chairil Anwar bin Saabar - AJK (Ibu bapa)
16. Pn. Noor Azita bt Aripin - AJK (Ibu bapa)
17. Pn. Laila Aripah bt Abdul Rahman - AJK (Ibu bapa)
18. Pn. Shalawati binti Mahamud

Tidak Hadir

19. Tn. Hj. Mohd Yusof bin Mohd Idrus - Ketua Kg. Pulau Jawa

20. En. Mohd Hafiz bin Mohd Amin

21. Pn. Noor Aidatun Nazariah binti Amin Norhazam

22. En. Mohamad Nasir bin Abdul Hamid

23. En. Wan Abdullah bin Wan Chik

Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG En Mohd Zaki Bin Yahaya

1. Ucapan Aluan Pengerusi (YDP PIBG)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuaratdan semua guru-guru penolong kanan
yang dapat hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali ini

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummu Kitab. Pengerusi mengucapakn ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana terbinanya kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah.

2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan ketua-ketua kampung yang dapat
hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali pertama bagi tahun 2019 kali ini.

2.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana adanya penglibatan PIBG khususnya program majlis
perarakan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh JKKK Kg. Pulau Jawa.

2.3 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berjaya mengadakan taklimat KAFA kepada ibu
bapa dan penjaga bagi pembukaan kelas KAFA di SK Sri Maulana pada hari semalam.

Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Dicadangkan oleh : Ustaz Azrul Hisym bin Mohamad Rasidi
Disokong oleh : En. Chairil Anwar bin Saabar

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 YDP PIBG mencadangkan agar hari anugerah cemerlang dapat diadakan pada hari cuti iaitu hari Sabtu
bagi mengelakkan ibu bapa atau penjaga terpaksa mengambil cuti bagi menghadiri majlis tersebut semasa
hari kerja.

4.2 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau telah pergi ke rumah-rumah murid dalam program ziarah
cakna yang mana program ini dianjurkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri. Beliau juga memaklumkan
bahawa jabatan pendidikan akan memutuskan bagaimana program ziarah cakna ini dilaksanakan dan
mencadangkan agar PIBG juga boleh terlibat secara langsung dalam program ini.

Tindakan : Makluman

4.3 YDP menyokong agar PIBG juga turut serta dalam program ziarah cakna ini kerana beliau berkongsi
pengalaman kebanyakkan berlakunya kes-kes dadah adalah berpunca daripada keciciran murid-murid
sekolah yang menjadi faktor utama.

4.4 YDP PIBG memaklumkan bahawa beliau telah mendapat sumbangan daripada MBS untuk sumbangan
hari anugerah kecemerlangan sekolah bagi tahun 2018.

Tindakan : Makluman

4.5 YDP PIBG meminta mana-mana AJK PIBG yang mempunyai kenalan atau nombor yang boleh dihubungi
bagi meminta sumbangan bolehlah diserahkan kepada SU PIBG bagi tindakan memohon sumbangan.

4.6 YDP PIBG berharap ALUMNI SK Sri Maulana dapat dihidupkan dengan kerjasama semua pihak
terutama ketua-ketua kampung bagi tujuan mengumpul dana melalui program atau majlis sambutan hari
raya.

Tindakan : SU ALUMNI

4.7 YDP PIBG juga berharap dengan adanya ALUMNI sekolah bukan sahaja menyumbang wang tetapi turut
membantu menyumbangkan tenaga untuk kepentingan anak-anak didik SK Sri Maulana seperti program-
program motivasi.

4.8 YDP PIBG memaklumkan bahawa dana PIBG hanya tinggal lebih kurang 40% sahaja bagi menyumbang
kepada program-program sekolah yang besar selainnya baki 60% telah digunakan untuk bayaran keomok,
membeli kertas A4 dan lain-lain.

5.0 Laporan Penyata Kewangan

5.1 Pn. Nurul Huda telah membentangkan laporan penyata kewangan yang terkini seperti berikut:

Baki semasa di bank - RM 1,436.34
Baki tunai ditangan - RM 444.82
Jumlah baki terkini - RM 1,881.16

5.2 Bendahari memaklumkan Penyata Penerimaan Wang bagi tahun 2018 ialah sebanyak RM 20,122.13
manakala Penyata Perbelanjaan bagi tahun 2018 ialah sebanyak RM 18,240.97

Tindakan : Makluman

6.0 Post Morterm Hari Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Pra Sekolah 2018.

6.1 YDP PIBG mencadangkan agar hari anugerah kecemerlangan pada masa akan datang dapat diadakan
diluar sekiranya mempunyai dana kewangan yang cukup.

