The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myalza1103, 2020-01-08 21:58:03

buku pengurusan skis

SKIS2020

Buku Panduan

PENGURUSAN

& TAKWIM

SEKOLAH

“SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
KEMENJADIAN (TS25) 2.0

INSAN SK INDERA SHAHBANDAR, 26660 PEKAN PAHANG
SEIMBANG”
09-4251211 09-4251212

[email protected]

ISI KANDUNGAN CATATAN

BIL PERKARA 1
2
1 KATA ALUAN 3
2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 4
3 VISI, MISI, DAN MOTO SKIS 5
4 LAGU SEKOLAH 6
5 LOGO SEKOLAH DAN PENGERTIAN 8
6 FOKUS SEKOLAH 9
7 PIAGAM PELANGGAN 10
8 PROFIL SEKOLAH 11
9 PELAN KEDUDUKAN SEKOLAH 12
10 PELAN SEKOLAH DAN KAWAD KEBAKARAN 15
11 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH SEKOLAH 2025(TS25) 19
12 HALA TUJU PPD PEKAN 2020 22
13 INFOGRAFIK PENDIDIKAN SIVIK 29
14 PANDUAN AM 38
15 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 40
16 PEMBELAJARAN BERKUALITI 43
17 STANDARD KUALITI PENGURUSAN PANITIA 44
18 FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN AKADEMIK 50
19 BIDANG TUGAS GURU 51
20 PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020 52
21 DAFTAR HARI KELEPASAN AM NEGERI PAHANG 53
22 MINGGU PERSEKOLAHAN 66
23 TAKWIM PESEKOLAHAN SESI 2019 72
24 JADUAL GURU BERTUGAS 2019 76
25 SENARAI PERJAWATAN GURU DAN KAKITANGAN SKIS 2019 78
26 ENROLMEN MURID MENGIKUT KELAS 80
27 JADUAL PENCERAPAN PDPC SKIS 82
28 CARTA ORGANISASI 88
29 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 97
30 KURIKULUM 103
31 HAL EHWAL MURID 111
32 KOKURIKULUM
33 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KATA ALUAN

GURU BESAR

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur kerana pihak pengurusan
dan pentadbiran sekolah telah berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan
Persekolahan bagi tahun 2020. Penerbitan buku ini adalah diharapkan dapat
membantu semua guru dan kakitangan sekolah ini lebih memahami dan
mendalami struktur pengurusan dan pentadbiran yang terdapat di sekolah ini.

Selain itu, penerbitan buku ini juga adalah untuk membantu
pelbagai pihak mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan
sekolah ini. Secara tidak langsung ianya juga akan membantu pihak cadangan
dan pandangan yang dari pihak yang berkenaan.

Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah sentiasa bersikap
terbuka untuk menerima teguran dan pandangan yang membina demi
mempertingkat prestasi sekolah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran,
kurikulum, hal ehwal murid, bina insan dan kokurikulum.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menggembeling tenaga
dan buah fikiran kita untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi
yang dapat menghasilkan kuantiti pelajar yang berkualiti dalam aspek jasmani,
emosi, sosial dan intelektual selaras dengan aspirasi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

En Mohammad bin Ismail
Guru Besar

SK Indera Shahbandar

1 | Page

“ PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH
MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK,
ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN
KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG
BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB

DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJANTERAAN DIRI SERTA MEMBERIKAN
SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
MASYARAKAT DAN NEGARA.”

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK UNSUR ROHANI DAN EMOSI

• Percaya dan patuh kepada Tuhan • Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
• Berilmu pengetahuan aspek berikut :
• Berakhlak mulia
• Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat • Keyakinan terhadap Tuhan
• Kepercayaan beragama
dan negara • Kemantapan jiwa
• Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma

masyarakat
• Berbudi pekerti mulia
• Berbakti dan berkorban

UNSUR INTELEK UNSUR JASMANI

• Unsur intelek ini mengambilkira aspek berikut • Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
• Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa • Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
• Dapat menggunakan anggota dan tenaga
kepada kebenaran
• Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
• Daya pemikiran yang logik dan analisis bermasyarakat
• Ilmu yang bermanfaat
• Masyarakat memiliki sikap suka membaca 2 | Page

serta cintakan ilmu pengetahuan

SEMKOOTLOAH

SEKOLAH
KEMENJADIAN INSAN

SEIMBANG

VISI

SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

SEKMOISLIAH

MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI

MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

3 | Page

LAGU SEKOLAH

Indera Shahbandar
Indera Shahbandar
Nama mu masyhur ternama

Kami belajar
Tekun berusaha
Untuk maju dan jaya

Ajaran guru
Tak dipersia
Harapan Ibubapa
Menuju wawasan mulia
Membangun Malaysia
Majulah...majulah
Indera Shahbandar tercinta...

