The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skklintang, 2022-06-12 02:16:40

SANG KANCIL YG BIJAK

SANG KANCIL YG BIJAK

SANG KANCIL YANG BIJAK

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum
air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke
sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek aja, jenih dan
sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut
sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai
kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika
menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai.

Kerbau merenung ke arah uara itu. Kerbau ternampak air
terhambur naik di tebing sungai.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar
suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Kerbau cuba
memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak
sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa
ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus
bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati
suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh
pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh,
buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau!
Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh
bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya.
Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat
kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu
terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya.

Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke
bawah, buaya segera menangkapnya.

"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai
kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau
menjadi rezeki aku," jelas buaya sambil menggigit lebih
kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia
ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau
balas jahat," kata kerbau.
"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas
jahat," sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli," jawab
buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya
menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu
melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya
menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau
merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah
bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah
benda lain," kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak

peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu
syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau.
"Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa
berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu
di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak
tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh
buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja
yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba
mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya
pun bertanya pada saji.

"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya.
"Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat," jawab saji. Saji
menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan
untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa
sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak
menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan

tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita saji.
"Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak,
tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke
sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat
baik dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan terus
hanyut."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang
aku kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam diri kerana
berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati
supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong
orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya.

Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk
pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam
kerana tapaknya tembus. Tetapi kasut itu bergantung
kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah
kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda
hanyut! Kita cuba tanya," kata buaya. "Kasut, betul atau

tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. Kerbau
berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut
bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia akan selamat.
Kalau kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya.
"Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat," jawab
kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila
mendengar kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu
bercerita.Pada suatu masa lalu, kasut amat disayangi oleh
tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan.
Apabila malam, kasut itu disimpan di tempat selamat.
Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi
ke bandar sahaja. Kalau tuannya pergi ke tempat berpasir
atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya. Tetapi apabila
sudah buruk, kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya tidak
dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas
digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di
halaman rumah. Kasut itu dibiarkan berembun dan
berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat

persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk.
Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, kasut itu
dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya aku
hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi
bersama-sama arus air. "Sudah dua jawapan.

Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata
buaya. "Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya,
engkau akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada
kerbau.Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan
benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak
minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan
kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit
kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang.
Manakala buaya pula kelihatan bengis. "Ada apa
kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil.
"Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu

hakim yang ketiga untuk mengadili kami," kata buaya.
"Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar, berbuat baik
adalah dibalas jahat," kata buaya. "Tetapi kenapa kamu
gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita
mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau
datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas
perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu
patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum aku memberikan
keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata
kancil. "Mula-mula aku kena tindih batang pokok
patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku,"
jawab buaya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu
berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam
mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan
batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang engkau
pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar
kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya
melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok.

"Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu
berada di atas belakang buaya?

Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau
mengangkat batang kayu itu?" kancil mengarah seperti
hakim. Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil.
"Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu
diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak
dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya.
"Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata
kancil. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang
pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus
mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya
cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang
kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi
batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat.
Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu
apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku

datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu.
Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.
"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya
kancil. Kerbau segera mendekati batang pokok itu.

Kerbau menundukkan kepala hendak engangkat batang
kayu itu. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham.
Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam
mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati,"
jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai
kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya
ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut
menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi
baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai.
Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil.
Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik.

Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing
mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil!
Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan
kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau
mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan
kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan
nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang
setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata
kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini
hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut
menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi
baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai.
Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil.
Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik.
Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing

mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil!
Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan
kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau
mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan
kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan
nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang
setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.


Click to View FlipBook Version