Tindakan : GPK Koko

6.2 YDP PIBG mencadangkan agar majlis hari anugerah kecemerlangan dapat diadakan pada hari minggu
dan juga meminta murid-murid yang tidak mendapat hadiah atau anugerah turut terlibat bagi merangsang
motivasi untuk berjaya seperti rakan-rakan mereka yang berjaya dalam akademik.

6.3 Guru Besar memaklumkan bahawa arahan daripada jabatan pendidikan bermula dari tahun 2016,
majlis penyampaian hadiah UPSR tidak lagi boleh diadakan kerana ia adalah permintaan ibu bapa dan
penjaga itu sendiri.

Tindakan : Makluman

6.4 YDP PIBG membangkitkan agar pihak sekolah dapat memberi peluang kepada semua AJK PIBG atau VIP
yang hadir untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid semasa hari anugerah kecemerlangan.

7.0 Mesyuarat Agung PIBG 2019

7.1 En. Azuan memaklumkan hasil perbincangan dengan pihak pentadbir tarikh mesyuarat agung PIBG
2019 dicadangkan agar diadakan pada 02 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu.

7.2 Semua AJK PIBG sebulat suara bersetuju dengan tarikh tersebut bagi diadakan mesyuarat agung PIBG
2019 dan telah mencadangkan 3 orang nama bagi perasmi mesyuarat agung PIBG 2019 iaitu GM Ancasa
Royale Hotel Pekan, Timbalan Canselor DHU dan Pengurus Bank Rakyat atau Bank Islam.

Tindakan : Makluman

7.3 En. Rosman bin Ab Rasid mencadangkan untuk membuat bancian berat beg murid bagi mengelakkan
ada segelintir ibu bapa atau penjaga yang merungut beg anak mereka berat apabila ke sekolah.

7.4 Guru Besar menyatakan isu beg berat ini akan cuba ditangani dengan menimbang beg murid itu
sendiri.

7.5 En. Mohamad Safian berkongsi pengalaman semasa bertugas di BTN, bahawa semasa menjadi jurulatih
disana pihak BTN memang tidak membenarkan ibu bapa membawa beg anak-anak ke kem bagi mengajar
sifat berdikari di kalangan anak-anak dan melihat ibu bapa itu sendiri perlu mengubah sikap untuk
memantau jadual kelas anak masing-masing.

7.6 YDP PIBG mencadangkan agar membuat surat memohon sumbangan daripada Pasaraya Eng Hong dan
mencadangkan item barangan hamper terdiri daripada bahan-bahan makanan seperti beras, minyak
masak, milo, serbuk teh, tepung dan gula.

Tindakan : Setiausaha PIBG

7.0 Sukan Sekolah 2019

7.1 En. A’bdul Hadi memaklumkan sukan sekolah akan dilaksanakan awal tahun kerana faktor puasa jatuh
pada bulan Mei dan kerana SK Sri Maulana telah terpilih untuk menganjurkan kejohanan bola sepak
kelompok Bandar dan MSSD Pekan.

7.2 Beliau memaklumkan bahawa latihan sukan akan diadakan pada 22 hingga 25 Januari 2019 manakala
bagi tarikh 28 Januari akan diadakan latihan khas untuk murid-murid yang terpilih sebagai atlit rumah
sukan sukan sahaja.

7.3 Kejohanan sukan sekolah akan diadakan pada 17 Februari dengan 54 acara akan dipertandingkan.
Acara sukaneka ibu bapa akan diselaraskan oleh PIBG dengan mengadakan sekurang-kurangnya 3 acara
sukaneka ibu bapa.

7.4 Kadar sewa tapak berniaga adalah sebanyak RM 10 yang mana peniaga-peniaga perlu membawa
khemah masing-masing. Tapak berniaga akan diselaraskan oleh En. Rahimi Afzal.

Tindakan : Makluman

8.0 Hal-Hal Lain

En. Mohammad Safian bin Man

8.1 Beliau berharap pengawal keselamatan dapat mengawal trafik di hadapan sekolah bagi mengelakkan
kemalangan dan kesesakan jalan raya semasa waktu puncak.

8.2 Beliau amat menyokong agar ALUMNI SK Sri Maulana dapat diaktifkan dan berharap segala keputusan
mesyuarat yang dijalankan adalah secara kolektif atau bersama dan meminta isu-isu yang sensitif hanya
dibincangkan di dalam mesyuarat ajk PIBG sahaja dan tidak dibawa keluar pengetahuan orang luar.