4 | Page

LOGO SEKOLAH

PENGERTIAN LAMBANG

Buku Terbuka Atas Rehal
melambangkan penguasaan pelbagai
bidang ilmu dunia dan akhirat sebagai

keutamaan
Bulatan melambangkan dunia tanpa
sempadan dan SKIS merupakan sebuah

gedung ilmu dan maklumat

PENGERTIAN WARNA

Biru melambangkan keharmonian, kedamaian dan
semangat perpaduan di antara setiap guru, murid
dan staf
Kuning melambangkan bandar DiRaja
Putih melambangkan kebersihan, kejujuran dan
amanah

5 | Page

FOKUS SEKOLAH

• Satu konsep bagi merealisasikan amalan/budaya Islam dan nilai-

PEMBINAAN nilai murni seperti yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan
SAHSIAH Negara/Kebangsaan.
YANG • Menjadikan Musalla Sekolah sebagai pusat tarbiah pendidikan.
• Menggalakkan murid-murid solat Fardu secara berjemaah
sebelum menjalankan aktiviti kokurikulum atau lain-lain kegiatan
BERKUALITI - • Melatih murid-murid membaca, menghafal dan mengamalkan
FOKUS MURID doa-doa harian
Melatihkan murid-murid mengamalkan budaya memberi salam
• dan lain-lain nilai murni

• Pendekatan kerja secara kolaboratif

• Bekerja dengan ikhlas, amanah dan ceria demi mencari keredaan BERKAT –
Allah

• Mewujudkan suasana permuafakatan bekerja, bertukar-tukar FOKUS GURU-
fikiran atau pendapat berkonsepkan "Berat Sama Dipikul dan GURU DAN
Ringan Sama Dijinjing“ STAF
SOKONGAN
• Menghormati rakan sekerja dan menjaga nama baik organisasi
• Bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan program-program

sekolah

• Mewujudkan suasana kerja yang kreatif dan inovatif

SEPAKAT - • Menanam sikap bantu membantu di antara ibu bapa, guru-guru dan
FOKUS PIBG • masyarakat setempat
DAN IBU Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa bertujuan
BAPA • meningkatkan prestasi akademik dan mengatasi lain-lain masalah
• Merealisasikan konsep ‘Anak-Anak Adalah Tanggungjawab Kita Bersama’
Mengadakan program motivasi kepada ibu bapa
• Mengadakan program mendekatkan ibu bapa dan masyarakat setempat
dengan sekolah
• Mengadakan program ‘Kunjungan Mesra’ di antara guru dengan ibu
bapa
• Mewujudkan hubungan baik di antara sekolah dengan gensi-agensi luar

6 | Page

FOKUS SEKOLAH

• Memastikan pencapaian UPSR akan terus meningkat dari tahun ke
tahun
KECEMERLANGAN Mempertingkatkan bilangan murid yang berkualiti dalam UPSR
AKADEMIK •
( KURIKULUM ) • Memberi pendedahan dan pendekatan awal kepada murid-murid
tentang pentingnya menguasai kemahiran untuk kecemerlangan
• Memupuk semangat dan budaya suka membaca dikalangan
murid-murid
• Mempastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M
• Mengamalkan konsep pengayaan dan pemulihan bagi
mempastikan setiap murid dapat mengembangkan potensi diri

Mempastikan murid-murid melaksana dan menyempurnakan semua KECEMERLAN
kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar

@ tanggungjawab kepada keluarga GAN INSAN
@ tanggungjawab kepada sekolah (HEM)
@ tanggungjawab kepada guru

@ tanggungjawab kepada pelajaran

@ tanggungjawab kepada aktiviti kokurikulum

@ tanggungjawab kepada rakan-rakan

@ tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara
Mempastikan murid-murid mengamalkan cirri-ciri disiplin yang baik

Membentuk sahsiah diri murid-murid supaya menjadi anak yang soleh

Mewujudkan suasana mesra, ceria, berilmu dan beramal

Menanamkan sikap suka bekerjasama dan bergotong-royong sesama mereka

KECEMERLANGAN · Membentuk kecergasan mental dan fizikal murid melalui aktiviti
MENTAL DAN
kokurikulum

FIZIKAL · Mewujudkan semangat kesukanan yang sihat dan ukhwah
(KOKURIKULUM) · Memupuk cara berfikir dan cara bersosial yang betul melalui aktiviti

persatuan

· Mempertingkatkan daya ketahanan diri murid dalam menghadapi

pelbagai situasi

· Memahamkan murid-murid supaya dapat menghargai nilai-nilai
kebudayaan dan bakal yang ada pada diri sendiri

• Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif KECERIAAN
• Menjaga kebersihan dan kecantikan sekolah SEKOLAH
• Mewujudkan medan rehat di sekitar sekolah
• Memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab

terhadap sekolah
• Merealisasikan konsep ‘Sekolahku Rumahku
• Menjadikan sekolah sebagai pusat maklumat dan ilmu kepada

proses Pengajaran dan Pembelajaran

7 | Page

PIAGAM PELANGGAN

MURID

• Memastikan semua murid selamat sepanjang
berada di kawasan sekolah

• Memastikan murid menerima proses pengajaran
dan pembelajaran yang mendaftar di sekolah ini
mendapat tempat yang sesuai

• Memastikan semua murid mendapatbuku teks pada
hari pertama persekolahan

• Memastikan segala bantuan dan sumbangan diberi
kepada yang layak menerimanya

• Memastikan semua pelajar Tahap 2 mendapat
peluang menyertai kegiatan kokurikulum mengikut
panduan pihak KPM

GURU DAN KAKITANGAN

• Memastikan setiap guru dan kakitangan diberi
layanan yang sama, adil dan saksama tanpa pilih
kasih

• Memastikan semua guru dan kakitangan dilindungi
sepanjang berada di kawasan sekolah

• Memastikan kebajikan guru dan kakitangan
diutamakan

• Memastikan semua guru dan kakitangan menerima
gaji tidak melangkau bulan ke hadapan

• Memastikan perkhidmatan guru dan kakitangan
dikemaskini

• Memastikan setiap permasalahan guru dan
kakitangan diselesaikan dengan kadar segera

• Memastikan perkhidmatan guru dan kakitangan
disahkan dalam jawatan antara 1 hingga 3 tahun

IBU BAPA / PEWARIS

• Memastikan ibubapa /pewaris yang berurusan di
kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan
dalam masa 20 minit

