The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. Latihan KVS Penyediaan & Pembuatan Makanan (Mise En Place)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Gabrielea Majutin, 2023-08-21 20:31:46

1. Latihan KVS Penyediaan & Pembuatan Makanan (Mise En Place)

1. Latihan KVS Penyediaan & Pembuatan Makanan (Mise En Place)

MISE-EN-PLACE Mise En Place ➢ Mise en place bermaksud pra persediaan atau persediaan awal untuk memasak. ➢ Mise-en-place berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud “putting in place” as in set up atau everything in place atau segalanya berada di tempatnya. ➢ Istilah ini digunakan dalam dapur profesional untuk merujuk kepada mengatur dan menyusun bahan-bahan dan alatan yang chef akan perlukan untuk item menu yang dijangka akan bersedia dalam satu syif. Amalan ini juga berkesan dalam dapur rumah. ➢ Pra persediaan sangat penting walaupun pada peringkat yang paling mudah. Walaupun anda hanya menyediakan satu resipi ringkas, anda harus: 1) Mengeluarkan peralatan 2) Menyediakan bahan 3) Cuci, trim dan potong (daging, ayam, ikan, sayur) 4) Menyediakan peralatan (memanaskan oven, memasang mesin pemprosesan makanan) 5) Menimbang dan menyukat bahan 6) Memerap Mise en place sangat penting dalam memastikan pengurusan dapur menjadi sistematik kerana semua alatan dan bahan sudah disediakan sebelum memasak. Ini akan memastikan tukang masak dapat menjalankan tugas dengan lancar, cepat dan teratur.


MISE EN PLACE MENGIKUT JENIS HIDANGAN. Hidangan Cuci Trim (Merapi) Memotong Kaedah Memasak Ayam Panggang • Periksa kulit, jika ada bulu cabut bulu tersebut • Buang dan cuci darah di celahcelah tulang • Cuci di bawah air mengalir dengan sempurna • Buang lemak yang berlebiha n • Terdapat banyak cara pemotongan ayam • Contoh cara potong ayam ialah potong 2, 4, 6, 12 dan 16 bahagian • Ada juga pemotongan secara tanpa tulang. • Ayam juga boleh dimasak seekor Memanggang Rendang Daging • Buang darah dan cuci di bawah air yang mengalir sempurna • Buang lemak yang berlebiha n • Hiris daging mengikut ira melintang supaya gentiannya pendek dan daging menjadi lembut apabila dimasak. Merendidih Ikan Siakap Kukus • Buang sisik. • Buang perut dan insang • Buang darah dan cuci di bawah air mengalir sempurna • Gunting & potong sirip ikan • Ikan boleh dikukus secara seekor. • Ikan juga boleh dipotong steak. Mengukus Siew Pak Choy Bersos Tiram • Cuci di bawah air mengalir sempurna untuk membuang kotoran. • Buang daun yang tua atau yang paling luar. • Sayur siew pak choy boleh di belah dua atau di masak tanpa dipotong. Mencelur


BACA NOTA DI ATAS DAN JAWAB SOALAN DI BAWAH. 1. Apakah maksud Mise en place? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2. Tuliskan 6 langkah pra persediaan yang perlu dilakukan. 1) ___________________________________________________________ 2) ___________________________________________________________ 3) ___________________________________________________________ 4) ___________________________________________________________ 5) ___________________________________________________________ 6) ___________________________________________________________ 3. Mengapakah Mise en place sangat penting dalam penyediaan makanan? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 4. Lengkapkan Mise en place hidangan di bawah. Hidangan Cuci Trim (Merapi) Memotong Kaedah Memasak Ikan Siakap Kukus


Click to View FlipBook Version