En. A’bdul Hadi bin Mohamad

8.3 Beliau berharap program-program yang dilaksanakan sekolah, AJK PIBG turut dapat terlibat sama agar
objektif untuk merapatkan silaturahim antara pihak sekolah dan PIBG serta ibu bapa tercapai contohnya
seperti program BBQ perkhemahan peringkat sekolah.

En. Rahimi Afzal bin Mohd Zohor

8.4 Beliau mencadangkan agar diadakan bancian kepada ibu bapa semasa mesyuarat agung PIBG yang
mana inginkan perkhidmatan sewaan penyimpanan buku dalam loker.

Tindakan : SU PIBG

En. Rosman bin Ab Rasid

8.5 Beliau memaklumkan keputusan UPSR 2018 telah keluar pada 19 November 2018 yang mana
keputusannya seperti berikut :

8.5.1 Menguasai semua mata pelajaran – 87.76% . peratus 2018 meningkat berbanding 2017 hanya
80.77%.

8.5.2 Keputusan UPSR mengikut subjek seperti berikut :

8.5.2.1 BM 1 : 100% (5 tahun)

BM 2 : 95.92% (menurun berbanding 2017 ialah 96%)

Sains : 100% (5 Tahun)

Mate : 91.84% (meningkat berbanding 2017 hanya 90.38%)

B. Inggeris 1 : 93.88% (meningkat berbanding 2017 hanya 90.38%)

B. Inggeris 2 : 91.84% (meningkat berbanding 2017 hanya 84.62%)

8.6 Beliau memaklumkan calon UPSR bagi tahun 2019 seramai 59 orang calon berbanding 2018 hanya 51
orang calon sahaja.

8.7 Beliau memaklumkan bahawa jabatan pendidikan ingin kadar peratus menguasai meningkat dan telah
mengadakan pelan intervensi iaitu seramai 36 orang murid dibimbing untuk peningkatan peratus dan
peratus sekolah dihubungkaitkan dengan kehadiran murid ke sekolah.

8.8 Beliau memaklumkan bahawa jadual PdPc sekolah ialah selama 40 minggu tidak termasuk dengan
jadual peperiksaan.

8.9 Jadual PdPc bagi murid tahap 1 bermula kelas jam 7.45 pagi hingga 1.15 manakala tahap 2 pula
bermula jam 7.45 pagi hingga 1.45 petang dari hari Isnin hingga Khamis dan hari Jumaat murid-murid akan
pulang pada jam 12.15 tengah hari.

8.10 Bermula tahun 2019, murid-murid dari tahun 1 hingga 3 tiada lagi peperiksaan dengan digantikan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Tindakan : Makluman

En. Azrul Hisyam bin Mohamad Rasidi

8.11 Beliau memaklumkan seramai 58 orang murid telah mendaftar KAFA di SK Sri Maulana dengan murid
tahap 1 seramai 32 orang murid manakala seramai 26 orang murid bagi murid tahap 2.

8.12 Kelas 2 Siddiq dan 2 Fatanah telah digunakan bagi pembelajaran kelas KAFA. Pakaian murid adalah
bebas dengan perempuan perlu memakai tudung berwarna hitam dan murid lelaki perlu memakai songkok
semasa menghadiri kelas KAFA.

Tindakan : Makluman

Pn. Shalawati binti Mahamud
8.13 Beliau menyatakan isu streaming class semua ibu bapa dan penjaga perlu akur kerana sekolah hanya
mengikut perintah daripada arahan KPM dan murid tahun 1 kini tiada lagi diadakan streaming class.
Pn. Laila Aripah binti Abd Rahman
8.14 Beliau mencadangkan agar diadakan tabung setipa kali program yang sekolah akan laksanakan
dengan tidak mewajibkan ibu bapa atau penjaga untuk menyumbang ke dalam tabung tersebut.
Pn. Nor Azita binti Ariffin.
8.15 Beliau membangkitkan berkaitan agenda perkara 3 dan 4 iaitu pengesahan minit mesyuarat dan
perkara berbangkit serta nama AJK PIBG yang bertindan hadir dan tidak hadir.
8.16 En. Rosman menyatakan prosedur agenda mesyuarat AJK PIBG ini adalah betul dan mengikut
peraturan mesyuarat AJK PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Disediakan oleh:

AZUAN BIN ABU BAKAR
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Sri Maulana


Click to View FlipBook Version