BAHASA MELAYU TAHUN 1
TANDA BACA
TANDA NOKHTAH (.)
Penggunaan :
a)Ditulis di akhir ayat
b)Digunakan untuk singkatan nama
Ayat contoh :
a)Kereta itu kepunyaan bapa saya.
b)Penulis buku itu ialah C.W.Lee.
HURUF BESAR
Penggunaan :
a)Pada huruf awal perkataan dalam ayat.
b)Pada huruf awal bagi semua kata nama khas.
Contoh ayat :
a) Sekolah saya terletak di kawasan kampung.
b) Doktor Azmi bekerja di Hospital Alor Setar.
TANDA KOMA (,)
Penggunaan :
a) Untuk memisahkan benda-benda yang sama jenis
b) Untuk menyambung ayat
Contoh ayat :
a) Saya suka menonton rancangan kartun, majalah 3,
berita, sukan dan lain-lain.
a) Pada minggu lepas, saya dan keluarga bercuti di
Pulau Langkawi.
TANDA SOAL (?)
Penggunaan :
a)Digunakan dalam ayat tanya.
Contoh ayat :
a)Bagaimanakah keadaan datuk kamu?
b)Kamu tinggal di mana?
TANDA SERU (!)
Penggunaan :
a) Digunakan dalam ayat seru
Contoh ayat :
a) Amboi, comelnya bayi kamu!
b) Aduh, sakitnya perut saya!
TANDA SEPANG (-)
Penggunaan :
a)Digunakan dalam kata ganda.
Contoh ayat :
a) Rumah-rumah itu besar belaka.
b) Layang-layang kepunyaan Farid naik tinggi di
udara.
TERIMA KASIH
KERANA
MEMBERIKAN
KERJASAMA