• Memastikan setiapembayaran ibubapa / pewaris
diberikan resit rasmi pada masa itu juga

• Memastikan permohonan pertukaran murid
diselesaikan dalam masa 20 minit

• Setiap cadangan dan usul yang logik, baik dan
munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak
sekolah

• Memastikan keselesaan kepada segala urusan
yang dilakukan di pejabat

8 | Page

PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SKIS

Detik 28 Ogos 1981 membawa cahaya pengertian yang tidak
mudah dilupakan oleh setiap individu di kedua buah
perkampungan nelayan ini. Kampung-kampung tersebut adalah
Kg. Kuala Pahang dan Kg Marhum. Malah bahang cahayanya
turut dirasai oleh kampung-kampung yang berada disekitarnya.
Tarikh tersebut yang tercatat pada warkah ditandatangani sendiri
oleh Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Timbalan Menteri
Pendidikan Malaysia pada masa itu. Watikah tersebut ditujukan
kepada Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Kebangsaan Kuala
Pahang. Beliau bersetuju percantuman dua buah sekolah tersebut
SK Kuala Pahang dan SK Kampung Marhum di bawah satu nama
iaitu Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar bersempena nama
gelaran keluarga beliau “Orang Kaya Indera Shahbandar.
Bangunan yang terletak di atas tapak yang seluas 12 ekar di
Kampung Marhum dalam Mukim Kuala Pahang, kira-kira 1
kilometer dari Bandar Diraja Pekan mula menyemai bakti pada 1
Januari 1980, Mendidik kanak-kanak dari enam kampung utama
iaitu Kampung Kuala Pahang, Kampung Marhum, Kampung
Beruas, Kampung Permatang Arang, Kampung Jalan Tegak dan
Kampung Siong. Majoritinya terdiri daripada anak-anak nelayan.
Setelah lebih dua dekad berlalu, sekolah ini mula menampakkan
kecemerlangannya berkat kepimpinan serta sokongan padu
semua guru dan kakitangan yang inovatif dan penuh iltizam,
bergerak sepasukan untuk sama-sama mengukir sejarah
gemilang SKIS

9 | Page

PELAN KEDUDUKAN
SEKOLAH

10 | Page

PELAN SEKOLAH &
KAWAD KEBAKARAN

11 | Page

PROGRAM
TRANSFORMASI
SEKOLAH 2025

(TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke Arah
meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (Pdp) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. TS25
adalah satu usaha kearah melahirkan
modal insan unggul melalui :-

Disokong Komitmen komuniti
yang padu
kepimpinan yang
Persekitaran berkualiti /

pembelajaran yang berwawasan Guru yang

menyeronokkan kompeten dan

beraspirasi tinggi

OBJEKTIF

• Mengaplikasi konsep dan amalan PdP
terbaik;

LATAR • Membangunkan kepakaran dalaman
BELAKANG melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing
• Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 pedagogi serta pembimbing
yang dipengerusikan oleh YAB kepimpinan; dan
Perdana Menteri pada 19 Januari
2015, telah meluluskan cadangan • Membangunkan persekitaran
pelaksanaan TS25 KPM. pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid.

13 | Page

Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi
peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan
pihak berkepentingan demi kejayaan murid

14 | Page

HALA TUJU
PPD PEKAN

2020

16 | Page

17 | Page

18 | Page

PENDIDIKAN
SIVIK

20 | Page

PENERAPAN NILAI MURNI SEPANJANG TAHUN 2020

BULAN NILAI NILAI MURNI
Januari Kasih Sayang
Februari Hormat Menghormati • Sayangi Diri
Bertanggungjawab • Sayangi Keluarga
Mac Kegembiraan • Sayangi Komuniti Sekolah
April Kasih Sayang • Cinta Akan Negara
Mei
Hormat Menghormati • Sentuhan Selamat
Jun Bertanggungjawab • Sopan Santun Terhadap Keluarga
Julai • Menghargai Golongan Orang Kurang Upaya
Ogos Kegembiraan • Menghormati Warga Sekolah
September Kasih Sayang
Oktober Hormat Menghormati • Celik Wang
November Bertanggungjawab • Berdisplin
• Bijak Teknologi Maklumat
• Rajin

• Berfikiran Positif
• Kebersamaan
• Kemesraan
• Interaksi Sihat

• Penjimatan Sumber
• Pemeliharaan dan Pemuliharaan
• Flora dan Fauna
• Sayangi Sesama Manusia
• Saya Anak Malaysia

• Malu Melakukan Perkara Negatif
• Menghormati Kepelbagaian Agama Bangsa

Budaya dan Bahasa
• Menghormati Undang-undang Jalan Raya
• Mematuhi Peraturan Setempat

• Menjaga Persekitaran Sekolah
• Hak Asasi Kanak-kanak
• Jujur
• Menghargai dan Menepati Masa

• Sahabat
• Jasamu Dikenang
• Negaraku Merdeka
• Bersyukur

• Menghayati Rukun Negara
• Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Malaysia Tanah Air Ku

• Toleransi
• Hindari Rasuah
• Menghargai Alam Sekitar (Amalan 3R)
• Negaraku Aman

• Katakan “Tidak” pada Rokok 21 | Page
• Celik Cukai
• Jenayah Siber

PANDUAN
AM

PANDUAN AM

1. Arahan Am
1.1 Selaku pegawai kerajaan, warga SKIS adalah tertakluk kepada segala arahan
yang terdapat dalam Perintah AM Kerajaan. Oleh itu semua warga SKIS
hendaklah memahami dan mematuhi Perintah AM tersebut.
1.2 Semua warga SKIS dikehendaki membaca, memahami dan boleh mentafsir
dengan tepat akan kanduagan Perintah Am dan arahan perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion dan bukan sebagai satu
pekerjaan atau sumber mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua warga SKIS dikehendaki mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang
1.5 Guru hendaklah sentiasa mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
di sekolah dan menjaga harta benda sekolah
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas

