SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KRAI
18000 KUALA KRAI, KELANTAN
Mesyuarat Agung
Tahunan pibg
Kali Ke-49 & 50 / 2020 & 2021
Tarikh : 25.9.2021 ( Sabtu )
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Kediaman masing-masing secara
Atas talian menggunakan Google Meet
En. Sabarudin bin Mohd Noor En. Azmi bin Yaakob
Pemangku YDP PIBG SKKK Guru Besar SK Kuala Krai
Pn. Rosnah binti Seman
Timbalan PPD Sektor
Pengurusan Sekolah PPD Kuala Krai
Perasmian oleh :
Yang Berhormat Ustaz Hj Abdul Latiff bin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
Kandungan
• Aturcara . 1
• Surat Kebenaran. 2
• Surat Jemputan Perasmian. 3
• Notis Mesyuarat. 4
• Minit Mesyuarat PIBG kali
ke-48. 5
• Penyata Kewangan. 6
• Penghargaan. 7
ATURCARA PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG BIL. 49 & 50
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KRAI
BAGI TAHUN 2020 DAN 2021
10.30 Pagi : Pendaftaran Ibubapa/Penjaga melalui Google form.
10.45 Pagi :Semua berada di dalam talian Google Meet.
10.50 Pagi :Ucapan aluan Pengerusi Majlis
( Cikgu Hazrul Faizal bin Che Wok )
11.00 Pagi :Bacaan Doa.
11.15 Pagi ( Ustaz Azeman bin Mohamad )
(
: Ucapan aluan Pemangku YDP PIBG Encik Sabarudin bin Mohd
Noor.
11.45 Pagi : Ucapan wakil PPD Kuala Krai
Pn. Rosnah binti Seman
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kuala Krai.
12.00 Tengahari : Ucapan Perasmian oleh
Yang Berhormat Ustaz Hj Abdul Latiff bin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
: Tayangan video imbasan SK Kuala Krai 2021.
12.30 Tengahari : Slaid Penghargaan .
: Y.B.Ustaz Hj. Abdul Latiff bin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai meninggalkan majlis.
:Wakil PPDKK meninggalkan majlis.
12.45 Tenghari : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kuala Krai kali
Ke- 49 dan 50 tahun 2020 dan 2021 dimulakan.
: Semua ahli PIBG, AJK, Guru, serta ibu bapa berada
di dalam talian di lokasi masing-masing.
: Ucapan aluan Pengerusi Sementara.
( Cikgu Hazrul Faizal bin Che Wok )
2.30 Petang AGENDA MESYUARAT.
# Perutusan Pemangku YDP PIBG
# Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
Agung kali ke-48.
# Perkara berbangkit ( jika ada ).
# Membentang dan menerima Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2019 dan 2020.
# Pemilihan AJK baru bagi sesi 2021/2022.
:
: Ucapan Penangguhan.
LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KRAI
KALI KE 48 TAHUN 2019
TARIKH : 17 ARIL 2019
MASA : 3.15 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN
1. UCAPAN YDP PIBG PN. SITI AZAH BINTI A MOIN
1.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan Haji Kamaruddin bin Haji Ab Kadir Timbalan PPBM ( BERSATU
)Parlimen Machang. Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, guru-guru, AJK PIBG, ibubapa dan murid-murid.
1.2 Beliau menyatakan SK Kuala Krai sebagai sekolah tertua di Kuala Krai ( 105 tahun ).
1.3 Beliau memetik “ The Higher You Go The Stupid You Are”.diri kita hanya hamba dibumi ini.Kita mesti
menghormati sesama manusia.
1.4 Beliau menyatakan PIBG menyediakan cabutan bertuah ( bonanza ). Cabutan bonanza hanya akan
dicabut pada pengakhiran mesyuarat sekiranya jumlah ibubapa berjumlah 200 orang.
1.5 Beliau meminta jasa baik wakil Dato’ untuk menyumbangkan 2 unit khemah 20 x 20 kaki ( rm5000.00
) untuk aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah ini.
1.6 Beliau menyatakan SKKK dapat melahirkan 1 orang murid cemerlang UPSR 6A ( Raja Ain Batrisya bt
Raja Amansor ). Murid akan diberi hadiah wang tunai sebanyak RM500 ( sumbangan oleh Tn.Aziz).
1.7 Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir sebelum mengakhiri ucapan
dengan serangkap pantun.
