SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA
Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura
saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas
dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan.
Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa
yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui
dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di
separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang
Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah
pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang
Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang
Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab
membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya
kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan
bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan
terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah
mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-
kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura
bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga
garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan
meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula
memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari
bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah
mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik
adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab
untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang
dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari
laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang
Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang
besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang
dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan
memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada
masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan,
setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan
kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat.
Sang Kura-kura menang.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang anda.
Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang
tersebut. Jika anda minat dalam sesuatu bidang, ceburi bidang
tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan
anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura
telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka
mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan
perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing
tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan. Sang Arnab mendukung Sang Kura-
kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai
yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas
Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang
sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan
penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang
mereka telah lalui sebelum ini.