2. Kedatangan
2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah
2.2 Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 20 minit
sebelum waktu belajar dan merekod kehadiran menggunakan kad perakam
waktu semasa sampai dan waktu pulang dari sekolah
2.3 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah membei
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar kepada pihak sekolah dengan kadar
segera
2.4 Semua bentuk urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan

3. Keluar Waktu Mengajar
3.1 Guru tidak dibenar untuk meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat
kebenaran daripada Guru Besar
3.2 Guru hendaklah mengisi borang kebenaran keluar selaras dengan arahan
Perintah Am 5 Bab G. Kelulusan atau kebenaran daripada Guru Besar atau
Pegawai Penyelia perlu diperolehi sebelum keluar
3.3 Selaras dengan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI), bahan PdPc untuk
murid perlu disedikan dan diserahkan kepada Guru Bertugas Mingguan atau
Guru Penolong Kanan untuk digunakan oleh guru lain yang mengganti kelas
yang ditinggalkan

4. Cuti Cuti Rehat / Cuti Penggal
4.1 Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046 SJ/A/(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Namun begitu guru boleh dipanggil untuk bertugas
oleh Guru Besar tidak lebih daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas seharian selain daripada tugas mengajar.

23 | Page

PANDUAN AM

4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi
14 hari dalam setahun
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan
atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Berdasarkan Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak lebih 180 hari
4.3.3 Kelayakn Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh
diambil sekali dalam masa 4 tahun
4.3.4 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang
permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10
minggu sebelum tarikh mula bercuti

4.4 Cuti Sambilan
4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja
4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara keagamaan bagi tempoh tujuh hari dalam
setahun

4.5 Cuti Keluar Negera
Semua guru yang hendak bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan dari
Jabatan Pendidikan Negeri. Borang permohonan yang telah dilengkapkan
hendaklah sampai ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya 4 minggu
sebelum tarikh bercuti.

4.6 Setiap kakitangan dan guru layak untuk mendapatkan cuti tetepi menjadi hak
Guru Besar / Jabatan Pendidikan Negeri / Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk meluluskannya.

5. Pakaian
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan profession keguruan dan
masyarakat timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan
5.3 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan rambut yang kemas dan sesuai
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang
sesuai
5.4.1 Guru PJ perempuan : Seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T/
sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit
5.4.2 Guru PJ lelaki : seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai,
kemeja T/sukan, baju trek atau jersi, kasut getah tanpa tumit.

24 | Page

PANDUAN AM

6. Perhubungan Sesama Guru
6.1 Guru sewajarnya membentuk hubungan peribadi dan professional yang baik
dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka di
samping berusaha mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan
sekolah lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah

7. Bilik Guru
7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru.
7.2 Guru boleh berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas.
Waktu tersebut di anggap sebagai ‘non teaching period’ bukannya ‘free
period’. Waktu tersebut hendaklah digunakan untuk melakukan perkara-
perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru tidak digalakkan untuk membawa pelajar ke dalam bilik guru
7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

8. Perjawatan dan Pengajaran
8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
hendaklah berurusan dengan Pembantu Tdabir atau Guru Besar
8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, hendaklah
berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan atau Guru Penolong Kanan

9. Tugas Setiap tugasan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan pentadbiran
9.1 hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan beramanah.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas seseorang guru
mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas arahan tersebut. Guru yang
9.3 ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
pengetahuan Guru Besar.
Guru boleh dan digalakkan untuk meminta kerjsama atau bantuan daripada
guru lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

10. Buku Rekod Mengajar
10.1 Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan buku Rekod Mengajar. Segala
maklumat hendaklah dilengkapkan dengan kemas dan betul. Buku ini hendaklah
diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk tujuan semakan.
10.2 Jika seseorang guru itu bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Guru Penolong Kanan
10.3 Buku Rekod Mengajar diserahkan ke Pejabat pada hari terakhir tahun
persekolahan.

25 | Page

PANDUAN AM

11. Jadual Waktu
11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu Salinan Jadual Waktu untuk
dipamerkan dalam kelas
11.2 Jadual Waktu tidak boleh dipinda tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu

12. Jadual Kedatangan Pelajar
12.1 Guru Kelas bertanggungjawab untuk melengkapi setiap maklumat yang
diperlukan di dalam Buku Kedatangan Pelajar. Segala arahan dan kehendak-
kehendan mengenainya tercetak di bahagian kulit hadapan buku tersebut.
12.2 Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah diurus dengan kemas, teratur dan
ditandai pada setiap hari persekolahan oleh guru kelas. Guru penyelaras
kelas/guru bertugas mingguan akan bertanggungjawab sepenuhnya pada hari-
hari guru kelas tidak dapat hadir ke sekolah.
12.3 Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah sentiasa dikembalikan ke pejabat
selepas diuruskan.
12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau selang seli dalam satu
minggu hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid jika tidak ada
sebarang keterangan bertulis / lisan.
12.5 Analisis hendaklah dibuat pada setiap hari akhir bulan persekolahn dan
disahkan oleh Guru Penolong Kanan HEM
12.6 Jadual Kedatangan Pelajar tidak dibenarkan di bawa pulang ke rumah atau keluar
dari sekolah kecuali bagi urusan audit

13. Kebersihan
13.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Guru kelas
hendaklah menyediakan jadual giliran bertugas pelajar untuk menjaga
kebersihan kelas. Segala alatan pembersihan hendaklah digunakan dengan cara
yang betul dan disimpan di tempat yang selamat.
13.2 Guru-guru yang disediakan bilik-bilik khas untuk pengajaran dan pembelajaran
atau pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan
kebersihan bilik tersebut.
13.3 Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
pelajar.