2. UCAPAN PERASMI IAITU HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI AB KADIR TIMBALAN PPBM
( BERSATU ) PARLIMEN MACHANG.
2.1 Beliau mengucapkan syukur diatas kehadiran ibu bapa yang hadir demi tanggungjawab.
2.2 Beliau menyampaikan salam daripada Dato Sazmi kerana tidak dapat hadir kerana urusan
di Kuala Lumpur.
2.3 Beliau memohon supaya GB dan YDP menghantar surat permohonan untuk memohon
khemah dengan Dato’ Sazmi.
2.4 Beliau mengajak ibu bapa mengubah pemikiran mengenai hala tuju Pendidikan anak-anak
supaya tidak terjadi lambakan tiada pekerjaan.
2.5 Beliau menggalakkan anak muda menjadi pengeluar bukan hanya menunggu untuk makan
gaji sahaja.
2.6 Disamping itu, beliau menggalakkan anak muda menjadi pengusaha.
2.7 Beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke 48 dengan lafaz Bismillah.
3. MEMBENTANGKAN & MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-47
3.1 YDP PIBG Pn. Siti Azah membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47
Pengesahan minit dibuat oleh :-
Pencadang : Encik Azeze bin Abdullah
Sokongan : Encik Sabarudin bin Mohd Noor.
4. MEMBENTANGKAN & MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2018.
4.1 Perbentangan Laporan Penyata Kewangan PIBG dibentangkan oleh Bendahari.
Pengesahan Laporan Penyata Kewangan PIBG kali ke 47 oleh :-
Pencadang : Pn. Norazila binti Tengku Mat
Sokongan : Encik Azeze bin Abdullah
5. PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit.
6. PEMBENTANGAN USUL.
6.1 Usul yang dikemukakan oleh Encik Azeze bin Abdullah:
Usul pertama.
1. Adakah di sekolah wujud masalah “ mutual distrust “ antara guru dan ibu bapa?
Usul telah dijawab oleh Pn. Siti Azah :
1.1 Boleh ke sekolah berjumpa Guru Besar atau berbincang dengan YDP.
1.2 Jika ada isu antara guru dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan ibu bapa boleh
berjumpa dengan YDP.
1.3 YDP berharap pentadbiran baru dapat mentadbir dengan lebih baik.
Usul kedua.
2. Bagaimana pengurusan asrama main peranan menyokong kecemerlangan akademik dan
ko-kurikulum?
Usul telah dijawab oleh En Hazrul Faizal b. Che Wok ( warden asrama ):
2.1 Aktiviti asrama yang dijalankan setiap hari diadakan prep petang dan malam untuk
menyiapkan kerja sekolah.
2.2 Program Zoom A untuk murid Tahun 6 setiap hari Selasa 1.45 petang sehingga
3.00 petang.
2.3 Pertandingan Dorm bersih dan cantic untuk melatih murid berdisiplin.
2.4 Kelas mengaji Al-quran boleh membantu kelas Tasmik. Kelas mengaji terpaksa
dihentikan kerana tiada peruntukan.
2.5 Sumbangan kepada Ko-kurikulum adalah futsal, bola jarring, bola baling kerana
ada murid asrama yang mewakili sekolah ke peringkat tinggi.
6.2 Usul daripada warden asrama iaitu meminta persetujuan ibu bapa murid asrama. Adakah
ibu bapa murid asrama bersetuju untuk membayar yuran mengaji?.
7. PEMBUBARAN AJK PIBG TAHUN 2018.
7.1 Cikgu Hazrul Faizal sebagai pengerusi sementara.
8. PEMILIHAN AJK PIBG Sesi 2019/2020.
8.1 Cikgu Hazrul membacakan syarat-syarat untuk menjadi ahli PIBG.
Pemilihan dan undian dijalankan bagi calon YDP.
• Pn. Siti Azah bt A. Moin ( 72 undi )
Dicadang oleh : En. Azeze bin Abdullah.
• En. Sabarudin bin Mohd Noor ( 11 undi )
Dicadang oleh : Pn. Zubaidah bt Yusof
Disokong oleh : Pn. Fazliza dan Pn. Ratnawati.
Pemilihan dan undian dijalankan bagi calon NYDP.
• Encik Azeze bin Abdullah ( 41 undi )
Dicadang oleh : En. Zamzol bin Zainal Abidin
• Encik Sabarudin bin Mohd Noor ( 16 undi )
Dicadang oleh : En.Azeze bin Abdullah
8.2 Encik Zamzul mencadangkan En. Sabarudin dilantik sebagai AJK PIBG dan semua ahli
bersetuju.
8.3 Pemilihan AJK Ibu bapa dilantik dan dipersetujui oleh ahli PIBG SKKK. Manakala AJK Guru
dilantik oleh pihak sekolah. Semua ahli PIBG bersetuju.
8.4 AJK PIBG ( IBU BAPA )
1. En. Zamzul bin Zainal Abidin
2. En. Mohd Afendi bin Mohd Yusof
3. En. Mohd Asrul bin M. Aswad
4. En. Sabarudin bin Mohd Noor
5. En. Mohd Najib b. Awang
6. Pn. Tn. Khazaifah bt Nik Mat
7. Pn. Zainab bt. Abdullah
8. Pn. Noraliza bt. Tengku Mat
9. Pn. Nor Salmi Suhana bt. Abd Samad.
10. Pn. Hawazanah bt. Mohd Rupiah.
8.5 AJK PIBG ( GURU )
1. Pn. Azlina binti Ahmad ( Setiausaha )
2. Pn. Hjh Noor Eda Liyana bt Ismail ( Bendahari )
3. Tn. Hj Zulkifli bin Yusoff ( AJK )
4. Pn. Hjh Raja Noor Asiah bt Raja Ali ( AJK )
5. Pn. Nur Basyihah bt Baharudin ( AJK )
6. Pn. Fazliza bt Abd Kadir ( Pemeriksa kira-kira )
7. Pn. Nor Azizah bt Ismail ( AJK )
8. Pn. Aminah bt Yunus ( AJK )
9. En. Hazrul Faizal bt Che Wok ( AJK )
10. Ustaz Ahmad bin Hamzah ( AJK )
11. Tn Hj Azman bin Mat Ali ( AJK )
9. UCAPAN GURU BESAR
9.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada nama-nama yang terpilih sebagai AJK PIBG SKKK
9.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana dapat menjayakan mesyuarat agung PIBG
tahun ini.
9.3 Guru Besar berharap agar PIBG dapat menjalankan fungsi yang sebenar mengikut
Perlembagaan yang sebenar.
9.4 Kutipan duit perlu mendapat kelulusan dari JPN. Bukan warganegara ada syarat-syarat
untuk belajar di Malaysia iaitu kena bayar LEVI dan yuran di JPN.
9.5 Bayaran RM100 bagi murid Tahun 6 untuk menampung kos program Kecemerlangan
Murid Tahun 6. Guru Besar memohon kerjasama ibu bapa untuk membayar apa-apa
bayaran untuk anak masing-masing.
9.6 Guru Besar menegaskan bayaran tersebut bukan untuk guru tetapi untuk anak-anak.
9.7 Guru Besar menegaskan ibu bapa perlu hadir ke sekolah apabila dipanggil ke sekolah
contohnya dalam program perbincangan keputusan peperiksaan anak-anak.
9.8 Guru Besar menegaskan kehadiran anak-anak ke sekolah, tidak mencapai KPI. Ibu bapa
perlu memainkan peranan untuk menghantar anak ke sekolah. Jika anak menghadapi
masalah kesihatan seperti demam, tidak perlu hadir ke sekolah.
9.9 Guru Besar juga menyatakan bayaran mengaji Al-quran di asrama iaitu RM 400 sebulan
untuk 2 orang Ustaz/Ustazah. Telah diputuskan di dalam mesyuarat ibu bapa penghuni
asrama sebanyak RM10 sebulan. Ibu bapa bersetuju untuk bayar mulai bulan Mei
sebanyak RM10 sebulan.
9.10 Guru Besar juga menegaskan tatacara melawat anak-anak di asrama sekolah iaitu perlu
ikut peraturan dan mengikut masa yang ditetapkan.
9.11. Guru Besar mengakhiri ucapan terima kasih kepada semua. Semoga AJK yang dipilih
bekerja untuk membantu anak-anak didik di SKKK. Bersama-sama membangunkan
sekolah, bukan menjatuhkan sekolah. Selain daripada itu, menggunakan saluran yang
betul jika ada masalah.