14. Surat Menyurat
14.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan

15. Surat yang diterima
15.1 Semua surat yang dialamatkan kepada sekolah / Guru Besar hanya boleh dibuka
oleh Guru Besar. Dalam keadaan tertentu kakitangan / guru yang diarahkan
membuka surat adalah dibenarkan.
15.2 Surat yang ditujukan atas nama peribadi adalah menjadi hak pemiliknya untuk
membukanya.
15.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan
kepada Guru Besar, surat itu bolehlah disimpan sendiri setelah tindakan
diambil.

26 | Page

PANDUAN AM

15.4 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar tetapi untuk tindakan guru yang
berkenaan, maka guru itu hendaklah : -
15.4.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada
dalam simpananya
15.4.2 Mengambil tindakan yang sewajarnya
15.4.3 Memulangkan semula fail tersebut ke pajabat

16. Membeli barang
16.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan “borang nota minta” yang disediakan di pejabat.
16.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan
/ Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
16.3 Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pesanan Tempatan.
16.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.

17. Pelawat Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Guru
17.1 tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil atau penjual-penjual kecuali
dengan kebenaran Guru Besar

18. Kegiatan Kokurikulum
18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas
ini hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan teratur

19. Perhimpunan Sekolah
19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa
dan hari-hari yang ditetapkan.
19.2 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher dan baju kemeja berlengan
panjang.
19.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Pahang dan Lagu Sekolah

20. Mesyuarat Guru / Perjumpaan Mingguan (KIK)
20.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kehadiran
semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan
20.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua
Panitia.

21. Buku Stok / Inventori
21.1 Guru Kanan / Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dicatat dengan tepat, lengkap dan
dikemaskini dalam jangka waktu yang ditetapkan. Buku ini dari masa ke
semasa akan disemak oleh Guru Besar.

22. Tanda Nama
22.1 Semua guru dan kakitangan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah dan di luar sekolah.

27 | Page

PANDUAN AM

23. Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan (PSKPP)
23.1 Semua guru secara automatic menjadi ahli kelab guru dan kakitangan sekolah
23.1 Jumlah yuran kelab tertakluk kepada keputusan mesyuarat

24. Penggunaan Alatan
24.1 Penggunaan alatan hendaklaj betul serta mengikut peraturan
24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok
24.3 Memulangkan peralatan yang telah digunakan dengan segera dalam keadaan
baik setelah selesai digunakan
24.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera sebelum, semasa atau
selepas digunakan

25. Arahan dan Pekeliling
25.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi
25.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, adalah menjadi tanggungjawab
sendiri untuk menyimpannya.
25.3 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah, guru hendaklah mengembalikan ke pejabar
sekolah setelah di ambil tindakan.

26. Kunci Semua kunci sekolah hendaklah disimpan ditempat yang disediakan di
26.1 pejabat.
Mana-mana guru yang ingin menyimpan kunci bilik-bilik tertentu hendaklah
26.2 mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut akan
bertanggungjawab terhadap bilik itu sepenuhnya

27. Acara atau Majlis Sekolah
27.1 Kehadiran semua guru dalam mana-mana majlis atau acara rasmi sekolah adalah
diwajibkan

28. Laman Web Berkaitan Urusan Sekolah
28.1 Setiap guru/ kakitangan bertanggungjawab menyimpan “ID” dan “Password”
bagi setiap aplikasi / portal dalam talian yang berkaitan dengan diri sendiri.
28.2 Bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengemaskini maklumat diri dari
masa ke semasa berdasarkan arahan yang ditetapkan
28.3 Hanya guru yang diberikan tanggungjawab yang dibenarkan membuka,
melihat dan mengemaskini aplikasi / portal sekolah.

29. Arahan Semasa
29.1 Semua guru dan kakitangan adalah tertakluk kepada arahan tugas yang diarahkan
oleh Guru Besar / Pegawai Penyelia dari masa ke semasa.

28 | Page

PENGURUSAN

DAN

PENTADBIRAN

MESYUARAT

KURIKULUM

Aluan Pengerusi Majlis Perkara Berbangkit Laporan Bahagian
(Perancangan/aktiviti

/ isu )

Hal-hal Lain Peruntukan Kewangan

Panduan Laporan Bahagian :

 Bilangan mesyuarat
 Laporan semakan buku ( mutu semakan, latihan, kerja murid, jumlah latihan,

pembetulan, keterlibatan murid dalam semakan, semakan kemaskini )
 Laporan / rumusan pencerapan ketua panitia dan rakan sejawat, jumlah

pencerapan, kekerapan, KBAT, BBM, inovasi, perkongsian idea dan tindakan
susulan.
 Program PKKP (program baru / diterusankan / digugurkan) dan status
program.
 Pencapaian berdasarkan standard kualiti yang ditentukan.

30 | Page

MESYUARAT

HAL EHWAL MURID

Aluan Perkara Laporan
pengerusi berbangkit bahagian
Laporan Peruntukan
pemantauan kewangan (AJK)
pentadbir Hal – hal lain

Panduan Laporan Bahagian :

 Bilangan mesyuarat
 Perancangan aktiviti, masalah dan tindakan susulan / strategi

mengatasi masalah
 Pencapaian berdasarkan standard kualiti.

31 | Page

MESYUARAT

KOKURIKULUM

Aluan Perkara Laporan Laporan Hal-hal lain
Pengerusi berbangkit bahagian kedudukan
(peranca kewangan

ngan
aktiviti)

Panduan Laporan Bahagian :

 Bilangan mesyuarat / kekerapan aktiviti
 Status program / pelaksanaan perancangan, kehadiran / penyertaan dan

pencapaian
 Masalah dan strategi
 Pengikhtirafan

32 | Page

MESYUARAT

KELAB & PERSATUAN

Aluan Aktiviti /
Pengerusi isu

Perkara
berbangkit

Panduan Laporan Bahagian :

 Minit mesyuarat / laporan hendaklah disediakan oleh murid dengan bimbingan
guru

33 | Page

MESYUARAT

PANITIA MATAPELAJARAN

Aluan pengerusi Menerima dan Perkara Isu-isu
mengesahkan berbangkit pengajaran dan
minit mesyuarat pembelajaran
Peruntukan
lalu kewangan Pencapaian

Hal-hal lain

Panduan secara am seperti di bawah :

 Mesyuarat empat kali setahun

 Mesyuarat terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal

 Mesyuarat formal – mengikut agenda seperti di atas dan boleh diubahsuai

mengikut keperluan

 Edaran minit :

 Formal – 7 hari selepas mesyuarat

 Tidak formal – 3 hari selepas mesyuarat

 Edaran dalaman : Guru Besar, semua GPK selain dari ahli

 Fokus utama perbincangan kedua-dua jenis mesyuarat ialah mengenai

peningkatan P&P serta latihan yang strategik dan program peningkatan

prestasi

34 | Page

Panduan secara am seperti di bawah :

 Merancang program dan pelaksanaan serta tindakan untuk
penambahbaikan dan keberkesanannya

 Melibatkan aktiviti persatuan / kelab akademik untuk membantu
meningkatkan pencapaian kurikulum

 Melaksanakan penyemakan, penyusunan dan pengauditan BBM untuk
keperluan jangka pendek dan panjang serta berusaha menambahkan
BBM dari masa ke semasa

 Bertanggungjawab kepada PSS bagi membantu penggunaannya
sebagai nadi peningkatan ilmu pengetahuan

STRUKTUR PENGURUSAN DAN
KERANGKA “KUASA” (AUTHORITY)

 Guru Besar menentukan masa dan tanggungjawab setiap pegawai dan
staf yang mengguna, melaksana dan mengesahkan semua kerja yang
mempunyai kesan ke atas kualiti.

 Tugas dan tanggungjawab personal adalah seperti yang dinyatakan
dalam prosedur kualiti.

 Masing-masing bertanggungjawab kepada bidang tugas mengikut
Standard Quality ditetapkan dan mencegah ketidakuran

Pelaksanaan : -

 Menyediakan carta organisasi yang jelas
 Merobohkan banteng birokrasi
 Menyediakan prosedur, standard kualiti dan carta aliran kerja yang

jelas atau sekurang-kurangnya panduan / senarai tugas dan bidang
kuasa

35 | Page

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERKESAN

Pelbagai kaedah dan suasana kondusif sama ada di dalam serta di luar bilik
darjah :-

 Sentiasa berlaku perkongsian melalui pencerapan rakan sejawat bagi
mendapatkan P&P yang berkesan dan strategic

 Menjadikan perbincangan tidak formal di antara guru dan staff
sebagai perbincangan professional yang berfokuskan P&P di luar dan
di bilik darjah

 Mencadang / menyediakan pelbagai bahan bacaan / sumber bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

KAJIAN DAN PERANCANGAN

 Mempunyai Bank Data ( Folio A ) dan perancangan program ( Folio B )
 Pelaksanaan : Folio A & B lengkap, kemaskini dan digunakan

sepenuhnya

PEMANTAUAN SISTEMATIK

 Pemantauan proses pencerapan di bilik darjah & penyeliaan aktivti di luar
bilik darjah.

 Pemantauan input : -
 Penilaian kualiti peribadi guru ( sikap, pengetahuan, keupayaan,
menghadapi cabaran, kemahiran P&P, komunikasi dan kaunseling )
 Penilaian kualiti diri murid ( sikap terhadap sekolah, pelajaran, guru,
amalan nilai-nilai murni dan cita-cita )

36 | Page

 Pelaksanaan : -
 Menjalankan pemantauan seperti dirancang ( mengikut jadual dan
keperluan dan berterusan serta penglibatan individu / pasukan
yang ditentukan )
 Mempunyai rekod
 Menyimpan alat dan maklumat kemas
 Melaksanakan kajian / pengesanan keperluan dan keberkesanan
serta tindakikut
 Menggunakan kaedah dan sumber :-

Dokumen Pemerhatian pencerapan
penyeliaan dan penyeliaan

temubual pelaporan Laporan
bertulis

Debriefing

37 | Page

IKLIMPEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
BERKUALITI

A. PENEKANAN KEPADA PEMBELAJARAN BERKUALITI

KONDUSIF
HARAPAN & HALATUJU PELAJARAN

RANGKAIAN BANTUAN EFISYEN
KAEDAH PEMBELAJARAN EFEKTIF

RASA MOTIVASI DIRI PEMUAFAKATAN : TANGGUNGJAWAB SETIA DIRI :
TANGGUNGJAWAB DIUTAMAKAN BELAJAR & RISIKO : DIDIK KEMAMPUAN
CERMIN DIRI &
UNTUK BERPASUKAN DAN PELAJAR HARUNGI
CEMERLANG KENDIRI RISIKO SETIA DIRI