10. UCAPAN YDP PIBG SESI 2019/2020 PN.SITI AZAH BT A.MOIN
10.1 YDP menyatakan yuran mengaji asrama RM400 ibu bapa tidak perlu bayar kerana ada
penderma yang akan bayar.
10.2 YDP menyatakan sumbangan zakat dari sebuah bank akan diadakan sebelum bulan
Ramadhan.
10.3 YDP akan cuba untuk mendapatkan sumbangan untuk program kecemerlangan UPSR
sebanyak RM6400.
10.4 YDP juga menyatakan tiada yuran PIBG dikenakan kepada ibu bapa untuk tahun ke-5.
10.5 YDP juga menyatakan sebarang sumbangan daripada ibu bapa perlu melalui PIBG.
10.6 YDP mengingatkan semua surat perlu ditandatangani oleh YDP.
10.7 YDP mengakhiri ucapan dengan menyatakan “Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”.
11.HAL-HAL LAIN
11.1 Guru Besar baru En. Zamri bin Mustafa mengumumkan lantikan baru Setiausaha PIBG
iaitu Pn. Azlina binti Ahmad dan Bendahari PIBG iaitu Pn. Hjh Noor Eda Liyana bt Ismail
bagi sesi 2019/2020. YDP PIBG Pn. Siti Azah bt A.Moin dan semua ahli ahli-ahli mesyuarat
maklum dan mempersetujui.
PIBG SK KUALA KRAI
PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN PENERIMAAN DAN PENGELUARAN
MULAI 01 JANUARI 2019 HINGGA 31 DISEMBER 2019
BIL PENERIMAAN BIL PENGELUARAN
(RM) (RM)
BAKI AWAL TAHUN 1. Pengeluaran Cek Tunai Oleh 3,480.00
Wang Dalam Bank
Wang Dalam Tangan 2,989.57 YDP Lama - 10.50
0.00 Puan Siti Azah binti A.Moin 61.65
0.00
(03/07/2019)
3,552.15
1. Sumbangan 430.20 2. Caj Bank
2. Kom Shbt 116.01
3. Hibah
16.37
BAKI AKHIR TAHUN
Wang Dalam Bank
Wang Dalam Tangan
JUMLAH BESAR 3,552.15 JUMLAH BESAR
……………………………………….. ………………………………………..
NOOR EDA LIYANA BINTI ISMAIL SITI AZAH BINTI A. MOIN
Bendahari YDP
PIBG SK KUALA KRAI PIBG SK KUALA KRAI
……………………………………….. ………………………………………..
FAZLIZA BINTI ABD KADIR RASHIDAH BINTI IBRAHIM
Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2
PIBG SK KUALA KRAI PIBG SK KUALA KRAI
PIBG SK KUALA KRAI
PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN PENERIMAAN DAN PENGELUARAN
MULAI 01 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020
BIL PENERIMAAN BIL PENGELUARAN
(RM) (RM)
BAKI AWAL TAHUN 1. Caj Bank 20.00
Wang Dalam Bank 61.65
Wang Dalam Tangan 82.18
0.00 0.00
1. Sumbangan 0.00 BAKI AKHIR TAHUN 102.18
2. Kom Shbt 40.50 Wang Dalam Bank
3. Hibah Wang Dalam Tangan
0.03
JUMLAH BESAR JUMLAH BESAR
102.18
……………………………………….. ………………………………………..
NOOR EDA LIYANA BINTI ISMAIL SITI AZAH BINTI A. MOIN
Bendahari YDP
PIBG SK KUALA KRAI PIBG SK KUALA KRAI
……………………………………….. ………………………………………..
FAZLIZA BINTI ABD KADIR RASHIDAH BINTI IBRAHIM
Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2
PIBG SK KUALA KRAI PIBG SK KUALA KRAI
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih
diucapkan kepada
semua pihak yang menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKKK
kali ke 49 dan 50
tahun 2020 dan 2021.
PENGHARGAAN
Terima kasih :-
• Y.B.Ustaz Hj.Abd Latiff bin Abdul Rahman
( Ahli Parlimen Kuala Krai )
• Pn. Rosnah bt Seman
( Timbalan PPD Kuala Krai )
• Pengerusi dan Jawatankuasa PIBG SKKK
• Guru Besar SKKK
• Guru-guru & Kakitangan SKKK
• Ibu bapa murid-murid SKKK
&
• Semua pihak yang memberikan kerjasama secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
majlis ini.