PEMBELAJARAN PELAJAR

38 | Page

PEMBELAJARAN

BERKUALITI

PEMBELAJARAN AMALAN PENGAJARAN
GURU MENILAI DIRI

LATIHAN KEMAHIRAN DIRI
PEMUAFAKATAN

B. PENEKANAN KEPADA PENGAJARAN

PERANCANGAN PEMUAFAKATAN
DAN
PELAKSANAAN

PROGRAM & KAEDAH
PENGAJARAN

PENGURUSAN
PENGAJARAN YANG
EFEKTIF

39 | Page

STANDARD KUALITI

PENGURUSAN PANITIA

FAIL PANITIA

FAIL PENGURUSAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
DATA & ANALISIS & JPU
KOLEKSI SOALAN

PERSATUAN

KANDUNGAN FAIL

FAIL Panduan pengurusan fail
A Senarai jawatankuasa
Senarai guru mengajar kelas
Takwim panitia
Surat pekeliling atau siaran dari (KPM, JPN, PPD dll)
Panggilan atau notis mesyuarat
Minit mesyuarat
Surat terima dan keluar
Perancangan aktiviti
Cadangan pembelian

40 | Page

STANDARD KUALITI

PENGURUSAN PANITIA

KANDUNGAN FAIL

FAIL Sukatan pelajaran
B Rancangan pelajaran tahunan
Rancangan pelajaran harian
Jadual waktu pencerapan & dokumen
Rekod semakan buku latihan murid
Senarai buku yang digunakan

FAIL Analisis peperiksaan
C Senarai nama murid / buta huruf 3M / intervensi / pemulihan
Jadual penentu ujian (JPU)

FAIL Soalan-soalan yang disediakan oleh panitia
D
Soalan-soalan luar (daripada sekolah, kelompok, daerah,
PSPN, negeri dan luar

FAIL Perlembagaan
E Nama penasihat dan jawatankuasa
Rancangan tahunan kelab / persatuan
Rekod pencapaian
Senarai ahli
Kehadiran ahli

41 | Page

STANDARD KUALITI

PENGURUSAN PANITIA

NOTA :
 Agihan tugas untuk menyelenggarakan fail
 Kandungan fail boleh berubah mengikut keperluan
 Setiap fail mengandungi kandungan minit bagi mencatat surat
masuk / keluar
 Surat masuk ditulis dengan dakwat merah
 Surat keluar ditulis dengan dakwat hitam / biru
 Setiap surat diberikan nombor dan ditulis di dalam bulatan

JAWATANKUASA PANITIA

 PENASIHAT : GURU BESAR
 PENGERUSI : GURU KANAN MATA PELAJARAN (dilantik)
 SETIAUSAHA : GURU KANAN MATA PELAJARAN
 AHLI : Semua guru yang mengajar mata pelajaran
tersebut

42 | Page

FAKTOR-FAKTOR
MEMPENGARUHI

PENINGKATAN AKADEMIK

1. KEPIMPINAN PENTADBIR
 Mengambil hati semua yang terlibat (guru, murid, penjaga)
 Sama-sama turun padang mengenal pasti kelemahan dan tindakan
mengatasi
 Membimbing guru mengaplikasi kaedah P&P yang berkesan
 Memberikan motivasi berterusan kepada guru dan murid
 Menerapkan nilai-nilai murni
 Menunjukkan minat dan teladan menjalankan pemantauan ke atas kerja
bertulis
 Sentiasa berbincang dengan guru
 Memberi segala kemudahan yang boleh
 Menimbulkan suasana yang menyeronokkan

2. KOMITMEN GURU
 Sanggup bekerja tidak kira masa
 Menjadi mentor kepada semua murid tanpa mengira tahap kebolehan
murid bekerjasama dengan murid mewujudkan kelas ceria, kondusif dan
informatif
 Menerima tanggungjawab diberikan dengan positif

3. PROGRAM SEKOLAH TERANCANG
 Kelas bimbingan ( sabtu )
 Kelas tuisyen SBT & SP Setia
 Program pagi ( Panitia )
 Program motivasi
 Perjumpaan bersama penjaga
 Bengkel kemahiran belajar
 Tip-tip menjawab soalan
 Program kecemerlangan kelompok & daerah
 Ujian pengesanan dan soalan-soalan luar
 Belajar lah Sayang – kerja rumah yang dibantu oleh penjaga

4. PENGLIBATAN PENJAGA
 Menggalakkan memberi sumbangan ke sekolah
 Membantu menceriakan bilik darjah
 Sentiasa berkomunikasi dengan guru yang mempunyai masalah
pembelajaran

43 | Page

BIDANG
TUGAS GURU

BIDANG TUGAS

GURU

GURU KELAS

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas,
AJK Kebersihan Kelas ( membersih papan putih dan menyapu kelas, menyusun kerusi
dan meja, membuang sampah, mengelap tingkap, menyediakan langsir dan Bungan
dalam kelas )
 Menentukan perkara-perkara berikut ada dalam kelas :

 Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan

 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak
 Membimbing organisasi kelas yang dilantik untuk menjalankan tugas
 Mengemaskini sudut-sudut mata pelajaran di kelas dan sudut NILAM
 Mempastikan program NILAM dijalankan waktu rehat
 Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bersama guru yang berkaitan bagi

meningkatkan pencapaian akademik dan sesuatu masalah.
 Melengkapkan boring-borang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki.
 Mengenalpasti dan menyediakan senarai nama murid yang tidak menguasai 3M.

2. Mengurus Jadual Kedatangan Kelas
 Menanda jadual kehadiran murid dan hantar selewat-lewatnya waktu kedua
 Mempastikan data pelajar sentiasa dikemaskini
 Mengambil tahu sebab pelajar tidak hadir

3. Laporan pelajar, Sijil Berhenti dan Surat Akuan
 Mempastikan setiap pelajar mempunyai fail peribadi, rekod profil, fail lembaran kerja
 Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik murid selepas penilaian
 Menghantar rekod profil untuk ditandatangani oleh pentadbir
 Menyampai rekod profil kepada penjaga untuk ditandatangani dan memastikan rekod
tersebut dikembalikan untuk simpanan
 Mengadakan buku komunikasi bagi setiap pelajar

45 | Page

BIDANG TUGAS

GURU

4. Masalah Pembelajaran Kesihatan dan Disiplin
o Memberi galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap akademik
o Sentiasa prihatin terhadap masalah pelajar
o Melapor kepada GPK HEM jika terdapat murid mempunyai masalah berkaitan
o Melapor kepada Guru Bimbingan jika terdapat kes
o Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin
o Menulis surat amaran tidak hadir kepada penjaga murid yang ponteng sekolah

PERATURAN BILIK DARJAH
 Berdiri dan memberi salam / ucap selamat kepada mana-mana guru dan tetamu yang masuk
 Beratur sebelum masuk ke kelas di waktu pagi, sebelum dan selepas rehat dan sebelum pulang
 Bertugas mengikut jadual waktu
 Mendapat kebenaran guru / ketua kelas untuk keluar dari kelas
 Elakkan keluar kelas lebih daripada seorang pada satu-satu masa
 Memberi penuh tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran
 Tidak mengganggu kawan / membuat bising
 Membuat kerja berfaedah / pandai menggunakan masa terluang semasa guru tiada dalam
kelas
 Membuat latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru
 Belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya sudut bacaan yang disediakan
 Mematuhi peraturan dan taat setia kepada arahan yang diberikan oleh guru
 Pastikan semua suis lampu dan kipas ditutup sebelum keluar meninggalkan kelas
 Pastikan semua kerusi dimasukkan ke bawah meja apabila keluar kelas
 Sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria

46 | Page

BIDANG TUGAS

GURU

KEPERLUAN ASAS BILIK DARJAH

 Papan Maklumat
 Jadual Waktu Kelas (Terkini)
 Jadual Tugas Harian Murid
 Senarai nama murid, TOV dan keputusan setiap penilaian
 Sudut-sudut mata pelajaran dan carta
 Gambar dan biodata murid
 Sudut bacaan / perpustakaan mini
 Fail-fail mata pelajaran murid
 Buku komunikasi
 Pelan laluan kebakaran
 Kalendar tahunan
 Kata-kata peransang
 Kata kunci
 Senarai inventori kelas
 Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa dengan guru-guru yang mengajar khususnya

kelas yang berkaitan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan mengatasi sesuatu
masalah
 Mengenalpasti dan menyediakan senarai murid yang tidak menguasai 3M untuk Kelas
Pemulihan / Intervensi

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru (KG) seperti yang diperuntukkan JPNP untuk
menyusun jadual waktu

 Memastikan peruntukan masa mengikut pekeliling yang ditetapkan (terkini)
 Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran yang ditetapkan
 Menentukan minit mengajar setiap guru mengikut kesesuaian tahun dan opsyen serta

keseimbangan
 Menentukan bentuk jadual waktu yang digunakan sesuai dengan kehendak sekolah
 Menyimpan jadual waktu peribadi untuk rujukan
 Membuat jadual waktu peribadi dalam bentuk senarai untuk kemudahan membuat jadual ganti

dan pemantauan / pencerapan
 Bertanggungjawab membuat pengubahsuaian jadual waktu dari masa ke semasa berdasarkan

kesesuaian dan arahan pentadbir

47 | Page

BIDANG TUGAS

GURU

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN

 Mendapatkan salinan sijil kelahiran semua calon UPSR
 Membuat pendaftaran mengikut format yang ditetapkan dan dihantar ke PPD
 Mengurus borang-borang berkaitan
 Menentukan bilik peperiksaan
 Menyusun meja / kerusi mengikut pelan peperiksaan dan memastikan meja / kerusi yang

standard dan selesa
 Menyediakan pelan tempat duduk calon
 Menyediakan dan menampal label meja di atas meja calon (sebelah kanan)
 Menyediakan almari, jam dinding, kapur, pemadam, first aid (lengkap) dan bahan yang

diperlukan oleh pengawas
 Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan
 Menganalisa keputusan peperiksaan
 Penyelaras mesti berada dihari peperiksaan untuk memastikan kelancaran peperiksaan

PEPERIKSAAN DALAMAN

 Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah / kelompok / daerah
 Menyediakan jadual penggubal soalan
 Mengurus, percetakan, pembahagian dan tempat simpanan kertas soalan
 Memastikan kesahihan soalan
 Memastikan kertas-kertas soalan diedar kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan

dijalankan
 Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubal soalan
 Memastikan jadual peperiksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan
 Memastikan set soalan disimpan untuk Bank Soalan
 Memasukkan keputusan / markah ke dalam komputer dengan lengkap dan dibukukan /

difailkan untuk setiap penilaian
 Membuat analisa pencapaian setiap penilaian
 Memastikan data keputusan lengkap dicetak untuk rujukan sekolah / PPD

48 | Page


Click to View FlipBook Version